Sunday, June 16, 2013

Selamat hari bapa, abah #zuhadareesa

Terima kasih kerana menjadi seorang abah yang sangat bertanggungjawab. 


Dari saat Zuha Dareesa hendak dilahirkan, Mr Zauj setia menunggu. Hampir 24 jam menanti, syukur Ya Allah, Zuha Dareesa selamat dilahirkan kedunia. Mr Zauj menjadi orang pertama yang melihat kepala, badan, wajah Zuha Dareesa. Mendapat peluang untuk memotong tali pusat kemudian mentahnik & mengazankan Zuha Dareesa. Setia pula menanti kami berdua keluar dari ward. 

Sampai sahaja rumah bermula lah episod kami menjadi ibu bapa buat pertama kalinya. Sangat mencabar. Sangat tertekan buat rina. Andai Mr Zauj tiada di sisi tak tahula macam mana nak hadapi sorang sorang.

Apabila Zuha Dareesa disahkan menghidapi jaundice, Mr Zauj lah yang bertungkus lumus membawa kami ulang alik hospital. Dia yang buat appontment. Tak lupa dia yang buatkan mykid Zuha Dareesa, belikan ubat untuk Zuha Dareesa.

Belajar bedung dia, mandikan pun dia, tukar pampers pun dia, dodoikan pun dia..malam malam bila rina terpaksa menyusukan Dareesa, Mr Zauj sudi teman sekali, ambilkan air untuk rina..walaupun esoknya dia terpaksa bangun awal untuk ke kerja.

Sehingga sekarang, dia merupakan seorang abah yang sangat bertanggungjawab..tak pernah lepas tangan..malah lebih tahu banyak perkara dari rina..nak cerita memang takkan habis..

Buat Mr Zauj, Selamat Hari Bapa buat pertama kalinya! Abang dah membuktikan abang boleh menjadi seorang abah yang baik. So, kalau nak tambah lagi sorang dah boleh dah ni eh?! Hihihi.

Kbai

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

YanaKhai 16/6/13 5:58 PM  

SELAMAT HARI BAPA UTK AYAH AWAK.. :) HUBBY AWAK PON DA BLH SAMBUT HARI BAPA NI :)

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top