Friday, April 29, 2011

To all my girlfriends, let's pray together!

Ya Allah..Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang berimandan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa..

Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..



Read more...

Thursday, April 28, 2011

Update kerja sekarang

lama rina tak cerita tentang kerja rina sekarang kann

dah masuk 7 bulan rina bertugas sebagai engineer di TNB
sekejapnye rasaa

alhamdulillahh..
sekarang dah rasa best kerja

opismates semua baik baik dan best best
selalu pulak tu aktiviti..
haritu ada family day, karnival sukan, main badminton, main futsal sama sama.
lepas ni macam macam lagi rancang
 
bestkann
baru lah kerja tak stresss :)

tapi banyak sangat benda tak tahu lagi nii
makin banyak belajar jadi makin banyak tak tahu ;p

tapi best gak lah
takde la otak tepu kan.sentiasa bejalan..
atleast senang nanti time ambil master, insyaAllah

ok. tu je. bai!


Read more...

Wednesday, April 27, 2011

Kota Kinabalu,Tuaran, Kundasang Trip - Part 3 : White Water Rafting


Kitorang memang dah lama rancang nak pergi water rafting. mula mula yang kat Perak punya.
tapi sebab dah sampai Sabah, harussslahh rasa yang Sabah punya

Orang kata water rafting di Sungai Padas antara yang paling mencabar!

oleh sebab masing masing takde kamera waterproof T__T
so gambar tak banyak...

...

harga main water rafting ni ialah RM 200 per person.
agak mahal lah..tapi sangat berbaloi!

kalau pergi terus tanpa booking, boleh dapat RM180 tapi kami tak nak take risk.

....

pagi pagi lagi kami dah bangun. 
transport van dah disediakan
siap jemput dari hotel lagi.
lepas tu naik bas ke Tenom Town.

dari situ, kami perlu tinggalkan barang barang dalam bas dan naik kereta api troli ke Pangi Village yang merupakan starting point Water Rafting ni

kami naik troli ok

kredit : Google

ye. troli ni.
dengan panas nye.
lepas tu rasa cam nak tegolek golek.
laju kott
da la rasa tak stabil..
dalam setengah jam pulak tu

tapi alhamdulillah selamat sampai..
ade gak peserta yang cedera..tersepit kot iskk...ngeri

sampai sampai je, minum minum sikit teruss main..

gambar masa main, ktorang beli dari jurukamera dia..
dengan video sekali..
so bawakla duit sikit masa pergi main tu..
setiap raft ada kantung simpanan. bolehla simpan jangan bagi basah.

ini antara gambar gambar kami



ye rina yang buat peace dengan eksaited nye itu..haha

video malas letak ;p

bestt
ada macam macam nama jeram

Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid and Head Hunter Rapid. Each rapid will give you the feel of the motion as what the name means.

copy paste haha. ni ambik dari website INI

main separuh, kami stop makan, lepas tu sambung balik.
ada jatuh jatuh
rina siap lemas lemas lagi

sape takut air memang tak disarankan cuba la
kang menangis nangis korang hihi

lepas main, balik naik keretapi
tapi keretapi ni old school punya
kredit : Google

tesenget senget naik
bising bising lagi
feeling dalam movie india tu tapi lagi ganas haha..

sampat kat Beaufort Town, tukar baju
balik naik bas ke Tenom Town, kemudian balik hotel naik van

lepas tu singgah makan di Pasar Fillipino
kalau korang nak tau, Pasar Filipino atau sekarang dipanggil Pasar Kraftangan (kalau tak silap hee) tempat jual jual segala mutiara, cenderahati, makanan dari sabah.
peniaga peniaga ramai dari Filipina..so paham paham lah nape dipanggil Pasar Filipino kann

tapi malam ni kami pegi makan je dulu
kat belakang ada gerai banyakk
seafood ada, lauk lauk pun ada...

dan kemudian balik tido.

fuhh penat betul aritu
pengsan!
zzz

bersambung...







Read more...

Tuesday, April 26, 2011

besar besarrr

assalammualaikum semua~

rina telah membesarkan ruang menulis supaya gambar tu boleh letak besar besarr

baru lebih menarik kan?

^__^

Read more...

Kota Kinabalu,Tuaran, Kundasang Trip - Part 2 : Island Hoping


Oh lupa nak cakap...our hotel didn't provide breakfast, so terpaksa lah kami pergi cari breakfast sendiri.
tapi it was not a problem since there are a lot of restaurants :)

pagi pagi lagi kami dah bangun. Subuh awal dekat sini.
Pukul 5 pagi camtu. Pukul 6 dah cerah huhu!
so dalam pukul 7 pagi we all da bersiap siap nak ke destinasi pertama iaitu 
Jesselton Point or Tunku Abdul Rahman Park
ataupun jeti nak pergi Island hoping lahh

memang sangat dekat dari hotel, tapi not a walking distance.
so kami naik kereta our friend from UNITEN, Azan.
Azan orang sabah baa..
he wanted to join us for island hoping :)

dia jugak yang uruskan bot untuk kami semua 
banyak kaunter beli tiket kat sini..so korang boleh survey survey lah
macam kami, kami chattered satu bot khas untuk kami
since Azan kenal orang, so dapat murah sikit kot..

goggle + safety jacket = rm10
boat untuk 3 pulau = rm22.20+ rm8 + rm8

totalnyer : rm48.20/ person
kami nak pergi 3 pulau yang paling famous iaitu Pulau Sapi, Mamutik, dan Manukan.

sebelum tu, jom breakfast!
banyak restaurant, so senang nak cari makanan!

cantik sangat...
masa naik boat tu, cam rasa tenang je..
menikmati pemandangan yang indah ciptaan Allah
Subhanallah..



1st island : Sapi

kami snorkelling di sini. It was my first time tau snorkelling! 
best sangatt..best sangat sangat..waa...nak snorkelling lagi!
hihi
Me in purple!

cantik kan? 
keindahan yang masih terpelihara.
not bad sapi..banyak jugak batu karang dan ikan.

kamera rina tak boleh bawak masuk dalam air huhu!

2nd Island : Manukan


di sini kami sambung snorkelling lagi.
tapi tapi takde ikan pun!

Mentimun laut je ada banyak!
ape kes?
geli kottt
haha!

tapi sebenarnya ada je banyak ikan, cuma kami pegi berenang salah tempat je
huhu..sampai pening pening berenang ke tengah, langsung takde ikan cantik cantik.
semua ikan group group yang menggelikan tu ;p

so..kalau korang nak snorkelling tu, better tanya penduduk tempatan dulu..
tak perlu lah round 1 pulau kan

dekat sini macam ada aktiviti cycling bawah air (lupa nama dia)
macam menarik, tapi mahal sangat.
Aisyah dan Azan je try.

lepas pening snorkelling tak jumpa ikan, its time for lunch!
lunch better beli siap siap dari jeti
sebab makanan yang dijual di sini mahal mahal
teh tarik RM 8 ok!

setelah puas berehat, masa untuk pulau ke 3!

3rd Island : Mamutik

di sini dengar dengar cantik kalau snorkelling tapi kami tak sempat!! huhu!
sebab di sini kami sibuk nk buat aktiviti air.

kami main Parasailing!


RM80 ok!
tapi memang puas hati hehe!
besttt :)

lepas tu main banana boat

and again, it was my first time!
tapi bak kata dorang, memang best banana boat kat sini
sebab 3 kali, dan buat tengah tengah laut. lama pulak tu.
harga RM20 tak silap

besttt!
orang sakit jantung sila lah jangan main,
tak dapat expect kot dia jatuhkan bila 

lepas main main, balik pulau untuk tukar baju
dan tak sempat snorkelling dah :(
sedih sedih...

malam tu makan di Tg Aru
makan seafood



total makan semua dalam RM 20 per person

ok lah kan?
makan sampai pengsan kot.
ikan dia memang terbaik.

korang takyah lah makan benda lain.
makan ikan je dah cukup.
nyummm

malam tu balik, masing masing tidor dengan senyuman *cewah!*

bersambung...


Read more...

Monday, April 25, 2011

Kota Kinabalu,Tuaran, Kundasang Trip - Part 1 : Flight & Hotel

Assalammualaikum semua!

Buat pengetahuan semua awal bulan 3 yang lalu or to be exact 3 hingga 8 March rina ke Sabah bersama rakan rakan se universiti dulu.

sangat best!!!
walaupun dah terlambat, rina still nak share dengan semua ! :)

rina beli tiket Air Asia, pergi balik termasuk tax dan bagasi hanya RM 150 !
murah kan? tapi ada lagi murah sebenarnya huhu!

Kami seramai 6 orang iaitu Rina, Epul, Erien, Hud, Aishah dan Aishah's mother.
jangan pelik kenapa mak Aishah ada sekali haha
rina pun tak tahu kenapa tapi I'm ok with it :)

untuk percutian kali ni, memang lama lah we all discuss.
siap buat tentatif lagi
meeting, research
buat FYP pon tak macam ni tau hihi!

kalau korang nak tahu, this is my first time naik flight!
jakun giler ok!

maybe sebab first time so masa nak landing, telinga sangat sangat sakit wuuu

hah lupa nak cakap, flight we all malam, 9.25 pm
sampai KK dalam pukul 12 tengah malam.

dari KK kami naik teksi ke Promenade Aparment, tempat tinggal kami!

rina sangat sangat promote Apartment ni tau!
sebab Promenade sangat murah, bersih, selesa, dan paling penting, dekat dengan pusat bandar.
memang senang nak lepak lepak KK malam malam kan,
dekat dengan McDonald, Pasar Filipine, restoran restoran, shopping complex
semuanya walking distance.

Sebenarnya Promenada ada dua, 1 hotel - ni mahal dan cantik lagi la
1 lagi Apartment.
ni macam tempat tinggal orang tapi dia ubahsuai jadi hotel
walaupun dari luar nampak horror
tapi bila masuk bersih dan selesa

ini bilik untuk 2 orang, ada dapur dan ruang tamu sebenarnya, tapi tak masuk gambar :p
bilik untuk 4 orang lagi besarr dan selesa
ada 2 queen size bed

bilik 4 orang : RM 90 per night
bilik 2 orang : RM 50 per night

untuk maklumat lebih lanjut boleh klik SINI
atau korang google lah sendiri haha!

oleh sebab sampai tengah malam, so kami terus tidor....

bersambung..




Read more...

Live from office

hehe!
tak pernah lagi tulis dari ofis TNB
;p

waa banyak keje tak siap siap
adekah saya lembab
ye..saya memang lembab

fokus fokuss


Read more...

Sunday, April 24, 2011

Sukan Tahunan TNB KL 2011

Semalam ada sukan tahunan TNB KL 2011 lagi

mula mula ada kawat kaki,
lepas tu ada lawan lawan.
rina wakil futsal

tapi tak sempat 2 saat masuk padang, tiba tiba kene tolak, kaki terus terpeleot? apekah?
tak sempat nak tunjuk kehebatan tauu hahaha

tapi takpe, yang penting dapat free 3 jersey baru dan 1 tshirt baru


tapi besar sikit lahh..
hah satu lagi nak cerita,
rina ada beli kasut sukan baru

cantik tak??
ni design terbaru
huhu
apsal rina terpikat dekat design terbaru
kan dah takde discount..sobsob

ok. lepas ni kene jimat
jimat cermat jiwa selamat



Read more...

Tutti Frutti


Sekarang ni tiba tiba je famous kan Tutti Frutti? 
pelik pelik

dulu takde sape nak pegi punn

so sebab dah famous, rina jadi teringin, dan rina try ahad lepas!

sedap!!

tapi mahal gilo..
atas tu je dah RM13 - RM 15

Tutti Frutti ni harga ikut berat.
makin banyak korang letak aiskrim & tiny bits dia
makin berat lahh aiskrim tersebut
makin mahallahh harga yang korang kene bayar.

bunyi macam hipotesis dah hahaha

ape ape pun aiskrim ni 0 fat dan sedap!
so berbaloi baloi walaupun mahal
^__^


Read more...

Saturday, April 23, 2011

Move On !

Rina rasa rina da fully move on !

sekian terima kasih
haha tu je ke??

taklahh
ada banyak cerita nak cecite cecite
2 bulan je pon private
tapi macam banyak giler missing..
rugi rugi..
kene tulis dalam blog ni!

Read more...

Public balik!

Kembali public! haha ;p

jom baca intro di SINI

rina baru tulis :D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top