Wednesday, February 27, 2013

39 weeks sudah!

Pukul 4 pagi dah tejaga dari tidur. Pergi toilet untuk kali kedua pada pagi tu..lately ni, setiap kali ke toilet, mesti akan cek ada darah ke tak. Hihi. Ternanti nanti tanda nak beranak tau.

Tapi clean & clear. Hadui..bila nak tubik (keluar) ni baby?..duduk jap atas katil sambil usap usap perut. Mild contraction comes & go. Rasa cramp & rasa senggugut. Tapi masih boleh tahan & tak consistent. So no need ke hospital lagi. Nak tidur tak boleh dah. Otak ligat terbayang bayang kesakitan yang bakal dihadapi :p yeah..saya memang penakut sakit..berzikir..berselawat..menenangkan hati yang resah. Sambil ngadu dekat baby yang ibu takut..

Mr zauj kat sebelah turut tejaga..macam biasa dia akan tanya kenapa? Sakit ke?

Taklah..lia takut..

Jangan fikir..tidurlah..

Ok..

Still tak boleh tidur sampai la bila azan subuh baru nak ngantuk haha..teruk perangai. Jangan dicontohi ye!

Pagi, Mr zauj pegi keja. Rina rehat rehat dekat rumah ditemani mak. Makan makan jap. Sambung tido jap :p

Tengah hari, mr zauj balik ambil rina. Bawa ke hospital untuk check up minggu ke 39. Nervous hoi! Kena seluk ke hari ni??? Waaa..

Sampai hospital terus bagi card..then tanya giliran. Lambat lagi. Turun bawah, pegi lunch. Makan nasik dengan ayam tak sedap RM10 sorang. Pitam.

Teringin starbuck. Ada dekat hospital pantai. Beli 1 share dengan mr zauj :p teringin sangat, tak tipu hikhik..bagi chance pls..

Lepas solat, Pegi bilik Dr idora. Tunggu kejap dah kena panggil.
Macam biasa, terus Dr idora suruh baring untuk scan. Dia tanya ada masalah apa apa tak?
Cerita dekat dia tentang mild contraction & cramp. Dia kata normal.
Cerita lagi yang ada keputihan. Dia tanya gatal tak?
Tak. So normal again..
Cerita lagi kencing keruh sangat. Dia cakap memang normal kalau ada masalah keputihan. Dia suruh minum banyak air je..

Then scanning time!
Dia tunjuk kepala sangat sangat kebawah. Dah memang engaged betol. Tak nampak dah bukaan serviks. Kalau time check up 38 weeks hari tu nampak lagi serviks. Tapi hari ni kepala dah tutup.

Patutlah rasa tertekan je hihi. Dia cek jantung. Alhamdulillah kuat dan consistent. Brapa tah per minit? Rina tak ambik port :p janji normal. Ukur kepala, perut, kaki dan estimate berat badan. Still around 2.6 - 2.8 kg. dia kata susah dah nak ukur betul2 since baby dah ke bawah. Cek aliran darah dalam uri. Lancar. Alhamdulillah. Air ketuban banyak lagi. Muka dah tak nampak so tak dapat nak tatap wajah baby..

Alhamdulillah semua ok. Tapi bila nak keluar ni doktor?
Hihi..doktor kata if 5 hari selepas due date still takde tanda nak bersalin, doktor akan induce. Induce makan masa paling lama 2 hari untuk beranak.

Next appoinment, 6 mac 2013 which is my EDD! Doktor kata, selok menyelok tepaksa dilakukan pada hari tu..jadi sila besedia :p

Rina mintak tips nak bagi buka jalan dengan cepat. Ada 3 doktor bagi..

1) makan kurma
2) banyakkan berjalan
3) kerap bersama dengan suami

Lepas tu rina bagitahu doktor, rina tak pernah buat perineal massage..

Doktor kata, boleh start hari ni..belum terlambat..

Terusss lepas check up rina g mid valley dengan mr zauj. Beli cream perineal dekat mother care. Rm36 je. Sepatutnya kena pakai 6 minggu before edd. Yesss rina aware pasal ni dah lama..tapiiii rina adalah malas ok..dah dekat ni baru tetiba rasa takot amat, baru sibuk nak buat. Jangan contohi!

Lepas tu jalan jalan dengan mr zauj. Peghhh semput sangat. Jalan sikit, stop. Senak betul rasa..jalan sikit punya slow..tapi ku gigihkan jua..harap harap dah tebukak lah 4 cm haha tetiba.

Best jugak. Dalam sakit sakit rasa happy dapat bedating dengan mr zauj hihi. Pasni kita ade orang ketiga dah, insyaAllah. We are really looking forward for you, my baby..

So itu jela citer pasal harini.

Sekarang letih sangatsangat..harap lepas ni contraction datang. Takpun air ketuban pecah :p ibu dah ready sayang!

Semoga Allah permudahkan segalanya..kita merancang dan berharap..hanya allah jua yang menentukan..








- Posted using BlogPress from my iPhone

8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

puan.mila 27/2/13 9:02 PM  

jgn mgharap sgt, buat biasa-biasa je..org ckp klu trlalu pk nk bby cpt kuo nti jd lmbt pula..huhu...mila deliver 1hri before edd..time tu mcm xready pun lg..hihi

Anonymous,  28/2/13 9:22 AM  

Salam,

Rina, sedikit tips untuk mudah bukaan dan cmne nak hadapi hari2 terakhir before delivery..

1)Mcm Eyfa, dua2 baby awal seminggu..1st ceaser, 2nd alhamdulillah dpt normal..wpun jarak setahun je, 1st baby bukaan lambat, heartbeat baby da makin low setiap kali contraction, so nak xnak Eyfa terpaksa di operate..
2)2nd baby, Eyfa bykkan berjalan, even seminggu sebelum bersalin pun still gi keje naik public transport,erl,lrt,bus..and actually da start rasa sakit contraction,mlm rasa kerap,siang hilang,cmtula..
3)Jumaat Eyfa amik cuti just because nak gi shopping/window shopping,Sabtu kuar tanda darah, again Eyfa x gi hospital lg,but then gi shopping jgk, hihi..sakit dr malam smp petang,then hilang..cmtula 2,3 hari..Ahad Isnin pun camtu..dan hari2 la Eyfa shopping..dan darap keeps keluar..darah+lendir jernih..
4)dlm masa yang sama, once da bleeding, eyfa mula rendam n minum air fatimah,yg dpt dr mekah tu..untuk mudahkan bukaan serviks..
5)Finally hari isnin,17/09/12, lepas shopping, zohor Eyfa balik umah, biasenye time2 cmni contraction yg kerap da berhenti but kali ni, da main kerap smpaila 7 minit sekali, non-stop sampai asar,n waktu ni la Eyfa dah x boleh tahan betul, terus ajak husband ke hospital,
6)Husband amik inisiatif tuk mandikan dulu, supaya segar dan fresh bdn untuk bersalin..then samapi2 hospital barulah seluk n doc kata bukaan dah 5 cm..alhamdulillah..patutla sakit sgt!!
7)So kul 8pm masuk labor room, kul 11.10pm Eyfa bersalin, wlaupun Eyfa alami kelahiran yg sukar sbb rangka tlg punggung yg sempit(org dulu2 panggil 'rangka burung')..tp xpela, alhamdulillah both selamat..

So moral of the story,

1)Bykkan berjalan, selain mudahkan bukaan, dpt jgk alihkan perhatian kita drpd sakit contraction..
2)Mcm Eyfa,usahakan minum air fatimah tu(blh mintak kat Eyfa if nak,012-9697428), mmg mujarab..
3)Pergi hospital bila betul2 dah perlu, so kita x perlu tunggu lama=jd terlalu fokus pd sakit..dlm masa yg sama, monitor gerakan baby,aktif ke x..
4)Once contraction da regular,check kekerapan..sebaiknya,kalau dah 5 minit sekali contraction dtg, dah ada kat hospital..mcm Eyfa, bile dah jd 7 minit sekali, Eyfa dah gerak ke hospital..sbb nilai-bangi ambil dlm 15 minit..

So good luck Rina, bykkan bacaan Yassin, doa berkat Yassin yg Rina baca,mudahkanlah urusan bersalin..selamat kedua-duanya..that's why utk org nazak pun kita baca Yassin, sbb Yassin boleh membantu permudahkan kesusahan,kesakitan..wallahualam..=)

-Sedikit Perkongsian..

Tengku Fauziana 28/2/13 9:49 AM  

ouhh..awak dh 39w ye..sy arini dh 38w..sy 2nd bby la..ni pun xsabar gak nk dia kuar..hope next week kuar la..hihih..
pe pun utk awak semoga dipermudahkan ye..

#salam perkenalan..i foloww..

ANIS SURYANIE 28/2/13 9:59 AM  

anis doakan ibu n baby selamat, semuanya selamat :)
sweet je dgar stories g dating ngn en.hubby walaupun dh sarat tunggu hari :)

xoxo anis

Hani Rahman 1/3/13 10:02 AM  

Dah tak berupdate nih ...
Dah bersalin ker ?
Semoga dipermudahkan segala urusan ...

Rin Saharina 3/3/13 6:40 PM  

semoga dipermudahkan semuanya kak :)

Wawa T 3/3/13 8:41 PM  

semoga dipermudahkan.. kena banyak berjalankan.. ok ok akan dipraktikkan..

btw, dah bersalin ke??

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top