39 weeks sudah!
Pukul 4 pagi dah tejaga dari tidur. Pergi toilet untuk kali kedua pada pagi tu..lately ni, setiap kali ke toilet, mesti akan cek ada darah ke tak. Hihi. Ternanti nanti tanda nak beranak tau.
Tapi clean & clear. Hadui..bila nak tubik (keluar) ni baby?..duduk jap atas katil sambil usap usap perut. Mild contraction comes & go. Rasa cramp & rasa senggugut. Tapi masih boleh tahan & tak consistent. So no need ke hospital lagi. Nak tidur tak boleh dah. Otak ligat terbayang bayang kesakitan yang bakal dihadapi :p yeah..saya memang penakut sakit..berzikir..berselawat..menenangkan hati yang resah. Sambil ngadu dekat baby yang ibu takut..
Mr zauj kat sebelah turut tejaga..macam biasa dia akan tanya kenapa? Sakit ke?
Taklah..lia takut..
Jangan fikir..tidurlah..
Ok..
Still tak boleh tidur sampai la bila azan subuh baru nak ngantuk haha..teruk perangai. Jangan dicontohi ye!
Pagi, Mr zauj pegi keja. Rina rehat rehat dekat rumah ditemani mak. Makan makan jap. Sambung tido jap :p
Tengah hari, mr zauj balik ambil rina. Bawa ke hospital untuk check up minggu ke 39. Nervous hoi! Kena seluk ke hari ni??? Waaa..
Sampai hospital terus bagi card..then tanya giliran. Lambat lagi. Turun bawah, pegi lunch. Makan nasik dengan ayam tak sedap RM10 sorang. Pitam.
Teringin starbuck. Ada dekat hospital pantai. Beli 1 share dengan mr zauj :p teringin sangat, tak tipu hikhik..bagi chance pls..
Lepas solat, Pegi bilik Dr idora. Tunggu kejap dah kena panggil.
Macam biasa, terus Dr idora suruh baring untuk scan. Dia tanya ada masalah apa apa tak?
Cerita dekat dia tentang mild contraction & cramp. Dia kata normal.
Cerita lagi yang ada keputihan. Dia tanya gatal tak?
Tak. So normal again..
Cerita lagi kencing keruh sangat. Dia cakap memang normal kalau ada masalah keputihan. Dia suruh minum banyak air je..
Then scanning time!
Dia tunjuk kepala sangat sangat kebawah. Dah memang engaged betol. Tak nampak dah bukaan serviks. Kalau time check up 38 weeks hari tu nampak lagi serviks. Tapi hari ni kepala dah tutup.
Patutlah rasa tertekan je hihi. Dia cek jantung. Alhamdulillah kuat dan consistent. Brapa tah per minit? Rina tak ambik port :p janji normal. Ukur kepala, perut, kaki dan estimate berat badan. Still around 2.6 - 2.8 kg. dia kata susah dah nak ukur betul2 since baby dah ke bawah. Cek aliran darah dalam uri. Lancar. Alhamdulillah. Air ketuban banyak lagi. Muka dah tak nampak so tak dapat nak tatap wajah baby..
Alhamdulillah semua ok. Tapi bila nak keluar ni doktor?
Hihi..doktor kata if 5 hari selepas due date still takde tanda nak bersalin, doktor akan induce. Induce makan masa paling lama 2 hari untuk beranak.
Next appoinment, 6 mac 2013 which is my EDD! Doktor kata, selok menyelok tepaksa dilakukan pada hari tu..jadi sila besedia :p
Rina mintak tips nak bagi buka jalan dengan cepat. Ada 3 doktor bagi..
1) makan kurma
2) banyakkan berjalan
3) kerap bersama dengan suami
Lepas tu rina bagitahu doktor, rina tak pernah buat perineal massage..
Doktor kata, boleh start hari ni..belum terlambat..
Terusss lepas check up rina g mid valley dengan mr zauj. Beli cream perineal dekat mother care. Rm36 je. Sepatutnya kena pakai 6 minggu before edd. Yesss rina aware pasal ni dah lama..tapiiii rina adalah malas ok..dah dekat ni baru tetiba rasa takot amat, baru sibuk nak buat. Jangan contohi!
Lepas tu jalan jalan dengan mr zauj. Peghhh semput sangat. Jalan sikit, stop. Senak betul rasa..jalan sikit punya slow..tapi ku gigihkan jua..harap harap dah tebukak lah 4 cm haha tetiba.
Best jugak. Dalam sakit sakit rasa happy dapat bedating dengan mr zauj hihi. Pasni kita ade orang ketiga dah, insyaAllah. We are really looking forward for you, my baby..
So itu jela citer pasal harini.
Sekarang letih sangatsangat..harap lepas ni contraction datang. Takpun air ketuban pecah :p ibu dah ready sayang!
Semoga Allah permudahkan segalanya..kita merancang dan berharap..hanya allah jua yang menentukan..
- Posted using BlogPress from my iPhone