Tuesday, January 28, 2014

makan angin di bukit tinggi

Salam semua..minggu lepas rina ke kenduri sahabat baik rina, aini di jengka pahang

Aini bertunang..



Cantik kan aini? Boleh nikah terus gini kihkih :p semoga aini bertemu jodoh dengan en tunang dan bahagia hingga syurga..amin

lepas tu, tetiba je kitorang ke bukit tinggi. Sebab on the way je kan. Memang unplanned. Sampai dalam pukul 3 petang dah. Terus ke japanese village. Then baru pegi parade dia yang macam negara france tu.



 Mr zauj berbabywearing..dareesa memang suka duk peluk abah dia tu. Kadang sampai terlena. Nasib baik ni tak tidur sebab dah puas tidur dalam kereta.



Hee jadi orang jepun sekejap. Nak pakai baju jepun seorang rm20. Memang mahal. Tapi memang takkan datang dah sini kot. 1 sebab tinggi mendaki tangga. 2 sebab tak best takde ape pun. 

Banyak lagi gambar tapi tak rajin nak upload semua. Ini pon update guna phone je hehe malas betul berblog sekarang huhuh

sekian wassalam

Read more...

Wednesday, January 22, 2014

Jalan jalan cari makan di Melaka

Salam..lamanya tak update..terlampau busy...macam macam nak difikirkan..so last week rina ikut husband outstation di Melaka...untuk tenangkan fikiran..

Tapi still tak tenang. Jadi rina tahu dah problem rina..problem rina is rina malas..penyakit malas semakin merebak! Erghh..apa ubat penyakit malas ye??

Ok, sambung percutian di melaka yang singkat tapi menyeronokkan...rina story secara ringkas jela hihi



Gambar 1

Kami ke Zoo Melaka. Pada mulanya nak g taman buaya. Sebab dulu ada rumah cermin tau. Tapi sekarang dah takde rumah cermin tu so tak dapatla nak bawak dareesa. Kalau tak mesti dia suka tengok cermin pelik pelik.

Masuk zoo melaka rm15 kot sorang. Lupa hehe..so far, biasa je la..persembahan burung short tapi dareesa sungguh sungguh layan hihi..
Zoo kecik so sesuai untuk baby macam dareesa & mak bapak yang cepat semput macam rina haha.

So far dareesa suka burung, gajah & kerbau :p lain lain dia macam mengantuk duduk dalam stroller.

Kitorang pegi dalam 2 jam je. Jalan laju laju hihi..

Gambar 2

Pergi makan dekat kari kepala ikan..sedap...boleh waze "kepala ikan hajah rahmah"..waktu siang je..sedapp giler..1 kepala rm40 tapi puas hati..

Duduk hotel hatten. Best sebab kedudukan strategik..depan dataran pahlawan je tapi jauh gakla nak jalan so kami naik kereta je..kami naik menara taming sari tu..dareesa teruja tengok tingggi hihi

Makanan kat hatten biasa je..hotel cantik tapi no bath tub

Gambar 3

Malam malam makan di ikan bakar alai.. sedap..order sotong grg tepung, ikan jenahak bakar, siput lala, kerang hee macam nak makan 10 org :p

Ok tu je lenguh menaip. Baibai

Read more...

Tuesday, January 14, 2014

Permainan sesuai untuk bayi 2 tahun ke bawah & the curve

Ada satu post yang dah jadi viral di facebook lately ni. Post berkaitan permainan untuk budak budak yang jimat tapi terbaik.

Boleh baca sapa yang belum baca...baca di sini

Best..ni antara gambar gambar anak blogger tu main


Hehe rina pun bagi dareesa main guna penyepit baju biasa..bagus untuk motor skill dia. Dareesa tak pandai sepit lagi tapi dia tarik la yang dah disepit tu..

So dipendekan cerita, rina pun ke mr diy..semangat mencari barang berkaitan


Tapi wooden block shape sorter dah habis huwaa...

Rina pegi yang the curve punya..taktahu la kalau tempat lain ada..




Sekian cerita di the curve. :p

Read more...

3 gambar berkaitan #zuhadareesa




Gambar 1st : height measurement di bilik dareesa. RM10 beli time expo di midvalley

Gambar 2nd : dareesa senget kepala bila kita kata "macam comel jee" atau seangkatan dengannya

Gambar 3rd : sticker di bilik dareesa beli di groupon. Rm26 je tak silap. Comel tapi dareesa tak berminat lagi huhu

Read more...

Wednesday, January 08, 2014

Wait for me double M !!

2014 will be awesome! We will going to M &M insyaallah..hihi rahsia dulu...takut tak jadi..moga dimurahkan rezeki..

Tapi apepun perlu siapkan master dulu..grrr...tahun ni sem last kot..thesis kena setel by this month!! Or at most bulan mac...chaiyo rina!!! U can do it!!!

Gambar pegi makan steamboat sizzling di redwok bangi...dareess rilek je tak nangis..boleh ibu & abah makan sungguh sungguh

Harga RM70 untukk 2 orang termasuk tax..sedap jugak...banyak choice untuk steambot..sizzling kureng..daging tak diperap pun..so rasa biasa tapi banyak jenis sos..sedap bila dicicah..

Ada desert..goreng goreng dan juga aiskrimm..

So rina bagi 3 out of 5 stars..

Kbai

Read more...

Monday, January 06, 2014

vaccine or not vaccine ?



Alhamdulillah..baru je lepas ambil.vaccine di pusrawi tadi..pneumococoal for dareesa & vaccine umrah for me..lambat lagi ke umrah tapi saja buat awal since if preggy tak boleh vaccine..insyaAllah..doakan supaya dapat menjadi tetamu Allah...

Dareesa pula dah 3rd dose pneumococal..10 bulan dah..kk check up jumaat ni...sepatutnya lastweek tapi rina terlupa heheh..



Rina memang ambil smua vaccine wajib untuk dareesa dan juga tambahan pneumococoal..

Yes..its difficult for me at first..to decide either vaccine or not vaccine..i did some research & asked experts about the matter..since issue vaccine ni memang hangat diperdebatkan..

Tawakal to Allah..rina nekad untuk mengambil vaccine sebagai satu usaha dalam melindungi dareesa..semoga keputusan rina tepat dan Allah memberi perlindungan buat dareesa..

To all mommies..make a decision that u think is right...afterall she/he is your child..not others..


Apapun..Allah sebaik baik perancang & pelindung..

Read more...

Wednesday, January 01, 2014

#zuhadareesa 10 months old !

Tahun baru, bulan baru buat Zuha Dareesa . Lagi 2 bulan dah nak sambut 1st year birthday. Wuuuu tak sabarnye tapi sedihhh..anak ibu dah besar...dah tak tidor selalu..asyik nak main jeee! Babap montot kang!


Seriously everyday..eh every second asyik teringat si budak kecik ni..teletah dia memang mencuit hati..menghiburkan hati..



Alhamdulillah masih menyusu ibu...sepenuhnya...juga sudah solid food semenjak 6 bulan..mostly hasil air tangan rina atau mak..tapi ada juga beri makanan bayi yang terjual di pasaran..cuba elakkan makanan merapu or tak sepatutnya bagi..trying my best..susah nak elak sebenarnya..rina pasrah..hanya berdoa dalam hati moga Allah lindung dareesa..jangan bagi dareesa sakit..(biar si penyuap yang sakit opsss) rajin nau...tak nampak ke ibu dia susah payah bagi anak makan...baby kan..kalau suap taik pun dia makan..bukan sebab kebulur..sebab dia baby...sedang explore..semua nak tahu..semua nak rasa..

Ok cukup membebel..things happen..

Weekend ni nak cucuk pneumococal 3rd dose..semoga dia tak demam..haritu dia ada demam..38 degree but ibu risau sgt..demam on off..malam dareesa tak boleh tidur lena..on third day ibu beri ubat demam sesuap..alhamdulillah terus sihat..

Now dia jangkit ibu..gatal tekak batuk batuk & runny nose...rina harap susu ibu mampu menjadi ubat untuk dia..moga Allah beri kesihatan pada dia..sedih tengok air hingus meleleh..comot nampak..sobsob

Agaknya tak selesa so lately dia keep bangun malam mencari "susu"...ibu mata bengkak dah huhu tapi takpe..ibu tak kisah...thankyou abah...sabar dengan kerenah ibu..bila ibu penat..abah tempat ibu hilangkan stress hehe...

Ok, panjangnye..apa lagi ye..

Sama je kot dengan 9 bulan. Tak banyak progress.

Dah boleh berdiri sendiri 5 saat
Dah boleh melangkah dengan bantuan mainan walker-to-ride
Dah panjang sikit bebelnya cuma tak sebut baba pun.....
Pandai main sep sep sep tom tom dia tepuk tangan kita
Faham "clap your hand"
Pandai main keluar masuk bilik..apa yang best pun tak tahu
Tahu dah apa yang salah..contoh main switch..dia macam takut takut dah nak main hehe
Tahu tupperware makanan dia
Try nak main hp, letak letak jari
Boleh berjalan sepanjang meja/kerusi sambil pegang

Ok tu jela..ada lagi tapi lupa & malas dah hehe...masih dalam lingkungan average macam baby lain :)

Its ok dareesa..go on & keep trying..ibu will be here to support u no matter what!




Read more...

Azam 2014


Sorry gambar serabai & gemok :p

Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 2014..cepat betul masa berlalu. 2013 pergi meninggalkan kita dengan sekelip mata dan banyak perkara telah berlaku....

Sebelum ini rina ada post entry tentang review azam 2013 dan lebih dari separuh telah tercapai..alhamdulillah..okla tu hihi

Ok, berikut azam rina untuk tahun 2014...skema betul ayat..nampak sangat makin matang ni kahkahkahak

1) nak siapkan thesis master & grad!!
2) nak menunaikan umrah bersama mr zauj
3) nak menyusu dareesa sehingga berusia 2 tahun walaupun mengandung lagi
4) nak mengandung lagi heee
5) nak aktif berbisnes kembali untuk side income
6) nak menjadi isteri yang lebih solehah
7) nak kurus bawah 50 kg before pregnant semula
8) nak menjadi anak & menantu yang lebih baik.
9) nak menjadi pekerja yang bekerja ikhlas kerana Allah
10) nak dapat CP
11) nak belajar masak western :p
12) nak kurangkan facebook dan lebihkan Alquran
13) nak perbaiki solat & aurat
14) nak STOP mengumpat..

Sekian..moga tercapai semua azam dan rina menjadi lebih baik dari yang sebelum...amin!

2014!! Here I come!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top