Wednesday, December 30, 2015

Review Azam 2015

Assalammualaikum...

Just a quick post..sebab dah terbiasa review azam & tulis azam baru so tahun 2016 pun nak jugak buat..dari 2008 kot blog ni...dah 8 tahunnnn hebat tak hebat..mohon Zuha Dareesa & Deenina sambung tulis ok lol.

so berikut azam last year :

1st January 2015 :



Assalammualaikum..

Macam biasa tiap tahun pasti rina akan tulis azam dalam blog ni..so tradisi tetap diteruskan. Selagi blog masih ada selagi jasad masih bernafas.

Inilah azam rina bagi tahun ni...

1) siapkan master & graduate huhu..please rina! - tak siap lagiii weiii ! dari tak kawin sampai ada anak 2 tak siap siap lagi hahahaha. sekarang tengah buat pembetulan untuk FINAL DRAFT. yeah yeah!
2) pantang sungguh2 kali ni. Nak kurus gila, pantang ice 100 hari atleast, tungku hari2, urut berkala, makan suppliment ikut jadual - pantang sungguh2 30 hari je kahkah whatever rinaaa gemok!!
3) menyusu ibu bagi adik baby - alhamdullillah fully bf
4) wean off dareesa sobsosb - setelll masa dareesa 1y 11m...sebulan je lagi nak phd. rugi2 hihi tapi takpela..dapat ibu rehat kejap. now bagi adik pulak.
5) nak ajar dareesa hafaz surah lazim - surah alfatihah je dia tahu, tu pun kena sama2 baca baru dia sambung-sambung
6) pampers free dareesa! - belum lagikk
7) nak pegi uss singapore lepas bersalin. Nak naik roller coster lol teringin - tak pegi ponnn. 
8) dapat naik gred e13 - alhamdulillah
9) daftar untuk IR. 2016 baru ambik hehe - belomm
10) nak snorkelling! (Target Pulau perhentian!) - bulan 4 2016 baru pergi, insyaAllah
11)nak bersalin normal with no tear & epidural - normal tapi with tear & epidural
12) taknak mengumpat (atleast senyap jgn tokok tambah!) - makin kuat ngumpat Astaghfirullahalazim!
13) nak buat divider & kabinet tv - takde pon
14)nak melancong ke lagi sebuah negara atleast - alhamdulillah dapat ke ShangHai & Korea
15) dann nak jadi muslimah, isteri, anak, menantu, ibu yang lebih baikkk dari sebelumnya - makin teruk perangai hmmm


sekiann. itu je...next post untuk azam 2016 pulak ye!

bye bye bye assalammualaikum.

Read more...

Thursday, December 03, 2015

Zuha Deenina 6 bulan

Ala..kesian anak ibu Zuha Deenina..tak pernah ibu update perkembangan dia dalam blog ni..semua tentang Zuha Dareesa aje..header pun tak tukar tukar lagi hurm..

Sorry sayang..ibu sayang nina sama mcm ibu syg kakyong...ibu ikut perkembangan nina sama macam kakyong..ibu happy nina cepat pickup bijak..sihat alhamdulillah...walaupun nina ada masalah jantung tapi you are very strong...takde tanda tanda pun..nampak sihat dan cergas..gemok dan besar lagi dari kakyong hehe..

Ibu tak ingat dah berat badan nina berapa..urat dah putuih..rasanya 6 kg plus. Takdelah berat mana. Tapi menaik. Paling penting anak ibu tak pernah sekali demam. Syukur ya Allah.

Sekarang nina dah boleh meniarap sendiri golek golek..menyusur ke depan dengn lajunya. Boleh belok2 siap memang laju betullah..pandai grab barang..suka makan semua benda..suka ketawa bila kakyong dan ibu buat lawak
 Abah kena kerja keras sikit. Maybe sebab sama muka dengan abaah jadi panas sikit. Dengan ibu sejuk sikit hahahha

Pandai sebut ayerr ayerr..buat burrr pufff broom smua tu. Banyak cakap gayanya. Suka lompat2.

Dah makan 2 3 hari awal dari tarikh lahir. Sebab ibu kesian tengok dia meleleh air lior tgok kakkyong makan..

Makanan 1st kiwi tapi tak suka. Ibu buat potato pulak. Haritu carrot..semalam pear..no 4 days rule dah. Tak kuasa la ibu nak ikut rules. Janji berak cantik & no allergy. Nak judge judge la..janji anak ibu sihat gembira okk

Oklah tu je..ibu sayang anak2 ibu..sayang abah kepada anak2 ibu juga
.muahhh bai





Read more...

Tuesday, September 22, 2015

Giveaway Contest by @littlebyrina - Barang bayi murah dan berkualiti


Jom la join! Ada 2 hadiah menanti pemenang. Visit IG @littlebyrina now!

Read more...

Tuesday, July 21, 2015

RAYA 2015

Assalammualaikum...buat pertama kalinya after 3 years of marriage, tahun ni turn beraya belah rina dulu..sebenarnya rina takdea kisah pun sebabnya family rina ni memang tak beraya sangat..yela..raya dekat KL..tambahan rina sorang je adik beradik..hari hari pun balik rumah hihi..mak abah pun tak kisah..cuma nanti weekend seterusnya kena bawak la mereka round rumah saudara mara sampai habis syawal..gitu..


Tapi entah kenapa rasa kali ni nak 1st syawal di kl..then 2nd syawal balikla kelantan..sebab seminggu sebelum raya dah balik kelantan..lepas tu rina cuti bersalin so boleh je raya di kelantan lama lama..lepas tu kalau balik 2nd syawal mungkin kurang jem..

Rupanya ada hikmah..raya pertama Allah nak duga kami..abah diserang mini stroke..sebelah kanannya lumpuh sebentar..abah jatuh di dapur masa nak potong lemang..kami bawa dia ke hospital dan doktor sahkan mini stroke..ada saluran darah ke otak tersumbat buat seketika
...ini adalah warning untuk stroke yg sebenar huhu..menakutkn..

Oleh sebab raya..doktor tak datang pun melawat masa 2nd day & 3rd day of raya..pelik sangat2 lah ppum ni..nurse aje duk ambik blood pressure..tinggi sikit tapi dah menurun..sampai keharini abah masih di hospital..tak balik lagi kami kelantan..

Kesian mr zauj..alamak..baby da bagun..bye

Read more...

Wednesday, July 08, 2015

1st Draft thesis dah siap!

Assalammualaikum,,

alhamdulillah 1st draft thesis dah siap. tak sabar nak setel semua lepas tu nak :

1) Update blog selalu
2) Update cerita-cerita backdated
3) Ubah template & design blog
4) Nak buat bisnes/ side income
5) Nak jalan-jalan

sumpah tak sabar!

Read more...

Wednesday, June 17, 2015

Pengalaman bersalin puteri kedua - Zuha Deenina

Assalammualaikum semua. Dah tahap kena delete blog ni sebab tak berupdate haha. Rugi rasa tak update cerita dekat sini tapi apa boleh buat..mood berblogging tak datang lagi. Bz pulak tu dengan life cewah..tapi pengalaman bersalin ni memang kena tulis jugak sini. Wajibbb. Nak suruh anak anak baca hahaha..

Ok. Ringkas je la kot sebab nak cepat. Alhamdulillah rina selamat melahirkan anak ke-2, yang diberi nama Zuha Deenina binti Zulhilmi pada 2 jun 2015, jam 1.15 am iaitu malam nifsu syaaban dengan berat 2.95 kg dan panjang 50 cm. Secara normal dengan bantuan epidural dan sedikit jahitan akibat koyak. Tapi hari ke 4 dah rasa sembuh pada bahagian jahit. Syukur..

Ceritanya simple. 1 jun rina datang serah diri untuk di induce. Kenapa? Sebab 3 jun dr idora nak ke Kuching selama hampir seminggu. So memandangkan due date rina 2 jun (tepat 40weeks) rina takmau take risk takut bersalin waktu dr idora takde. Takmau dr lain please.

Anak 1st dulu 39weeks 2 days dah bersalin. Kali ni lama pulak menunggu. Best jugak boleh rehat2 layan main2 dengan si kakak dulu Zuha Dareesa.

Datang serah diri pada jam 10 pagi lepas breakfast berat dengan mr zauj. Makan lotong, telur separuh masak, milo ais. Nyumm. Sampai hospital sakit perut lol. Masuk wad, kena induce dalam jam 12 tghari. Dr idora VE baru 1cm. So dia masukkan half dose pil induce. Mild period pain datang sikit demi sedikit..boleh tahan sampai jam 8 malam..sepanjang tu just baca quran tengok tv layan cerita dia isteri luar biasa haha..sempat lagi..tak sakit pun.

Jam 8 malam lebih dr idora datang buat VE kata dah 2-3 cm. Dia kata good progress so dia x tambah dose induce. Dia target esok hari baru bersalin. Lepas je dr idora balik rasa ada air mengalir panas..pergi toilet basuh2. Masa tu xtahu yang tu air ketuban. Start dari tu datang dah sakit 15 minit sekali dengan laju jadi 2 minit sekali. Sakitnya Subhanallah..tak terluah dengan kata-kata..rina try tak baring. Rina buat squat 
Goyang bontot jalan jalan  macam macam tips gentle birth nak bagi kurangkan rasa sakit..tapi tu lah. 2 minit skali kot datang sakit..letihh nak berjoget hahaha..berpeluh walaupun aircond..

Oleh sebab rina memang jenis tak boleh nak tahan sakit kot..rina pun request epidural pada jam 10 malam. So kena transfer ke labour room. Sementara nak tunggu dr pakar bius datang nurse bagi gas..gas ni menyebabkan kita macam mamai. Bila sakit datang sedutt sedutt..nanti mr zauj akan letak topeng gas dekat muka rina pun pegang tangan dia sedut kuat kuat..sakit memang tak berkurang tapi gas tu memang menenangkan. 2 minit sekali sakit datang pening pulak asyik duk sedut gas hahaha..

Untuk prosedur epidural, kena pakai drip air dan ctg untuk monitor tekanan darah ibu dan jantung baby. Sakit oi nak masukkan jarum dekat tangan..bape kali cucuk tak kuar darah haha..sabar je..Dalam jam 11 malam doktor bius datang inject belakang..ada 2 suntikan kot..1 suntikan bius 1 baru masuk bius..kena tunduk sambil peluk bantal. Masa kontraksi takde baru doktor cucuk. Adoi. Terasa jugaklah. Then beransur ansur sakit hilang. Yayyy! Magic. Terus hilang. Terus bertenang. Lap peluh. Jom baca quran hehe..

Time ni doktor datang VE pun tak rasa apa. Tapi tetiba je progress laju. 4cm- 7cm..doktor tanya bila ketuban pecah? Rina xtahu haha..rupanya jam 8 malam tadi yang air panas keluar tu ketuban rupanya..

Then rina tidur kejap untuk tenaga..mr zauj pun tdur..ingat lama lah lagi nak teran..tapi dalam jam 12 lebih dr datang kata dah 10cm dan nampak dah baby nak keluar. So prepare nak push. Mula2 push rina macam tak reti sebab tak rasa sangat. Ada lah rasa macam nak berak sikitt.. Ikut arahan je bila contraction datang. Rina makan kurma minun air zam zam..zikir dan sepenuh tenaga rina teran sepanjang panjang nafas sampai biru muka *hyperbola*..

Alhamdulillah tepat 1.15 am baby keluar yay..dekat berbelas kali jugak meneran..tips meneran, tarik napas panjang2 bila sakit tu nak datang..then time sakit tu paling kuat, teran sampai nafas terakhirr gitu hahaha..tak payahla nak curik curik nafas 2 3 kali..tak jadi punya..kena sekali teran paling lama tu yang berkesan..

Keluar2 je baby rina pesan supaya doktor delay cord clamping. So depa bagi rina pegang dulu baby dan doc tunggu dalam 5-10 minit sampai nadi uri berhenti denyut..mr zauj pon potong tali pusat..mr zauj kata kali ni tali pusat tebal..2 3 kali zapp baru putus habis..masa tu baby lena aje dekat pelukan rina..dengan lendir2 dan tahi2..sempat dia berak atas mak dia ni ye hihi..no crying masa potong tali pusat so baby tak sakit la tu..

After tu teran utk plasenta..then kena sedikit jahitan akibat koyak..alhamdulillah semua selesai dengan selamat..

Antara perkara yang rina belajar untuk 2nd baby ni..1st, delay cord clamping around 3 min after nadi berhenti denyut is good for your baby health & brain..2nd, teran sekali nafas panjang2 10 harkat kalau boleh...3rd, angkat bontot mesti koyak hadui..4th, ambil epidural lewat sikit supaya tak lenguh sangat duduk terlalu lama nanti after birth tak rasa sakit pinggang sgt..5th, kena urut & tunku hari2 time pantang atleast 2weeks untuk badan lebih segar..

6th, balik je rumah terus start pump..jangan ditunggu susu masuk ketiak..7th, xpayah tuam dengan air panas nanti lagi banyak production susu..8th, betul2 belajar menyusu walaupun dah ada pengalaman sebelum ni sebab mesti terlupa cara2 menyusu newborn ..9th, makan ubat berak from day 1 lagi senang takde sembelit langsung.. 10th, cuci luka dengan air garam kemudian lap kering2..memang luka cepat sembuh...11th, set pantang nonaroguy terbaik..

Oklah tu aje..sekian

Read more...

Sunday, February 08, 2015

Percutian ke Shanghai

Assalammualaikum... macam biasa lamaa tak tulis blog hehe tapi rina rasa rina perlu jugak catatkan sedikit kenangan mengenai percutian rina ke Shanghai, China pada hujung januari lalu.

Alhamdulillah, rina diberi rezeki untuk menjejakkkan kaki ke sebuah negara lagi. Sebenarnya mengikut mr zauj bekerja di sana. Company tempatnye bekerja (malas sebut haha) hantar dia ke Shanghai selama 2 minggu lebih. Tapi rina join masa hujung hujung nak habis tu. So pergi sendiri tapi balik sama-sama. Mula-mula nak bawak Dareesa sekali tapi atas beberapa faktor rina dan mr zauj decide untuk tinggal Dareesa di Kelantan. Antara faktor2nya - nak wean off susu ibu (will story more about this later), musim sejuk dan keadaan Shanghai yang tidak sesuai untuk bayi, supaya rina dapat berehat secukupnya sebelum menjadi ibu kepada 2 anak tak lama lagi..
Kenapa sampai hantar kelantan kenapa tak tinggal aje di KL? Sebab rina tahu Dareesa mesti lagi happy di Kelantan dan pastinya dia takkan ingat ibu dia bila dekat sana :') biar ibu je rindu k..

Selasa 27 Jan 2015

Pagi-pagi rina dan dareesa dah di airport subang nak hantar dareesa ke kelantan. Gigih tak nak hantar anak? Lepas tu malam dalam jam 8 malam flight ke klia..sebab flight ke shanghai adalah pada pukul 1 pagi 28 jan. Rupanya sangat menyedihkan nak berpisah jauh dengan anak. Sangat. Will not do it again. Ever. Never and ever ever unless terpaksa hahaha..tapi hari pertama jela..hari seterusnya rina ok. Dan nampak hikmahnya :')

Rabu 28 Jan 2015

Rina naik Mas. Flight jam 1 pagi. Sampai dalam 6 pagi. Flight tak ramai orang so boleh tidur baring sebab takde orang sebelah. Ngantokk! Dapatlaa tidur 2 jam. Dalam risau risau naik kapal terbang, rina redha pada ketentuan Ilahi. Ajal maut ditanganNya. Sampai-sampai terus ke imigresen. Senang je nak lepas. Owh, China ada visa ye. Atleast seminggu sebelum pegi la buat. 4 hari berkerja baru siap. Kalau nak ekspress kena bayar mahal gila. Rina punya Visa, mr zauj yang setelkan.

Masa sampai rina terserempak dengan Sheila Hamzah hahahah 1 flight ghopenye. Nak ambik gambar tapi dia lembab. Rina dah penat so ikut je mr zauj balik. Mr zauj jemput naik teksi...sampaisampai hotel rehat jap then mr zauj bawak jalan jalan sekeliling hotel which is dekat dengan YuYuan Garden dan sebuah mall.

Lepas tu after lunch dia terpaksa pergi kerja. Malam balik dia bawak rina pergi makan di sebuah restoran halal berdekatan makan mi tarik. Ampunnn tak masuk selera langsung. Pengsan! No more mi tarik for me huhuhu.

Alaa..baru hari pertama..penat dah taip..terpaksa buat by part le gini huhu entah bil nak sambung...so jom layan gambar pulak..

Hotel..hotel free sebab mr zauj kerja kan hehe..siap dapat family room lagi ada ruang tamu. Tak mintak pon tapi memang kontraktor yang beri. Alhamdulillah rezeki. Nama hotel lupa. Lols.

Mi tarik yang buat ku mual pening kepala erghhh tak sedapp


Yuyuan garden waktu siang

Yuyuan garden waktu malam


Yuyuan garden. K tu je malas dah upload. Susah updet pakai phone. Bai bai bai

Read more...

Thursday, January 08, 2015

1st check up adik Zuha Dareesa

Just a short entry. Harini 1st check up yg betul check up with dr idora. Before ni just scan aje. Alhamdulillah semuanya normal. Baby sangatt aktif ok. Rasa macam nak beranak dah je hehe..dah 19 weeks to be exact. Jantina dah nampak ehem ehem! Sebenarnya nervous jugak nak tahu jantina kali ni. Dulu rilek je haha. Bedebar2 je masa doktor nak btahu. Lepas tahu fuhhh lega. No more teka teki :p tapi tak tahula kalau keluar lain pulak. Biar la, janji sihat dan normal..rina pulak alhamdulillah selera makin ada walaupun sometimes loya & mabuk datang dan pergi. Badan letih lebih dari biasa..mungkin sebab 2nd pregnancy? Mungkin sebab dah tua? Mungkin sebab ada Dareesa yang sangat manjaaa lately ni letih mau layan huhu...kaki dah start cramp huhu..kesimpulannya tak sabar nak bersalin kalini. Semoga masa cepat berlalu dan semuanya dipermudahkan..sekian laporan :p

Read more...

Thursday, January 01, 2015

AZAM TAHUN BARU 2015

Assalammualaikum..

Macam biasa tiap tahun pasti rina akan tulis azam dalam blog ni..so tradisi tetap diteruskan. Selagi blog masih ada selagi jasad masih bernafas.

Inilah azam rina bagi tahun ni...

1) siapkan master & graduate huhu..please rina!
2) pantang sungguh2 kali ni. Nak kurus gila, pantang ice 100 hari atleast, tungku hari2, urut berkala, makan suppliment ikut jadual
3) menyusu ibu bagi adik baby
4) wean off dareesa sobsosb
5) nak ajar dareesa hafaz surah lazim
6) pampers free dareesa!
7) nak pegi uss singapore lepas bersalin. Nak naik roller coster lol teringin
8) dapat naik gred e13
9) daftar untuk IR. 2016 baru ambik hehe
10) nak snorkelling! (Target Pulau perhentian!)
11)nak bersalin normal with no tear & epidural
12) taknak mengumpat (atleast senyap jgn tokok tambah!)
13) nak buat divider & kabinet tv
14)nak melancong ke lagi sebuah negara atleast
15) dann nak jadi muslimah, isteri, anak, menantu, ibu yang lebih baikkk dari sebelumnya

Hurm itu jela yang terpikir. Harap tercapai..amin!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top