Sunday, August 05, 2012

Makna sebuah pernikahan

Salam semua. Baru baca blog fatin liyana sure ramai tahu blog dia kan. Kalau tak tahu google je lah. Mesti keluar berduyun result since she is famous amous!

So new entry dia berkenaan pernikahan ni la..
Malas nak copy paste sebab guna iphone je macam leceh..

Tapi betul apa ustazah tu cakap, eh ke lecturer? :p

Pernikahan ni bukan lah semuanya gembira sahaja.. Tak semua rumahtangga tu bahagia..tak semua pasangan tu serasi bila berumahtangga..

Ada yang rina kenal..baru sebulan berkahwin dah bermasalah besar.. Walaupun dah couple bertahun tahun before! Tapi rupanya sikap sebenar berbeza apabila dah kawin. Ingatkan dah kenal tapi rupanya belum! Huhu

Jadi, rina sangat bersetuju dengan pendapat ustazah tu..jangan terburu buru nak kahwin sebabkan kawan kawan ramai dah kahwin..

Tak semestinya korang tengok someone tu kahwin awal, dia lagi bahagia dari korang..
Mungkin korang kahwin lambat tapi korang lebihhh bahagia dalam perkahwinan korang

Rina faham, sebagai seorang perempuan kadang kadang kita jadi pressure if tak kahwin lagi dalam usia rina ni dalam 17 tahun eh 25 tahun hikhik

Tapi realitinya, orang yang dah berkahwin awal pun ada pressurenya sendiri.

Dekat facebook bukan main nampak bahagia tapi hakikatnya..hanya Allah yang tahu kan?

Jadi, dekat sini..rina nak minta maaf kalau ada status, entry blog, gambar yang rina pernah post dan menyebabkan kawan yang belum alami alam perkahwinan rasa cemburu..

Sesungguhnya tak berniat...biasala, orang bercinta lepas kahwin memang eksaited lebih huhu

My husband pun ada pesan..nak bercinta biarla antara kami berdua bukan nak menunjuk satu dunia..dan sekarang rina dah faham..

Semoga kawan kawan yang masih belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh tak kira bila dengan seorang yang dapat menggembirakan korang semua dunia dan akhirat..

From my experience, pernikahan merupakan tanggungjawab yang sangat besar baik pada suami atau isteri.. Lebih lebih lagi apabila akan menjadi seorang ibu..

Dalam terkapai kapai rina ingin memperbaiki diri menjadi seorang isteri yang baik tiba tiba rina juga terpaksa mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu sebegini awal!

Dalam kesyukuran rina pun pressure gak..rina ni buruk perangai kottt..rasanya macam tak layak lagi untuk bergelar isteri dan ibu...

So, semua orang ada pressure, jadi be calm!

Sekian!

Eh nak citer. Rina turun 1.5 kg lagi. So total loss 6.5kg.
Takutnya! Apsal menurun dasyat ni? Tapi gemok lagila since lepas kahwin dulu naik 3 kg hee

Okla..panjang lak..tata



- Posted using BlogPress from my iPhone

4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Unknown 5/8/12 1:07 PM  

terima kasih. ingatan untuk saya juga !

Anonymous,  8/8/12 9:55 AM  

hi bole pm saya tak kat email ni kambingcun@gmail.com..sy nk tanya pasak kerja di tnb..urgent sgt.. tq! :)

Saya Suka Kata 8/8/12 6:14 PM  

Kak Rina kan pregnant? jgn la kurus2 sgt nanti baby x sihat.

Saya Suka Kata 8/8/12 6:14 PM  

Salam,
kak rina kan pregnant. Jangan la kurus2 sangat. Nnt babi x dapat nutrient.

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top