Tuesday, February 23, 2010

Fesyen Tudung #2

sambung2 dari Fesyen Tudung #1

kali ni dapat dari website sunsilk.
thank you sunsilk!!!

(1) Tudung Tocang Kuda


Langkah-langkah:

1. Lipat tudung empat segi menjadi tiga segi. Pin tudung di belakang tengkuk.
2. Bawa tudung bahagian kiri ke hadapan dan sematkan dengan jarum peniti di bawah telinga.
3. Kemudian bawa lebihan tudung bahagian kiri ke bawah telinga kanan dan sematkan dengan jarum peniti. Pinkan lebihan tudung di belakang tengkuk.
4. Pakaikan tudung tiga segi yang berwarna kontra di atas tudung yang telah dipakai. Pin tudung di belakang tengkuk di atas tudung yang telah dipakai.
5. Bawa tudung ke bahu kanan. Ambil bahagian kanan tudung pertama dan lilitkan dengan ketat pada tudung kedua. Selitkan hujung ke dalam lilitan.

(2) Pesona Idaman --xleh blah


Langkah-langkah:

1. Lipat tudung empat segi menjadi tiga segi.Pin tudung di belakang tengkuk.
2. Bawa tudung bahagian kiri ke hadapan dan sematkan dengan jarum peniti di bawah telinga.
3. Kemudian bawa lebihan tudung bahagian kiri ke bawah telinga kanan dan sematkan dengan jarum peniti. Pinkan lebihan tudung di belakang tengkuk.
4. Lipat bahagian kanan tudung menjadi lipatan panjang dan lilitkan di atas kepala. Pin di belakang tengkuk.
5. Gulungkan tudung belakang ke sebelah kanan dan pin di belakang telinga dengan menggunakan kerongsang.
(3) Ikatan Tulus

Langkah-langkah:

1. Lipat tudung empat segi menjadi tiga segi. Pin tudung di belakang tengkuk.
2. Bawa tudung bahagian kiri ke hadapan dan sematkan dengan jarum peniti di bawah telinga.
3. Kemudian bawa lebihan tudung bahagian kiri ke bawah telinga kanan dan sematkan dengan jarum peniti. Pinkan lebihan tudung di belakang tengkuk.
4. Pakaikan tudung tiga segi yang berwarna kontra di atas tudung yang telah dipakai. Pin tudung di belakang tengkuk di atas tudung yang telah dipakai.
5. Lipat bahagian kanan tudung pertama menjadi lipatan panjang dan lilitkan di atas kepala di atas tudung kedua. Sematkan dengan jarum peniti di atas kepala.
6. Lipat bahagian kanan tudung kedua menjadi lipatan panjang dan lilitkan di atas kepala di atas tudung pertama.
7. Lilitkan kedua-dua bahagian kanan tudung pertama dan kedua dan pin di belakang tengkuk.
8. Ambil bahagian kiri tudung kedua dan lilitkan dengan ketat pada tudung kedua. Selitkan hujung ke dalam lilitan.

(4) Semekar Mawar


Langkah-langkah:

1. Lipat tudung empat segi menjadi tiga segi. Pin tudung di belakang tengkuk.
2. Bawa tudung bahagian kiri ke hadapan dan sematkan dengan jarum peniti di bawah telinga.
3. Kemudian bawa lebihan tudung bahagian kiri ke bawah telinga kanan dan sematkan dengan jarum peniti. Pinkan lebihan tudung di belakang tengkuk.
4. Pakaikan tudung tiga segi yang berwarna kontra di atas tudung yang telah dipakai. Pin tudung di belakang tengkuk di bawah tudung yang telah dipakai.
5. Lipat bahagian kanan tudung pertama menjadi lipatan panjang dan lilitkan di atas kepala di atas tudung kedua. Pin di belakang tengkuk.
6. Gulungkan tudung ke sebelah kanan dan pin separuh gulungan tersebut di belakang telinga.
7. Kumpul dan bentukkan tudung menjadi bentuk bunga mawar. Sematkan dengan jarum peniti untuk mengekalkan bentuk bunga mawar.

Sumber : Sunsilk

Sebagai tanda time kasih, rina bagi iklan free
Gunalah Sunsilk!
rina suka Conditioner Sunsilk yang kaler Pink..buat rambut jadi lembut,ringan dan wangi~*

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

dayah,  24/2/10 11:35 AM  

even ak gne shampoo clear, cndtioner ak gne sunsilk pink, mmg lmbt, rngn & wngi mcm yg dbtau rina, hehe

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top