Thursday, August 30, 2012

Cerita raya rina & mr zauj

Salam.. Lamanye tak update. Mood takde nak menulis..tapi kugagahkan jua demi memori dimasa depan hehehe..jadi rina tulis pon ala ala bercerita dekat diri sendiri jela ye..

2nd day before raya
Khamis malam jumaat tu rina, mr zauj, his bro & his sis balik sekali ke kelantan. Yess, this year turn raya Kampung mr zauj dulu :) perjalanan mengambil masa 10 jam! Alhamdulillah takde muntah muntah. Cuma pening kepala je asyik tidur bangun hehe..

Oleh sebab malu nak makan siang2..rina pon puasa jugakla di kelantan..walaupun doktor pakar dah advice tak perlu puasa lagi. So total up 10 days rina tinggal puasa tahun ni! Bilaa laaa nak ganti adoi!

Best masa malam malam sebelum nak raya. Adik adik ipar sibuk buat biskut & kek. Rina pun jadi tukang sibuk nak belajar. Senang je rupanya nak buat hahahaha bajet :p tapi leceh hee. Dasar pemalas. Seronok buat kalau buat beramai ramai. Kalau buat sesorang untuk letak kat rumah yang takde orang mesti tak kuasa rina nak buat huhu.

Apepon, rina malu tak reti masak apepon..bila laaaa nak start belajar ni..asyik duk pening je bila bau tumis..
Hanya baking jela mampu buat sekarang ni. Okla kann janji belajar :))

Raya 1st day
Memangg meriah. Berbeza dengan raya di KL hee. Awal awal pagi dah ke masjid di Kampung Sabak untuk solat raya. Kemudian round 1 kampong untuk beraya. Alhamdulillah selera makan ada. Badan rasa sihat walaupun sedikit letih :)





Raya 2nd day & 3rd day
Sambung Raya ke rumah saudara mara dan juga melayan tetamu. Takde gambar plak :p best memang best. Sebab bila di sini takkan rasa bosan. Ade je benda nak buat. Jadi badan automaticaly rasa sihat hihi. Adela muntah sikit sikit tapi masih boleh tahan. Makanan di kelantan time raya ada sedikit berbeza di Kl. susah nak jumpa lemang & rendang. Ketupat pulak manisss. Adui..tak kene tekak. Banyak yang buat gulai..pon rina tak lalu. My family inlaw buat gulai itik serama..tak mampu untuk ku jamah hehehe..yang sedap ada rumah ni buat soto dan mi celup. Nyum nyum sedap!

Hari raya ke 4
Yay! Balik KL hehe. Sedih gak meninggalkan kampung. Kemeriahan still terasa. Lagi lagi anak buah kesayangan baru je sampai kampung




Sangat cecomey ye! Mata bolat! Suka ketawa :))

Tapi terpaksa balik la. Kesian dekat mak abah rina. Da la rina je anak dorang hee. Jadi after melawat sedara mara for the last time kami pon beransur pulang. Pun makan masa 10 jam gak. Tengah malam baru sampai KL. pergh..lama lama kematu montot ini ;p

Hari raya ke 5
Ke slim river perak. Kampung belah rina pulak. Nenek dah takde. Jadi, rumah makcik sedara paling sulung jadi tempat berkumpul kami. Nasib baik dekat je. Tak sampai 2 jam dah sampai ke destinasi.

Hari raya ke 6
Mandi air terjun dekat area slim river. Bestt! Mak tak kasi mandi, tapi rina degil rina mandi jugak :p sejukk best! Petang petang tu kami pulang ke KL semulaaa. Tapi tak direct balik rumah. Singgah2 di rumah sedara lain.

Hari raya ke 7
Sambung beraya di rumah sedara yang lain. Huihui penat uolss. Tak behenti keluar jalan. Sebelum balik rumah, kami ke rumah baru kami, untuk cek setelah lama tak pulang ke sana.

Hari raya ke 8
Hari ni da ahad! Esok dah nak start kijee. Tapi sempat kami ke mid valley. Nak pergi tukar mata wang. Ehem ;p nak pegi mana yeee? Will story later hihi.


K tu je bai!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, August 25, 2012

Eh?

Eh? Lupa ada blog huihui :p nantila update..aiyak..banyak nak cerita, tapi malas nak menulis...esok2 la kbai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, August 17, 2012

Birthday & raya

Salam semua :) Malas nak tulis tapi tulis jugakla untuk memori di hari tua hehe..

1st, my 25th birthday. Sangat special since sambut sebagai seorang isteri dan mom-to-be insyaAllah :) what else i can ask for? Semua da cukup lengkap buat rina..hanya berdoa semoga kebahagiaan ini kekal selamanya..semoga insan yang tersayang sentiasa sihat di sisi..

Mr zauj beli kek. Tak suprise pon sebab dia tanya tanya dari sebulan birthday nak kek ape cehhh! Dan rina pulak jenis tak malu mintak baskin robin cehhh jugak! Haha!




Memang sedap! Tapi agak muak plus rina kan asyik loya so makan sikit je. Lain lain bagi pada jiran berdekatan..takpelah, sedekah :)

He bought this cake & the pizza all the way from mid valley, lepas kerja, naik motor je! Itulah hadiah paling berharga yang sebenarnya..terharu :')

2nd nak cerita pasal raya!
So tahun ni turn raya di rumah suami dulu, di kelantan :) eksaited tu ada dapat balik kampung tapi banyak nye sedihlah..

meninggalkan mak abah di rumah..dah lah anak tunggal hee..cian mak abah..takpe, raya ke 2@3 lia balik kl kita pergi jalan jalan ye!!! Sobsob :'(

Perjalanan kl-klantan 10 jam. Balik waktu malam so rina tidur jelah. Mr zauj & his brother gilir gilir drive. Alhamdulillah selamat sampai. Mual mual pun takde :)

Cuma rasa letih & lapar!

K sekian saja. Penat tulis k bai



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, August 13, 2012

Syukur..

Tadi rina mengambil keputusan untuk rujuk ke pakar sebab muntah tak henti dan rasa lemah badan..

En zauj pun bersetuju untuk teman rina ke hospital. Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang suami yang prihatin..

Kami ke hospital pantai sebab dekat dengan rumah. Jumpa doktor idris. Doktor perempuan semua tak available. So kami pilih doktor lelaki yang muslim..no choice.

Tapi okla doktor ni.banyak beri nasihat dan kaunseling.

Dan dia beri ubat yang paling mujarab untuk segala sakit muntah pening pitam..

Inilah ubatnya..


My little baby..you do exist in my stomach! Ibu just cant believe it!! :') it's a miracle..perasaan ketika menatap scanner tu sukar nak digambarkan..rasa cam nak nangis depan doktor pun ada hihi..

Biar betul ada baby! Perut kempis jee hihi..sampai sekarang tak percaya dan asyik tengok gambar..

Waaa korang..bukan nak menunjuk atau berbangga atau terlebih berharap..cuma nak share..rasa teruja rina ni.. & ofcoz untuk kenangan untuk dibaca nanti :')

There is a baby in my stomach! It's my baby! Biar betul rina nak ada baby dah hihi..ibu masak tak reti lagi ni baby oi..kita makan kedai jela ek ;p

Ya Allah..berikanlah kesihatan buat diriku dan baby..semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..aminn...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, August 07, 2012

Kerja time

Macam time study, ada masa rajin betoll ada masa malasnye la.. Ada masa, baik, duduk depan salin nota, ada masa, jahat, duduk belakang sembang tak pon ponteng.


Macam tu jugakla rina time kerja heee ;p

Tapi rasanya kena jadi baik & rajin 24 jam lah. Tak pon perlu pandai berpura-pura baik & rajin 24 jam lalala..

Ape pon buat masa ni i'm ok with my job. Segala dugaan dan cabaran i took as a daily problem :p tak life la nama nya without problem ye dak?

Apekah motif entry ini?

Motifnya nak bagitau saya letih nak pengsan hidu habuk kat site tadi bluerghhh ;p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, August 05, 2012

Makna sebuah pernikahan

Salam semua. Baru baca blog fatin liyana sure ramai tahu blog dia kan. Kalau tak tahu google je lah. Mesti keluar berduyun result since she is famous amous!

So new entry dia berkenaan pernikahan ni la..
Malas nak copy paste sebab guna iphone je macam leceh..

Tapi betul apa ustazah tu cakap, eh ke lecturer? :p

Pernikahan ni bukan lah semuanya gembira sahaja.. Tak semua rumahtangga tu bahagia..tak semua pasangan tu serasi bila berumahtangga..

Ada yang rina kenal..baru sebulan berkahwin dah bermasalah besar.. Walaupun dah couple bertahun tahun before! Tapi rupanya sikap sebenar berbeza apabila dah kawin. Ingatkan dah kenal tapi rupanya belum! Huhu

Jadi, rina sangat bersetuju dengan pendapat ustazah tu..jangan terburu buru nak kahwin sebabkan kawan kawan ramai dah kahwin..

Tak semestinya korang tengok someone tu kahwin awal, dia lagi bahagia dari korang..
Mungkin korang kahwin lambat tapi korang lebihhh bahagia dalam perkahwinan korang

Rina faham, sebagai seorang perempuan kadang kadang kita jadi pressure if tak kahwin lagi dalam usia rina ni dalam 17 tahun eh 25 tahun hikhik

Tapi realitinya, orang yang dah berkahwin awal pun ada pressurenya sendiri.

Dekat facebook bukan main nampak bahagia tapi hakikatnya..hanya Allah yang tahu kan?

Jadi, dekat sini..rina nak minta maaf kalau ada status, entry blog, gambar yang rina pernah post dan menyebabkan kawan yang belum alami alam perkahwinan rasa cemburu..

Sesungguhnya tak berniat...biasala, orang bercinta lepas kahwin memang eksaited lebih huhu

My husband pun ada pesan..nak bercinta biarla antara kami berdua bukan nak menunjuk satu dunia..dan sekarang rina dah faham..

Semoga kawan kawan yang masih belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh tak kira bila dengan seorang yang dapat menggembirakan korang semua dunia dan akhirat..

From my experience, pernikahan merupakan tanggungjawab yang sangat besar baik pada suami atau isteri.. Lebih lebih lagi apabila akan menjadi seorang ibu..

Dalam terkapai kapai rina ingin memperbaiki diri menjadi seorang isteri yang baik tiba tiba rina juga terpaksa mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu sebegini awal!

Dalam kesyukuran rina pun pressure gak..rina ni buruk perangai kottt..rasanya macam tak layak lagi untuk bergelar isteri dan ibu...

So, semua orang ada pressure, jadi be calm!

Sekian!

Eh nak citer. Rina turun 1.5 kg lagi. So total loss 6.5kg.
Takutnya! Apsal menurun dasyat ni? Tapi gemok lagila since lepas kahwin dulu naik 3 kg hee

Okla..panjang lak..tata



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, August 04, 2012

Set katil English style

Hari ni kami survey lagi set katil english style. Rina sampai muntah 3 kali hari ni. Giler lembik. Nak buka puasa rasa tak perlu since tak lalu pun nak makan..so bertahan jelah..

Survey punya survey tapi tak beli gak. Saje nak share apa yang rina jumpa..




Ini cantik pada pandangan pertama tapi bila dibelek dan ditelek..katilnya terlalu over dan terlalu banyak ukiran..nampak tak kemas..

Rina google google "english style" sure akan keluar set katil ni. Rupanya dah wujud semenjak 2008 kot. Ke awal lagi? Sebijik lah designnya.

Untuk 1 set katil ni, 1 katil queen size + 2 side table + almari 4 pintu (5kaki)+ dressing table + tilam RM1000 yang boleh tahan selesa.. Harganya RM4700 di Cavenci dan RM4000 di kedai sebelah Cavenci hehe.. Ni area bandar baru bangi.

Dekat cavenci ada tengok set modern jugak




1 set dapat, katil queen size + 2 side table + wardrobe sliding door 8 kaki + dressing table sliding + meja Kecil TV + tilam rm1000 yang selesa

Dalam RM5200 untuk set putih ni. Ada jugak yang warna cokelat..lebih kurang je cuma pintu almari kurang cun, harga hanya RM3500.

Cavenci mahal..rina ada survey set coklat tu Rm3200 dapat king size. Cuma takde meja tv kot.

Lepas tu rina ada survey dekat world funiture tepi highway





Dia tak bagi ambil gambar. Tapi katil boleh tukar. Ada yang lebih simple but still english style yang rina suka giler..
Almari 6 pintu, 8 kaki. Dressing table + tilam selesa + king size + side table 2..

Harganya RM6800!

Survey di wescourt untuk set yang sama sejibik sejibon..hanya RM 5400

Huuu ini membuktikan pasti kita boleh dapat murah lagi ee

Jadi..kami masih mahu survey sebab masing masing nak murah. Lagipun tadi rina dah sangat tak larat..ni tengah pitam tapi gigih tulis blog. Beginila jadinya bila budget ciput tapi selera besar.

Jangan contohi ye kawan kawan :p

So any idea yang mana murah lagi area bangi kajang ni?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, August 03, 2012

Kalau saya dah hilang loya

Saya nak makan

1) ayam goreng kfc
2) cheezy wedges
3) chicken mcdelux
4) starbuck frapucino
5) cheese cake
6) ketam masak pedas
7) udang masak lemak cili api
8) nasi lemak sambal sotong
9) roti ikan bilis pedas
10) aiskrim conetto
11) lamb chop
12) chicken golden blue
13) rib steak
14) grilled set manhattan fish market
15) cendol
16) abc
18) pizza dominos
19) mushroom soup pizza hut
20) ikan terubuk bakar

Oklah tu je 20 buat masa ni. Tak sabar nak menggemukkan diri. En zauj, sila bersedia untuk melayan ibu mengidam heee :p mungkin dalam sebulan lagi hihik


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, August 01, 2012

Bulan ogos dah yay!

Yay saya suka bulan ogos sebab besday saya pada bulan ogos hehehhe :p
Lagipun ogos kan raya & merdeka :p tetiba hihi..

Takde ape sangat nak tulis..tengah pening dan loya ni..hari ni je dah 2,3 kali muntah..makanan takde dah nak keluar..keluar cecair masam je euww..jenuh ku tahan muntah tapi apa kan daya..perut bagai menolak nolak..pening...

Muntah muntah ni menyebabkan hilang selera makan. Hilang nafsu makan terus..tak rasa teringin nak makan pun. Kalau tak buka puasa pun tak kisah huhu..
Tapi mengenangkan kesayangan dalam perut perlu dijaga rapi..saya hadap jugakla makan..buat buat suka jugakla..jolok gak dalam mulut..

Jadi baby, bila makanan tu masukkk je dalam perut, sila cepat cepat sedut sebelum ia terkeluar kembali hee..ada paham? :p

So far, dah turun 5 kg dalam bulan puasa..kalau dulu mungkin akan melonjak gembira tapi sekarang hati menangis bila berat badan turun..selera tiada..semoga Allah tabahkan diri saya menghadapi dugaan ini..semoga rezeki saya masih ada..

So untuk reward diri sendiri (tetiba lagik) rina beli baju dekat poplook.








Hurmm..for me agak overprice..rm53..macam boleh dapat rm30 je kalau beli dekat luar hehehe..

Tapi oklahh..ngam ngam badan rina dan selesa dipakai :)

Maybe beli maxi lagi berbaloi kot di poplook?

Dan nak tunjuk ni




Beli sebelum kahwin lagi. Masa ni dapat voucher buku kerajaan bagi tu heheehe..

Okla tu je. Perlu tidur awal supaya esok pagi tak pening.

Selamat malam kawankawan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top