Nuzul Al-Quran~*
CC nak share sikit info :
sumber : Info Ramadhan 1425Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
sedar x sedar..da 17 hari kita berpuasa..
xlama lagi raya..
xboleh hepi sangat..sebab patutnya kte rasa sedih untuk mengucapkan selamat tinggal Ramadhan..
tapi CC da beli baju raya! hehe..:p
xbanyak pon baju raya CC..
ade sepasang wane pink - tapi ni dah pakai time kenduri kawin cousin CC-abang Pai
2 pasang yang beli kat jalan tar tula (refer entry before ni)
tapi yang putih nak pakai waktu kenduri kawin cousin -kak dayah..
so kiranya.sepasang jela..yang china silk tu hehe
nanti ingat nak beli tudung raya sehelai..
kasut raya xde kot.pakai je ape yang ada.
ckupla tu.
kene jimat2 dah
ok tu je..
tatatititutu
0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
Post a Comment