Tuesday, March 27, 2012

Imaginasi rina dan nak share dengan semua

Assalammualaikum semua,

sebenarnya rina just nak share satu perkara penting yang dah lama terdetik dalam hati dan fikiran rina.
perkara ni mengundang rasa takut..rasa sangat takut dalam diri rina..

tapi biasalah..
sebagai manusia yang mudah alpa,
takut tu kejap je datang..lama lama, lupa balik

jadi, alang alang perkara ni berdetik balik dalam fikiran rina, baik rina share di sini

mesti korang pening, rina pun pening camne nak cerita =_="

ni hanya my thought..kalau pemikiran rina ni boleh membawa kepada kesesatan ke,
atau ada salah ke, sila lah betulkan

rina bukan pendakwah atau pelajar agama yang dah mendalami ilmu agama
rina hanya manusia yang jahat tapi try my best nak improve diri sendiri
tapi cepat alpa dengan hal dunia..=(

ok dah

cuba kita bayangkan,
kita dah mati, dan tiba lah hari amalan kita dihisab

lebih kurang macam exam, setiap amalan ada markah
kalau lulus dapat lah masuk syurga
kalau gagal masuklah kita ke neraka

kata kan markah nak lulus tu 50/100 markah
(amaran : ni contoh je!)

markah puasa 10 markah
kita dapat 8/10
sebab pernah mengumpat masa puasa

markah derma 10 markah
kita dapat 10/10
syabas! kita memang murah hati

markah taat pada ibubapa 10 markah
kita dapat 7/10
sebab masa zaman remaja, kita suka melawan cakap mereka

markah ke majlis ilmu
kita dapat 5/10
kita memang suka belajar, tapi kadang kadang niat belajar tu salah
bukan kerana Allah tapi kerana nak kerja bagus, gaji besar

markah menunaikan haji
kita dapay full 10/10
alhamdulillah, kita berjaya kumpulkan duit untuk tunaikan haji

so total dah 40/50

last sekali

markah penuh SOLAT iaitu sebanyak 50 markah!

kita dah sengih sengih

sebab macam confirm lulusss, lagi 10 markah je kot!
yelah, semenjak akhil baligh, kita tak pernah tinggal solat dengan sengaja!
kalau tinggal pun kita qada =)

happynya! dapat masuk syurgaa lah macam ni~

tapi tiba tiba
markah solat kita kena potong

potong 5 markah sebab kita suka lewat lewatkan solat

potong lagi 5 markah sebab kita ambil wudhu tak sempurna, basuh tak sampai ke siku pun!

potong 5 markah sebab aurat solat tak sempurna, telekung mahal kita jarang sangat, nampak tengkuk

potong 5 markah sebab pergerakan solat kita tak betul, 
masa takbir kita tak kepit ketiak, dah macam lelaki gayanya
rukuk pun macam nak tak nak

potong lagi 5 markah sebab rukun solat tak sempurna
rukuk dan sujud tanpa toma'ninah (berhenti sekejap), laju betul dah macam ayam patuk

potong 5 markah sebab al-fatihah yang kita baca dalam solat, tak dibaca dengan baik
ustaz Don ada ajar, tapi kita tak ikut pun, baca senafas macam keretapi

potong 5 markah lagii sebab kita pernah niat bersolat kerana nak menunjuk nunjuk

potong lagi 5 markah sebab kita pernah tertinggal solat sebab sibuk shoppingg
lepas tu qada, hahh memang tak diterima..

dan last sekali potong 5 markah lagi sebab kita solat tak kusyuk, 
telinga sibuk dengar member sebilik bergossip

45 potong!

tinggal 5 markah je untuk SOLAT!

markah penuh 45/50
FAILEDDDD

sedihnyaaa, mati mati ingat dapat ke syurga
tapi akhirnya masuk neraka!

sia sia solat penuh selama kita hidup
tapi hanya 5/50 jeeee diterima?
dah macam orang yang tak solat langsung!!!

************************

hahh itu laaah yang tiba tiba terlintas di fikiran rina..

takut nya rasa...
walaupun solat jarang tinggal, tapi serius rina rasa, tak pernah rina solat dengan kusyuk dan sempurna!
sedihnya...
penatnya solat dari kecik sampai sekarang tapi takde sekali pun diterima..

jadiii mulai hari ini,
marilahhh kita solat dengan bersunggguhhh sungguhhh

sungguh sungguh sangat sangat!!
try our besttt untuk solat sekusyuk kusyuknyaaa

jadi tak sia sia solat 5 kali sehari kita!

2 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

ciksusu 29/3/12 9:42 AM  

betol!! jom improve ;)

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top