Umrah bersama anak kecil - TH Travel (Part 1)
Assalammualaikum.. Ok akhirnya, rina dapat luangkan masa bercerita tentang Umrah bulan lalu..
Sebelum ni pun rina ada update 2 entry yang berkaitan :
1)
2)
Kali ni, rina nak share cerita secara ringkas 10 hari rina di sana..oleh sebab dah lama..banyak juga lah yang dah terlupa =P tapi mungkin dalam cerita ringkas ini dapatla sedikit sebanyak membantu bakal bakal jemaah yang lain. InsyaAllah..
Ok tanpa membuang masa, lets start with day 1..
Day 1 : Perjalanan pergi.
Mengikut jadual, jam 5-6 pm waktu berkumpul. flight jam 8pm gitu. so dalam jam 3 ptg lebih kami dah ke KLIA. Check in bag semua secara berkumpulan. Ambil tag dari kaunter TH Travel yang sedia ada di KLIA. Pergi makan KFC dulu dan kemudian tepat 6pm kami diberi taklimat serba sedikit tentang aktiviti di sana.
Kemudian masa untuk check in. First time naik di KLIA untuk ke luar negara. Rupanya ada transport train dalam KLIA untuk ke balai berlepas. *Jakun* hahah.. Oleh sebab cuaca tak berapa elok, flight delay sejam. Flight kami ialah Saudi Airlines.
Alhamdulillah, layanan yang diberi sangat baik.kami request Bassinet untuk dareesa. dapatlah dia tidur dalam tu. Perjalanan makan masa 8 jam. ada 2 kali makan..tempat duduk selesa. mungkin sebab kami dapat hot seat yang ada bassinet jadi ruang tempat kaki lebih luas dari orang lain.
toilet ada banyak cuma sedikit kecil. mungkin susah sikit untuk mereka yang berbadan besar. untuk rina muat-muat jela dan selesa je. tapi make sure pergi awal awal. sebab kalau dah ramai orang guna nanti dah kotorr..
Syukur sangat dareesa ok je dalam flight. bagi dia tengok video..bagi dia biskut..minum susu..then tidur..tak susah sebab memang waktu tidur dia..waktu malam..
Kaunter TH Travel di KLIA. Beg yang diberikan. Dari kiri Mr Zauj, Rina, Abah rina, mak rina, dan Zuha Dareesa. |
Monopod aje. hihihi |
Dia la paling best. ada katil. semua orang terpaksa duduk 8 jam. patah pinggang ye! |
Day 2 : Sampai di Madinah Mukarramah
8 jam perjalanan..akhirnya kami tiba di bumi Madinah..berkumpul pula di airport Jeddah. Alhamdulillah kami dapat direct flight ke Jeddah. Ada pakej yang perlu naik bas ke Jeddah kan? turun dari airport mana tah..rina pun tak pasti.
Airport Jeddah kecil je..petugas pun sikit..yang sikit pulak banyak sembang hahah..sabar jelah..negara lain..culture lain..cara lain..kita sebagai pelawat perlu lah ikut dan banyak bersabar..
Sampai dalam pukul 5 pagi waktu Malaysia dan jam 10 malam waktu Madinah..maknanya Madinah lambat 5 jam dari Malaysia...setelah pelbagai urusan imigresen..kami di bawa ke hotel kami..iaitu Hotel Movenpick Anwar. Hotel ni terletak dekat je dengan Masjid Nabawi..keluar hotel terus masuk masjid..betapa dekatnya..tapi kebanyakan hotel kat Madinah memang dekat-dekat pun.
sampai je dalam jam 2 pagi kot..kami bersolat Isyak & Maghrib qada..dalam flight tadi dah solat Maghrib cara niat dan gaya aje..tapi tak puas...(rujuk ustaz untuk lebih info cara solat dalam flight). Rina dan mak solat di hotel je sebab nak bersihkan diri dan tidur kejap..Mr Zauj dan abah ke Masjid Nabawi terus..subuh pun dah nak masuk..subuh jam 4 pagi gitu..Subuh pun rina dan mak hanya di Hotel..
Jam 7.30 pagi kami kelam kabut turun hotel sebab nak ikut rombongan ke Masjid Nabawi. Misi utama nak solat di Raudhah. Nabi Muhammad s'a.w pernah bersabda yang "antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." Dalam Masjid Nabawi, ruang Raudhah adalah antara mimbar tadi dan makam baginda.
Rina ingatkan sekali tau lelaki dan perempuan rupanya rombongan asing-asing. so rina dan mak dan dareesa berkejaran ikut seorang ustazah yang bawa rombongan jemaah wanita ni. laju betul ustazah tu. tak sempat-sempat nak pakai baby carrier..ustazah tu pun tak tunggu tunggu..memang laju la untuk rina dan mak ni..mak dah tua..rina pulak dukung baby..
then sampai saja pintu masjid..baru lah kami tahu..ada pecah lagi kepada 2 rombongan..1 lagi jemaah wanita yang pakai wheelchair, anak/saudara yang tolak wheelchair dan yang tak boleh laju laju macam kami...tu lah..turun hotel lambat lagi =P so kami pun ikut rombongan ni..Alhamdulillah..slow je ustazah ni bawa..dia tunggu walaupun kami lambat..rina pulak dah terkentut masa duk berkejaran sambil dukung baby hahaha..ustazah tu suruh ambil wuduk guna air zam-zam yang ada dalam masjid je...sebab tandas jauh..
lepas tu kami meneruskan perjalanan ke bahagian Raudhah...Allahuakbar..ramainyaaa orang..siap beratur nak solat di ruang Raudhah..kecil je ruang dia..dan hanya boleh max 10 orang aje solat dalam satu satu masa..memang masing berebut rebut...tapi ada orang jaga la..kalau seseorang tu lama sangat penjaga tu minta dia beredar bagi peluang pada yang lain..
Syukur sangat..rina dapat bersolat sunat, beberapa kali dalam kawasan tu. Perasaan? sukar digambarkan...sungguh nikmat...solat paling nikmat yang rina pernah rasa...tak pernah lah rasa sekusyuk tu...seolah-olah rasa dekat dengan Allah dan Rasulullah...rasa taknak bangun dari sujud walaupun dipijak kepala oleh orang orang yang berebut rebut tu..sedih nya...bila lagi nak rasa kenikmatan seperti itu?
selepas solat beberapa kali..kami diberi pilihan untuk pulang berehat atau stay solat..Mak ajak pulang..sebab dah letih..masa tu pun dah tengahari..on the way balik..kami kononnya nak lalu bahagian depan hotel..bolehlah lalu dekat kedai-kedai sambil beli apa apa yang patut..tapi malangnya kami macam tersesat...jalan-jalan tak jumpa pun hotel huhu..letih sangat dah ni..tanya orang orang mana hotel Movenpick..
jalan punya jalan..ditakdirkan terjumpa Mr Zauj tengah beli sim card..kena lah bebel secara free..dia rupanya dah lama habis..dah balik hotel dan dah cari rina sampai ke jemaah wanita dekat area Raudhah hehe...
Nota : SimCard memang sangat mahal area Madinah..takde kedai proper yang jual..so better beli dari ustaz yang jual simcard masa dalam bas otw ke Madinah..
balik hotel...rina dah tak ingat rina pegi ke tak masjid haha..ada waktu yang rina ke masjid..ada yang rina solat di hotel saja..mudah-mudahan masih dapat pahala 1000x..cuma tak dapat pahala jemaah la kot...sebab dareesa tidur awal..jam 3 petang dia dah mengantuk..ye lah..waktu Malaysia kan lewat 5 jam..maknanya dah jam 8 malam..waktu tidur dia..bila dareesa menyusu untuk tidur confirm rina pun tertidur sekali =P
ok..sebab dah tak ingat apa berlaku..kita proceed dengan kisah Day 3 =P
Hotel bilik untuk 4 orang..cukup selesa..ada pantry lagi..alhamdulillah, nyenyak tidur =P |
Saudi Airline |
Mr Zauj dan abah..hero saya |
Selfiee. Ibu letihh jalan laju laju..dah lah agak jauh kot..besarrr kawasan Masjid Nabawi ni |
Air Zam-zam..banyak sangat dalam masjid..ada sejuk..ada warm..sedap! |
4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
untungnyee dareesa..kecik2 da smpai tanah suci :)
salam rina, salam perkenalan...
ada update pasal umrah lagi ke..macam menarik..plan nak pegi umrah pakej TH juga mei ni..
Salam perkenalan rina
Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah.
Anway, kalau ada sesiapa yang mencari tudung Umrah, saya sarankan gunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.
Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?
Post a Comment