Monday, November 14, 2011

Belajar memasak bersama Chef Rina : Ayam Masak Hitam Berlada

a.k.a ayam kicap haha..
nama resipi perlu memberi impak besar agar orang ramai terliur walaupun hanya mendengar
hee :p

Seperti bride to be lain juga, rina punn sibuk nak belajar memasak
yang beza nya, rina paksa En. Tunang pun belajar memasak gak haha!
tapi dia dah pandai jugak sikit sikit.
rina lagi failed T__T

takpe takpe
kalau belajar, lama lama mesti OK punya
ala...masak je pun :p

So, for the first time rina nak share resipi Ayam Masak Hitam Berlada ~
rina belajar daripada tak lain tak bukan, chef terhandal abad ini - EMAK KESAYANGAN


Bahan-bahan :

Ayam yang sudah siap dibasuh dan dipotong - 1 ekor
Kicap manis (Cap Kipas Udang) - Setengah mangkuk kecil (ikut suka sebenarnya)
Daun kari (sikit)
Sambal Cili Kering (sambal beli siap pun boleh, ikut suka)
Serbuk kunyit
Garam
Ajinamoto
Minyak masak

Bahan untuk dikisar :
- Kunyit sebesar jari kelingking rina :p
- Halia sebesar ibu jari rina :p
- Bawang putih - 1 labu (6-8 ulas)
- Bawang merah - 6 biji
- Bawang besar - Separuh biji
- Lada Hitam (kasar) - sesudu

Bahan untuk dipotong :
- 1 biji bawang besar dihiris lebar
- 2 tangkai cili merah dan hijau dihiris besar
- Cili padi 5 tangkai atau lebih



Langkah-langkah :
1) Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
2) Goreng ayam sehingga masak tapi tak perlu garing


3) Alihkan ayam ke tepi. Buang sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar.
4) Masukkan sedikit daun kari
5) Masukkan 2 sudu besar Sambal Cili kering
6) Masukkan air secawan
7) Masukkan secubit ajinamoto
8) Masukkan sedikit garam (rasa lahh sikit sambal tu, masin ke tidak)
9) Tumis sampai macam naik minyak tu, minyak letup letup (ikut instinct :p)

10) Kemudian, masuk Kicap manis setengah mangkuk kecil dan tambah air sikit (kalau kering tambah sikit)
11) Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata
12) Masukkkan Bahan yang dipotong tadi
13) Tambah kicap manis dan air sikit sesedap rasa. Instinct gak..kalau nak basah sikit ke..
14) Gaul gaul 5 minit
15) Siap!

Tips :

1) Basuh ayam guna air basuhan beras
2) Basuh ayam guna garam kati & tepung gandum untuk hilang bau
3) Cili kering yang direbus perlu dicampurkan dengan sedikit minyak masak dan garam supaya biji cili cepat lembut dan boleh di simpan lama dalam peti ais. So..boleh buat sekali banyak siap siap :p




dan Hasilnya~


Selamat Mencuba~!



P/s : En tunang tak percaya rina masak..dia kata sedap sangat hee..Hepi~!






2 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

miss jue 14/11/11 9:38 PM  

jom sama2 belajar masak. tp rasanya lagi elok kalau masak tanpa ajinomoto. tak elok untuk kesihatan.

Rina Lia (◕‿◕)✿ 14/11/11 9:49 PM  

secubit je..kalau xnak bubuh pun xpe kot..saje bg ckup syarat :)

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top