Tuesday, June 26, 2012

26 haribulan

26 haribulan bulan lepas, rina busy giler!
Pagi pagi bangun untuk masukkan barang dalam goodies bag. Alhamdulillah ade sahabat sahabat baik yang datang membantu :)
Ada juga yang datang melawat.
Pagi tu sempat lagi ke Jalan Masjid India untuk berinai. Lepas tu ke Butik Dina Halim ambil handbouquet free hehe.
Time tu jugak muffin untuk goodies bag sampai.
Kelam kabut ok.
Sampai je rumah MUA dah ready. So terus mandi dan pakai baju.
Lepas make up nak pakai tudung, tangan menggeletar giler :p hanya Allah yang tahu tahap gementar tu.
Semua tenangkan rina. Dorang pun pelik kenapa rina yang over nervous..bukan rina yang nak akad nikah pun hihihi
Lepas siap semua, time untuk berjalan ke surau sebelah.
Rina nikah di surau sebelah rumah rina.
Masa duduk tunggu nak akad tu rasa tenang sikit. Tak rasa apa.
Tapi lepas je akad, hati punya sebak..air mata mengalir tanpa henti! Lama pulak tu :p
Masa tu perasaan berbaur baur. Rasa macam sangat bersyukur..rina telah dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki terbaik yang rina pernah kenali. Bersyukur kerana Allah permudahkan. Segala kesedihan dan kekecewaan yang pernah dilalui terubat sekelip mata. Syukur Allah kerana memberi dia kepada saya..
Perasaan sedih sebab mak abah sedih pun ada jugak. Tiba tiba mak abah menangis nangis haha. Kononnya setelah penat lelah membesarkan rina akhirnya rina diserahkan kepada orang lain pulak. Konon sedihlaa. Tapi bukan berpisah jauh pun mak. Tetap jumpa setiap hari pun sekarang hehhe. Mak drama lebih :pp



Dan hari ini dah sebulan berlalu. I really miss the moment.. Untuk suami tercinta.. Lia sangat cintakan abang..semakin hari semakin kuat..lia akan berusaha berubah, perbaiki diri menjadi isteri solehah buat abang..=)
Okbai!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, June 24, 2012

Kemas rumah baru

Penatnya weekend ni, pergi beli lampu, pasang lampu, cuci rumah dan sebagainya =P
tapi tak siap siap lagi huhuhu

sebab tu lah tak sempat ber blog =P
waaa...rindu nak cerita cerita dekat sini ='(

so for today, dipersembahkan my mr zauj yang sedang buat buat busy



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, June 19, 2012

My Guestbook Corder & other things that matter

Assalammualaikum semua =)

huhu...makin lama, makin jarang rina update blog..
takde masa dah sebenarnya..

pagi pagi bangun tidur nak siapkan diri, siapkan suami
lepas tu ke kerja, internet dah takde, baru je potong
balik kerja, buat kerja rumah & layan suami
tapi try juga bukak laptop untuk cek bisnes..
so tak banyak masa & penat nak update blog =P

panjang ok alasan, kalau tak diterima lagi taktau lahh =P

sekarang ni en zauj sedang melayan debat politik bersama abah & mak.
so rina ada masa nak update sikit hehe

pasal guestbook je pun..
banyakkk sebenarnya nak cerita..
honeymoon tak cerita lagi..
pasal majlis tak cerita llagi
review banyak lagi kot

cerita harian lagi lah ditinggalkan..

oh ye, maybe weekend ni rina masuk rumah baru, our Baitul Mawaddah
tak sabar! weee

ok jom layan gambar guestbook corner rina =)
progress nak buat guestbook boleh dibaca di SINI



















- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, June 16, 2012

My flower girls version :)

Salam semua :) 

a simple update from me. 
Rina dah pernah cerita tentang bunga tangan untuk flowergirls rina. 

Tempah dari Fb: Lyana Zamri
Nanti rina edit balik post ni letak link dia k! (Dah edit yay!)
 Update guna iphone je ni hehe nak cepat. 

Sambung cerita. 
Oleh sebab i was on a tight budget jadi takde duit nak beli baju gown bagai. 
So rina pun ter dapat idea why not bagi bunga je sama, jimat sikit hihi. 
After did some survey jumpa lyana ni, bride to be gak time tu. dan sekarang dah kawin pun same as me :) 
1 HB ni hanya RM10 sahaja. Rina order 6 jadi RM60. 
(rina ada 6 orang saudara perempuan yang paling kecil)

Ingatkan nak jual balik tapi budak budak kecik ni sibuk mintak, tak sampai hati nak ambik balik :) 
cuba la tanya lyana, kot kot dapat harga yang sama. 
Mungkin dah naik sikit since dia dah semakin hebat :) 
ok jom layan gambar. Bye!




















- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, June 14, 2012

Malas

Malas nak tulis blog
Malas nak uruskan bisnes
Malas nak buat proposal research for Master

rasa nak berhenti semua tu
dan fokus pada kerjaya & rumahtangga je
o_o

Read more...

Wednesday, June 13, 2012

Mencari photographer ..

Untuk post wedding :) tetiba teringin since tak buat pre wedding.. Ada suggestion bawah RM100 tak? Hahaha takpun ada yang nak sponsor tak? Hehehe!

Ni gambar dating first time hari tu..tengok wayang sama sama, makan aiskrim sama sama dan window shopping sampai lenguh kaki :)





Belikan en zauj sebentuk cincin dari bausch k. Murah je, bawah RM100. Sebab dia hilangkan cincin kahwin haritu huhuhu..nanti dah ada duit kita pegi beli yang ada batu pulak ye :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, June 12, 2012

Wordless tuesday







- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, June 11, 2012

Review Wedding Rina : Pelamin dewan murah hehe

Assalammualaikum semua =)

nak review tentang pelamin rina pulak =)
pelamin rina ambil dari Make up by Fiza jugak
rina memang cari pelamin paling murah yang rina boleh dapat
yela..pelamin dewan, mana ada yang murah huhu
lagipun rina bukan nak tepung tawar, just nak bergambar je..
mula mula dulu siap taknak ada pelamin lagi
tapi memandangankan teringin =P cari la juga pelamin hihi
rina pernah buat entry tentang hasil pencariaan rina tentang pelamin murah di sini
antaranya dari kak fiza
dalam RM1000 dah boleh dapat pelamin dewan

oleh sebab make up nak ambil dari kak Fiza, 
lepas tu yakin boleh dipercayai,
jadi rina terus deal dengan kak fiza

rina pilih terus dari album kak fiza
taknak la custom made bagai, nanti kena tambah duit lagi hehe

ini gambar dari album kak fiza yang rina berkenan



dan ini pula pelamin rina


hehe..rina request ada love dekat tengah tengah =)
so far rina SANGAT puas hati
the dais is soooooo me!

orang yang pasang pelamin pun sampai sangat awal
tak tunggu kami datang dewan, dia dah masuk dulu dan pasang =)
in real, rina sangat terpegun dengan hasilnya
tak sangka budget ciput dapat menghasilkan pelamin secomel ini
nasib baik dewan kecik, jadi pelamin ni elok elok je dengan keluasan dewan 
rina bagi 5 out 5 stars berpadanan dengan harga dan servis =)

kalau berminat boleh contact kak fiza
https://www.facebook.com/makeup.byfiza

ok bye!

Updated : 

Lupa nak cakap..rina dapat 8 walkway & pintu gerbang yang comel juga!

ini gambar walkway

hahahah tetiba ada muka aini, my bestfriend ;p single lagi uols, doktor ok!

dan gambar pintu gerbang


yang kat belakang tuuu nampak tak? nampak kan?
hihihi
inteprem gambar john, capal & nasir ^o^

ok bai

Read more...

Sunday, June 10, 2012

Review Wedding Rina : Ukir Inai di Masjid India

Assalammualaikum :)

Hari ini rina nak cerita tentang inai pulak..
mula mula ingat nak dapatkan khidmat pengukir inai datang rumah
berlambak kot sekarang yang boleh datang rumah
tinggal sediakan duit je =P
mahal jugak RM100 ke atas gak lahhh
bila fikir balik macam pembaziran je terus tak jadi hee
inai jari rina pakai sendiri dengan bantuan my bestfriend, Dayod
malam sebelum nikah baru pakai..
pakai selama 3 jam

inai tu dibeli dari seorang rakan B2B bernama Faiz
dia tempah dari sorang kakak andam mana tah
inai daun yang ditumbuk pastu letak dalam tiub
memang merah cantik warnanya :)
1 tiub hanya RM5

rasanya sekarang ni, dia tak nak jual dah
sebab akak tu buat hal lak huhu

lepas tu, rina nak ukir kat tangan
rina ada share tentang majlis fatwa berkenaan inai di entry INI
memang banyak pendapat, tapi rina berpegang pada pendapat majlis fatwa
perkara macam ni memang banyak pendapat, dan kita wajib berpegang pada 1 pendapat dimana kita rasa betul dan memudahkan (en zauj penah cakap gini, kalau salah betulkan hehe)
jadi disebabkan nak sangat ukir, rina pun pegang pendapat boleh ukir la hihi

rina nak ukir sebab banyak parut dekat tangan 
lepas tu tangan rina jenis kurus sampai urat timbul =_="
so macam tak lawa sangat huhuhu
lepas tu teringin nak ukir ukir, tak pernah lagi =D

dipendekkan cerita,
rina ke masjid india untuk mengukir
atas bantuan Shakina Farhan,
rina dapat no contact one of the makcik yang kerja mengukir inai di area Mydin, Masjid India
makcik ni berada betul betul dekat depan kedai Hari-Hari di masjid India tu
ni no contact makcik tu : Shamalah Kanagaratnam - 0172724790

makcik ni start berniaga dari pukul 11 pagi tak silap
rina buat appointment sebab ingatkan nak datang pagi hari nikah tu (nikah lepas Asar)
last last lambat jugak, kelam kabut ok!

tapi korang tak payah lah nak buat appoinment. datang je, ramai kot makcik buat inai dekat situ..
boleh tawar..
rina tak boleh dah =(
1 tangan RM10, jadi RM20 semuanya
mahal pulak rasa!

rina bawak ukiran sendiri, rina search di internet
dan hasilnya 



bagi rina tak kemas dan inai yang digunakan sangat sangat tak asli
menyebabkan tangan jadi gatal
huhu
tapi kejap je dah kering..dan dari jauh nampak lawa kot
jadi rina bagi makcik ni 1 out of 5 stars =P
sorry makcik...kalau makcik bagi RM5 per tangan maybe boleh tambah lagi 2 bintang hehe!

satu lagi kesilapan rina, rina pegi buat inai ada bentuk rama rama huhuh
mana boleh ada gambar haiwan..
aiseh..anggap jelah bunga beguguran ek, bukan rama rama tau!


sekian~



Read more...

Saturday, June 09, 2012

Hair dryer panasonic

Ini adalah penting selepas kahwin :p


Rina baru beli..takde sape pun hadiahkan hee :p hadiah dapat sikit je..orang pun datang sikit..tapi majlis tampak meriah dan paling penting mak abah happy sangat sangat :)) miss the moment :) now rina baru lepas korekkan telinga en zauj. Sampai tertidur dia hehe.. Rasa awkward lak nak cerita jiwang jiwang dalam blog..sebab tak pernah cerita macam ni :p tapi nak buat macam mana..hidup saya sekarang dipenuhi en zauj..alhamdulillah untuk moment ini ya Allah..moga perkahwinan ini diberkati MU..- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, June 06, 2012

Review Wedding Rina : Make up By Fiza

Assalammualaikum semua =)

Lamanye tak tulis blog..terrlalu busy!
lepas je majlis di KL terus ke Terengganu untuk honeymoon =P 
lepas tu ke Kelantan untuk setel majlis bertandang pulak
fuhh memang sangat busy, tak buka buka langsung laptop.

semalam baru bertolak balik KL setelah hampir seminggu di Kelantan
pukul 2 pagi baru sampai, hampir 12 jam
sebab sikit sikit berhenti rehat lahh, berhenti makan lahh, toilet lahh hehe
jem jugak..jalan kecik kot

hari ni nasib baik dapat MC. sebab tak larat dah nak ke opis
aduii lama tak buka email
malas jugak nak start kerja tapi semangat tu ada =P
semangat ohh nak kerja *mintakmintak bos baca =P

en suami pun MC..food poisoning, rasanya dia makan ekok, sejenis kerang ape tah jual tepi jalan
tak cuci bersih kot

hari ni rina nak review tentang make up je, mudah sikit hee

siapa yang follow blog rina tahu rina ambil Make up by Fiza untuk majlis Nikah & Bertandang rina
rina pernah cerita di SINI

mula mula nak ambil untuk nikah je
bersanding nak ambil Nurin Makeover
tapi tak jadi sebab budget tak cukup

masa tu rina fikir if ambil kak Fiza ni, murah sikit since ambil banyak..baju dan pelamin pun dengan dia
lepas tu if ambil MUA yang sama untuk banyak majlis, bolehlah buat trial make up, tak bazir
tapi baju tak jadi ambil sebab dah dapat baju free lain

tapi still murah, ok banyak nya cerita, gambar takde, mesti bosan? =P hee

Ini gambar rina tanpa make up

 
Ini gambar make up masa trial

 rina sangat puas hati masa ni..
rasa cun habis lahh hehe..perasan =P
rina bagi 5 out of 5 stars time ni!
rina tak pakai bulu mata palsu time ni + tak cukur kening

ini pula hasil masa nikah

masa ni rina tengok cermin rina rasa lawa
tapi bila tengok gambar rasa..err...
memang sedara mara semua kutuk cakap mata macam cina opera garang
hoh! dorang memang laser =P
en suami pun kata nampak garang

rina agak kecewa
walaupun rina rasa rina cun dah time ni =P 
tapi bila ada kritikan kritikan dari yang terdekat (walaupun ada yang puji)
rasa tak best..

tapi rina malas nak ambil port sangat..sebab masa ni yang paling penting akad nikah setel
itu saja dalam kepala rina

satu lagi yang tak best,
rina tak try pun nak pakai tudung & veil ni
sebab baru dapat sehari dua sebelum =(
tak sempat nak testing...
so hari nikah tu lahh baru nak test..
ingat taknak pakai awning..tapi entahla..takde idea dari siapa siapa..
kita time tu tengah serabut pikiran...so i need someone to think for me..
so jalan mudah, rina pun cakap, pakai jela awning..
kelam kabut punya pasal awning pun senget..

seriously hodoh je rasa =P
selebet cam nak g opis tu
selebet camnila rina heee adoiyaii
rasa nak ulang balik!

dan akhir sekali time bersanding


masa ni rina pesan kat kak fiza, rina nak nampak sweet,comel & innocent sehabis mungkin!
hahah
rina cakap, buat lah ape saja janji tak nampak garang
dan alhamdulillah,
kak fiza did a good job!
really good job i think
ramai sangat puji
dan paling penting, en suami suka sangat
siap suruh belajar make up dengan kak fiza! hihi

tapiii
ada 1 part rina tak puas hati
part tudunggg
tak kemas kat leher =(
tudung ni pernah try, tapi dengan kak Nurin, sebab rina buat baju dengan dia
masa pakai dengan kak Nurin, memang sangat kemas..
tapi time bersanding nampak gelembung gelembung..nampak pin..
kelakar sangat..aduss..

yang pakai kan tudung ni kak fiza, dan 2 orang lagi sahabat rina, Aini & Murni
sangat kelam kabut time ni..
cermin pun takde =(
rina letakkan sepenuh kepercayaan pada mereka
ok je sebenarnya cuma maybe hanya kak Nurin (the designer sendiri) yang tahu betul bagaimana nak pakai tudung ni..
takpelah, dah lepas =P

oh! satu lagi yang rina suka tentang kak fiza,
rina request dia tunggu sampai outdoor, tapi dia ada kerja malam tu
jadi dia tunggu sampai makan beradab =)
dia tolong touch up kan sebelum dia pulang =)

Kak fiza ni pun SANGAT punctual! tak pernah lewat nikah & sanding, awal sangat sampai =)
sangat baik hati..bagi pinjam kasut untuk nikah..bagi pinjam bantal nikah...kipas..mintak je lah kat dia, sure dia kasi punya =')
harga pun berpatutan..
tak perlu sampai ribuan nak dapatkan make up yang cantik =)
paling penting, vendor tu ngam dengan kita kan?

kak fiza ni pun sediakan pelamin untuk rina..nanti rina tunjuk next entry =P

so for kak fiza,
rina bagi 4.5 out of 5 stars!


Read more...

Tuesday, June 05, 2012

Balik KL jom!

Ini bahulu panas yang sedak!



Dah puas makey makey kat klate. Nak balik KL pulak. Yay! 8 hours to go!! Doakan kami selamat sampai ye :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, June 03, 2012

Selesai


Alhamdulillah..selesai sudah majlis bertandang di kelantan bermakna berakhir majlis majlis perkahwinan heheh :p yay takyah fikir dah. Serabut perut! Hihi. Sekarang nak pergi melawat sedara mara dengan suami. Macam mana nak ambil hati diorang nii? Segan oh! Bahasa komunikasi pun beza, susah nak sembang hee..takpe, kita senyum aje ^_^ okbai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top