Friday, May 24, 2013

#zuhadareesa check up 3 bulan

Tup tup dah 3 bulan. Actually baru 2 bulan 23 hari tapi pergi awal since nak bercuticuti malaysia selama seminggu..




So untuk result check up kali ni, berat 4.86 kg. naik 600g dari check up lepas. Hihi. Tinggi pulak 60 cm. naik 4 cm dari yang lepas. Oleh sebab dia ni panjang..maka berat nya tak padan..BMI dah masuk line kuning huhu..

Lepas ni kena bagi susu ibu lagi banyak kot? Takkan nak sumbat jugak kalau dia kenyang lagi... Tapi takde pulak nampak dia kurus kering..

Lain lain masalah takde..alhamdulillah dah jab..tak demam pun after jab..alhamdulillah..




Antara perkembangan dareesa :

- dah boleh ketawa bunyi hee hee camtu tapi sekejap je lepas tu susah sikit nak senyum huhu!

- dah pandai "berborak"

- suka tengok pocoyo & baby tv through iphone ibu & abah

- suka main game talking tom

- boleh tertidur sendiri dah

- dah ada rutin tidur. Pukul 6pm dah start tdur. Bangun malam dalam 2 kali untuk menyusu. Kol 5 pagi dah start nak bangun..tapi kadang2 tidur balik.

- still minum susu ibu sahaja alhamdulillah

- tak boleh ibunya makan pedas sobsob. Ais nampaknye tak beri kesan pada dia

- dah tak berak malam yay!

- tak boleh orang tinggal. Kesian mak tok, nak mandi pun susah

- still muntah kadangkadang

- suka angkat kaki tinggi tinggi

- bila orang dukung suka nak pusing pusing..aiyo..takut ibu terlepas je tau

- dah pandai mengiring. Pernah hampir terjatuh tilam baby tu..

- suka tidur tanpa bantal. Penat ibu betulkan. Last last turun gak dia dari bantal. Bantal mahal tu dareesa oi..siap berjenama..ibu & abah pakai bantal kabu je tau

- suka isap jari (macam dah cerita lalala)

- suka mengigau sampai menangis kuat

- suka video cam dengan tok umi

- suka kentut macam orang tua

- suka main air liur!

Okla tu je hehe

Baibai


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top