Friday, November 01, 2013

#zuhadareesa 8 bulan

Hihi taktaula sampai bila nak tulis tentang perkembangan dareesa tapi sebab birthday dia senang nak ingat, so selagi ingat, rina akan updates! 


Alhamdulillah hari ni genap Zuha Dareesa binti Zulhilmi berusia 8 bulan! Wow cepat ye masa berlalu...dah 8 bulan ibu melahirkan dareesa tapi ibu tetap gemok arghh :p



Cek up bulan ni takde so taktahu berapa berat & panjang. Rasanya, panjang semakin panjang hihi tapi berat macam maintain je! Sebab ringan je dukung budak ni. Tapi selera makan memang besar alhamdulillah. Mungkin keturunan makan banyak tapi kurus (belah mr zauj) diwarisi! Syukurrr! Jangan ikut ibu, makan sikit tapi naik 18 kilo :( hihi.


So perkembangan yang diingati buat masa ni :

1) dah boleh duduk without support


Duduk antara 2 sujud dan juga duduk biasa. Tak jatuh melainkan sengaja menjatuhkan diri adeh...gedebung2 kalau jatuh atas simen :( unpredictable bila dia nak jatuh. Sebab ikut suka dia je bila nak landing..semoga Allah lindung..

2) dah pandai nangis kalau dirampas barang dari tangan

3) pandai mintak dukung. Datang kat kaki kita then depa depa tangan sambil senyum menggoda.

4) merangkak memang laju. dah boleh panjat sampai berdiri. Mula mula panjat tapi still melutut. Ni dah up lagi. Dah boleh berdiri. Meniti pon boleh tapi rina pegang sebab tengok dia terhuyung hayang.


5) dah pandai minum air guna sippy cup. So no more minum air pakai sudu.



6) makan dah 3x sehari & ada snack in between. Makan berat memang rina masak, home made. Or mak rina akan masak. No sugar or salt added. Selalu buat bubur + sayuran + ayam & puree. Snack rina beli je baby bites, biskut milna & biskut brand organix. So ada la dia makan gula dalam tu..rina malas nak strict sangat..dareesa pun jenis gigit isap 5 minit then campak. Dia lagi suka makan bersuap.

7) pandai tepuk tangan dan main 'cak cekok udang gambit'. Hihi. Ala yang main genggam tangan tu. 



8) paling best pandai sayang ibu. Bila suruh, sayang ibu cepatt. Nanti dia datang kat muka kita sambil "makan" muka. Habis basah muka ibu! Tapi ibu shuka!! :D

9) dah kenal sangat ibu abah nye. Nampak ibu mula la buat buat nangis. Pastu kalau tanya abah mana abah nanti dia pandang abah dia tengah baring. Or kalau tanya mana maktok, nanti dia merangkak masuk bilik maktok. Maybe kebetulan tapi rina rasa memang dia dah kenal :)

10) vokal masih eee aaa eee & yayyy! Kadang tu buat eee sambil genggam tangan & katip gigi. Apa laa yang geram sangat tu ye! 

11) dalam kereta dah tak duk diam..jenuh balik kelate haritu huhu!


12) gigi dah tumbuh sebatang! Dah ada cerita dalam entry before ni

Ok tu je kot..taktaula baby rina cepat ke lambat sebab rina tak compare dia dengan orang lain. Just refer babycenter je. So far macam moderate jela. Baby center kata sepatutnya dah boleh byebye tapi dareesa belum. Maybe jarang ajar. Nak ajar salam dulu :) 

Ape pon rina cukup besyukur dia membesar dengan sihat...dan setakat ini masih fully breastfeed! Insyallah insyallah sampai 2 tahun...amin

8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Syazana Zainn 1/11/13 2:08 PM  

Comelnyaaaa!!!
Pipi gebuuuu angattt :)

Gieya Empire 1/11/13 2:45 PM  

BESNYE!! x sabar nk tunggu perkembangan dia yg lain. n perkembangan Fakhira too!

Chekgu Azrine 1/11/13 4:34 PM  

comelnya anak sis..
semoga membesar dengan sihat

kakyongnida 1/11/13 4:56 PM  

umur zuha same la dgn anak buah kite. huhuhu

PetakBunga 2/11/13 8:15 AM  

sekejap je masa berlalu.. pejam celik..dia dah besar.

teruja sangat tengok perkembangan anak.

Anonymous,  8/11/13 10:54 AM  

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

Unknown 10/11/13 12:39 PM  

happy 8th months old zuhadareesa =) comel sangat

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top