Wednesday, January 09, 2013

Survey stroller

Salam semua. Sekarang ni sibuk cari travel system : stroller & baby carrier. Mula mula ingat stroller dah cukup tapi rina macam perlu jee baby carrier. Sebab maybe rina terpaksa travel masa baby masih 3 bulan...

Masa tu adik ipar kahwin..perlu balik ke kelantan. Lepas tu perlu attend bertandang di Kedah pulak. Then tetiba je dorang rancang nak bercuti di Langkawi dan mr zauj nak pergi.. Rina sebagai isteri terpaksalah menurut walaupun rasa berat hati..

Baby 3 bulan ok ke nak travel banyak banyak tempat ni ye? Kuat dah ke dia? Bukan mudah jatuh sakit ke? Kalau tetiba demam masa travel macam mana? Entahlah. Tapi ade orang siap ke oversea lagi kan bawak baby kecik. Tapi why we have to take risk if there's other option?

Takpelah, lambat lagi. Rina doa supaya dorang tak jadik pegi langkawi hahahaha matilaa adik adik ku & mr zauj baca :p ampun kan kaklia sebab doa gitu hihi

Ok berbalik pada cerita asal. Jadi baby carrier agak penting bagi rina walaupun hanya berguna till 1 year je. Boleh juga digunakan masa nak hantar ke rumah pengasuh atau rumah mak. Tak perlu nak kejut baby dari tidur. So tiada adegan menangis.

Setelah survey stroller semenjak tahu pregnant sampai sekarang (nak dekat 6 bulan kot) rina still tak tahu nak beli stroller yang mana!!! Letih wei!! Apsal susah sangat nak buat pilihan?!

Ciri ciri WAJIB stroller idaman hati basically ialah :

1) within budget haha! Budget RM1500 ke bawah including baby carrier. The lower the better hihih! Rina rasa dah cukup tinggi budget rina ni tapi ruparupanya stroller cecah 5 ribu hengget pon ada weii korang! Baikla kami beli motor lagi bagus!

2) Tahan lama. Means tahan lasak, tak mudah rosak & boleh pakai sampai toddler. Atleast umur 4 tahun. Dah beli mahalkan, tak kuasa nak tukar tiap tahun.

3) sesuai untuk newborn. Ini semestinya lah kan. So boleh recline. Dapat yg boleh recline 180 degree lagi bagus.

4) boleh facing mommy. 2 way facing seat.time masih kecil mesti kita nak sentiasa pantau anak kita kan.

5) boleh dikendalikan oleh rina sorang jek. Maknanya tak leceh nak melipat masuk dalam kereta. Dan yang penting ringan atau mampu diangkat oleh rina yang gagah ni. Atleasttt lepas lipat tu boleh tarik. Angkat berat kejap kejap takpe lagi.

6) safety. Nak yang ada penghadang kat depan. Ada setengah stroller takde pun penghadang tu. nak add-on pun tak boleh. Bagi rina macam tak cukup je setakat belt.

7) oh ye! Sebab nak travel set so mestila yang boleh adapt dengan carrier sekali.


Ciri ciri TAMBAHAN stroller idaman hati. Kira bonus point la.

1) nampak smart hehe! Rina tak kisah berapa roda pon janji nampak kemas, smart dan kukuh.

2) jimat ruang bonet kereta. Sebenarnya ingat nak jadikan ciri-ciri wajib memandangkan second car rina is kancil. Tapi pikir balik jarang guna kancil. So tak perlulah masuk dalam list wajib nanti makin susah nak buat pilihan.

3) ada shopping basket yg besar. Senang nak menumpang sekaki haha!

4) ada tempat toddler pijak. Alaa yang budak besar sikit boleh berdiri kat belakang stroller tu. boleh lah kakaknya menumpang sekaki, taklah asyik nak rebut duduk dalam stroller kan.

5) comfort cushion. Kalau tak berapa nak comfort boleh je beli padding & tambah bantal bagi selesa.



Ha itu jela kot. Yang lain lain selalunya sama je kot ada kat semua stroller & tak berapa penting kot. Preloved pon ok janji macam baru lagi. Jenama tak penting (hakikatnya ada gak tedetiknak jenama hebak haha!).

Okla, banyak dah tulis. Letih naip guna iphone. Next entry rina cerita pula shortlist stroller yang memenuhi kriteria atau hampirrr memenuhi kriteria hehe..

Kalau ade pembaca yang sudi nak suggest pada rina, rina sangat hargai :)

Sekian tenkiu bai

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Noura Qifays 9/1/13 6:50 PM  

hehehee....godek2 kt google..dpt laaa due blog nie...

http://thisisfarhana.blogspot.com/2012/02/baby-strollers-oh-so-cute.html

http://butikbayicomel.blogspot.com/2012/02/chicco-lite-way-stroller-garnet.html

harap sesuai untuk baby akak :)

aThidEaN 10/1/13 10:32 AM  

i ada buat review stroller mclaren. hope it helps u.

http://cheerisheverycherry.blogspot.com/2012/11/review-stroller-mclaren-quest-sport.html

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top