Saturday, August 04, 2012

Set katil English style

Hari ni kami survey lagi set katil english style. Rina sampai muntah 3 kali hari ni. Giler lembik. Nak buka puasa rasa tak perlu since tak lalu pun nak makan..so bertahan jelah..

Survey punya survey tapi tak beli gak. Saje nak share apa yang rina jumpa..




Ini cantik pada pandangan pertama tapi bila dibelek dan ditelek..katilnya terlalu over dan terlalu banyak ukiran..nampak tak kemas..

Rina google google "english style" sure akan keluar set katil ni. Rupanya dah wujud semenjak 2008 kot. Ke awal lagi? Sebijik lah designnya.

Untuk 1 set katil ni, 1 katil queen size + 2 side table + almari 4 pintu (5kaki)+ dressing table + tilam RM1000 yang boleh tahan selesa.. Harganya RM4700 di Cavenci dan RM4000 di kedai sebelah Cavenci hehe.. Ni area bandar baru bangi.

Dekat cavenci ada tengok set modern jugak




1 set dapat, katil queen size + 2 side table + wardrobe sliding door 8 kaki + dressing table sliding + meja Kecil TV + tilam rm1000 yang selesa

Dalam RM5200 untuk set putih ni. Ada jugak yang warna cokelat..lebih kurang je cuma pintu almari kurang cun, harga hanya RM3500.

Cavenci mahal..rina ada survey set coklat tu Rm3200 dapat king size. Cuma takde meja tv kot.

Lepas tu rina ada survey dekat world funiture tepi highway





Dia tak bagi ambil gambar. Tapi katil boleh tukar. Ada yang lebih simple but still english style yang rina suka giler..
Almari 6 pintu, 8 kaki. Dressing table + tilam selesa + king size + side table 2..

Harganya RM6800!

Survey di wescourt untuk set yang sama sejibik sejibon..hanya RM 5400

Huuu ini membuktikan pasti kita boleh dapat murah lagi ee

Jadi..kami masih mahu survey sebab masing masing nak murah. Lagipun tadi rina dah sangat tak larat..ni tengah pitam tapi gigih tulis blog. Beginila jadinya bila budget ciput tapi selera besar.

Jangan contohi ye kawan kawan :p

So any idea yang mana murah lagi area bangi kajang ni?


- Posted using BlogPress from my iPhone

4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Unknown 4/8/12 7:00 PM  

jue nk suggest (walaupun rina tak minta suggestion.heheh) for sliding door sbb jimat ruang.

ain1802,  5/8/12 9:20 AM  

rina...kat pekan kajang der kedai kat corner..btul2 teping simpang trafic light der tulis 66 kat signboard diorg...kedai tue sgt murah n berpatutan...ain pun bru bli set blek tdow kat ctu...try la...

Rina Lia (◕‿◕)✿ 5/8/12 12:34 PM  

Jue : tapi xberkenanla jue. Rina rase ok kot..since master bedroom bsr gak. Maybe applicable utk blik2 lain nnt :)

AIN : ohh tqq ain! Nanti rina akan g survey!! Tqqq :))

Unknown 18/7/13 2:08 PM  

Yang Ms 1001 tu kedai mana? Gambar last? Boleh x email kat saya kedai mana u pergi semua kat atas. Pls mizaaminudin@yahoo.com. Thanks!

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top