Wednesday, November 20, 2013

Dear Dareesa (episod 1)

Assalammualaikum anak ibu yang disayangi...


Best tak blog ibu? Hahaha :p hopefully time dareesa dah pandai baca & faham, blog ibu ini masih wujudlah... :)

Ibu terfikir nak buat entry khas untuk dareesa..ye lah..mungkin ada pesanan atau nasihat yang ingin ibu sampaikan tapi tak berkesempatan? Wallahhualam..

Ok, jom dengar ibu membebel..eh! Baca ibu membebel :p

Sejak akhir akhir ni banyak betul ibu baca di surat khabar, dengar di berita, baca di laman sosial, dan juga terjadi di depan mata ibu sendiri tentang gejala sosial yang melanda remaja...kejap..bukan remaja je..malah belum sampai lagi tahap remaja..masih di sekolah rendah! 

Hanya Allah yang tahu perasaan ibu.. Betapa risaunya ibu...kenapa ibu risau? Apa yang ibu fikirkan?

Macam mana nanti ketika zaman anak ibu? Adakah anak ibu akan terjebak? NAUZUBILLAH..setiap kali terdetik, ibu cepat cepat berdoa pada Allah..moga anak ibu ini terpilih menjadi salah seorang mujahidah solehah...seorang budak kecil yang mudah dijaga ini..membesar menjadi remaja yang menjaga dirinya sendiri dari perkara yang tidak baik..

Sayangku Dareesa...

Tiada apa yang lebih membahagiakan ibu melainkan dareesa membesar menjadi seorang yang taat pada Allah...setiap apa yang dareesa lakukan, sentiasa berpandukan AlQuran & sunnah..

Itu jelah kot bebelan dari ibu buat masa ni hehehe..


Waktu ibu tulis ni, dareesa tengah sibuk "study". 

Assalammualaikum.

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Petak Bunga 21/11/13 8:31 AM  

insyallah doakan yang baik2 untuk dareesa

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top