Wednesday, January 30, 2013

Beli Halford s8 pramette travel system di Sogo Card Day

Ambik kau panjang tajuk. Hihi. Sebabnya rina duk la google pasal Orang beli stroller di sogo. Berbaloi ke idak? Murah ke mahal? Ade stok ke takde stok? Google & survey susah lah nak jumpa. Time sogo card day pun takde orang cerita depa beli stroller. Semua cerita pasal baju. So rina berharap if ada orang google mencari info beli stroller di sogo card day lepaa ni, dapat lah rina membantu serba sedikit :)

Satu lagi, halford stroller ni pun jarang dengar review. Tapi once baca review sure review yang baik baik. Tapi susah lah nak buat keputusan since brand ni macam takde website sendiri je?

Ok, before ni rina pernah lah tulis beberapa entry tentang stroller. Nak letak link susah pulak, update guna henpon je ni..dipendekkan cerita halford s8 pramette ni ada la dalam pilihan tapi rina tak berapa berkenan sebab tak style...

Jadi sampai sudah rina tak tahu nak beli stroller apa. Until lastweek ada Sogo Card Day..rina macam ada instinct sure boleh dapat harga berbaloi time s-card day ni. Lagi lagi boleh dapat rebate Rm10 for every RM100 we spent on that day.

Sebelum tu rina ada ke sogo jugak survey stroller. Ada banyak pilihan dekat sogo. Dari semahal quinny, preg prego,combi, graco sampai lah sweet cherry pon ade. Warranty pulak ikut brand, boleh refer ke sogo or terus ke kilang.

Jadik, masa hari sogo card day tu, rina dan mr zauj bangun awal pagi. Nak pegi awalll sekali so x jem. FYI, sogo start pukul 9 am masa s-card day. Tapi kitorang terlewat sikit :p telajak tdo :p sampai dalam pukul 10 am. Dah jem nak masuk parking. So kitorang u turn balik masuk parking pertama complex. Banyak parking lagi. Ktorang park area senang nak keluar & masuk.

Masuk sogo tak ramai lagi orang. Terusss kami ke tingkat 4 bahagian stroller. Mula lah part paling payah dalam hidup - memilih stroller. Huhuh! Mula mula rina tunjuk Combi. Mr zauj reject. Katanya tak style tapi mahal. Rina cakap la ringan blablabla. Tapi dia tetap tak berkenan. Rina tunjuk pulak maclaren, dia kata huduh reject lagi. Dia tunjuk quinny buzz, rina plak reject sebab mahal sangat hehe. Then rina tunjuk halford s8 pramette, mr zauj tak suka jugak. Dia nampak halford zuzz, dia kata ini style. Tapi rina rasa tak berbaloi, style tapi berat dan besar? Huhu menyusahkan nanti. Last last kami ke bahagian sweet cherry. Mula lah pemilihan antara SCR6, SCR5, SCR9. Dan mr zauj suka pada SCR 6. Terus dia book. Lol. Laju!

Pastu nak pegi bayar rina rasa tak puas hati dah. Rina duk belek belek SCR 6. Nampak banyak kelemahan. Satu, besarr. Lepas fold susah nak tarik. Nak angkat memang tak larat lah untuk rina ni. Then padding tak selesa. Perlu lapik tilam. Lepas tu tak boleh recline sampai baring. Bakul bawah pulak kecikkkkk sangat! Dah lah takde tempat sangkut plastik since pemegang dia jenis macam tu. rina da nampak kesusahan yang bakal berlaku di kemudian hari :p

Ngadu la kat mr zauj. So kitorang sambung survey lagi. Rina tengok halford s8 pramette. Ada discount. Harga lebih kurang lah dengan SCR 6 tapi tak secantik SCR 6. Tapii bakul sangatt luas. Ade tempat sangkut plastik. Ada tempat toddler nak berdiri di belakang stroller. Bila lipat, umbrella fold, jimat ruang! Dan boleh tarik lepas fold. Padding pulak memang sangat selesa, tak perlu lapik tilam dah. Lepas tu boleh rear facing siap boleh recline 180 deg jadi macam katil baby (until 1y old). Try tolak, senang je. Fikir balik, memang banyak kelebihan lah sebenarnya.

Jadi rina cakap kat mr zauj, kalau nak stylo, baik beli quinny. Takyahla beli barang tiruan (SCR 6) hahaha. Ayat nak sedapkan hati mr zauj. Huhu. Lelaki ni memang nak stylo je kan? Perempuan pulak jenis fikir teliti pro & cons :p

Setelah bepikir pikir, kitorang decide nak beli travel system halford s8 pramette ni. Cancel ScR 6. Hihi. Yayy happy! Tapi mr zauj macam tak berapa nak happy haha..

After bayar stroller, ktorang nak beli baju baby sikit. Tengok2, baru sedar sogo dah dibanjiri dengan umat manusia yang ramaiiiii giler. Masing masing pilih baju macam pertandingan haha. So ktorang just beli dalam 5 pasang je baju lagi dan rembat sikit sikit barang keperluan yang tak cukup.

Lepas bayar terusss ke tingkat 7, nak redeem RM10 voucher for every RM100 tu. pregnant lady dapat fast lane so takyah beratur. Lepas tu, if berbelanja guna card credit over rM500, dapat lagi RM20 voucher.

Total voucher dapat RM120! Next time boleh datang sogo lagi beli tambah guna voucher :)

Then kitorang turun balik tingkat 4, ambil stroller, belajar sikit macam mana nak guna, pastu balikkk!

Jap je kat sogo. Dalam 2 jam. Sebab mr zauj nak solat jumaat. Tengok kat luar jalan dah banyak tutup. Parking sogo & pertama complex dah tutup. Phewww, sib baik datang awal..

So pastikan korang datang awal ok!

Berapa harga stroller? Yang rina tahu stroller tu RM599. Tapi kalau tolak rebate rM60, harga jadi RM540 je. Murahla kot. Selalu survey kat internet stroller halford s8 pramette ni RM799. Diskaun pun sampai RM699 je. Rina beli satu set dengan carrier sekali (boleh attach). Dalam RM800 kot, ni tak ingat pulak.
Tapi lagi murah sikit sebab beli satu set.

Ni dia my new brand stroller

Warna coklat tak cantik. Tapi warna apa pun tak cantik kot hihi



Merah takde stock huu



Sekian, tq

- Posted using BlogPress from my iPhone

3 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Schaz 30/1/13 11:08 AM  

owh, i berkenan halford yang ni jugak..thanks 4 ur review, makanya pasni nak beli stroller halford akan heading to sogo je lah..

~ NANA ~ 30/1/13 2:29 PM  

rina...bab basket tu nana paling setuju...sbb stroller farish basket dia sangatttt kecik sampai kalau shopping pon xleh nk tumpang letak barang byk2...huhu

Anonymous,  9/9/13 1:56 PM  

Assalamualaikum.. rina I nak tny mcamane nak buat seat stroller tu seperti di gambar akhir (kanan)??

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top