Sunday, May 20, 2012

Beli langsir di MK Curtain, Nilai

Assalammualaikum semua =)

Semalam dah beli langsir...tapi ada silap pulak..
sepatutnya 182 cm..ktorang pegi tulis 82 cm
boleh tak perasan pulak..
nasib baik tingkap blik utama je..tingkap lain & sliding door semua ok

Rina beli dekat MK Curtain di Nilai, terus tempah
Ambil kain semeter RM7.90
day curtain ambil yang semeter RM15
besi besi, cangkuk semua (since rumah baru) dalam RM200
upah jahit dengan renda renda sekali dalam RM250
total up hampir RM1000
pengsan 18 kali
+___+

curtain ambil masa dalam 4-5 jam gak la nak siap
maybe banyak kot..satu rumah..siap renda bagai
jahitan sangat kemas jadi puas hati =)

kesian En tunang tak dapat tengok pasukan favourite dia, Kelantan lawan Sime Darby
dapat tengok separuh akhir je..dia tengok sorang sorang dekat kedai makan area rumah rina..
nak teman, tapi tak manis pulak..
suruh tengok dekat rumah dia kata nanti susah pulak mak & rina nak mandi semua
jadi dia tengok sorang sorang je dekat kedai...

walaupun nampak perkara ni perkara kecil saja
tapi rina tetap terharu...
dia tahu priority dia..tahu tanggungjawab dia..
 
rina sangat berharap agar rina dapat menjadi isteri yang solehah buat en tunang..
 menjadi menantu yang baik buat abah & umi dia..
menjadi kakak2 yang baik buat adik adik kesayangan dia..
support dia selalu..menjadi pembantu terbaik buat dia..
menjadi ibu yang terbaik buat anak anak dia..
 
adui..
nak cerita pasal lain
tapi tiba tiba terluah pasal lain dekat sini hehehe
 
takpelah, dah panjang.
lepas ni nak pegi Mydin pulak..
banyak barang tak beli lagi..
 
ok bye


0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top