Saturday, April 13, 2013

Bedung bayi




"hii kami dua pupu! Besday kami sama 1 Mac 2013!"

Cousin rina pun delivery on 1 mac 2013 juga :) baby girl yang diberi nama Kaisa Tasneem.

So mana satu Zuha Dareesa, mana satu Kaisa Tasneem?? Sape betol dapat cioman dareesa hihi

Nak cerita pasal bedung. Actually dulu awal2 lahir rina rajin bedung dareesa tapi bila dia makin membesar rina tak bedung dah. Satu sebab dia macam tak selesa. Kan musim panas, rumah pulak takde aircond. Satu lagi rina nak bagi dia bebas explore.

Tapi cousins rina suruh juga bedung. Doktor pun ade pesan. Taknak bagi kaki kekang katanye. Iyeke? Lepas tu dengan bedung boleh elak terkejut dan muntah susu sebab kaki baby tak menekan perut.

Jadinya marilah kita berbedung! Maybe malam malam jelah :)

Ini salah satu info rina baa dari babycenter.com
SINI UNTUK BACA PENUH

Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan bayi apabila dia terlalu terangsang.

Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Sya_Merpati Putih 88 14/4/13 10:58 PM  

mak sy pernah cerita dulu mase kecik2 sy tak suka kena bedung, tak suka tidur berselimut dan tak suka tidur bekelambu...huhu..mmg degil..

btw comel ank kamu, semoga besar nnt menjadi anak yg solehah, bijak pandai, dan berbakti pd org tua dan negara..:)

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top