Saturday, June 08, 2013

KL - Kelantan - Kedah -Langkawi - Kedah -KL (part 2)


30 Mei :

Hari ni bersiap siap nak ke Kedah. Konvoi lebih 5 buah kereta. Tak sure berapa kereta tapi hampir 40 orang huhu. Ore kelate memang cenggini kot. Kalau hntar menantu memang semua ikot. Sangat meriah tau. Tapi sebab terlalu ramai, boleh jadi lambat la sikit.


Pagi tu sempat lagi ke kedai Salamku. Tujuan nak beli cooler box je tapi ter shopping macam macam perkakas rumah pulak. Best giler ok kedai ni. Banyakkk pilihan pekakas rumah. Harga pun murah nak banding dengan harga di KL. Cooler box pun murah je. RM 30 plus je. Sangat tahan. Seharian ais tak cair. Rina beli cooler box ni untuk simpan susu yang telah di pump. Nak travel kan..

Tapi untuk susu beku memang tak tahan. Mesti akan cair separuh jadinya terpaksa buang. So sepanjang 10 hari travelling ni, rina hanya berani bawak balik susu yang 5 hari terakhir je. Means rina tak bekukan dulu. Yang 5 hari terawal rina buang tapi ada yang digunakan time rina tinggalkan dareesa untuk berdating dengan mr zauj :p

Kenapa perlu pump? Sebab malam malam memang bengkak susu lagipun nak pastikan demand sentiasa tinggi jadi production susu tak merundum. Alhamdulillah nasib baik ada mr zauj yang sudi jaga susu supaya tak rosak. Setiap masa dia cek ais & topup ais. Bawak cooler box tu merata rata. Terasa sangat dihargai :) support suami amat penting tau untuk seorang ibu menyusukan anaknye sehingga 2 tahub bukan 1 perkara yang mudah.



Parent in law naik kereta rina. 8 jam jugak perjalanan KB- Alor Setar. Sesat lah, tunggu orang lah. Huhu. Sampai pukul 2 pagi. Kesian Dareesa. Kecik kecik dah balik malam. Nasib baik dareesa good girl. Tidur jee dalam kereta. dia memang suka naik kereta. Senang bawak jalan.

Sampai Alor setar duduk dekat homestay, takde gambar tapi memang padatla 40 orang duduk 1 rumah double storey.

31 Mei :

Majlis bertandang hari ni. Jalan jalan sekali alor setar sambil mr zauj cerita kenangan kenangan dia time kecik kecik dulu. 7 tahun duduk kedah sebab abah mertua bertugas disini. Siap pergi melawat rumah kawan kawan dia. Saya follow je hehe

Oh ye, pagi tu boleh pulak air takde! Terpaksa la kitorang ni pegi mandi dekat masjid. 

1 jun : 

Oyeah ari ni pergi langkawi~ pagi pagi bangun dah bersiap. Separuh je yabg pergi, separuh lagi rombongan tak join. Cuaca tak baik pulak. Risau gak lah nak naik feri. 

Feri memang huyu hayang dek ombak. Ade yg muntah. Nasib baikdareesa ok je. Rina je rasa mual sikit. Sampai langkawi dah petang. Pakat sibuk nak masak. Family mr zauj memang camtu. Pergi mana mana pun masak sendiri & makan di rumah. 

Tapi petang tu, mr zauj sewa motor dan ajak rina round langkawi. Tinggalkan dareesa jap bagi umi jaga.


Besttt! First time naik motor dengan mr zauj :) macam budak muda je rasa rempit satu pulau haha..lepas minum minum ktorang pun pulang ke chalet balik.

Oh ye, kami semua tinggal di rumah peranginan TnB. Best ngadap laut. Macam rumah kampung ada 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur. Banyak lalat huhuh. Tandas bersih.

2 jun :

Sambung lagi :p

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top