Check up 38 weeks : Cuti
Assalammualaikum..
rina dah start cuti..bukan cuti bersalin, tapi cuti MC. Alhamdulillah, company & boss memang tolerate bab MC before bersalin ni..
Mula-mula dulu memang semangat nak cuti. Tapi sejak akhir akhir ni rasa malas nak cuti. Sebabnya duduk rumah adalah bosan. Mc 1 hari pun bosan..bukan boleh tidur pun. Tidur macam tak lena, tak selesa..biasa lah last trimester pregnancy ni, apepon tak boleh hihi.
Tapi husband minta rina duduk rumah je. Agaknye dia tengok isteri dia tekedek kedek jalan hee. Syukur, rina dipermudahkan sebab tak bengkak pun kaki. Lenguh lenguh & cramp waktu malam je. Tangan pun tak kembang. Orang nampak macam sihat je :)
Dalam tak tahu nak cuti awal ke idak, akhirnya rina ambil keputusan untuk start MC today~ sebab utama rina ambil keputusan ni sebab risau untuk drive sendiri..susah nak fokus bila perut asyik mengeras & senak..dan 1 lagi sebab nak prepare mentally since it is my first time..Sebab sebab lain, adalah cepat penat dan malas :p
So sekarang baru je lepas check up. Penat je nervous kot kot kena seluk ke lalala..rupanya tak pun. Doktor cek tru scanner tu je nampak bukaan serviks rina masih tertutup rapi hee.
Kepala dah engaged. Baby active sangat. Duk isap isap jari. Cecomey sangat. Idung besar dan kembang sangat jelas kelihatan hasil dari genetik mak pak yang kuat :p pipi nampak bam bam. Berat 2.8 kg. naik 0.1 kg dari check up 2 minggu lepas. Fuh fuh sebaik..ingat dah 3 kg. risau besau besau susah teran haha..
Berat rina pulak naik 1 kg. anak naik 0.1 kg, mak naik 1 kg..sila eksplain :p
Lepas tu tanya tentang epidural..doktor kata, belum ada kajian yang berjaya membuktikan epidural beri side effect kepada tulang belakang..ikut logik pun jarumnya kecil sahaja..dos pun sikit. So sepatutnya takde side effect. Maybe kebetulan sahaja..sakit belakang ni selalunya disebabkan lain contoh time meneran ketika contraction..telebih kuat ke..so boleh jela kalau nak ambil sekiranya betul tak tahan. Takpe, kita tengok dulu :)
Satu lagi tentang stem cell. Simpan cell anak yang di ambik dari uri untuk kegunaan perubatan sekiranya diperlukan pada masa akan datang. Doktor galakkan. Ramai dah buat termasuk Dr. Harlina. Rina macam berminat..maybe untuk anak kedua..siapa nak tahu lebih lanjut boleh google stem cell by cell safe.
Ok itu je..doakan baby rina keluar dalam minggu ni ke..minggu depan ke..sebab rina takot nak menunggu lama lama. Lagi lama, lagi tersiksa rasa, cewah!
Kbai!
- Posted using BlogPress from my iPhone
5 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
Assalamualaikum ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...
Tak sabar nk tgk baby rina. Semoga ibu dan anak sihat2.
semoga dipermudahkan segalanya rina.mesti comel:)
tak sabar tggu bby..insyallah semua dipermudahkan..amin
Salam perkenalan....alololo comelnya tengah hisap jari hehe...insya Allah semoga dipermudahkan....amin...
Post a Comment