Tuesday, November 30, 2010

Semakin hari semakin serasi

Assalammualaikum

Alhamdulillah..
sekarang ni rina rasa rina dah get used dengan tempat kerja.
semakin hepi.
sudah boleh bergurau senda.
tapi masih sedikit kaku..

tapi oklah kan.
baru 3 bulan :D

pejam celik pejam celik dah 3 bulan kerja di TNB ni.

bagi rina kerja di TNB ni best jugak.
sebab bila masuk TNB..bukan kita sorang sorang je.
tapi secara berjemaah.
so takdelah sorang sorang budak baru kann
(kecuali kalau TNB antar anda sorang je kat tempat tu hehe!)

pastu, bila baru masuk, orang takkan expect anda untuk mula tugas serta merta.
bos akan bagi masa untuk anda relax relax
belajar belajar
tanya tanya mana tak tahu
ikut je mana mana team pergi site.
masa ni lah anda akan study banyakkkk perkara!

sangat banyak ok.
terasa macam 3 bulan kerja = 3 tahun belajar
*hyperbola*
hihi

lepas tu TNB ni relax jugak
lagi lagi unit dan bos rina yang sporting.
dia tak kesa pon nak keluar ke, nak tido ke,
yang penting kerja siap.
tapi rina awal lagi, kena lah buat buat baik :p

gaji pon not bad.
maybe basic biasa je tapi increment tinggi, benefit banyak.
boleh gain a lot of experience.

so, kesimpulan dari cerita di atas
I love TNB!

haha! tetibe :P

saje promote company sendiri. lala
meh meh apply kat TNB
klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.

Baibai!


Read more...

For the Rest of My Life



Husband husband sekalian, sila lah nyanyi kepada wife anda, pasti cair hehe :)


Read more...

Sunday, November 28, 2010

Bersama buah hati di Sunway Pyramid






Xoxo,
Cik Lia

 


Read more...

Tuesday, November 23, 2010

Hati ini milik Allah

Jika mereka sibuk mencari cinta, biar kita sibuk mencari iman. Jika mereka sibuk mencari pasangan, Biar kita sibuk mencari keredhaanNYA. Jika mereka menangis kecewa bercinta. Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam. Jika mereka cintakan kemanusian, biarlah kita cintakan tuhan. Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi. Biar kita dambakan ukhrawi….
Carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yang Esa…Peringatan juga untuk diri ini yg mencari keredhaan TUHANNYA… 
 
Kata kata yang rina dapat dari blog INI
terima kasih tuan blog..
kata kata anda mendamaikan hati yang gundah ini..

I think I had moved on..
but the truth is I am still in the same place..

Ya Allah..hati ini milikMu..Hanya padaMu aku berserah..


Read more...

Meatball & Daim Cake at IKEA

Yeyy..at last dapat gak rina merasa.
asik asik dengar cerita orang.
asik asik tengok gambar kat blog orang.

nah amik!
nak bagi korang pulak terliur
hehehe!





slurrrppppppp
adoi..diri sendiri yang terliur..

sedappppp!
5 stars lahh

^__^


Read more...

Monday, November 22, 2010

Malam Kekasih Bersentuhan

Assalammualaikum semua~!
Letihnya hari ni..tak sabar nak tido cepat cepat.
Zzzz

Malam semalam rina menghadiri satu jamuan makan malam.
makan malam ni bukan makan malam biasa
tetapi makan malam bersama sama pemimpin UMNO bahagian Kepong~

Rina belum join UMNO lagi
rina wakil TNB Kepong je hehe..
Undi adalah rahsia! *padahal daftar pon tak lagi*

tiba tiba rasa macam orang penting bila terpaksa mewakili TNB Kepong =P
Makan malam ni diberi nama "Malam Sentuhan Kasih"
bukan Malam Kekasih Bersentuhan ok? No no nooo (jari telunjuk kekiri dan kekanan)

Tujuan malam ni adalah untuk berhibur.
ye. berhibur semata mata.
artis yang ada Mus (May) dan Rini A.F
lain lain, tetamu tetamu kehormat yang tunjuk bakat
masing masing nampaknya berbakat dan terhibur.

namun begitu (BM A ok, harap maklum haha) rina masih belum cukup terhibur

bukan apa, makanan tak menepati citarasa la



 Chinese Cuisine. sikit sikit jee dia hidang. tapi ada 10 kali trip kot.
kenyang jugakla..cuma tak puas :p dasar perut dinosor!

tapi akhirnyaaa di saat saat akhir,
rina berasa sangat terhibur gumbira dan berbaloi baloi!
sebabb
menang lucky draw!
Yeah!

besar tu rina punya hehehe!
tapi kami share share..
4 orang wakil TNB pergi, 3 dapat hamper.
bernasib baikkah? atau pon ada kompromi?
sebab dengar dengar TNB sponsor majlis ni?
nasiblaahh
ade aku kesah?

hihi..


Penuhhh kereta!
alhamdulillah..rezeki.

Overall, majlis ni boleh membuka mata kita tentang kepentingan berpolitik.
selama ni, rina malasss nak ambil port.
tapi sekarang..I think..I need to do something for my country..for Islam..

mari lah mendaftar menjadi pengundi, dan buat lah pilihan yang bijak!

Undi adalah rahsia~

hehehe

Nota kaki : Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen. Bahaya woo bab bab politik ni. Nanti kena saman. Takmau takmau. Saya takde duit. hehe..=)



Read more...

Saturday, November 20, 2010

Announcement : Pengambilan baru (PEP 37) Tenaga Nasional Berhad

Registration terbuka untuk pengambilan
dan
Tarikh tutup : 5 December 2010

Register di SINI




Read more...

The Spaghetti Farm

Teringin Spaghetti yang sedap dan banyak?
di sinilah tempatnye!

hehe...=P

Ini pilihan rina..Carbonara Turkey
 Dan ini pilihan kawan rina, Farmhouse kot..
 Every set comes with soup and a glass of soft drink

lepas tu disediakan cheese, chili powder, n other add on yang rina tak sure ape dia..diletakkan di atas meja untuk kemudahan customers

memang banyak, mengenyangkan dan yang penting murahh
harga untuk makan 2 orang around RM20 je
oh lupa nak cakap.
Ni Spaghetti farm di Mid Valley, kat Ground floor :)


Read more...

Friday, November 19, 2010

700 kot...malu lah camni...

malu lah camni...
sampai 700 orang follow rina
hihi
gediks

thanks kepada yang sudi follow..
kalau ada duet RM700, mesti rina bagi sorang RM1
tapi malangnya, rina ada RM7 je sekarang.
nak bagi sorang 1 sen, kang kata kedekut plak.
so baik takyah kasi kann??

hehehehehe

kepala suda weng.
biasalah.
orang yang bekerja..
setiap hari Jumaat memang camni.
lalalalala


Read more...

Saturday, November 13, 2010

ATV Adventure Ride Kuala Lumpur best!

Last weekend, rina pegi main ATV dengan kawan kawan.

ATV ni stands for All-Terrain Vehicle

ni dia

hehehe..
nampak best tak??

hihi..
best tauu naik bende alah ni

mula mula tu takut gak.
jalan da la banyak lobang, batu, akar pokok
rasa cam ATV tu nak tegolek.

lama lama rasa enjoy dalam ketakutan :P

rasa nak tercabut tangan pegang handle takut diri sendiri tercampak hehe..

siapa nak naik jugak, bolehla survey di sini :

ada banyak package.
rina ambil package C :

1 1/2 - 2 hours offroad ride to Sofea Jane Waterfall
A very enjoyable and ideal ride for nature lovers... At the end of the journey, take a dip in the cold water.


kejap je mandi air terjun...30 minit je dia bagi, then dah kena balik.

balik tempat start ada kolam renang untuk mandi mandi dan berkelah.

so, kalau pergi sini, jangan lupa bawak bekalan makanan

BEST!

Read more...

Wajah baru~

Assalammualaikum..

lama kan header blog rina "under construction" je?
hari ni baru berkesempatan nak buat header baru..

simple je, tapi I loike~
hihihi

ok. kembali buusyyy. Bye!

Read more...

Saturday, November 06, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 4)

Selasa 26 Oktober 2010
Forth Day


kenapa saya pakai glove??

hehe..ada orang tanye..
sebab senang..boleh capai semuanya dalam hutan.
boleh pegang pokok pokok berduri
boleh pegang tanah..
dan kawan lelaki boleh tolong tarikkan...huhu..bila terpaksa jelah..

so sambung kisah hari ke tiga..
after camping 1 malam, pagi pagi kami bangun masak nasi untuk bekalan..
pagi pagi tu terus berangkat pulang.

balik lagi best.
kami lalu path yang lebih dasyat.
ada 4 puncak.
turun naik, turun naik 

tapi at last, berjaya jugak.


bertolak pukul 7 pagi, sampai pukul 4 petang.
bayangkan =_="
balik balik bukan boleh rest..
kena bersihkan barang barang dulu

malam tu prepare untuk pegi kayak pulak!

Rabu 27 Oktober 2010
Fifth Day


 cacatness

itu rina dan my partner, zam!

overall, kayak memang best!
penat tu penat lah jugak..
dalam sejam nak pergi ke Pulau Pangkor.
ombak kuat..
plus partner rina tu boleh tahan baran dia.

ape lagi begaduh jela atas kayak tu hhaha

pape pun, still sampai dengan selamat.

malam tu camp macam biasa..
main teka teki, masak masak, borak borak dan sebagainya.
lebih relax and hepi dari camping masa hiking.
siap mandi laut lagi kali ni hehe.
n toilet pun ada!

Khamis 28 Oktober 2010
Sixth Day

Hari ni balik kembali ke pangkal jalan :P

lepas basuh kayak dan semua peralatan, kami balik ke dorm masing masing
dapat lah rehat kejap..
then ready untuk barbeque untuk malam tu.

setiap kumpulan wajib buat persembahan.
dan persembahan kumpulan rina paling mantop! hehehe
nyanyi je pon..tapi kalau dapat yang gile gile nyanyi, memang meriah lah kan

dan malam tu, kaki rina bengkak...
sebenarnya dari petang dah bengkak..tapi makin lama makin dasyat bengkak..
so malam tu, instructor bawak rina pergi hospital lumut..

nasib baik bestfriend rina ada sekali pegi OBM..
so ajak dia teman..
segan lah nak menyusahkan kawan yang baru kenal kan..

doktor cakap rina kena sengat dengan obor obor huhu
malam tu doktor inject, esok paginya dah ok sikit..^__^

tapi sakit giler rupanya bengkak obor obor ni..sengsara kejap


Jumaat 29 Oktober 2010
Last Day

yahoo!!
balik rumah!
sape tak suke kan?
semua orang bangun pagi hari ni hehe.

dah boleh collect handphone balik :)




snap snap before balik..

the experience was great!
this is one of the best memories that will remain in my mind forever!


OBM is AWESOME!



Read more...

Wednesday, November 03, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 3)

Isnin 25 Oktober
Third Day

Hari yang dinanti nantikan telah tiba.
Nantikan lahh sangatt hehe

pagi pagi lagi, masing masing sibuk dengan bagpack.
nak susun barang.
testing testing bawak.

BERAT YANG AMAT!

macam manaa nak bawak g hiking ni???
*over*



seriously penat sangat sangat.
da lah curamm, bawak pulak beg berat giler.
ni paksa diri makan biskut gula untuk tenaga.


dalam 3 jam kot, sampai juga akhirnya~

heheh model tak begaji

lepas tu buat khemah.

rina dah pengsan. serahkan tugasan pada kaum lelaki je lah hihi...


baru rina perasan...rina lupa nak tangkap gambar khemah! =_="

khemah kitorang yang besar tu..
buat 2 khemah.
1 untuk perempuan, 1 lagi untuk lelaki.

lepas tu buat unggun api, masak masak.
minum petang kitorang buat air teh o cicah biskut.
malam pulak makan sambal sardin dengan telor dadar cendawan (resipi terbaru :P)

memang nikmat makan camni.
kalau tergigit batu pon anggap keropok jelahh haha..

cawan main share share je.
takde geli geli dah.
tibai je semua :D

malam tu borak borak, main teka teki semua, then tidooo

eh lupa nak cerita.
budak perempuan tak mandii pon.

takde toilet kot.
ada lombong je.
dapat buang air kecik je :P
buang air besar tak sanggup rasa, nak mencangkul buat lubang, baik tahannn :P

so masing masing busuk :D

bersambung lagi!


Read more...

Tuesday, November 02, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 2)

Ahad 24 Oktober
Second Day

Sebelum subuh lagi rina dah terjaga heheh..
sebab tidur ramai ramai dalam dorm kan, bila sorang masuk toilet, bunyi air, bising bising, plus rina memang mudah terjaga...

tapi memang best tido..
sejuk jeeee
rumah kayu kan

ni dorm kitorang

cun kan?

kena naik 106 anak tangga  untuk sampai.
cuba bayangkannnn...lepas penat buat aktiviti, terpaksa naik tangga nak balik dorm!

ok, berbalik pada aktiviti hari kedua,

pukul 6.30 pagi bekumpul, nyanyi lagu Negaraku dan lagu TNB.
eh, lagu Singapura sekali since ada peserta dari Singapura jugak..

lepas tu jogging..
penattt, lama tak besukan.

lepas tu pergi jungle tracking, tapi sekejap je..
sekadar pendedahan..
sebab esoknya, kami nak pergi jungle tracking yang sebenar..

lepas tu, kami disuruh untuk buat rakit menggunakan bahan bahan yang disediakan,


dan berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian hehehe

dah malas nak bercerita sebenarnya,

jom layan gambar!

Pemandangan waktu senja~


Sebahagian member member bergambar :P


Sedang bersedia untuk Jungle Tracking dan Camping pada keesokan harinya


bersambung lagiiiii

bila nak habis niiiiiii

:P

*sori....sebab tak reply lagi comments....shout...rina masih dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi seorang yang busy ni hehe....*


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top