Bismilillahiirahmanirrahim...Hihi...walaupun sekarang tulis blog suam-suam kuku je tapi rina masih nak tulis tentang 2014 sebabb its a very important year to remember! Banyak perkara berlaku pada tahun 2014..Pahit dan manis semuanya ada. tapi sayangnya not all yang rina update dalam blog ni..paling rajin pun update dalam instagram..
so lets recap secara SUPER RINGKAS tentang 2014~
Februari : Kelik klate hehe..& Dareesa dah boleh jalan!
March : Peristiwa MH370 =( Dareesa turn 1 &
birthday party yang tak berapa party untuk dia hihi dan juga Besday Mr Zauj hihi. Anak buah, Niqrees Hakim juga dilahirkan pada bulan ini!
April : The most memorable month of the year. Rina, Mr Zauj, Dareesa, Abah dan Mak berpeluang
menunaikan umrah.
Mei : Anniversary 2 years! & kelik klate lagi hehe.
Julai : Bulan Puasa yang best sebab macam sungguh2 kerja pahala masa ni...tapi masa ni palestin tengah tersiksa...ingat lagi semua orang bertungkus lumus untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pada mereka...sekarang? macam dah dilupakan hukhuk...manusia2...termasuk rina la tu...
Ogos : Raya? raya bulan julai ke ogos ye haha..konpius & my birthday! masa ni tengah addicted nak mendeko rumah..sikit sikit ke Daiso, IkEA, spotlight, SSF, Mr DIY haha...semua sebab group deko rumah kat FB...dan ketika ini peristiwa MH17 terjadi huhu
September : Bercuti ke Melbourne, Australia bersama Mr Zauj dan Dareesa...Langsung tak share di blog...tak sempat lagi aka malas huhu..nantila ye
Oktober : Jalan-jalan gi Ipoh tdor di The Haven salah satu rumah peranginan TNB. Bolehla...saje bawak mak dan aunty jalan-jalan..Dareesa join GBOB! dan..masa ni tahu ada adik dareesa dalam perut hihi
November : Mr Zauj diploma UM. tu je kott
December : Banjir Besar di klate huhu....dan baru NAK START THESIS AAAA!
ok setel,,,nak review azam 2014 pulak:
1) nak siapkan thesis master & grad!! - TAK SIAP LAGI!
2) nak menunaikan umrah bersama mr zauj - alhamdulillah tercapai
3) nak menyusu dareesa sehingga berusia 2 tahun walaupun mengandung lagi - masih menyusu. tapi tak ekslusif (campur formula pada dareesa usia 1 tahun 7 bulan)
4) nak mengandung lagi heee - yeyy hehe..
5) nak aktif berbisnes kembali untuk side income - kejap jee lepas tu malas..
6) nak menjadi isteri yang lebih solehah - macam sama jee huhu
7) nak kurus bawah 50 kg before pregnant semula - ok tak!
8) nak menjadi anak & menantu yang lebih baik. - macam sama jee..
9) nak menjadi pekerja yang bekerja ikhlas kerana Allah - taktahu hihi..
10) nak dapat CP - yey dapat dah
11) nak belajar masak western :p - err...
12) nak kurangkan facebook dan lebihkan Alquran - err..
13) nak perbaiki solat & aurat - err...
14) nak STOP mengumpat.. - err...
ok itu saje setakat ini..azam 2015 nanti lain kali pulak..Dareesa dah bangun tidur!
Read more...