Thursday, July 04, 2013

Berjaya Langkawi Resort & Spa

Salam semua. Baru balik dari Berjaya Langkawi. Ada seminar di sana. Rina pergi 2 hari 1 malam je. Sepatutnya 3 hari 2 malam. Tapi rina balik awal so tak join BBQ dinner & Island hoping. Tak syok plak bersuka ria tanpa anak & suami disisi. Kalau single lagi sure rina duk sampai ahad kat langkawi haha.


Ni first time duduk Berjaya langkawi & kemungkinan besar the last time hehe. Sebab mahal giler rate dia. Boleh cecah RM800 per night. Paling murah waktu bulan puasa RM400 per night. Ni untuk rainforest chalet biasa. Kalau yang atas laut mau 2,3 ribu. Huhu. 

Penuh dengan mat salleh & pak arab jela. Tak mampu kot orang Malaysia. Kalau mampu pun habis duit kat oversea kot.

Ni gambar dari google :



Ni lah rainforest chalet


Atas bukit tengah tengah hutan. Pintu kat belakang ngadap hutan kot. Dari balcony nampak laut.

Nak ke chalet kena naik shuttle


Yang tak best kena tunggu kat tepi jalan kalau nak naik shuttle. Tak boleh tunggu dalam bilik. Takuttt. Sebab malam tu rina sesorang tunggu tepi jalan. Nak pegi lobby nak dinner. Shuttle pulak lembab. 5 minit tunggu tak datang. Serammm okeh! Ada benda terbang dari pokok ke pokok. Rina anggap burung jela heheh. Adoi kelakar plak ingat balik..penakut betul.

Apepon kalau nak honeymoon or tenangkan fikiran memang sesuai. Mahal la tapi. Ade duit takde hal hehe

Makan pun sedap gak. Naik 8kg sehari duk sini :p

Ok bai

3 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Mahirah Ridzuan 5/7/13 1:00 PM  

Menariknya tempat ni...

Rexylla 6/7/13 8:33 AM  

wah cantik.....dan memang mahal (T_T)

http://rexylla.blogspot.com/

Sya_Merpati Putih 88 21/7/13 6:04 PM  

mmmg cantik...tapi mahal..tapi rasanya berbaloi kot kalau tempat cantik macam tu...

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top