Thursday, February 07, 2013

Check up : 36 weeks

Alhamdulillah semuanya normal.

Berat baby dah 2.7 kg! Naik 0.9 kg dari last check up which is in 3 weeks time! Rina ada tulis yang doktor estimate baby rina around 2.6 kg. but now dah 2.7 kg. Baguss anak ibu, membesar dengan jayanya hehe!

Berat badan rina pun naik dalam 1 kg jugak. Maksudnya memang berat baby yang memberatkan badan bukan lah lemak tepu :p tapi memang ada orang akan turun masa last last ni. Yela..jalan sambil bawak perut berat- eksesais kot hihihi. Makan pun tak boleh full rasa mengah jee. Tapi tadi after check up rina makan nasi penuh lauk ayam kampung + siput sedut semangkuk + jus tembikai = semputttt hihi.

Ok sambung. Jantung ok. Size kepala & perut normal. Darah dalam uri ke tali pusat tah, mengalir lancar. Jantina baby sangat obvious! Fuh fuh sib baik takde main tukar tukar jantina kalau tak mesti kelam kabut hehe. Air ketuban banyak lagi. Kepala baby dah di bawah.

Kata doktor, selagi baby dalam perut selagi tu dia boleh suka suka nak pusing. Tapii, rina sekarang dah boleh bersalin bila bila waktu. Kepala baby dah dibawah, berat dah ok. Baby macam tak sabar hihi. So anytimee sakit akan datang.

Huhu cuak...hari hari ber'zikir' kat telinga mr zauj "takut...takut..." :p

Di sini, rina ingin mengambil kesempatan, untuk memohon maaf kepada semua yang sedang membaca. Mungkin ada yang mengenali rina hanya melalui online, mungkin sahabat rina di alam realiti dan mungkin juga ahli keluarga rina...

Memang banyak salah silap yang rina lakukan. Buat orang terasa hati, terambil barang ke? Mengumpat ke? Buat orang menyampah ke? Minta maaf sangat sangat.. Kalau ada hutang yang belum rina bayar, boleh lah tuntut pada rina sebelum terlambat..

Kita tak tahu apa akan jadi nanti..tapi apa jua kemungkinan, rina redha..yang paling penting, anak di dalam kandungan ini selamat sempurna dilahirkan..

Sekian..assalammualaikum..


- Posted using BlogPress from my iPhone

3 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Cheida_Mymee 7/2/13 5:27 PM  

tahniah sis.. doakn smua slamat.. tak sabar tgok pic baby ;)

☆aDihAys☆ 7/2/13 6:28 PM  

tahniah sis..semoga ibu dan bayi sentiasa selamat dan sihat..

Hani Fadhlina Abdul Rahman 7/2/13 9:36 PM  

Semoga selamat semua nyer ... Semoga dipermudahkan segala urusan ...

Related Posts with Thumbnails

✿ VVIP Visitors ツ

Make your own

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


✿Gossip Box ツ

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top