Wednesday, February 27, 2013

39 weeks sudah!

Pukul 4 pagi dah tejaga dari tidur. Pergi toilet untuk kali kedua pada pagi tu..lately ni, setiap kali ke toilet, mesti akan cek ada darah ke tak. Hihi. Ternanti nanti tanda nak beranak tau.

Tapi clean & clear. Hadui..bila nak tubik (keluar) ni baby?..duduk jap atas katil sambil usap usap perut. Mild contraction comes & go. Rasa cramp & rasa senggugut. Tapi masih boleh tahan & tak consistent. So no need ke hospital lagi. Nak tidur tak boleh dah. Otak ligat terbayang bayang kesakitan yang bakal dihadapi :p yeah..saya memang penakut sakit..berzikir..berselawat..menenangkan hati yang resah. Sambil ngadu dekat baby yang ibu takut..

Mr zauj kat sebelah turut tejaga..macam biasa dia akan tanya kenapa? Sakit ke?

Taklah..lia takut..

Jangan fikir..tidurlah..

Ok..

Still tak boleh tidur sampai la bila azan subuh baru nak ngantuk haha..teruk perangai. Jangan dicontohi ye!

Pagi, Mr zauj pegi keja. Rina rehat rehat dekat rumah ditemani mak. Makan makan jap. Sambung tido jap :p

Tengah hari, mr zauj balik ambil rina. Bawa ke hospital untuk check up minggu ke 39. Nervous hoi! Kena seluk ke hari ni??? Waaa..

Sampai hospital terus bagi card..then tanya giliran. Lambat lagi. Turun bawah, pegi lunch. Makan nasik dengan ayam tak sedap RM10 sorang. Pitam.

Teringin starbuck. Ada dekat hospital pantai. Beli 1 share dengan mr zauj :p teringin sangat, tak tipu hikhik..bagi chance pls..

Lepas solat, Pegi bilik Dr idora. Tunggu kejap dah kena panggil.
Macam biasa, terus Dr idora suruh baring untuk scan. Dia tanya ada masalah apa apa tak?
Cerita dekat dia tentang mild contraction & cramp. Dia kata normal.
Cerita lagi yang ada keputihan. Dia tanya gatal tak?
Tak. So normal again..
Cerita lagi kencing keruh sangat. Dia cakap memang normal kalau ada masalah keputihan. Dia suruh minum banyak air je..

Then scanning time!
Dia tunjuk kepala sangat sangat kebawah. Dah memang engaged betol. Tak nampak dah bukaan serviks. Kalau time check up 38 weeks hari tu nampak lagi serviks. Tapi hari ni kepala dah tutup.

Patutlah rasa tertekan je hihi. Dia cek jantung. Alhamdulillah kuat dan consistent. Brapa tah per minit? Rina tak ambik port :p janji normal. Ukur kepala, perut, kaki dan estimate berat badan. Still around 2.6 - 2.8 kg. dia kata susah dah nak ukur betul2 since baby dah ke bawah. Cek aliran darah dalam uri. Lancar. Alhamdulillah. Air ketuban banyak lagi. Muka dah tak nampak so tak dapat nak tatap wajah baby..

Alhamdulillah semua ok. Tapi bila nak keluar ni doktor?
Hihi..doktor kata if 5 hari selepas due date still takde tanda nak bersalin, doktor akan induce. Induce makan masa paling lama 2 hari untuk beranak.

Next appoinment, 6 mac 2013 which is my EDD! Doktor kata, selok menyelok tepaksa dilakukan pada hari tu..jadi sila besedia :p

Rina mintak tips nak bagi buka jalan dengan cepat. Ada 3 doktor bagi..

1) makan kurma
2) banyakkan berjalan
3) kerap bersama dengan suami

Lepas tu rina bagitahu doktor, rina tak pernah buat perineal massage..

Doktor kata, boleh start hari ni..belum terlambat..

Terusss lepas check up rina g mid valley dengan mr zauj. Beli cream perineal dekat mother care. Rm36 je. Sepatutnya kena pakai 6 minggu before edd. Yesss rina aware pasal ni dah lama..tapiiii rina adalah malas ok..dah dekat ni baru tetiba rasa takot amat, baru sibuk nak buat. Jangan contohi!

Lepas tu jalan jalan dengan mr zauj. Peghhh semput sangat. Jalan sikit, stop. Senak betul rasa..jalan sikit punya slow..tapi ku gigihkan jua..harap harap dah tebukak lah 4 cm haha tetiba.

Best jugak. Dalam sakit sakit rasa happy dapat bedating dengan mr zauj hihi. Pasni kita ade orang ketiga dah, insyaAllah. We are really looking forward for you, my baby..

So itu jela citer pasal harini.

Sekarang letih sangatsangat..harap lepas ni contraction datang. Takpun air ketuban pecah :p ibu dah ready sayang!

Semoga Allah permudahkan segalanya..kita merancang dan berharap..hanya allah jua yang menentukan..








- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, February 24, 2013

Penantian

Penantian itu satu penyiksaan huhu..

Rina harap esok rina dah selamat lahirkan anak..boleh sama tarikh lahir dengan umi (ibu mertua) hehe..

Tapi cam rilek je..cam tak sakit sangat pun..tanda pun macam takde je?..

Sebenarnya tak dapat beza tanda dengan masalah keputihan..

Tak faham camne nak tahu tu contraction ke?..macam boleh tahan je setakat rasa senggugut sesikit tu..

So selagi takde tanda yang menakutkan dan sakit yang menyakitkan, rina duk rumah jela sampai next check up, rabu ni..

Huhu..makin tunggu makin debor rasa..

Tadi sempat rina white studio photoshoot dengan Jabbe Production (fb)..RM100 per hour. Jabbe memang best, memang asyik gelak je dan banyak bagi idea. Memang rina recommend sangat lah..


Satu jelah tunjuk hehe..mr zauj tak kasi tunjuk banyak2..macam "tak baik" kot. Takut dengan segala macam kemungkinan kot?

Takpelah..buat simpanan untuk diri sendiri. Nanti time sakit boleh tengok bagi semangat datang :)

Insyaallah sekiranya semua selamat rina share banyak banyak :)

Dengan penuh rasa rendah diri, rina mohon semua doakan rina dan bayi selamat dan dipermudahkan..

Tq semua..harap next entry dah boleh share gambar baby..

Huhu..hanya Allah yang tahu kerisauan dan keresahan dalam hati..

Wasalam..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, February 20, 2013

Check up 38 weeks : Cuti

Assalammualaikum..

rina dah start cuti..bukan cuti bersalin, tapi cuti MC. Alhamdulillah, company & boss memang tolerate bab MC before bersalin ni..

Mula-mula dulu memang semangat nak cuti. Tapi sejak akhir akhir ni rasa malas nak cuti. Sebabnya duduk rumah adalah bosan. Mc 1 hari pun bosan..bukan boleh tidur pun. Tidur macam tak lena, tak selesa..biasa lah last trimester pregnancy ni, apepon tak boleh hihi.

Tapi husband minta rina duduk rumah je. Agaknye dia tengok isteri dia tekedek kedek jalan hee. Syukur, rina dipermudahkan sebab tak bengkak pun kaki. Lenguh lenguh & cramp waktu malam je. Tangan pun tak kembang. Orang nampak macam sihat je :)

Dalam tak tahu nak cuti awal ke idak, akhirnya rina ambil keputusan untuk start MC today~ sebab utama rina ambil keputusan ni sebab risau untuk drive sendiri..susah nak fokus bila perut asyik mengeras & senak..dan 1 lagi sebab nak prepare mentally since it is my first time..Sebab sebab lain, adalah cepat penat dan malas :p

So sekarang baru je lepas check up. Penat je nervous kot kot kena seluk ke lalala..rupanya tak pun. Doktor cek tru scanner tu je nampak bukaan serviks rina masih tertutup rapi hee.

Kepala dah engaged. Baby active sangat. Duk isap isap jari. Cecomey sangat. Idung besar dan kembang sangat jelas kelihatan hasil dari genetik mak pak yang kuat :p pipi nampak bam bam. Berat 2.8 kg. naik 0.1 kg dari check up 2 minggu lepas. Fuh fuh sebaik..ingat dah 3 kg. risau besau besau susah teran haha..

Berat rina pulak naik 1 kg. anak naik 0.1 kg, mak naik 1 kg..sila eksplain :p

Lepas tu tanya tentang epidural..doktor kata, belum ada kajian yang berjaya membuktikan epidural beri side effect kepada tulang belakang..ikut logik pun jarumnya kecil sahaja..dos pun sikit. So sepatutnya takde side effect. Maybe kebetulan sahaja..sakit belakang ni selalunya disebabkan lain contoh time meneran ketika contraction..telebih kuat ke..so boleh jela kalau nak ambil sekiranya betul tak tahan. Takpe, kita tengok dulu :)

Satu lagi tentang stem cell. Simpan cell anak yang di ambik dari uri untuk kegunaan perubatan sekiranya diperlukan pada masa akan datang. Doktor galakkan. Ramai dah buat termasuk Dr. Harlina. Rina macam berminat..maybe untuk anak kedua..siapa nak tahu lebih lanjut boleh google stem cell by cell safe.

Ok itu je..doakan baby rina keluar dalam minggu ni ke..minggu depan ke..sebab rina takot nak menunggu lama lama. Lagi lama, lagi tersiksa rasa, cewah!

Kbai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, February 17, 2013

Episod akhir : kabinet dapur

Rasanya rina belum blog lagi gambar full kabinet dapur.. Upload kat facebook je kot..

Ok jom tengok tempat favourite rina & mr zauj



Tema hitam & touch up sikit dengan warna putih.



Sinki yang luas. Rak pinggan tinggi untuk rina yang renek huh! Kena jengket kaki sikit hehe!

Rak pinggan plastik tu sayang nak buang so mari kita guna.



Pandangan ke sana pulak. Oven tu tak pernah guna lagi. Peralatan buat kek takde lagi. Lagipun sekarang cam tak larat je nak buat huhu.



Ni breakfast bar. Tempat makan makan sementara nak beli meja makan hehe. Tapi rina & mr zauj suka makan depan tv :p

Tempat potong potong jugak. Letak barang barang, lauk lauk. Penting gak ada breakfast bar ni.



Suka ada bottle rack & spoon rack juga.

Overall, rina sangat puas hati. Walaupun keluar duit yang banyak..tapi memang kami guna semaksimum yang mungkin hehe. Tiap kali balik ke rumah ni mesti akan berasap dapur.

Selalu mr zauj la yang masak. Rina jadi tukang kemas #letih. Tak sangka mr zauj ni hebak bab masak masak. Dia betol minatlah, lepas tu, jadi pulak tu, sedap!

Rina pun eksaited gak nak masak masak tapi rina rasa rina banyak lagi kena belajar :p tak sedap pulak wuuu sedey..

Takpe, lepas kembali "sihat & cergas", rina sambung balik belajar masak haha..adoi..korang bayangkan makcik umor 25 taon baru terkial kial nak masak..

Tapi masak memang best. Kemas yang tak best! :p




Tetiba nak tunjuk anak buah terbaru. Kakak ipar dah selamat melahirkan anak ke-2 yang sangat sangat comel! Nur Dhia Zahra kot namanya kalau tak silap.




Melting..tak sabar nak tatap wajah anak sendiri pula.. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, February 16, 2013

37 weeks : Dah ready

Assalammualaikum anakku,

Ibu dah ready ni. Boleh la kalau rasa nak keluar tengok dunia hihihi. Sebelum ibu terlebih makan, nanti kita dua jadi mok mok, baik keluar cepat. Lagipun lately ni ibu asyik rasa sedih & stress je..mesti sayang pun rasa kan?? So better keluar lah cepat..lagipun ibu tak sabo nak gomol dia. Yelaa suka sangat golek golek main ginjal, pundi kencing dan segala organ dalaman ibu ye! Siap lah dia nanti! Hee..

Tapi anakku..andainya kita tak sempat jumpa di dunia..andai ibu pergi dulu..janganlah lupa ibumu ini..jadilah seorang wanita muslimah yang memperjuangkan agamaNya..cinta pada Allah & rasul..insyaallah pasti ibu akan rasa lebih tenang di sana..Jaga abah elok2 ye! Dia kuat makan! Hihi

Xoxo,
Ibu yang comel




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, February 13, 2013

Doa dipermudahkan urusan

رَبِّي يَسِر وَلَا تُعَسِر

"Ya Tuhanku, permudahkan aku dan jangan Kau susahkan aku"

Semoga dipermudahkan..
Semoga diberikan semangat yang tak pernah kusangkakan ada dalam diriku..
Semoga aku mampu menghadapinya..

Chaiyo rina!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, February 10, 2013

My baby wishlists

Hihihi baby pun dalam perut lagi tetiba je ada wishlist?? =p nampak sangat mak nye punya wishlist hee..tapi semua untuk baby..bukan untuk mak die pon.

Walaupun checklist dah lengkap tapi still ada banyak belum beli. Kebanyakannya boleh beli nanti ataupun barang kehendak bukan keperluan :p

Aunty & uncle kat luar sana pun boleh bagi kat baby hikhik!

Ok jom berangan~

1) Musical toy gantung pada baby cot. Huwaa..baby cot kosong je..



Tak sempat beli.. Bankrupt dah haha

2) fisher price rocker


Antara banyak2 rocker, fp rocker paling berbaloi kot sebab boleh pakai sampai toddler, boleh buat kerusi.

3) hairband kiut miut






Comellll tapi tak beli selai pon lagi....sabar sabar..

4) bumbo seat



Dalam 5-6 bulan dah boleh start duduk dalam ni kot. Comey!!

5) play mat


Nak beli tapi tak terbeli beli..sebab nak utamakan keperluan huhu..tunggu ibu bonus tahon depan okeh haha

6) play gym


Wuuu cantiknya..sabar lagikk

7) gown gown yang comel


Banyak borong rompers ngan baju duduk rumah je. Gown ada 2 jekk..takut keluar baby lelaki je heheh..so sabarrr

8) hoodie sweater


Homeyy sangat. Tak shoping lagi sweater @ jacket @ cardigan @ baju jalan...ibu & abah dah semputt

9) kasut jalan


Tunggu pandai jalan le..

10) high chair



Ini macam bonusss if ada di rumah!

Oklah tu je buat masa ni :p saje mengisi masa terluang..bosan pulak cuti kali ni..nak bejalan letih..nak kemas rumah pun tak larat dah..patutlah orang tak sabar nak beranak bila minggu minggu terakhir ni..sebab banyak benda terbatas nak buat..tapi saya still nervous!

So baby, wait for maybe 2 weeks more, ok? We love you~


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, February 07, 2013

Check up : 36 weeks

Alhamdulillah semuanya normal.

Berat baby dah 2.7 kg! Naik 0.9 kg dari last check up which is in 3 weeks time! Rina ada tulis yang doktor estimate baby rina around 2.6 kg. but now dah 2.7 kg. Baguss anak ibu, membesar dengan jayanya hehe!

Berat badan rina pun naik dalam 1 kg jugak. Maksudnya memang berat baby yang memberatkan badan bukan lah lemak tepu :p tapi memang ada orang akan turun masa last last ni. Yela..jalan sambil bawak perut berat- eksesais kot hihihi. Makan pun tak boleh full rasa mengah jee. Tapi tadi after check up rina makan nasi penuh lauk ayam kampung + siput sedut semangkuk + jus tembikai = semputttt hihi.

Ok sambung. Jantung ok. Size kepala & perut normal. Darah dalam uri ke tali pusat tah, mengalir lancar. Jantina baby sangat obvious! Fuh fuh sib baik takde main tukar tukar jantina kalau tak mesti kelam kabut hehe. Air ketuban banyak lagi. Kepala baby dah di bawah.

Kata doktor, selagi baby dalam perut selagi tu dia boleh suka suka nak pusing. Tapii, rina sekarang dah boleh bersalin bila bila waktu. Kepala baby dah dibawah, berat dah ok. Baby macam tak sabar hihi. So anytimee sakit akan datang.

Huhu cuak...hari hari ber'zikir' kat telinga mr zauj "takut...takut..." :p

Di sini, rina ingin mengambil kesempatan, untuk memohon maaf kepada semua yang sedang membaca. Mungkin ada yang mengenali rina hanya melalui online, mungkin sahabat rina di alam realiti dan mungkin juga ahli keluarga rina...

Memang banyak salah silap yang rina lakukan. Buat orang terasa hati, terambil barang ke? Mengumpat ke? Buat orang menyampah ke? Minta maaf sangat sangat.. Kalau ada hutang yang belum rina bayar, boleh lah tuntut pada rina sebelum terlambat..

Kita tak tahu apa akan jadi nanti..tapi apa jua kemungkinan, rina redha..yang paling penting, anak di dalam kandungan ini selamat sempurna dilahirkan..

Sekian..assalammualaikum..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, February 05, 2013

Set tilam baby - Butik Ummi

Assalammualaikum semua =)

Rina dah pernah tulis tentang set tilam bayi kekabu & sarung tilam jenis quilt yang murah dan berkualiti di SINI.

Hari ni saja nak tulis lagi hehehe! Nak tolong bisnes adik ipar =)

Alhamdulillah, set tilam kekabu dia semakin mendapat permintaan. Lebih lebih lagi dia ada buat PROMO beli 1 set tilam kabu with sarung dapat FREE selimut quilt !

apa yang anda perlu tahu tentang Butik Ummi

Butik Ummi menjual set tilam kekabu yang berharga dari RM150 - RM180. 
Dengan harga ini, anda akan dapat

1) satu tilam kekabu
2) 2 bantal peluk kekabu
3) 2 bantal kepala kekabu
4) set sarung quilt jenis cotton (quilt : sarung dijahit sekali dengan span)

Detail :

1) sangat selesa dan sejuk.
2) sarung boleh buka dan basuh.
3) boleh order sarung lebih, senang nak tukar basuh.
4) boleh bincang design. Nak ropol ke, border ke.
5) PRE-ORDER sahaja. Takde ready stock.
6) warna & corak ofcourse boleh bincang.
7) kalau order banyak2 try la mintak diskaun lagi hihi
8) Set tilam kekabu dijahit SENDIRI, lebih berkualiti dan padat

Pilihan kain cotton pun dah semakin banyak. so harga pun sedikitt berbeza lah ikut cotton mana yang anda pilih. Rina tempekkan sikit corak corak cotton yang rina suka untuk korang cuci mata hihi



contoh yang dah siap...



comel kan???

kalau berminat boleh ke BUTIK UMMI

atau direct SMS ke Anis 013-4035590

Terima kasih ^__^

Read more...

Urat putus

Pagi ni rina sampai ofis terus ambil charger handphone, plug in dekat plug. Then pegi breakfast..

Balik breakfast, rina cari charger dalam beg. Eh? Tak bawak ke?? Rasa macam bawak..

Geledah geledah tak jumpa. Rina turun pergi parking. Cek dalam kereta. Geledah lagi tak jumpa..adus..memang confirm tak bawak.

So pinjam charger officemate. Masa nak plug in.......*tepuk dahi* lahh dah pasang pagi tadi rupanya~

sekian kisah ibu nandung yang dah putus urat *pitam*


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, February 02, 2013

35 weeks : Mendobi baju baby








Banyaknye baju kiteee..!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top