Assalammualaikum..
Warning : Entry ni memang banyak gambar hihi
Malam tu kami tidur nyenyak, awal pagi kami dah bangun dan jenguk dari tingkap nampak pemandangan tasik Lake Tekapo yang sungguh indah! Cuaca sangat baik harini. Alhamdulillah.
|
Bagi itik makan |
|
Baru lepas mandi |
Pagi tu breakfast dan mandikan dareesa deenina dan terus checkout.
Masa nak checkout, ada orang tempatan tanya Mr. Zauj, "Do you know where you can see the best view of Lake Tekapo?" Then, dia tunjukkan map nak ke satu look point ke Mr.Zauj. Sementara nak ke look point tu memang ada 2 ,3 perhentian jugala untuk bergambar. so jom layan gambar-gambar di Lake Tekapo.
|
ingat senang nak ambik gambar dengan bebudak ni? |
|
yang kecik ni nak belari jeee kejenya |
|
handsomenye. laki sapa lah ni hehe |
|
our hero |
|
happy face |
|
nyawa |
|
tak bagi adik gerak |
|
tolonglaa bagi kerjasama |
|
mintak tolong orang ambilkan gambar |
|
tempat lain plak |
|
our motorhome |
|
kambing & snow cap mountain = new zealand |
|
sampai look point, masak dulu |
|
sambung bergambar |
|
dalam blog ni semua gambar phone je. gambar gopro tak save lagi |
|
panorama |
|
untungle korang |
|
siblings |
|
minta orang ambilkan gambar |
|
sabo jela |
|
Parking dekat look point 5 NZD. Berbaloi |
|
tempat wajib bila ke Lake Tekapo |
Lebih kurang jam 12 tengahari barulah kami meneruskan perjalanan ke Queenstown.
On the way ke sana, kami berhenti di Lake Pukaki. Cantikkkk sangat! Tasik yang sangat biruuu muda sparklingg. terlalu lawa. sungai nak ke tasik tu pun biruuuu. ada baca yang dalam tu ada mineral yang menyebabkan warnanya biru.
|
Lake Pukaki |
|
biru sangat sangat |
|
terlalu cantik. macam lukisan |
|
Twizel |
Then kami meneruskan perjalanan ke Twizel, saja round round bandar tapi tak turun pun. kat sini banyak stesen minyak. tapi kami tak isi sebab minyak masih penuh.
Lepas tu kami nampak lah Salmon farm yang famous tu. Tapi tak berhenti pun sebab anak-anak sedang tidur. kalau berhenti sure mereka terjaga. malas pulak nak melayan drama nanti, jadi kami teruskan je perjalanan..menyesal lah jugak tak berhenti. so ini adalah salah satu sebab untuk repeat new zealand hehehe
then dalam pukul 5 macam tu, kami tiba di Tasik Wanaka. disini kami makan, dan bersihkan anak-anak. dalam jam 6 kami teruskan perjalanan dan tiba di Puzzling World. malangnya dah tutup. sedih..tiket dah beli awal-awal secara online. mujur ada diskaun NZD10..macam mana nak dapat diskaun? ok nanti rina akan cerita di entry budget haha.
walaupun sedih tapi tak lah ralat sangat, sebab kami spent masa dekat lake tekapo dan lake pukaki. memang worth it. puzzling world kat mana-mana ada. tapi pemandangan yang tersangat indah susah nak jumpa.
|
PMU depa hihi. TNB people je paham |
|
view sepanjang perjalanan |
|
sungai pun cantik |
|
berhenti isi minyak |
Then kami singgah di Cromwell untuk beli Real Fruit Ice Cream yang sangat famous.
|
sedap sangat sangat, beli 2 je masa ni. nina tidoq. rugila nina huihui |
Akhirnya kami sampai di Queenstown Creeksyde Holiday park. Ini adalah power campsite yang terletak di tengah bandar Queenstown. selalunya orang malaysia selalu ambil top 10 holiday Park. tapi rina taknak sebab 1) Mahal. budak2 1 tahun keatas dah ada cas 2) Jauh dari town 3) Rate rendah di trip advisor berbanding Creeksyde..
|
inilah kerja korang. habis roti dan biskut dibaginya itik makan. |
Memang pilihan kami tepat. Campsite di creeksyde ni memang best. saya request toilet dekat memang dekat betul. hot shower pun free, tak macam di Lake Tekapo, berbayar. yang penting bersih sangat-sangat, cantik pulak tu suasana campsite tu walaupun kecil. hehe. very recommended ye sebab jauh lebih murah dari top 10.
oklah sambung next day dalam next entry.
Read more...