Friday, May 18, 2012

Beware people, Bridezella mode is turning on!

Assalammualaikum =P

Hari ni dapat buat banyak benda hehe..
penat okeh. baru dapat bersenang lenang sikit..
jap lagi nak sambung buat text ucapan untuk DJ, kad tugasan untuk AJK AJK yang bertugas
haha!
ini lah hasil dari active club time di UNITEN
masa ni lah nak apply teknik organisasi event dengan baik =P

Ok, nak cerita sikit apa yang dibuat pada hari ini, 8 hari lagi sebelum majlis..InsyaAllah..

entry tanpa gambar lagi..saja nak tulis untuk bacaan hari tua..
nantila lepas kahwin sure banyak gambar nak letak ^__^

tadi, sempat sambung menjemput kenalan kenalan, bos bos yang belum dijemput
lepas ni macam nak follow up dengan kawan kawan yang di invite di facebook
kad tetiba ada lebih..sebab tak sempat nak bagi semua orang T__T

lepas tu, perabot baru sampai rumah mak
mak order sofa baru dan set katil untuk bilik pengantin
bilik pengantin la sangat =P
kecik je bilik pun
muat katil Queen dengan almari je hee
malas nak hias..janji kemas =)

lepas tu ada buat wiring sikit..rumah memang huru hara kejap..
bersepah sepah..
ada barang nak diangkut ke rumah baru which is rumah rina dan en tunang nanti..
TAPI rumah kami tu, tak setel setel lagi!
aduss...
kunci dah dapat..elektrik dah ada
AIR je takde lagi..camne nak basuh semua T__T

so sekarang ni just pasang grill dulu..
lepas pasang grill, baru lah boleh angkat barang..
set katil tak boleh la beli lagi...

baju nikah insyaAllah weekend ni dapat...
nervous pulak..
tetiba menyesal buat beading boleh?
takut tetiba jadi makin tak cantik..
baik putih je ye takk?
waaaa...semua ni sebab serik dengan baju sanding semalam..
rina ni cerewet sangat...susah nak puas hati.. =(

takpelah..berdoa je..
bak kate kawan kawan rina, kembali kepada tujuan asal kita berkahwin..
sebab nak mendapat keredhaan Allah dalam perhubungan..
so, berlapang lah dada..insyaAllah gembira =)

ok penat dah =P

secara ringkas, tadi dah beli tudung untuk mak, tudung bertandang untuk rina, kasut untuk mak, lepas tu bayar deposit untuk doorgift

esok nak pergi Nilai, cari langsir untuk rumah baru, VIP doorgift, carpet bulu putih
malam esok nak pegi Shah Alam, mak nak cari jubah nak pakai masa majlis nikah kot
rina lak nak cari baju kurung 2 pasang..
adat kot..pakai baju baru lepas kahwin...

ok bye

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Miss Ika 19/5/12 12:33 AM  

Gud luck dear.
Kita pun nak redha je nanti apa jadi kat baju.
Baju nikah tailor tak buat lagi. Sobss

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top