Sunday, January 30, 2011

Gemok gedempol

Waaa..
terasa gemuk la sejak akhir akhir ni
nak timbang pun takutt

hehe!
aiyakkk
kena diet + eksesais ni
sebelum lemak dagu kembali timbul

ok tu je nak citer hari ni
hihi

sebab taktau nak citer kat sape.
kalau citer kat orang, nanti orang cakap

"ye lahh tuu"
atau
"dah lapanpuloh kali aku dengar ayat tu"
atau
"mane gemukk, kuruss je aku tengok"
atau
"tak payah diet diet, besok sakit dah tak boleh makan"
atau
"aku baru nak belanja, tapi ko diet kann, so tak jadilahh"
atau
"lemak ko dah tepu, eksesais macam mana pun takkan tebakar"
atau
"gemuklahh cantik, kurus mana cantik dah"

dan macam macam lagi feedback yang melemahkan semangat ini ;p

so,
jangan sape sape bagi comment melemah kan semangat untuk entry ini.
OK?
PAHAM TAK?
haha!


Read more...

Saturday, January 29, 2011

kenapa baby sangat comel?

 pekenalkan, ini kazen rina, kak dayah bersama baby first beliau
rina memang sangat rapat dengan kak dayah
tapi semenjak dia ada baby ni, rina rasa jelesss sangat
hehe
sebab baby beliau sangatlahhh comel!
 seee??
comelkan??
nama dia Uwais Qarni

dan seperti biasa,
gambar buah hati saya!
 sonok main nampak?
bila nak nangis?
 ok da nangis.
hahaha
dia memang suka nangis ;p


I love them very much!!


Read more...

Friday, January 28, 2011

IPL - tak perlu cukur dah!

ade orang pernah dengar IPL tak?

ok, meh rina explain secara ringkas dan padat dan selamba hehe
yelahh..
perkara yang agak memalukan sikit kot.

sebenarnye, IPL ni macam laser treatment untuk buang bulu ketiak armpit anda haha!
permanently tau!
tak yah da nak cabut cabut ke, cukur cukur ke, wax wax ke.
dah jadi macam baby balik
bersih, putih dan sesuci baldu

untuk bulu bulu part lain pun boleh ;p
part part private pon boleh ;p

tapi sekarang, mari fokus pada ketiak armpit sahaja

ada lah satu promotion nii

5 professional IPL laser sessions with Beyond Beauty only cost you RM399 je!
ada diskaun 83%. sepatutnya RM2400!
fuh fuh fuh! hihi

rina sangat berminat tau
pastu Google google, memang agak mahal la treatment ni
dan RM399 for 5 sessions adalah sangat muurah!

normally, 4 to 6 sessions da boleh matikan hair root tu!
depends on hormon la. 
tapii
after that, still kena buat treatment annually !
means, dalam setahun tu, buat lah sekali ke. kalau banyak duet, buat 2 kali.
kira maintenance lah

tapi bulu tu dah tak tumbuh lebat lah
halus halus je.
janganlah korang cukur pulak lepas tu. cis. lebat lahh balikk kan
cabut je lahh lepas tuu

hah, IPL ni jugak boleh wat kulit jadi lebih cerah sikit.
macam best kan kan?

best tak best tak?

sape sape ada info tentang IPL ni share share lah sikitt
rina rasa macam nak tapiiiii
takut pulak..

ada masa 5 hari untuk berfikir.
promotion tu habis dalam masa 5 hari.

korang nak jugak ke?
cari sendiri voucher tu kat GroupsMore
haha!


Read more...

Nak beg baru takk?


comel giler kan beg purple ni??

tapi tapi..
rina macam nak yang ni...


haaa baru lahh macam wanita bekerjaya kan??
cewahh
hihik

korang nak jugak ke?

kalau nak jugak..
bolehlah pergi melawat blogshop Galleria de Ratu
banyakk lagi pilihan bag!
baru je bukak kedai tuu
jadiklahh orang pertama tauu

bukan kedai rina..
ni kedai my friend's sister.
so rina berani jamin korang tak lah ditipu :)

jommm serang sekarang!

rinastories



Read more...

Wednesday, January 26, 2011

Buat ape bayar lebih kalau dapat lagi murah kann??

Ok. 
sekarang rina nak share satu website menarik.
ini serius.
sangat menarik!!

ke korang dah tahu?
rina baru tahu?
aaa
ape nii korang tak bagitau awal awal!!
cissss!
*tibatiba*

korang pernah dengar tak GroupsMore ???

rina baru dengar kejap tadi!

nampak lah iklan manicure & pedicure murah
terussss klik!

dan terusss rina beli voucher untuk buat manicure & pedicure!

[70% Off] Full Mani-Pedi package: Manicure + moisturizing Paraffin Hand Treatment + Pedicure + Whitening Leg Spa + Sea Salt Leg Scrub + additional Hand & Leg Massage. O.P.I products with over 100 colours to choose from. Only RM40 instead of RM130.

tak rasa berbaloi baloi ke????
ni first time rina nak buat
tapi takdelah colour2
bagi bersinar sudah lah hehehe
bersinar tau~

lepas book, godek godek, fuhhh banyak lagiii voucher
0_0
sangat berbaloi baloi lak tu
apsal rina baru tau??
adeh laa..

so kalau korang suka nak barang diskaun diskaun macam rina
boleh lah register kat GroupsMore
eh takya register pon, guna email facebook jee
mudahh dan cepattt!

selamat berjimat kawan kawan!




Read more...

Cerita tertunggak 2 - Pelitawanis

Apa itu Pelitawanis??
ala ala macam Puspanita jugakla
cuma Puspanita tu untuk government
TNB plak pakai Pelitawanis

ape dia Pelitawanis & Puspanita ni?

lebih kurang macam Puteri Islam zaman skolah skolah dulu
kelab yang semua wanita je boleh masuk

kenapa ada kelab?
sebab nak bagi banyak keje
haha
saje nak seronok seronok

so...jumaat lepas,
rina secara suka tak berapa nak rela ;p
pegi ke Hi-Tea anjuran Pelitawanis Kepong di satu hotel ni.
kene bayar RM20
ada Annual Grand Meeting
tapi rina tak daftar join pon lagi Pelitawanis,
tapi saje pegi Hi-tea
sebab nanti dapat pelepasan tak yah g keja hahaha


 ok, macam biasa, mesti gambar makanan dulu
hehehe!
bestttt
banyakkk sangat makanan.
rm20 sangat berbaloi baloi

lepas tu, ada macam macam pertandingan
menari lah, hias bunga lah...
dan rina masuk hias cupcake

 boleh menang tak??
hahah
nak makan pun tak selera kk
gelabah kott
semua suruh cepat cepat hihi

hah lupa nak cerita,
tema untuk hi tea kali ni ialah Bollywood!
hehe

rina tak sempat nak beli baju
pakai jubah seluar jee
konon konon punjabi suit lahh
 siap ada pakai sari k!
hehe
menari kakakku menari~
dan gambar di atas ialah my officemates with our General Manager *in yellow*
fuhh
cantikk kann?
hehehe..dia pinjam baju anak dia kejap

ape ape punn
memang bestt
boleh lahh nak merapatkan sillaturrahim antara teman sekerja
^___^


Read more...

Tuesday, January 25, 2011

Cerita tertunggak - Kawinn lagiii

15 January 2011

Majlis kawin Nurin dan Zaki 
bertempat di Shah Alam

Nurin dan Zaki, both are my schoolmates at MRSM Jasin
lame kott betahan
bestnye...

cantikk!

dan paling bestt
tiba tiba je kenduri diorang ni jadi mini reunion
for ex MRSM Jasin dan MRSM Kuala Klawang
*sebab nurin pon MRSM Kuala Klawang during lower secondary years*




gembiraaaa!
dapat jumpa kawan kawan lama.
rinduuu sangattt

bulan 7 nanti insyaAllah ada kenduri lagi
ada 2 plak tu.
adehhh
nape semua da nak kawin ni...

pressure lah macam ni...
sobsobsob...



Read more...

Monday, January 24, 2011

Who doesn't love good food?










ini lah lunch rina hari hari.
erk?
hari hari ke?
taklahhh
mana boleh hari harii
pokai lahhhhh
bukan takat pokai
boleh jadi gemokkk gedempol kalau hari hari makan sedap sedap ni
lain lahh kalau perut ada blackhole ;p



Read more...

Buat LLB (Look Like Busy) lagi

Itulah kerja rina hampir setiap hari, iaitu buat LLB ;p
hehehe!
penat tau buat LLB ni. memerlukan kepakaran lala~

maybe starting March baru lahh rina betul betul busy..
sekarang ni still in the process of learning
so relaks je lahh
buat apa nak sibuk sibuk cari kerja sementara takde kerja kann

hah! tadi korang dengar tak Hot.fm?
cerita pasal blogger lahh
ada blogger menjana pendapatan sampai 1 juta??
gilelah
best betul kalau begitu

pastu redmummy cakap, dia mengaku yang dia boleh dapat rm12 ribu sebulan?
erk?
rm12 ribu?
erk?
huwaaaaaaaaa
0_0

biar betullll
tapi mesti betul kann
takkan dia nak buat cerita

tapi rina peliklahhh
best ke blog dia?
apsal rina rasa tak best je?

rina bukan kutuk tauu
ni saje nak bagi pendapat

mungkin ada yang suka kisah di redmummy tu
walaupun rina rasa biasa je citer citer dia,
dan rina jarang lah pergi blog dia
tapi rina still letak link blog dia dalam link blog rina
dan rina sangat lah kagum dengan dia

sape tak kagum?
rm12k per month!

kalau rina lahh
rina berenti keje je.
blog tiap masa
jalan jalan seluruh dunia
so boleh lah share dalam blog
kan?

ni yang tiba tiba rina nak aktif ber blog kembali
hihi!

dapat rm1k sebulan pun jadi lah
*ada hati*

dulu rina aktif berblog,
rina dapat rm500 je..
bukan rm500 sebulan
rm500 berbulan bulan hehe

panjang dah rina mengarut..
orang buat LLB memang camni..
rasa macam nak beli berukband jee

tapi streamyx kat umah da bayar rm110
nak bayar berukband lagi..
banyak duit??

sekarang ni, rina tumpang berukband kirin..
tenkiu kirin! ;p

ohh
interview PEP 37 (TNB) start hari ni..
kepada yang dapat, rina wish gudluckk :)
tetiba ramai lakk orang apply TNB
dulu dulu cakap taknak TNB
tiba tiba ramai apply TNB
haha

bagi rina TNB best lahh
memang tak kaya
tapi pressure kurang

dalam hidup ni, duit bukan segala galanya kan?

hiduplah dengan gembira dan tenang..
niatkan segalanya kerana Allah
nanti hati pun rasa seronok
senyum je sentiasa
^___^

lagi 50 minit nak waktu rehat...
nak buat buat study pulak

baii
salam~





Read more...

Saturday, January 22, 2011

In my sleep...

lama giler tak tulis blog.
perlu ke tulis?
perlu kee

mestilah perlu. nanti da tua tua lupa apa yang terjadi masa muda
kan da rugi

tapi tapi
malasnyeee nak tulis.

ok next time lah

hehe 

time to sleep!

sambil tu,
jom layan lagu ni
besttt sangat!

Read more...

Friday, January 14, 2011

Perancangan yang teliti

Salam all!!

Adoila...bila lahh mood berblog nak kembali ni.
gambar ada je banyak.
cerita pun banyak.
tapi malas betul nak tulis hehe.

sekarang pun rina bukan nak cerita ape ape.
just nak berangan je lalala~

sebab tadi dapat surat dari BEM yang rina punya registration dah confirm.
mulalah berangan nak dapat IR (Professional Engineer) hihihi!
Ir. Rina. Phewiiitttt ;p

okeh jom start berangan.
Warning : Tak perlulah baca. Takut nanti korang menyampah kat rina plak hahaha


2011 : Start buat Master sambil kerja
2012 : Ambil CP (Competence Person)
2013 : Kawin (hahaha) + Siap buat Master
2014 : Dapat anak sorang (hahaha lagi)
2015 : Ambil ujian IR. dan apply jadi Lecturer dan lagi sorang anak (hahaha sekali lagi)
2016 : jadi lecturer sambil membesarkan 2 orang anak yang comel =_="
2017 : same jugak
2018 : same jugak
2019 : Minta cuti tanpa gaji untuk buat Phd + dapat lagi sorang anak (yes da 3 hahah adoi)
2020 : Cuti lagi dan dapat sorang anak (4 cukuplahh..alhamdulillah hihihi berangan memang best)
2021 : Cuti lagi sambil membesarkan anak. eh? lama pulak nak cuti. berhenti je lah hehe
2022 : Kerja balik (jadi lecturer) dan habiskan Phd (hopefully dapat habiskan lebih awal)
2023 : Kerja seperti biasa

fuh! dah 36 tahun baru selesai segalanya...
dulu rasa macam nak ramai anak
tapi rasanya tak boleh lah macam ni..
nanti anak tak terjaga..
suami lagi lah haha..

ape ape pun, ini rancangan hidup rina yang terbaik lah kot..
maybe rina tak jadi pun buat Master or Phd.
maybe stay as engineer
takpun berhenti buat business
takpun jadi suri rumah tangga

it depends on situation dan rezeki kan..

semoga Allah panjangkan umur dan permudahkan perjalanan hidup kita semua..
Aminnnn

^__^





Read more...

Monday, January 10, 2011

Cuti cuti sebelum busy

Sebelum sambung Master dan tamat tempoh latihan (kerja),
haruslah bercuti cuti dahulu hee

sekarang ni Air Asia buat promotion
murahhh
rina baru book tiket ke Kota Kinabalu
pergi balik hanya RM150
yey!

nak berjimat jimat mulai hari ni.
hari hari makan megi ;p

best lah pergi jalan jalan
luaskan pemandangan..timba pengalaman
dan melupakan segala masalah yang menimpa

alhamdulillah..syukur atas rezeki yang diberiNya..



Read more...

Sunday, January 09, 2011

Dewasa

Umur berapa tahun yang dianggap dewasa ye?
24 tahun dah kira dewasa ke?

adeh.. nak jadi remaja lagi pleasee ;p

malam tadi sambut hari lahir sahabat rina, naza yang ke-34
eh 24 hehe!


dah macam main spirit of the coin lak
lilin lilin bagai ;p

semangat lah kitorang nak buat suprise kat si naza ni.
tapi banyak betul pancaroba.
asik ubah tempat je.
last last celebrate kat tangga je (area putrajaya)

ape ape pun memang hepi lah semalam
suprise suprise orang ni memang best
lagi lagi kalau jadi.
tambah best kalau ada acara baling tepung,telur takpun sebaldi air longkang
haha..

malam tu, rina tumpang tido rumah naza..erien pun tumpang sekali..
seronok bila dapat lepak lepak dengan kawan kawan ni.
kalau tak duduk rumah je main facebook
satu satu account orang rina bukak
lepas tu satu satu gambar rina teliti hehehehe!
sangat takde kerja ok.

berbalik kepada tajuk post
semenjak merasa diri ni sudah dewasa (CEWAH!!!)
topik utama perbualan kami adalah KAHWIN
"bila kau nak kawin?"
"agak agak sape kawin dulu?"
"kau nak kawin dengan sape?"
"kawin tu ape?"

hoh!
sikit sikit kawin
sikit sikit kawin
bosan tau tak?!
*orang single memang emo bab ni kahkah*

sooo.. 
bila korang nak kawin?

hehehe!

^__^


Read more...

Saturday, January 08, 2011

Master di UNITEN ke UM ?

Tiba tiba rina rasa nak sambung Master lahh..

1 sebab rina boring takde cinta *jujur tak? haha!*
2 sebab tak sabar dah nak jadi lecturer
3 sebab memang nak sambung Master, cepat atau lambat je

Rina nak minta bantuan MOHE untuk sambung Master.
so MOHE ni boleh support kita kalau buat Master secara full time selama 2 tahun
di mana mana IPTA dan IPTS yang terpilih.

setelah dikaji kaji..hanya 2 universiti yang menjadi pilihan rina
yang ofer Master in Electrical Engineering

iaitu UNITEN (tempat degree rina) dan UM

kedua dua universiti ni ada pros dan cons..

rina list lah kat sini

  1. UNITEN

Pros : -

  1. dah biasa…kenal lecturers.
  2. dengar macam senang sikit lah..bertambah senang sebab kita da biasa dengan suasana.
  3. ada kelas on weekdays malam..so xya la nak kacau weekend. Tapi sebenarnye penat jugak either way.
  4. 7 subjects + 1 project

Cons : -

  1. sebab utama rina taknak..ex-bf ade jadi r.a kat sana ..rina taknak teserempak dgn dia
  2. walaupon possibility terserempak rendah..tp rina banyak kenangan kat sane..nanti rasa sedih
  3. jauh gak dari rumah ( 30 minutes)..plus, kalau kelas malam, terpaksa tempuh jem


  1. UM

Pros :-
  1. Universiti yang diiktiraf gak la kat Malaysia 
  2. Master nampak beharga sikit la..lebih lebih lagi takde la buat kat U yang sama 
  3. Rasa suasana baru…pengalaman baru…
  4. Dekat giler ngan rumah

Cons :-
  1. susah sikit… ada 12 subjects + 1 project. kene buat jurnal…sempat ke 2 tahun untuk 12 subjects?
  2. takut gak sorg2..buat takde kawan…(kat uniten pun still kene cari kawan baru) tapi sebab UM, kita tak biasa kan
  3. kelas weekend… taktaula ni pros or cons…sbab rina bukan watpe sangat on weekend…



so...kawan kawan sekalian..rina patut sambung di mana ye...susah betul nak buat keputusan..
rasa nak buat di UNITEN je..senang...tapi takut sedih balik
nak buat kat UM, malas pun ada

adoyai!~



Read more...

Friday, January 07, 2011

Malaysian Drivers

Read more...

Monday, January 03, 2011

Temubual dengan Khairul Fahmi Che Mat paling lawak ehe

lawak lawak bila Linglung buat temubual dengan KFCM
klik SINI untuk baca.

sejak bila rina minat bola ni?
konpius

Read more...

Tetiba..

tetiba rina rasa taknak lah buat blog ni private

rina ingat nak kembali aktif berblog
leh dapat duit
leh buat buat busy
pastu nak sambung bisnes tertunggak hehe ;p

nasib lah kalau orang nak cakap blogger poyo ke koya ke
ada saya kisah? ;p

nak busy pleaseee

Read more...

Kenapa perlu bersedih?

Kenapa perlu bersedih tentang hal dunia, kerana dunia itu sementara sahaja..
bila bila masa, kematian pasti akan menjemput kita..sama ada cepat atau lambat, ia pasti hadir..
yang kita perlu sedih,
bila mengenangkan dosa dosa yang telah kita lakukan..
layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah?
layakkah kita untuk berjumpa denganNya..

jadi, jangan bazirkan air mata untuk hal dunia..
lebih lebih lagi kerana cinta sesama manusia..
semuanya buang masa sahaja..

fokuslah..ingatlah..sedarlah..
hidup di dunia hanya sementara sahaja..
make it worth or you will regret it forever! Forever and ever!


Read more...

Sunday, January 02, 2011

sunyi sepi

saya tak tahu kenapa..

mungkin bulan purnama dah datang
ataupun iman sedang ditahap paling bawah
ataupun cuti yang terlalu lama

yang menyebabkan saya rasa sunyi dan bosan..

ape sudah jadiii


Read more...

Saturday, January 01, 2011

Azam tahun baru *add on*

Rina dah pun berazam masa awal Muharram yang lepas di sini.

tapi ingat nak tambah sikit lagi. sempat kann?

rina berazam nak private kan blog ni.
tapi nak tunggu Nuffnang capai RM50 dulu,
then cash out.
baru boleh private.

bukan untuk selamanya.
tapi sampai satu masa tertentu.

so korang, plss click iklan Nuffnang kalau ada yang keluar 
hehe!
thanks~

Read more...

Line Clear ~

Cimon tanya, singgah nasi kandaq Line Clear tak?


Mestilahh singgah!

tapi kitorang tak makan pun
kitorang makan nasi kandaq tempat lain.

lagi gambar;



macho tak?


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top