Tuesday, January 31, 2012

Draft kad dah siap

Draft pertama kad kahwin dah siap!
dorang ada email ke rina for checking purpose

bila tengok kad tu
rasa macam nak menangis pun ada

senyum je sepanjang baca kad tu

macam tak pecaya..
aku nak kahwin dah rupanya =')

ya Allah..lancarkan lah perjalananku ini..
Aminnn

nak tunjuk kat sini nanti tak suprise pulak =P
so TUNGGUUU~





Read more...

Wedding Fara - Tema warna Aqua

Assalammualaikum..

Congrates to my dear friend, Farawahida a.k.a Jelly
for your wedding

sangat meriah! ramai kawan lama yang hadir
yet soo beautiful
unique color!






Simple yet nice dais.



Photobooth DIY ! abaikan lelaki tu, ceh sempat lagi posing macam tu time rina ambil gambar booth tu
hehe



guestbook area
tapi guestbook nye takde
maybe dorang masukkan masa hujan sekejap tu huhu



last but not least the doorgift
a jar with biskut/kacang
nice jugak



Jelly pun menggunakan catering yang sama dengan rina iaitu D'Ara Catering
memang sedapp lauknya!
tapi bak kata Jelly, nasi cepat habis, tapi lauk banyak lagi
takut gak kan?

tapi takpe kot setakat nasi boleh top up nasi putih

main reason Jelly amik D'Ara Catering sebab dia nak khemah warna ni
memang susah nak dapat
tapi D'Ara ada =)

ok tu je!
Bai


P/s : Ada tak kat sini yang suka pergi Jalan-Jalan Cari Makan? I mean pergi try restoran & food baru? Rina suggest korang buat review tentang makanan korang di SINI, nanti korang dapat reward tau! =)


Read more...

Monday, January 30, 2012

Love Nuffnang dan Terima kasih kerana Like =')

Assalammualaikum semua =)

rina just nak ucap terima kasih kerana sudi Like page Stories of Rina =')

dan juga follow ^__^

dan juga membaca blog rina yang tak best ni huhu

ade yang tanya tentang Nuffnang.
rina tak hebat sangat lah
maybe korang boleh rujuk DenaiHati atau Bro Framestone

dulu rina memang rajin dan semangat nak naikkan income nuffnang.
tapi lately ni I just go with the flow.
if ada, ada lah

rina anggap itu rezeki kahwin.

sebelum ni pernah dapar RM400 ++

insyaAllah target RM400 lagi sekali, baru nak cash out.
buat belanja honeymoon nanti hehe..

ok, bai
ngantuk sangat dah zzz



Read more...

Sunday, January 29, 2012

Dah tempah Baju Nikah ~

Assalammualaikum semua ^__^

Rina baruu je tempah baju nikah ni.
tailor baru datang ambil ukuran
kain dah lama beli.

rina pernah cerita di sini
kain tu adalah hantaran masa bertunang dulu.


rina main beli je kain chiffon 4 meter.
tak terfikir nak design lain selain baju kurung moden biasa.
banyak jenis design yang rina pernah share tapi rina tak dapat buat sebab tak cukup kain

so, rina just buat baju kurung moden yang biasa


lebih kurang macam ni je la.

oh ye my tailor nama dia Fendi
dia anak kepada jiran yang baik dengan mak.
dulu dia tukang jahit biasa biasa je
tapi sekarang dah femes uolss (sambil angkat tangan seperti pondan)

dia lahh designer untuk Ana Dahlia isteri Chef Riz tu

 kelas kau jah~

boleh lah jenguk facebook & blog dia. Syara Kim. ada 2 designer katanye
dia offer nak buatkan baju sanding,
tapi rina dah pun tempah kan.
haish, kalau tak boleh feeling artis gitew~ (tak tahu nape tergedik dalam entry ni)

tapi dia ni macam busy giler je.
takut baju artis dia buat lawa, baju kita yang bodo bodo ni, dia buat cincai.
mana lah tahu kann
sebab tu dapat murah hihi

berbalik pada baju nikah rina,
untuk veil pulak rina dah pun tempah.

kalau ada yang pernah terbaca, rina menang contest Veil by Non-Cinderella Story
alhamdulillah
memang senang sangat berurusan dengan lija, the owner of Non-Cinderella Story

kitorang berurusan through SMS & email je hehe
entah macam  mana veil nanti kan


oklah tu je! 
semoga semuanya berjalan lancar.
Aminn


Read more...

URBAN VIBE ONLINE CONTEST - Cinta Seputih Salju (PREVIEW)

Assalammualaikum semua!~

Post kali ini amat penting buat semua Bride-to-Be yang sedang membuat preparation untuk hari bahagia masing-masing ^__~
Sebenarnya, rina nak bercerita tentang Pameran Pengantin Malaysia yang sangat familiar dengan kita semua kan?


Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, izinkan rina bercerita mengenai PENGANJUR event yang sangat popular ini. Rina rasa semua dah tahu berdasarkan tajuk post rina hehe =)

Yes! They are Urban Vibe Event team~!



Urban Vibe Event merupakan sebuah syarikat pengurusan pameran milik penuh Bumiputera yang memberi khidmat kepada pelanggan dengan penuh tanggungjawab. Uniknya Urban Vibe Event ni ialah pihak pengurusannya terdiri dari anak muda yang cool & energetic. Berikutan itu, kaedah promosi dan konsep sesuatu event tu berbeza dari biasa hasil dari idea yang fresh dan terkini.

Oleh sebab itu, Urban Vibe Event amat dikenali dan mempunyai ramai client dari pelbagai bidang termasuk hotel, catering, perkahwinan, syarikat hartanah, produk elektrik, dan banyak lagi. Syarikat yang ditubuhkan semenjak tahun 2005 ini berpengalaman luas menganjurkan pameran bertema seperti 'Merdeka Celebration', 'Ramadhan Eid Mubarak', 'Property & Home Exhibition' dan yang paling sinonim dengan Urban Vibe Event ialah 'Pameran Pengantin Malaysia'.

Misi utama mereka ialah menjalinkan hubungan jangka panjang antara mereka dan client juga business partners dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.

Sekiranya korang nak tahu lagi tentang Urban Vibe Event, klik saja banner di atas tau! Teruss rina bawa ke website diorang. Ada contact details dan juga list beberapa event yang pernah mereka anjurkan.

And of course event yang palinggg famous mestilah Pameran Pengantin Malaysia

Mana tak famous, dalam setahun je ada beberapa pameran diadakan! Memang sangat membantu bukan sahaja buat bakal pengantin yang sedang melakukan persiapan malah kepada vendor vendor perkahwinan untuk mempromosikan khidmat mereka.

Antara pameran yang pernah diadakan!


Memang takkan jemu pergi sebabnya, setiap kali pameran diakan pasti ada keunikan tersendiri. Mesti ada tema yang telah ditentukan. Dan yang paling penting, pelbagai promosi, hadiah dan pertandingan yang disediakan.
So, bagi rina, booking vendor semasa pameran diadakan adalah satu tindakan yang bijak!

rina pun pernah pergi ke Pameran Pengantin Malaysia yang diadakan di Shah Alam Convention Centre pada bulan Oktober yang lepas~


 siap dapat gambar free hehe!
Best giler tauu! ada goodie bag, perarakan pengantin, persembahan, dan bermacam macam lagi lah

 nampak tak gambar atas tu? pelamin havoc ok! penuh fresh flower.
siap ada persembahan tarian lagi tau


Promosi hebat hanya boleh didapati semasa pameran!
beli satu free satu. lepas tu dapat pulak extra gift. berpeluang pulak masuk lucky draw.
see?
memang SANGAT berbaloi.


jadi korang, please ok. please jangan melepaskan peluang untuk hadir ke pameran akan datang yang juga diadakan di Shah Alam Convention Centre

kali ni bertemakan Cinta Seputih Salju
Awwww mesti sangatttt cantikkk lah!
Mesti terasa macam dalam kayangan nanti.
Confirm!

Jom kita pergi bersama sama ye! Pergi je, mana tahu ada vendor yang berkenan di hati ataupun akan dapat idea dari pameran yang akan diadakan.

dah pergi tu jangan lupa ambil gambar macam bakal pengantin di bawah ni.


kenapa pulak?
sebabnya, Pameran Pengantin Malaysia adalah rajin menganjurkan contest juga!


hadiah bukan cikai cikai, tapi yang terbaik dari ladang punya.

Tempat Pertama: Pelamin rumah bernilai RM 5K (klang valley area sahaja) berserta dekorasi 9 dulang hantaran tajaan AWC Ari wedding couture uollss
Tempat Kedua: Sewaan baju L & P bernilai RM 5K oleh Arma Couture
Tempat Ketiga: Pre Wedding worth RM 1500.00 + Persandingan worth RM 2500.00 + album + frame tajaan GIPhotolicious (gabungan 2 nama hebat)

Hah! Amacam? Kalau nak hadiah hadiah yang baru rina sebut ni, sila join contest INI
mana lah tahu, rezeki nak kahwin kan ^___^

Buat team penganjur Urban Vibe Event, rina wakil semua bride-to-be mengucapkan terima kasih kerana telah mengadakan pameran yang sangat sangat berguna untuk kami semua.

Still nak tahu pendapat ke?
sudah terang lagi bersuluh (cewah!)
rina sangat lah menyokong dengan pameran yang telah dianjurkan.
menyediakan tema yang berbeza beza bagi setiap pameran merupakan idea yang terbaik bagi menarik minat kami untuk datang berulang kali tanpa jemu.

selagi tak kahwin, selagi tu lahh nak datang. lepas tu, sedara kawin pun rasa nak menyibuk ikut sekali
hihi.

pelbagai pertandingan, lucky draw, promosi dan seangkatan dengannya juga menjadi faktor penting dalam menarik lebih ramai pengunjung hadir ke pameran.

Tempat penganjuran juga amat bersesuaian dan mudah untuk dikunjungi. Masa dan hari juga tidak boleh dipertikaikan kerana telah pun diadakan pada hujung minggu dimana waktu cuti.

rina juga menyokong sekiranya pameran diadakan kerap sekurang-kurangnya 3 kali setahun kerana orang yang nak kahwin tu sentiasa ada!

Puas rina memikirkan, apa lagi pembaikan yang perlu dilakukan agar Pameran Pengantin Malaysia menjadi suatu event yang amat dinantikan rakyat Malaysia.
Mungkin pihak penganjur boleh cuba melebarkan sayap ke luar kawasan lembah klang. contohnya di Pantai Timur, Utara dan juga Sabah Sarawak!


Sekian sahaja preview mengenai Pameran Pengantin Malaysia.
Nantikan post ke-2 rina mengenai penaja penaja untuk pameran yang akan datang nanti!

Stay Tuned~



Read more...

Saturday, January 28, 2012

Update : Wedding Checklist

Assalammualaikum

lama giler rina tak cerita pasal my wedding preparation kan?
ade je la buat preparation sikit sikit.
nanti rina cerita ape rina buat..

tapi rina copy & paste dulu my checklist update =)



Legal Documents

  1. Kursus Kahwin  - Half Done (Dah ada tapi lupa letak mana)             
  2. Borang kebenaran nikah              
  3. Test HIV
  4. Jurunikah
  5. Test Thallasemia

Important
  1. Cincin for me - Done!
  2. Cincin for him - Half Done (nak alter sikit)  

Hantaran For Him
  1. Set baju kerja - Done!
  2. Kasut - Done!
  3. Wallet & Belt - Done!
  4. Body Care - Done!
  5. Jam - Done!
  6. Manisan
  7. Sirih junjung 
  8. Cincin - Half Done (nak alter sikit)  
  9. Kek 
  10. Buku
  11. ?
Hantaran For Me
  1. Cincin + Hantaran  - Done!
  2. Sirih junjung
  3. Body Care - Done!
  4. kain baju kurung & tudung - Done!
  5. Beg tangan & purse - Done!
  6. Buah-buahan
  7. Kasut 
  8. Telekung -Done!
  9. Mas Kahwin - Done!

Hantaran Decoration
  1. Dulang - Plan pinjam kak Dayah atau sewa
  2. Alas Dulang - Done!
  3. Bunga Dulang
  4. Bekas Hantaran

Outfit
  1. Baju Nikah - off white - Half Done (Belum Tempah)
  2. Tudung Nikah - Plan tudung putih kosong
  3. Veil Nikah - Half Done (Belum siap)
  4. Kasut Nikah - Plan pinjam kak Fiza
  5. Aksesori Nikah - Plan pinjam kak Fiza
  6. Baju Resepsi - Half Done (Belum siap)
  7. Tudung Resepsi - Half Done (Belum siap)
  8. Veil Resepsi - Half Done (Belum siap)
  9. Kasut Resepsi - Half Done (Belum siap)
  10. Aksesori Resepsi - Half Done (Belum siap)
  11. Baju Bertandang - Booked (Belum fitting)
  12. Tudung Bertandang - Plan pakai tudung awning
  13. Veil Bertandang - Booked!
  14. Kasut Bertandang - Booked (Belum fitting)
  15. Aksesori Bertandang - Booked!

Pelamin Pilihan
  1. Nikah (Bantal) - Booked!
  2. Resepsi - Booked!
  3. Bunga Pahar Resepsi

Mekap Pilihan
  1. Nikah - Booked!
  2. Post Wedding - Plan terus lepas sanding
  3. Resepsi - Booked!
  4. Bertandang

Bilik Tidur
  1. Katil
  2. Dressing table
  3. Langsir
  4. Cadar - Done!
  5. Hiasan
  6. Lampu
  7. Kipas/aircond - Done!
  8. Karpet
  9. Pewangi
  10. Bantal hiasan
  11. Side Table
  12. Lampu tidur
  13. Hiasan bunga
  14. Almari

Official Photographer

  1. Nikah - Done!
  2. Resepsi - Done!
  3. Post Wedding - Done!
  4. Bertandang - Done!
Official Videographer
  1. Nikah - Done!
  2. Resepsi - Done!
  3. Bertandang - takde kot

Hand Bouquet
  1. Nikah - Done!
  2. Sanding - Done!
  3. Tandang - Done!
Venue
  1. Nikah - Done!
  2. Sanding - Done!
Catering

  1. Nikah
  2. Resepsi - Done!
Dewan Resepsi
  1. Deco Dewan : Arc, stand - Done!
  2. Meja Makan beradab - Done!
  3. P.A System - Done!
  4. Red Carpet - Done!
  5. meja Guestbook 
  6. Projector & Whitescreen
Doorgift
  1. doorgift VIP
  2. doorgift guest 1 - Done!
  3. doorgift guest 2
  4. Goodie bag
  5. doorgift kanak kanak
  6. bakul doorgift - Done!
  7. doorgift nikah
Pembantu tersayang hee
  1. Pengapit lelaki (bersanding)
  2. Pengapit perempuan (bersanding & nikah sepanjang masa) - Plan : Dayod/Aini/Murni
  3. Pengapit lelaki (bertandang)
  4. Pengapit perempuan (bertandang)
  5. pemberi doorgift (5 orang) - Plan : Cousins-Faizah,Shahirah,Ira,Solehah, Batrisya
  6. Pengacara majlis - Done!
  7. Pembantu Pengacara
  8. Pembaca doa - Plan : Babah
  9. Jaga P.A system - Done!
  10. Runner makanan dan sebagainya - Plan : Cousins - Kak Mila, Muhammad, Shahmi
  11. Penggubah hantaran - Plan : Kaklong Lily
  12. Flower girls - Plan : Amirah, Aiesha, Afrina & Nisa
  13. Pegang duit - Plan : Mak, Abah, Makmi, Babah, Kak Mila
  14. Bridesmaid (Bawa dulang dan sesi bergambar) -  Plan : Bestfriends yang dapat hadir =)
Invitation Card
  1. Guest List - Malas buat
  2. Design - Done!
  3. Printing
  4. scan & letak di facebook/email
  5. Post
  6. Bunting Free - Half Done!
  7. Sampul - Done!
  8. Setem
Honeymoon
  1. Tickets - Done!
  2. Date - Done!
  3. Accommodation
  4. Itinerary
  5. Transport
  6. Duit poket
Keperluan Lain
  1. Penunjuk Arah jalan
  2. Bunga Manggar/ Payung
  3. Kompang
  4. Persembahan (kiv)
  5. CD selawat/ ayat alQuran
  6. Wedding Cake - Done!
  7. Inai
  8. Homestay - Half Done!
  9. Guestbook
  10. Guestbook accessories
  11. Tag Pembantu & Family - Half Done!
  12. Pulut kuning for nikah
  13. Duit untuk jurunikah dan saksi 
Home Appliance (Shortlisted)
  1. Set bilik tidur
  2. Set dapur - memasak
  3. gas
  4. Pinggang mangkuk periuk
  5. Peti Ais
  6. Alatan pencuci
  7. Kipas
  8. Lampu
  9. Cat
  10. Barangan bilik air
  11. Sofa
  12. TV
  13. Safety
  14. Langsir
  15. Telefon
  16. Wifi
  17. Tikar
Things to do

- Pergi Nilai, Plaza GM, Jln Kenanga untuk beli
  • deco for table centrepiece
  • deco for guestbook
  • manik jahit di baju
  • second doorgift - makanan
  • budak2 doorgift - makanan yang tak perlu bag
  • nikah doorgift
  • VIP doorgift
  • doorgift bag
- Cari balik sijil kahwin


Kalau korang perasan, rina tambah hantaran..tetibe macam terlebih pulak barang..
huhu
lepas tu, rina kekurangan pembantu sebabnye tak sure siapa yang dapat datang dan sudi bantu :(
dan akhir sekali, banyak benda mengarut dalam checklist ni yang rina belum delete..

malas pulak.
apsal tah malas sangat nak cerita pasal kahwin ni hahah =P

bai


Read more...

Friday, January 27, 2012

Rina suka Precious Touch Bridals


Kenapa rina suka Precious Touch Bridals ?
sebab dia buat giveaway yang best!
hadiah berupa calendar personalize gambar gambar kahwin kita
BEST KAN?

harap harap menanglah.. Aminnnnn!
Kalau korang nak join jugak, klik je banner di atas~
rezeki jangan ditolak, tapi perlu dikonsi =)

Task yang perlu di buat ialah membuat karangan 50 patah perkataan je.
Buat entri di blog yg mengandungi ayat: Saya impikan majlis perkahwinan yang .......... (tidak lebih 50 perkataan) 

 *************************************************

Saya impikan majlis perkahwinan yang dapat mencipta kenangan indah, bukan sahaja untuk saya malah buat keluarga dan tetamu yang hadir. Datang mereka dengan senyuman dan pulang membawa kegembiraan. Ukhuwah terjalin, kasih sayang bertaut, menjadikan majlis saya lebih dirahmati Allah. Pendek kata, kemeriahan dan keberkatan majlis, itu yang paling saya idam-idamkan.

InsyaAllah
^___^


Read more...

Gambar kami masa kecik kecik



Yang paling kecik tengah naik Beskal tu en tunang! 
Senang kot nak kenal. 
Tengok kepala je dah tahu kahkahkah! 

Kutuk tunang sendiri dalam blog =P

Jangan marah yeee en tunang kesayangan =P
Comey je sebenarnye tapi macam nakal sangat je. 
Takmolaaa ade anak nakal nakal, pengsan mama nak jaga nanti (berangan dah) 

Jadi cam mama je la masa kecik kecik 
innocent je (perasan dah)


hidung kembang itu trademark


^__^



Read more...

Wednesday, January 25, 2012

Review : Syuen Hotel, Ipoh, Perak

Salam all~

lepas rina outstation ke Port Dickson tempoh hari, rina berpeluang ke Ipoh pulak!
Yay~ rina suka jalan jalan hehehe =P
nak cari hotel di Ipoh ni tak susah sangat la,
sebab hotel di Ipoh ni akan berlonggok dekat satu tempat sahaja..
so macam no choice, just choose the cleanest one je

harga pun murah kalau nak banding di PD

setelah rina tanya tanya dan survey,
rina pun memilih Tower Regency Hotel

rina call tanya, dia jawab RM240 per night
tapi tak boleh book untuk check in awal, it is subject of availability

then, sampai sampai je Ipoh, rina pun terus ke hotel tu,
tapi takde pulak orang yang dah check out..jadi bilik takde yang kosong lagi

takkan nak tunggu sampai pukul 1, 2 petang kan?
masa tu baru pukul 9 pagi..

oh, lupa nak cakap, mak rina join jugak..
mak eksaited nak ke Ipoh sebab dah lama tak pergi
hihi

 oleh sebab tak boleh check in awal,
rina pun terus ke Syuen Hotel.

ada sorang kawan rina rekemen gak 
dia cakap 4 star dan dekat dengan Ipoh Parade, sebelah je

tapi rina tak berkenan sebab macam "ca ya nun alif'
hihi..

sampai sampai sana, terus tanya kaunter, boleh check in awal tak?

kaunter cakap, boleh je with no charge!
wahh..
harga pun RM220 je, murah dari Tower Regency

susun atur dalam hotel tu memang high class
berkonsepkan IPOH, ke "ca ya nun alif" an sikit hihi





hmm, walaupun tak berapa minat konsep "ca ya nun alif"
tapi hentam jela labu

hotel not bad,
modern dan kemas compare to Selesa Beach Resort di PD




toilet pun bersih~


ambil bilik yang ada view..takut mak bosan nanti

malam tu, rina ajak mak makan di Nasi Vanggey
restoran yang agak popular di Ipoh
hanya 5 minit dari Syuen hotel dengan menaiki kereta


nasi kandaq memang nyummehh!


3 layer tea yang digembar gemburkan sedap tapi tak pun bagi rina

dekatt foursquare kan, kecoh tau pasal gadis jual rokok di restoran Vanggeyang kononnya sangat hot
rina pun semangat cari cari

 nampak tak ada gadis yang berbaju kuning di dalam kedai tu?
gadis itu lah yang dimaksudkan
memang HOT ok~!
macam artis tapi jual rokok , sangat tak paham

ok dah merepek

esoknya, dapat breakfast free di hotel
tapi breakfast di Syuen Hotel tak sesedap di hotel rina pernah pergi sebelum ni

walaupun buffet tapi tasteless
banyak pilihan tapi semua tak sedap hoho



semua tak sedap
hot dog je la ok erk.

bahagian atas hotel ni kan ada swimming pool dan taman
kalau nak lepak lepak sambil menikmati pemandangan Ipoh bolehlaah naik ke tingkat atas sekali




hari nak hujan dah~

selama 2 hari 1 malam di Syuen Hotel, rina memang berpuas hati dengan servis dan location dia
so fully recommended!

tapi kan, jalan Ipoh sangat susah kan? sebab banyak one way dan takde sign board
huhu

sekian~


Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti cuti Chinese New Year

Assalammualaikum~

sebenarnya, rina takde mood nak menulis panjang panjang
tapi masih nak catatkan apa yang berlaku supaya kenangan manis ini tak akan dilupakan =)

sabtu dan ahad (semalam) yang lepas ada 2 kenduri kahwin rina from MRSM Kuala Klawang
so, my friends dulu 1 sekolah datang dan berjumpa kembali

best sangat dapat jumpa dorang especially aini, muni, john, mayg
dayod tak dapat turun wuwu

nanti lah cerita pasal kenduri kawen,
sebab rina malas nak tulis kan
tapi macam dah terpanjang tulis cis
nampak sangat suka membebel kihkihkih

malam sabtu tu ktorang jenjalan dekat Mid Valley
makan makan Dominos
rina belanje hokey~
takpela, sekali sekala








amik meal for 4 tapi makannye 3 orang je
habis pulak tu!

nampak sangat masing masing kuat makan haha

aiseh..cerita pasal makan ni
rina betul betul nak diet
masa semakin suntuk..
I NEED TO DO SOMETHING FAST!

camni cerita nya,
semalam, rina jalan jalan shopping dengan Murni dekat Timesquare

pada mulanya planning nak beli charger Iphone
boleh pulak tertinggal di kenduri kawen sorang kawan ni huhu

then lepas tu cuci cuci mata je dekat Timesquare
ingatkan kedai tutup
rupanya bukakkk je

ade jugak cina tak beraya ye

so ape lagi, tetibe tershopping sakan pulak =P

yela..bukan senang nak ade geng yang sekepala, boleh gak rina shopping baju baju untuk kawen nanti
hehe
baju duduk rumah / tidor je pun
segan kot nak shopping dengan mak atau en tunang =P

so rina shopping dengan Murni ^__^
thanks Murni, nanti teman saya coping coping lagi ehhhh =P

hasilnya dah beli 10 helai baju
banyak kann? takpelah, pelaburan..
sekarang duk rumah pakai t-shirt free je
(tshirt sukan zaman sekolah, tshirt free komanwel, tshirt abah tak muat, tshirt mak tak muat)
tak ke sadis tu? hehe!

so kaitan cerita ni dengan pasal diet ialah
semua baju yang rina beli hanya cantik dipakai oleh patung dekat kedai je
bila rina pakai jadi buruk
sedih!

ok malas merepek panjang panjang
nanti IRA & IDA BACA BAGITAU UMI MALU KAK LIA LAHH
hahaha =P

kbai
salam~





Read more...

Sunday, January 22, 2012

Result Master Semester Ke dua !!

Alhamdulillah..

dah pun habis semester ke 2
lagi 2 subjects then research lepas tu graduate yay!

tak sabar nak graduate sebab sekali dengan suami (insyaAllah) yang juga ambil master bersama dengan rina
hihi..
kalau ada baby time tu lagi best =P

ok, stop berangan =)

nak share result exam rina untuk semester ke-2 
semester pertama dah pernah share di SINI

fuhh semester ni rina rasa lagi taff lahh dari semester lepas
subjek Power System Protection memang mencabar..
satu sebab lecturer ajar tak paham atau maybe terlampau laju..
syllabus terlampau banyak untuk 1 semester tu

assignment & case study jangan citer lah, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (tetiba)

mid term memang rina rasa rina hancor
final lagi lahh
goreng sampai hangit!
hehe

tambah tambah pulak, kerja da semakin serius..
tanggungjawab semakin besar

dan masalah paling besar ialah
rina semakin malas belajar =P
sibuk nak tawen hehe gedik rasa nak tumbuk

so rina memang tak expect tinggi lah 
cuma berdoa semoga lulus..

alhamdulillah
Allah kabulkan permintaan hambaNya yang hina ini =)


heheh!
alhamdulillah my fiancee dan our friends pun semua lulus..
alhamdulillah

semoga next sem pun boleh lulus jugak
aminnn



Read more...

Saturday, January 21, 2012

Komik : Redha suami ~




Read more...

Friday, January 20, 2012

4 hari cuti

bestnyaaaa!
rasa nak tidurrr je dekat rumah

tapi weekend ni ada 2 kenduri kawin..
one of them, my very bestfriend!

lepas tu, other bestfriends punn turun KL
best best!

okla tu je haha..
nak mengarang entry baru tentang outstation semalam semalam..

tekaan korang betul!
ke IPOH :)



Read more...

Wednesday, January 18, 2012

Teka saya OS ke mana pula?







Ce teka ce teka :p - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, January 17, 2012

Selesa Beach Resort , Port Dickson

 Assalammualaikum semua =)

Ahad lepas rina ke Port Dickson, sebab Isnin tu ada kursus.
saje pergi awal sehari since mak nak ikut

bukan rina mengada ngada manja nak ajak mak ok..
mak yang insist nak ikut
sebab dia dah bosan duduk rumah hari hari..

honestly, rina memanglah takut nak duduk hotel sorang sorang (I think it's normal untuk semua perempuan)
tapi rina pernah je duduk hotel sorang sorang, duduk motel pun pernah sorang sorang
takde la nak paksa sape sape ikut..
walaupun rina anak tunggal, but I am not spoiled.
I am an independent woman =) tapi sometimes nak jugak manja manja dengan yang tersayang *gedik*

haha..

ok, ape tah mengarut haha, saja tak suka orang label anak emas @ anak emak etc etc
kalau orang label *anak SOLEHAH* takpe gak ^__^
 apeape pun, I really love my mom..selagi hayat ada, selagi itu rina akan jaga mak..
ok stop

back to the point,

so, rina pun duk survey survey lahh hotel di Port Dickson di Trip Advisor & Agoda
mula mula ingat nak duduk di Kondo TNB je
sebab RM10 je semalam for pekerja TNB

tapi rina call, dia cakap tak boleh check out lewat pada hari Isnin tu..
rina plan nak check out pukul 6 lah..after rina habis kerja kan.
boleh mak duduk di hotel

mula mula nak duduk Thistle since good review di Internet
dah book dah, tapi rupanya terletak jauh dari TNB Port Dickson (15 minit, jalan kecik)
susah lah kalau nak pegi jenguk jenguk mak kan

lepas tu rina pergi survey di Avillion Admiral Cove
sebab popular gak di PD tapi malangnya, hotel tu charge macam semalam tidur if check out lambat.
hoh! da lah mahal, RM250 tak silap..

so tak jadi lagi..

sebelum tu, rina ada booking Residence Desa Lagoon Resort tapi bila baca balik review di Trip Advisor banyak pulak bad review..

hah! banyak songeh pulak rina kan? hahaha
kalau rina sorang sorang je tidor, rina tibai je paling murah..
tapi sebab mak ikutkan..nak cari lah yang paling bersih

ikut kan hati nak je tinggal di Grand Lexis atau Avillion Port Dickson
tapi mahalll setanding lahh dengan kecantikan hotel tu =)

kalau Grand Lexis, siap ada private pool lagi dalam bilik
kalau Avillion pulak, chalet atas air ^__^


so akhirnya, rina pun decide nak stay di Selesa Beach Resort
hasil dari good review dalam website trip advisor dan agoda


memang betullah reviews dalam tu..
memang selesa habis hehe!

Masa sampai sampai tu, lengang je..macam takde orang huhu
dalam memang cantik

Masuk masuk je tanya receptionist "resort ni tepi pantai ke?"
sebab rina tak nampak pun pantai haha..macam Thistle dan Admiral Avillion masuk masuk terus nampak pantai

then receptionist kata, memang tepi pantai, boleh mandi mandi.

so tanya harga pulak dan charge if late check out
for deluxe room - twin bed : RM220
add on - sea view : RM40 (saje ambil, takde la mak bosan nanti duduk dalam bilik)
late check out : RM90

ok la kan?

Keadaan bersih..toilet pun bersih..cuma TV pesen lama sikit


Sea view dari bilik hotel..takde lah sea sangat..tapi nasib baik tak menghadap matahari..

Petang tu jalan jalan dengan mak




Swimming pool tepi laut

tak ramai pun..maybe bukan cuti sekolah kot

menikmati sunset bersama yang tersayang


hotel yang berkonsepkan minang kabau




indah sungguh ciptaan Allah..
ALLAHHUAKBAR!


mak baru belajar ambik gambar guna phone baru beliau hehehe!

Pagi ahad tu dapat breakfast free!


Besttt breakfast dia walaupun sedikit masin hehe
tapi puas hati




dapat roti bakar dan jem, butter..dapat air panas, air jus..memang kenyang la..

dan akhir sekali, rina pun pergi kursus dengan kenyang perut


dalam pukul 4 petang, habisss

terusss balik ke Kuala Lumpur~


sekian


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top