Sunday, April 07, 2013

Breastfeeding journey : medela freestyle

Masa pregnant rina berkira kira nak beli medela freestyle ni. Mahal sangat harganya takut tak berbaloi je. Lagipun rina takde lah semangat sangat nak breastfeed. Masa tu bagi rina formula milk pun ok since i was given formula milk too hee..

Tapi after lahirkan dareesa segalanya berubah cewah! Thanks to Pantai Medical Centre! Sbab hospital ni sangat support breastfeed. Sebelum dicuci bersih2 dah disuruh rina susukan baby :) feeling dia sangat membahagiakan..walaupun takde setitik susu pon masa pregnant, baby still hisap macam ada susu.

Rupanya ada collestrum, warna jernih iaitu susu paling awal yang mengandungi pelbagai antibiotik dan khasiat. Lepas baby menyusu, barulahhh nurse ambil untuk dibersihkan.

Bermula dari tu rina hanya breastfeed dengan tunjuk ajar nurse di pantai hospital. Memang terbaiklah hospital tu. kalau nak bagi formula milk pihak hospital perlu mendapatkan tandatangan ibu dahulu. Bukan macam certain hosp yang teruss sumbat susu botol kan.

Then minggu pertama pantang. Huhu memang mencabar.. Dengan baby asyik nangis macam tak cukup susu, baby jaundice, rehat tak cukup, nipple luka, breast bengkak dan pelbagai pressure.. Dugaan betol, hampir nak give up.

Tapi alhamdulillah dengan support dari suami dan emak, juga rasa sayang pada dareesa, rina masih betahan sehingga hari ini.

Tapii rina dah start risau susu tak meriah untuk buat stok bila rina start kerja nanti huhu. Makan memang rina tak skip. Gemok pon gemoklah. Minum susu hari hari. Top up dengan milo or horlicks lagi. Tapi pam still sikit. Rina guna medela swing my cousin punya. Dah lama, rina takot rina tak rasi dengan pam tu huhu. Lepas tu try guna manual avent rina punya. Tapi entah kenapa bila rina pakai je avent tu mesti comot. Susu tumpah sana sini hoho..apsal eh?

Then tetiba last month ada rezeki lebih, rina buat keputusan beli medela freestyle. Bukan senang kot nak decide since harga medela fs ni mahal giler..hampir 2 ribu k.. Boleh buat macam macam dengan 2 ribu tu huhu.. Tapi demi nak menyusukan dareesa rina beli jugak..so dah beli pam mahal mahal kenalah susukan sepenuhnya atleast sehingga 6 bulan kan. Kalau boleh nak sampai 2 tahon aminnn moga murah rezeki dareesa.

Hari ni first time try medela fs. Tak meriah pun susu tapi lebih dari biasa, alhamdulillah..tapi cam sedey gak susu tak meriah cam orang lain..patut beli shaklee pulak ke huhu

Sebelum mengundur diri :p medela fs ni rina beli di little sofea collection ownernya, lin butterflynn. Nak buat link tapi guna tepon je update ni..search kat facebook k!
Rina beli dari dia sebab ada warranty lactaequip (tanya lynn apa beza warranty tu dengan yg lain k), harga rendah jugaklah dan sebab rina kenal dia..ye la.. Nak beli barang mahal perlu berhati hati huhuh..

Sekian bai


- Posted using BlogPress from my iPhone

9 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Rilla 7/4/13 9:05 PM  

Rina, it's ok kalau tak banyak pun time pantang, sebab kalau pam, keluar susu, maknanya Rina dah supply lebih dari demnd baby. Insya Allah nanti naik kerja, pam kat office, dapat banyak. Sekarang ni susu yang banyak2 tu baby dah hisap. Normally time maternity leave, pam dapat 0.5-2 oz tu biasa. Dont worry so much ok.

Dan jangan risau kalau stok tak penuh freezer, its ok. A least baby tak minum susu yang terlalu lama. Kadang stok banyak sangat pun tak sempat baby minum, dah kena buang, sayang.

Rilla naik kerja balik dengan stok sebanyak 100++ je, tapi Alhamdulillah, masih dapat bf sepenuhnya sampai Zain dah 5 bulan sekarang (1 month to go for exclusive bf)

On suplement, tak kisah lah Shaklee ke, multi vits ke, ape ke, aim dia untuk tambah tenaga ibu, bukan untuk tambah susu. Caiyok Rina!

ilyani 7/4/13 9:23 PM  

Rina...
harap not too late to say congrats for baby ;D jadik silent reader jek skrg hehe.. nak tanya, Madela freestyle tu kalau guna kat cubicle ofis agak2 org dengar tak bunyi dia? sbb plan nak guna jgk nanti tapik my ofis takde la nursing room.. tengok org lain pump kat surau (which is tak besar sgt dan rasa awkward pulak huhu).. so plan nak senyap2 pump kat meja sendiri sambil berselimut dan berpura2 focus buat kerja haha.. kalu dia tak bunyi la..

happy bf! :)

Anonymous,  7/4/13 11:55 PM  

fs senyap je...if u put the pump in ur beg while pumping. i slalu buat. im fs user for 5++ month. rina, x perlu amuk supplement, kerp on pumping n doa...insyaallah..

mama nuha hani

etty 8/4/13 9:17 AM  

rina, awal lagi kot nk judge diri tu keluarkan banyak atau sikit susu. sabar ye. insyaAllah nanti baby makin besar, makin banyak susu keluar tu. kalau nk buat stok, jadilah sehari 5 oz. jgn expect badan kita mcam badan orang lain tau...nanti sendiri stress, susu pun tak kuau tau..

Wawa T 9/4/13 2:50 PM  

wawa dah siap sedia kan medela swing awal2.. insyaAllah memang nak fully BF.. kata orang jangan skip pump walau susu tak banyak.. try amik shaklee esp dan minum air banyak..

Anak Lebah Comot 10/4/13 12:37 AM  

tahniah rina...don't be sad k..jasmin 1st time mengepam tak sampai 1oz pon k...tapi kene ade usaha berterusan insyaallah ader rezeko babi..
pssstt sambil bace entry rina sambil mengepam!!!

Anonymous,  11/4/13 8:23 PM  

Rina ni mls log in hihi..

Rilla : tqtq rilla. Hopefully dpt nyusu kan dareesa smpi 6 bln atleast..zain boboy mestiii lg byk demand kan

Ilyani : rina pon silent reader awk skrg ni lagi2 travel log tu hehe..ade bunyi kalau ltk dlm beg then balut dgn bubble wrap ke kain ke org dah tak perasan kott

Mama nuha : tqq insyaallah doa dan usaha!

Zimie : horlicks tu mmg hari2 rina mnum. Pasni nak cr daun pegaga lak huhu

Jasmin : hehe tgk gmbr min bykk giler susu. Xsabo nak byk mcm tu!
Etty : tu la kalau bleh xnak xtress tp rasa frust tu kdg2 dtg gak..konon xnk tgkla brapa oz time pump tkut stress tp after 15 mnit tgk, laaa 1 oz jeee sedeyhhh

Wawa : medela swing pon bestt :)



Nora 17/10/13 5:36 PM  

Nak dapatkan Medela FS secara online murah dan selamat. Saya pernah beli disini:
http://mothersfirstchoice.blogspot.com/
Servis pun ok sangat.

Anonymous,  6/4/15 8:22 AM  

Salam. Sy dpt blog ni dr google search, walaupun dah lana, saya nak jugak tahu. Berapa lama awak amik masa untuk meriahkan susu. Maaf tanya sebab saya pn guna medela tapi susu pun x meriah gak

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top