Pernah tak kita khusyuk dalam solat?
Assalammualaikum..
pernah tak korang memikirkan sesuatu secara khusyuk sampai kan korang tak perasan dengan persekitaran yang sangat bising
walaupun orang panggil, korang tak dengar pun
seolah olah berada di alam lain.
pernah tak?
rina pernah..
macam selalu je..
time baca novel yang menarik, time tengok drama TV yang best,
terlalu khusyuk, sampai kan orang panggil pun tak perasan..
tapi pernah tak korang alami situasi yang sama ketika solat?
rina TAK pernah
T____T
sedih kan??
selama berpuluh tahun rina mengerjakan solat..
rina rasa rina tak pernah capai tahap kusyuk tu..
rina tiba tiba terfikir..
adakah rina solat sebab terpaksa kerana wajib?
adakah solat rina ni sekadar "rutin harian"?
dan yang paling penting..
adakah solat rina diterima Allah?
sia sia je rasa if rina lakukan solat tapi solat tu tak diterima Allah..
sia sia je kalau rina solat hari hari tapi hati rina tak dekat pun pada Allah..
sia sia sangat..
rasa takut..
btw, something to share about this matter~
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara; Bertaubat, Menyesali dosa yang telah dilakukan, Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya), Tinggalkan sifat berbangga, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki."Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sumber ILUVISLAM
Seringkali khusyuk di dalam solat ini dikaitkan dengan kisah Saidina Ali r.a ketika beliau terkena anak panah musuh. Beliau diriwayatkan mendirikan solat sunat dan ketika itulah anak panah tersebut dicabutkan dari kaki beliau tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Khusyuk inilah yang kita jadikan panduan untuk kita capai hingga ke hari ini.
Namun kita jarang membaca kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w melakukan solatnya. Baginda sudah pasti adalah manusia yang paling khusyuk solatnya.
1. Ketika Nabi sedang menjadi imam solat, tiba-tiba baginda terdengar anak kecil menangis. Baginda mempercepatkan solatnya kerana bimbang terjadi sesuatu dengan anak itu.
2. Ketika sedang solat, Nabi melihat ada binatang berbisa yang menghampiri tempat solat baginda. Baginda menghentikan solat dan mengusir binatang berbisa tersebut dan kemudian mendirikan semula solat.
3. Pada suatu ketika, setelah selesai solat berjemaah, Nabi tidak berdoa sebagaimana biasanya, tetapi segera bergegas pulang. Ketika kembali ke masjid, baginda ditanya oleh sahabatnya mengapa baginda bergegas pulang. Baginda menjawab bahawa ketika solat, beliau ingat ada sedekah yang belum diberikan. Kerana itu beliau segera pulang dan memberikan sedekah yang telah dibahagikan itu.
Banyak lagi kisah solat Nabi yang diriwayatkan. Adakah semua ini menunjukkan Nabi tidak khusyuk di dalam solat? Nabi khusyuk di dalam solat. Namun Nabi juga peka dengan keadaan sekelilingnya.
Firman Allah S.W.T:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Surah Al-Baqarah:45-46)
Dari kedua ayat di atas dapat disimpulkan khusyuk sebenarnya bukanlah fokus atau konsentrasi menjadi perkara utama tetapi khusyuk itu adalah KEYAKINAN DAN KESEDARAN BAHAWA KITA SEDANG MENGHADAP ALLAH (“Living at the Present”). Di sinilah dua perkara utama akan wujud iaitu Ketuhanan dan Kehambaan. Apabila keyakinan ini dirasai, maka pastinya fokus, konsentrasi dan keasyikan itu hadir dengan sendiri. Saya beri jawapan kepada pelajar saya.
sumber : JANGAN BERSEDIH
Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
- Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
- Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
- Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
- Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
- Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
- Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
- Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
- Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
- Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
- Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
- Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
- Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
Sumber : ILUVISLAM
ada banyak lagi..
google je "KHUSYUK DALAM SOLAT"
insyaAllah banyak artikel menarik yang keluar..
maybe, dengan membaca, solat kita tak kan khusyuk gak..
tapi at least, kita berusaha..
kita tak bodoh sombong..dah lah tak tahu, lepas tu taknak ambil tahu *nauzubillah*
mari bersama sama berusaha bersungguh sungguh..
kematian tu datang tak kira bila..
malu lah nanti nak mengadap Allah, kalau sekali pun kita tak pernah khusyuk T__T
maybe kita boleh start dengan berwudhuk secara sempurna..masa kita basuh muka kita mohon pada Allah semoga pandangan kita diperlihara..masa kita basuh kaki, kita mohon pada Allah supaya setiap jejak kita, jejak ke arah kebaikan..etc.
sekian sesi muhasabah diri sendiri pada hari ini :)
7 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
assalamualaikum..
thanks untuk post ini. terkedu! n muhasabh diri.
semoga diri ini ikhlas untuk melakukan perintahNya
huhu.. macam tak pernha je.
sembahyang pun kekadang tak sampai 5 minit.
ni masalah besah bagi orang yang menjaga solat..alhamdulillah
nice to share ;)
Salam 'alaik...
Jazakillah dik, perkongsian ni..
Insya-ALLAH tetaplah berusaha yg terbaik, demi kesenangan akhirat sana. ok dear? :)
insyaAllah sama sama kita perbaiki...
thanks for sharing this.. :D
Post a Comment