Salam semua..entry ringkas sekadar sebagai memori..wah begitu ayat novel hihi..
So 1st day dareesa makan iaitu 1 september, genap lah 6 bulan. Memang rina tak delay since rina rasa dareesa memang dah ready untuk makan..
Sebelum tu rina dah study. Rina banyak refer group solid food for baby, group mommies & google. Banyak perkara yang rina baru tahu yang selama ni tak pernah rina tahu. Ye lah..takde baby, takde adik, of course tak tahu pape. Ingat lembut je boleh suap baby hehehe..tapi banyak rupanya rules yang perlu dipatuhi sebagai usaha untuk menjadikan bayi kita lebih sihat. Antaranya;
1) below 6 months - only breast milk or formula milk.
2) if breastfeed, tak perlu bagi air masak langsung.
3) 6 months above dah boleh beri makanan pelengkap pada bayi tetapi still teruskan penyusuan.
4) sehingga 2 tahun no added sugar & salt dalam makanan. Sugar boleh menyebabkan hyperactive & overweigth. Salt pula membuatkan sistem penghadaman bayi yang masih lemah berkerja keras.
5) of course no junk food! No ice. Selain untuk kesihatan yang baik, tabiat pemakanan yang baik adalah intro yang baik buat si kecil. InsyaAllah sampai besar dia kureng bab junk food.
6) pada awal 6 bulan, buat 4 days rule untuk mengenalpasti sekiranya bayi ada allergy terhadap mana mana makanan.
Antara rujukan rina ialah table ini :
Rina tak lah cerewet sangat..eh..boleh lah cerewet jugak kihkih..sebab baby sendiri kan..lahirkan, kita, besarkan, kita..if sakit kita jugak yang susahkan..jadi selagi boleh, biarlah rina berusaha untuk protect anak rina dan beri yang terbaik buat mereka..eh macam ramai anak je :p
So untuk permulaan rina buat 4-days rule. Tapi macam tak sabar jadi 3 days rule je :p
Pertama makanan dareesa, Rina bagi puree epal. Rina beli epal fuji sebab refer chart di bawah
Try yang paling manis...dareesa suka!
Bersungguh makan..tak sempat nak suap dia dah tunduk ngap sudu hihi..suka ye...asyik nganga tengok orang makan je kan..
Tapi epal ni kalau stim terlalu lama & simpan dalam peti nanti jadi masam..tak sedap..kena fresh..
Cara nak buat..buang kulit dan biji, stim 5 minit & blend. Setel.
Makanan kedua, teether heinz
Ni bukan biskut yang lembik bila masuk mulut tu..ni keras macam batu...susah nak patah..buat gigit gigit & baby hisap je..permukaan terhakisla sikit bila baby duk garu gusi..
No added sugar..ada sikit salt nak bagi keras..semata tepung..ada sijil halal dai australia...mahal rm10 sekotak..
Rina saja try hehe tak sabar katanya..dareesa garu gusi dalam 10 minit pastu dia baling..huhu..tak berbaloi..better beli teether mainan je kot..
Makanan ketiga dareesa puree avocado..avocado ni sangat bagus..banyak vitamin & good fat..hopefully boleh buat dareesa mok mok..
Kena pastikan kulit luar dah hitam..tapi jangan lah sampai rosak..potong tu jangan potong biji dia pulak..potong keliling..boleh tengok youtube kalau tak faham..
Rina beli di supermarket isetan..RM5 sebijik mahal giler..rasa dia lemak lemak..sedap jugak hihi..
Ni dari group solid food for my baby. Rina campur sikit dengan breastmilk bagi manis & cair sikit..
Ok tu je kot yang dareesa dah makan..next nak bagi sweet potato, pisang & carrot...nasi nak intro masa umur 7 bulan..
Ok bai
Read more...