Friday, April 30, 2010

alhamdulillah~~*

gaji sudah dapat

tapi takdela banyak

bolehla nak restock baju kat kedai comel saya

jangan lupa tengok, esok ada baju baru yang comel-comel
^^

Read more...

Nak crocs murah?

pergi blog kawan rina di sini

there will be a Crocs Warehouse Sales up to 70% discount!

nak detail lagi click sini

baik click cepat2
sebab start harini sampai 3 may je!!

actually rina ingat nak jual crocs gak dekat kedai comel rina ni
kalau rina jual dengan harga 30% murah dari harga kat kedai ok tak?
contoh crocs tu RM120 tapi rina jual RM80

tak sure lagi..
macam ramai dah jual crocs
plus ade ke orang nak beli sangat
mesti sikit2 je kan?
product pon sikit2
tapi macam nak try
tapi malas
nak jual baju je hehe

camne?


Read more...

Thursday, April 29, 2010

festime rasa takut bawak kereta sorang2...

harini macam biasa rina balik pukul 7
tapi harini macam gelap awal dari biasa

hujan sekejap je
tapi gelap sepanjang perjalanan

rina ikut federal highway
macam agak jem gakla
rasa banyak betul kereta

paling takut
tengok kilat memancar-mancar
langit macam luas sangat harini
kilat sabung-menyabung
sepanjang pejalanan
tak berenti-henti

rasa macam tengok tayangan kilat dekat skrin langit
T_T

seram kejap
rasa macam dekat je kilat tu

tiba-tiba je rina rasa takut
macam2 lah terlintas kat fikiran
lagi-lagi pasal kiamat

dah lah baru baca pasal bulan terang + besar malam semalam kat blog BeautifulNara
ada salah satu tanda-tanda kiamat

“Di antara tanda2 telah dekatnya Hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit” – Riwayat Thabrani.*betulkan saya kalau saya salah*

kat Malaysia maybe bulan penuh, tapi dari angle lain, bulan sabitla kan

sambung balik
rina pon bawak slow2 jela
nak belok pon slow2

ramaii plak hon2 rina

janganla hon2
buat orang lagi takut je...

nasib baik selamat sampai rumah
alhamdulillah

rina rasa, rina taknakla asyik rasa takut nak kiamat tapi takde ikhtiar..
jom sama-sama berubah ke arah kebaikan jom
slow-slow pun takpe
jangan kita tahu, tapi buat-buat tak tahu
atau
kita tahu tapi tak berbuat apa-apa
nanti termasuk dalam golongan orang yang rugi
nauzubillah..




Read more...

Rina a.k.a Blair Waldorf

tiba-tiba rasa macam Blair Waldorf :8)
hahaha
jom blair jom, kita move on same2
apsal susah sangat nak move on ni
kamon rina!!

Read more...

Wednesday, April 28, 2010

Gossip Girl 319 - Dr. Estrangelove, Blair Waldorf just said...

 "The way to get over you isn't by hooking up with some random guy...or pretending like we didn't happen."
"I'm gonna kiss somebody someday, and when I do, it'll be for me."


*true*

Read more...

Road Trip with my broadband!



waaa lajunya semua orang..baru sejam yang lalu keluar contest ni, berderet2 orang post tentang Road Trip with My Broadband!
huhuhu!


last saturday, my mother asked me to be her driver for one whole day! means, rina tak dapat main tenet lahh
sobsob

That’s why i think i must have my own internet! A broadband!
I have one in mind and i want to share with u guys

P1 Max WIGGY usb!


WIGGY is the next revolution in mobile broadband. Surf at true broadband speeds with up to 10 Mbps while you’re out and about in P1 W1MAX covered areas.

Just insert WIGGY into your notebook and you’re good to go!

Walk-in registration at P1 Authorised Resellers..

Stay tuned for our upcoming events and roadshows.

Register your interest in P1 W1MAX on the online form.



More Information?
click Here

It looks interesting right??
Lets go together to get it and be the earliest one to surf at true broadband speeds!

lepas ni senang sikit
nak pergi mana-mana pun tak kisah
boleh online mana2 pon
kat rumah sedara, restoran, shopping mall!, dalam kereta ponnn! hee

bolehla rina handle blogshop rina yang baru tu
barulah orang cakap service pantas dan berkesan
ramai orang nak beli nanti :8)
ok bye bye semua, berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama di tv3
ok sengaja nak bagi panjang2 bagi 200 patah hahahahahaha
eh. haha haha haha (3 patah dah lol)

layan video ni ok~



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

UNITEN di hatiku~~


Assalammualaikum~*
Da lama nak buat entry tentang UNITEN
tapi asyik malas je~

 Universiti Tenaga Nasional is one of the first private universities in Malaysia and is wholly-owned by the public-listed Tenaga Nasional Berhad (TNB), one of the largest utility companies in South East-Asia. 
 (copy dari website uniten hehehe)
moto uniten is
"UNITEN Generates Professional"

ada gaya2 pro tak kami semua?


pro kan?
hahaha

Rina still ingat lagi masa lepas result SPM rina keluar
masa tu, rina memang tak tahu nak amik course ape lagi
rina suka math, rina mintak suggestion orang
ramai suruh amik engineering
*padahal banyak je course yang berkaitan dengan math*
tapi rina minat profession Doktor.

so rina mintak UTP(petronas), UNITEN(tnb), MARA (NZ), peguruan (apetah nama), n 1 medic di UIA

short story, rina dapat Uniten untuk scholar tnb dan Mara g NZ
masa tu memang nak g NZ la kan hahaha
tapi buat isthikarah, pegi UNITEN

masa nak masuk UNITEN, rina betul2 risau
sebab rina dengar, UNITEN ni social sangat. ramai anak orang kaya.
boleh ke rina fit in?

tapi alhamdulillah
selama 5 tahun Rina kat UNITEN
rina masih rina yang dulu 

(ok fine, berubah sikit, saye sedar :p)

kalau orang tanya, ok ke UNITEN?
rina boleh cakap dengan bangganya, "OK"
hehehe

sebenarnya, it depends on yourself, if u nak berjaya, wherever u go, u boleh berjaya.

tapi papepon, bagi rina, belajar oversea lagi bagus kot?
tah la.

tapi rina tak menyesal masuk UNITEN
I learned a lot of thing here.

dari seorang yang malas nak join persatuan
terus jadi aktif kat UNITEN
tapi jawatan rendah2 jela hehe

Student in Free Enteprise

GradNight Committee


Unicommserv
Persatuan Pengajian Islam
Aibob Underground Forum
malas nak cari gambar hehehe

dapat kawan yang besh2

*gambar 5 @ 4 tahun dulu*
Gie, Rina, Puteri,Elly, Farah
 Miza dan Rina

amacam? x berubah kan. 
sape cakap rina da bekedut sekarang memang kene lempang jauh2 ;p
awal2 dulu x rapat lagi dengan naza,adah,jem,mun,azie dan lain *jangan terasa kalau x sebut,nak cepat siap* hahah

*gambar latest*


paling rina suka tentang UNITEN, is lecturers kat UNITEN
sangat besh!
sporting sangat hehhe
kalau x faham leh datang bilik tanya2
pegi beraya lagi =)

haritu, rina terpilih untuk buat survey.
ada visit dari External Examiner, Prof Agelidis

survey ni nak tau pendapat students la tentang uniten
ada yang puji, ada yang bagi idea untuk improve kan quality study di uniten ni

hopefully, UNITEN dapat menjadi Universiti yang terbaik di Malaysia.
sebab rina bercita-cita nak kembali ke UNITEN sebagai lecturer wiwiwttt hehehehe

ok dah. dah takde idea nak bebel ape.
so sape2 nak masuk uniten emmm emmmmmm 
ok fine, masukla hahaha
jangan lupa wat isthikarah dulu!

salam~



Read more...

Monday, April 26, 2010

tak jadi sedih2. jom main formspring!

korang buat account

then klik sini


tanya2 saya

then saya tanya2 korang

besh kan? hihi

p/s : da lama buat, baru rasa nak main ;)

Read more...

26 April...

How can I forget this date..

It changed me..

It was the happiest day in my life..
:'(

Read more...

Blog

Haha. tiru 1 of my friends, Azrie punya tajuk (after this, bukan ur friend je yang datang lawat blog hihi)


what is actually blog to me?
why I'm blogging?

da obvious,jelas dan nyata tujuan Rina blog
tercatat kat About Me di sidebar or di sini

"I love to share my thoughts, stories even knowledge with people - the reasons why this blog is here."
 
rina akan tulis apa yang rina ingin share sahaja
and of course, bukan semua perkara rina boleh share..
same as u guys, rina pun ada rahsia dan perasaan malu dalam diri
fyi, rina sangat berahsia sebenarnya..
sometimes, apa yang rina cakap, apa yang korang nampak, is not the real one :p

so, untuk diari peribadi, rina ada blog private.
hanya rina je boleh baca. 

untuk blog ni, rina mahu share dengan semua orang
rasa seronok sebab nanti dapat kawan baru
ada aktiviti nak buat
plus dapat pendapatan tambahan
yang pasti bukan nak glamour k lol
followers tu pun rina tak paksa.
im not a blogger yang "I follow u, u follow me back"
seikhlas hati kalau nak follow
and i really appreciate it

^___^

jom berblog!
besh~~

Read more...

teka la pasal ape~

menang jugak dia
tak sia-sia tebar roti canai
hahaha!

****
tengah tunggu hotel city habis shift
tido lewat, esok keje pulak, adoii
alif alfiandy nye pasal ni introduce game ni
hihi
salahkan orang itu satu kemestian =P

Read more...

Sunday, April 25, 2010

Ape nak buat hari ini??

sangat besh tengok ramai visitors tengok RinaWardrobe!
ramai gak yang interest, PM rina tanya2 hehe

ok. back to the point

hari ni nak pergi bank atm. buat cimbclick ngan maybank2u
lepas tu nak bawak mak beli barang sikit
and g beli Pizza Hut

mak ngidam Pizza
hahah
moden tau mak rina
suka sangat Pizza
^_^

babai all!
enjoy your sunday!

Read more...

Saturday, April 24, 2010

Mari2 lelong. Barang baik punya~ =P

ok nervous

Percubaan pertama Rina untuk buat Blogshop!

rasa nervous sangat nak bagitau haha
tapi macam x sabar :p

ok gtau kat sini dulu

rinawardrobe

sini intro dari rina
sini contest untuk korang.

Read more...

Friday, April 23, 2010

takutnye...betul ke..?

source dari facebook, ada orang tag
betul ke? serius takut T_T
macam logik pon ada jugak
kat Mars penah terjadi gak
so tak mustahil, bumi plak lepas ni


takot nyee!

Read more...

beza masa umur 13 tahun ngan masa umur 23 tahun~

memang banyak beza
tapi 1 of them yang rina baru realize semalam..
is..
time umur rina 13 tahun, kalau posmen datang, rina hanya akan dapat kad raya, surat peminat *opss, kad raya, lagi2 kad raya, sampai penoh peti surat ngan kad raya
pas raya, penoh dalam tong sampah pula hihi

tapi bila rina berumur 23 tahun *ok belum lagi.masih ada 4 bulan lagi =P
peti surat rina penoh dengan kad undangan kawin, bil tmnet, kad kawin, lagi2 kad kawin
hehehe
padehal 1 keping je pon

tapi cam excited nye, dapat kad kawin dari ex roomate rina masa form 5 dulu =D

da tua rupanya
kawan2 pun ramai nak kawin
*pls jangan tanya "rina bile lak?" pls plssss jangan tanye ok? =P


Congrates Ecah..Semoga bahagia ke akhir hayat..
macam nak datang tapi...
Jengka, Pahang...cam jauh sangat je..nak travel sesorang

tapi ada sorang lagi kawan rina kawin

1 Mei gak

Teng nama dia, kawan UNITEN
takde card plak nak tnjuk huhu

Congrates untuk Teng gak..semoga bahagia ke akhir hayat..

mane satu nak datang ni..
rasa cam nak g yang ecah..sebab lebih rapat dengan ecah..
lagipun lama giler x jumpe.
tapi jauh sangat
so maybe pegi yang Teng je kot

Makan free lagi yeah~


Read more...

Thursday, April 22, 2010

worst nightmare ever!


actually, rina selalu had nightmare..maybe rina ni penakut sikit
if tengok cerita seram2, malam tu mesti nightmare
letihhh
lama gak tak tengok nightmare

since after Industrial Training bulan 4 last year tak tengok
sebab time tu, kene tido sorang2 kat hotel,motel..
sangat seram..so since then, i promise to myself not to watch any horror movies again..
tak nak jadi penakut dah!

tapiii ini adalah tiket free. TIKET FREE ye kawan2 hahaha
mane boleh dilepaskan
plus it is Freddy Krueger!
mane leh lepas beb =D

ok. kembali kepada tujuan asal.

my worst nightmare ever happened during i was still a little kid..litte cute kid hahaha *nak jugak~
rina selalu mimpi ni, almost every year, ada satu bende ni datang
bende ni besarrrrr sangattt
besarrr sangat
ape yang besar sangat rina pun tak tau hahah

tapi bila benda besarrr sangatt tu datang
rina mesti meraung2..even dah terjaga dari tidur still meraung2
parent rina selalu cuak bila ni terjadi
siap diorang baca Yassin sepanjang malam
hihi

sampailah rina masuk asrama masa form 1
benda yang besarrr sangatt tu dah tak datang dalam mimpi

sampai sekarang, rina tak dapat nak cerita kat orang, ape bende besarrr sangatt tu..
susah nak terangkan
tapi seram ok

seram tak?
sila seram sekarang =P

anyways, thanks to Feeq, Jason and Advertlets
opss.bukan curang, just mencuri peluang saje..cayangg nuffnang *bodek

Read more...

Pre Graduation Celebration~*

 Assalammualaikum =D

Baru balik~
hari ni kira cuti 3/4 hari bergaji hehe
rina n naza pegi Dewan Seri Sarjana untuk attend Pre Graduation Celebration
ade makan2 free, performance and lucky draws
pagi tadi buat survey untuk MOHE kat library

anyway thanks so much Dr. Azree sebab buat celebration ni
terasa sikit diri dihargai =)
dapat gak merasa duet uniten makan free hihi

tapi macam x besh sangat kott
performance tah pape je..pening otak sekejap
sorang artis LG Starz je yang besh
lain hmm. Dr Azree beshla hehe *bodek

paling x besh Lucky Draw..
orang datang sikit kot
hadiah 80 lak tu
tapi satu pun xkene cesss
yang pelik committee n the gang je dapat banyak *apesal?
nombor sampai 300++?
orang datang seratus pon xsampai*apesal?
ha lu pikir la sendiri~~ (buat ala2 Nabil Raja Lawak)
tapi ape pon enjoyla sikit
^__^


Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Lagi-lagi post pasal keje hahaha

ok. memang bosan sebenarnye bila berada di alam pekerjaan
hampir setiap hari buat bende yang same
nasibla~~ janji duet masuk~
hihi

semalam ktorang ubah suai bilik ni buat macam bilik sendiri
kemas2 sikit hehe

pintu bilik ni auto lock. tutup je pintu memang terus lock
so kami selamba bukak tudung haha
selesa sikit wat keje =P
saje tunjuk, baru feel sikit nak story =P =P *anggap tudung naza pls hahaha

paling besh
ktorang masuk kol 10 pagi!
tapi balik kol 7 la

janji 9 jam lalala
orang lain masuk kol 8 balik kol 5 =P
request kat Pn Yasmin. baiklahhh dia =*

besh sebab jalan tak jem =D

tapi still agak jauh..stengah jam jugak nak pegi balik

sekian updet dari Research Assistant haha poyo je

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

1st day keje hehe

harini da second day
curik2 update kejap sambil install matlab

overall besh gak keje r.a camni
cam x pressure sangat
dapat bilik sendiri

makan pon leh makan kat bilik
leh solat kat bilik
leh main tenet opss :p

janji keje siap la
sebaek naza pon join sekali..so tak la boring 

ktorang kene wat GUI Matlab
semalam dah ada short training..nampak macam senang 
hehehe *senang la sangat ;p
plus ada banyak orang nak membantu :)
by 13 May da kene siap sebab ada exhibition
ari 1st dah dapat gaji pendahuluan rm100 hehehe
eh, gaji naik lagi x silap jadi RM1800 yey!

pastu puan suh g mines beli cd,thumb drive and lock untuk laptop
dapat duet minyak RM10
beshla Puan Yasmin!
Im lovin' it! =P

ok sambung kerja~

Read more...

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips!

My next RM20 opss hehe..
today, i wanna share with u guys some grooming tips!
hahah how can sorang budak comot share her grooming tips??
will anybody follow her? =P

Yerppp I know I'm kinda of comot or maybe not too fashion freak
but I also have some opinions about how to look beautiful based on my experience and observation especially ;p

neat and tidy!
main thing that everyone must take into consideration.
 whether you have very elegant and expensive dress to wear, but if it smelly or not iron properly, dont you think, it will become the hideous dress ever you have?

simple yet outstanding!
for me, a girl wear a shirt and jeans is just so-so but if the girl wear a shirt and jeans with a pair of pink and huge round earrings will look cuter
or other example, a girl wear tudung hitam tiga segi with rama-rama style (girls who wear tudung will understand hehe) compared to a girl wear a black shawl with a nice shining pin will look prettier


natural beauty are the best!
again, for me..i want to bold it, for me, heheh :p
make up is unnecessary.unless u have a dinner to attend or any formal or glamorous event to attend, it can be an exception
but on other occasional days, just be who you are
put some compact powder to prevent your face look oily and lip balm to protect your lips are more than enough. ohhh plus spray some adidas action3 hehe =P

cause i think, we are already beautiful. the make up is a mess! hehe
bukan perasan ok. all of us. not just me =p


but it depends on individual interest.
all the tips were just my opinions
there were my version of grooming tips!
^__^







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Read more...

Sunday, April 18, 2010

esok g uniten sekali lagi tapi sebagai pekerja. wiwitt!

hhehe.
da kecoh kat YM, FB 
sekarang kat blog pula
lol.

aritu bukan main tangkap gambar di seluruh pelusuk uniten
tapi akhirnye kembali ke uniten =P
eh. x cerita lagi dekat sini tentang sesi fotografi tu ehe
next time2 ek =)

rina jadi temperory R.A untuk puan yasmin selama 3 bulan
rina ada wat announcement untuk tawaran tu
tapi last2 rina plak tingin tetiba..
tiba2 cam rase menarik je

gaji puan yasmin up to rm1700
plus, tambah lagi sorang leh keje under dia
Naza nak join. so ada member
takdela sorang2 kan =)

hope rina dapat buat yang terbaik dan x mengecewakan Pn Yasmin..
she is my most favouurite lecturer 
hope to be like her someday =)

jom kije!

Read more...

Renyuk Pre-Reu!

Renyuk ni nama geng rina time kat MRSM Kuala Klawang (form1-form3)
biasa la
time ni budak2 lagi, and masa tu trend bergeng and ada nama geng

so pada satu hari yang cerah, sambil menikmati makanan di Dewan Selera MRSM Kuala Klawang, sambil tengok TV tengok Amuk sedang nyanyi,
tetibe je, kitorang leh bukak conversation tentang nama geng kitorang
mula2 ingat nak letak Amuk, tapi tak original la plak
plus, nanti kene pakai topeng, kan susah tu =P

setelah perbincangan demi perbincangan
ktorang sepakat letak nama Renyuk
sebab geng ktorang ni pantang tol baju renyuk
duduk nak kene jaga baju, jangan gerak bagi renyuk
baju kurung Prep pon mesti iron
seluar sukan pon!

thats why lah nama Renyuk mnjadi pilihan
heheheh
budak2 kan?
memang budak2 pon time tu

ni pic kami semua
skema tak, ikut ketinggian lagi hihi
dari baju biru - Yantai, Rina, Aini, Jon, Dayod n Capal
Murni je takde..Murni time ni merajuk masuk group lain hehe, tapi macam mane pon, Murni tetap kawan baik kami

Khamis lepas, Dayod datang KL untuk interview kat KLCC
then, rina roger Capal and Murni ajak g jumpa
dorang penat2 balik kerja tetap nak jumpa jugak
tapi Dayod sempat kejap je
lepas tu kami lepak bertiga..

I miss u guys..
korang yang terbaik
sahabat dunia dan akhirat..
semoga ukhuwah ini berkekalan selagi hayat ada..
Amin

Read more...

Saturday, April 17, 2010

Gatsby Streetfair - versi Rina Ban Aidi Safuan!

Hahaha
tak puas hati betulll =P

dari pagi start event, rina punya lah berharap mintak2 dapat lucky draw Blackberry
tapi tiba2, Aidi Safuan yang dapat??? 
kalau orang len dapat takpe lagi. ni member pendengar harapan rina dari pagi
cis betol. da lah tak belanja kripy kream
pressure pressure =P
ni time lucky draw, doa punye doa, tapi tak dapat..rezeki takde..

papepon, taniah la jon. mmg btol2 lucky la ko..mesti jangkit dengan aku
rina rasa rina dah cukup lucky aritu
main game seluk2 asik menang je hehee
(game seluk2= teke lobang mana ada deodarent Gatsby lol)

tapi nak buat camne, luck time lucky draw, bejangkit kat Jon haha, x puas hati je rina nii. kesian jon..aku main2 je tau lala
papepon besh gler harini n letih gak la

dapat masuk Malaysia Book of Record - The Largest blog gathering in Malaysia (500++)
tapi takdela besh sangat seperti yang dijangkakan hehe

sebab x berapa nak kenal orang sangat
yang rina kenal, partner a.k.a bestfren rina, Murni

kawan blogger, Ily

pencuri luck a.k.a ex budak uniten, Jon

budak uniten, juwe (xde gambar lak)

pastu sempatla begambar dengan blogger2 famouus and orang2 nuffnang




and paling besh co-founder of Nuffnang Timothy Tiah

blogger baru,shaz *update*

yang lain xkenal sangat hehe
tapi amik gak gambar. korang yang tetibe cam rasa2 muka korang, tegur2 la rina ek hehe

pastu main game kumpul point banyak2
game control bola
menang!

game control bola versi susah punye

game basketball

game paling besh n menakutkan
lawan2 ngan ily hahah

last2 rina yang surrender,sebab malu lak tiba2 ramai tengok hehe

game bowling kelapa

game dam ular. jon menang, rina no. 2. muni kalah hahah

Tiger Wood sedang beraksi

ok ni tak main. ni tumpang tangkap gambar je hehe


and banyak lagila..penat2 main

then redeem, dapat la barang2 Gatsby

berbaloila, sape mau bagi free, mahal ni
tapi sume barang laki. bagi abah jela haha
abah, sume sekali rm49.90 tunai k. hahah =P

penat2 update hehe

besh2. thanks nuffnang and gatsby
next time, buat lah lagi. saye mau blackberry cam si budak jon tu huh.
haih..nasib2
bila nak lucky ni??
cehh


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top