Monday, April 30, 2012

Surau AlHijrah - Tempat Majlis Pernikahan saya nanti, InsyaAllah





InsyaAllah surau yang baru buat ini akan menjadi tempat saya dinikahkan nanti =)

for those yang tak tahu, rina tinggal di rumah flat, jadi ruang tu agak sempit lah kalau nak buat majlis di rumah.
tapi mak taknak buat di masjid since jauh dari rumah.
so mak pilih surau ni. surau ni betul betul sebelah blok rumah saya =)
baru je siap minggu lepas.
may I'll be the first yang bernikah di sini hehe

insyaAllah..
semoga dipermudahkan..
aminn

Read more...

Saturday, April 28, 2012

Doorgift gula-gula kanak-kanak murah di Fantasy Jungle Food, NSK

Assalammualaikum semua =)

lately ni rina tetiba je jadi rajin update =P
hypothesis yang boleh dibuat ialah
semakin busy rina, semakin rajin update blog
hehe ok tak kelakar

Hari ni rina nak share tentang Kedai pemborong gula-gula atau cikediss yang murah sangat!
sebelum ni rina pernah suruh en tunang survey di Kelantan.
lepas tu rina pernah lah terbaca tentang Fantasy Jungle Food, NSK di Selayang yang ada jual gula-gula murah
tetiba hari tu rina terrrserempak kedai yang sama di Wangsa Maju ! (Map : SINI)

so rina dan en tunang pun pergi lah survey..
harga sama jee dengan di Kelantan =)
so bolehlah beli di sini saja..

jadi, semalam, masa rehat tengahhari, rina sempat ke Wangsa Maju untuk ke kedai NSK ni.
rina ajak opismate sekali hehe..

saje nak beli siap siap, masa dah suntuk,
next month adalah bulan terr busy for me..
dengan exam erghh..malas fikir..




ada pasar basah jugak, hujung sekali kedai gula gula
Fantasy Jungle Food




ada macam macam jenis gula gula, coklat, keropok, biskut etc yang dijual
ada beberapa yang menarik perhatian rina untuk dijadikan doorgift

jelly! 
besar jelly ni, jatuh dalam 50 sen setiap satu
yang kecik pun ada




Lollypop bulat besar
jatuh dalam 50 sen jugak ni sebatang





Lollypop kecik yang comel comel
tak ingat berapa..dalam 20 sen kot sebatang




dan palingg rina suka, gula gula kipas
sangat colourfulll
dan murah je 20 sen je sebatang




tapi direject mak...katanya tak pernah dibuat orang
huhu..tapi comel mak T___T

ada juga coklat untuk doorgift




kebanyakannya ada tanda halal, jangan risau =)
coklat berjenama seperti cadbury, kitkat pun ada
keropok, biskut, semuaaa ada 

dan doorgift rina ialahh

jeng jenggg jenggg =P
doorgift je kann, takpelah reveal hehee

lollypop panjang




comel jugak kan? warna warni ^____^



ada tanda halal dan simbol untuk vegetarian
dan paling penting harga jatuh ke RM0.17 sahaja sebatang

heheheh!
takpelah, doorgift untuk budak budak je kann =P
untuk mak budak, kita cerita lain hari ye.

k bai!

P/s : Nak beg ini sebagai hantaran...Harapannn




Read more...

Hati menangis







T____T
hati menangis..duit melayang lagi..

Read more...

Friday, April 27, 2012

Arma Abd Rahman Wedding Couture : Sesi fitting baju

Assalammualaikum =)

penat ni..nak tidur je rasa..
buat entry ni dan scheduled supaya auto post pada 27/4 pagi hehe
 
semalam rina cuti as mention earlier
pagi pagi dah bangun buat assignment
lepas tu shoot ke UNITEN untuk submit dan kemudian ke Arma Couture untuk pilih baju

pada yang tak tahu rina menang baju sewa dari Arma =)

butik di Seri Kembangan 
cantik butiknya, kelaasss gitu

baju apetah lagii



camera je huduh








baju dekat atas semuanya display sahaja...
so orang boleh pilih design untuk buat baru...

untuk sewa sangat limited.
sebab selalunya customer datang untuk buat baju baru guna kain mereka sendiri
berapa harga nya rina tak pasti..
mungkin bergantung pada design

tapi rina ada tanya baju kurung putih bunga hitam di atas
konon nak pakai baju raya hihi
upah jahit sahaja RM1000 ++ OMG!
belum masuk kain lagi hohoh
tunggu En Tunang jadi CEO TNB mungkin lahhh boleh upah diorang hee

so disebabkan limited choice, rina pun tibai jela ambik mana yang ada
tapiii still cantik dimata rina =)
maybe akan dibuat pakai time majlis tandang atau outdoor..
tengoklaahh nanti macam mana

ada rina fitting sehelai baju ni tapi segan nak tunjuk kat blog =P
nak tunjuk gambar dengan Arma & Syenell sahaja







sekian, timekasih kerana membaca =P

Read more...

Thursday, April 26, 2012

Dengan izin Allah, 1 bulan lagi

Assalammualaikum =)

rina cuti hari ni ehhehe..
nak membazir gak cuti..
letih pulak hari ni...semalam pergi Mid Valley jap, ada J-Card Day.
sempat borong barangan barangan yang tak boleh disebut disini =P

so hari ni penat selepas marathon tak henti
lagi pun assignment tak siap lagi..
dan hari ni nak pergi jumpa vendor (I'll update later)

so kalau pergi kerja macam tak buat kerja pun
hihi..
so cuti je laa..sehari je..
tapi next month sure banyak cuti..

INSYAALLAH..
pada tarikh hari ini, bulan hadapan, dengan izin Allah, saya akan sah menjadi isteri orang..

ya Allah permudahkanlah..
tolong doakan rina dan pasangan..
harap dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan..dipermudahkan jalan..

 cuba teka dekat mana rina letak ticker ni??? =)


Read more...

Wednesday, April 25, 2012

Esok nak cuti tapi..






Hurm.. Nak cuti ke tak ye esok..saja nak cuti saja saja..pikir pikir..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, April 24, 2012

Idea : Majlis Pernikahan paling cantik !

Assalammualaikum semua,

rina tak dapat menahan diri rina untuk berulang kali tengok pasangan pengantin ni..
dari malam tadi asyik nak tengok..

I love the details..
baju..warna baju..pelamin..
pemakaian tudung yang SANGAT cantik!
dan paling penting pasangan pengantin tu sendiri..

sama cantik, sama padan.
mudah mudahan mereka bahagia hingga syurga..
sorry ye pengantin kalau tak suka, tapi rina nak letak jugak dekat sini

mana tahu boleh jadi inspirasi orang lain..
rina dah terlambat..
kalau tak, pasti rina tiru hihihi =P

ok jom tengok!




Ya Allah...cantiknya wanita ni..cantik sangat sangat..subhanallah..
baju pun sangat cantik
dan paling rina suka penggayaan tudung dia.
simple, kemas, ekslusif!
 

maybe guna inner dan selendang asing
 

guna detailing manik manik kecik.
mesti susah nak buat..
 

suka inai dia, simple sahaja...kasut pun simple.
sukaaaa!

dan pelamin, sangat suite dengan pengantin...
 

overall 100 bintang rina bagi!
semua sempurna..suka sangattt!

dan paling penting, cameraman yang pandai menaikkan seri pengantin =)

Credit to G.I Photoshoot


Read more...

Monday, April 23, 2012

Nas Great Idea memang kevavom!



I didn't believe such a really beautiful, awesome, grand, OMG! wedding does exist in Malaysia
until I met NAS GREAT IDEA !

huhu...awesome giler..
harga pun awesome melampau sampai boleh beli rumah banglo sebijik!

pendapat rina, if korang mampu pun..tak perlu membazir sebegitu sekali..
better buang duit ke arah kebaikan..
semua ni sementara sahaja..
tak perlu nak over sangat..

boleh je nak grand, cantik, memenuhi impian tapi perlu ada limit
tak perlu membazir beratus ribu untuk sebuah perkahwinan yang sepatutnya sederhana dan dalam penuh keredhaan Allah.

ini pendapat rina je laa
yela, rina pun memang takde duit, pandai lah cakap hihi
mana tau if ada duit rina yang over *nauzubillah*

apa apa pun, wedding di atas memang cantik!
tapi taman di syurga Allah 80 juta berbillion billion lemon lagi cantik.
semoga kita dapat menjadi penghuni syurga nanti...
AMINNN

tetiba mood insaf hee.

K BAI!


Read more...

Sunday, April 22, 2012

Baju bersanding by Nurin Makeover


Assalammualaikum =)

Assignment tak siap lagi tapi nak update jugak =P

kepada yang tak tahu, rina akan sewa baju baru dari butik Nurin Makeover (klik sini untuk baca)
so, hari ini rina pergi lagi untuk tengok baju






CANTIK TAK??





INI BUKAN BAJU ELYANA TAUU,
inspirasi dari elyana je hehe

rina try lah baju biru ni tau, tapi bila rina pakai je hancur, tak secantik patung ni pakai..
sedihhh

tapi semua baju di atas, BUKAN baju rina hihi

baju rina tak siap lagi..huhu..
nampak gayanya last minute jugaklaa siap..
tapi takpe..tengok hasil tangan Nurin Makeover ni macam cantik =)

tadi kitorang pergi untuk ukur badan bakal pengantin lelaki AKA my fiancee..

sesiapa yang nak buat baju dengan Nurin ni,
baik cepat!! sementara masih ada promo ni


time rina dulu RM1000 je, fuhh sebaik awal!
makin lama, harga makin naik.
jadi sesiapa nak kahwin tapi lambat lagi, book je la awal awal..
tak rugi pun =)

ok bai nak pegi wat assignment hee







Read more...

Saturday, April 21, 2012

Idea : Sesi brainstorm Guestbook Corner, jom sama sama.

Assalammualaikum semua..

rina busy dan serabut sekarang
hahah dah 18 juta kali bagitahu..mesti orang menyampah baca =P
tapi still nak update blog hee =P

macam tak biasa, dulu dulu time study, esok nak exam pun rina sempat update lagi.
biasa laaa
time busy, time tu laaa nak buang masa kan =P

ok kembali pada tajuk...INSYAALLAH dalam sebulan sahaja lagi ke tarikh keramat itu

dann sekarang ni baru lahh rina duk sibuk sibuk fikirkan pasal guestbook..
T__T

please korang, yang lama lagi tu, please setelkan je semua hal awal awal
abaikan mereka yang suka buat buat terkejut sambil berteriak 
"AWALNYEE KAU PREPARE??TAKSABAR NAK KAHWIN KEE?"

ABAIKAN ORANG MACAM TU TAU!

sebab memang kena prepare awal awal..
kalau tak dah jadi macam rina..
rasa serabut sangat..
dengan nak exam..nak pindah rumah, beli barang, nak settle hal kahwin..
sempat ke tak..tak tahula..

okey kembali kepada topik asal...tentang guestbook..

sekarang ni memang trend lah guestbook corner ni..
memang menarik..boleh tetamu yang hadir tulis tulis ucapan
lepas tu boleh pengantin baru baca sama sama sambil ketawa ketawa hihi

actually, rina dah fikir macam macam idea macam mana nak DIY guestbook corner ni
nak jimat cost lah kata kan..

berikut adalah barang barang yang rina dah ada dan semuanya percuma =P

 kecuali kertas memo tu..

beli sampai 2 kotak..ingat nak buat macam ni
lepas tulis masuk dalam mangkuk kaca
after selesai majlis rina akan masukkan dalam sticker album =)

lepas tu, rina beli pulak guestbook dekat MPH (dapat voucher RM200 dari kerajaan)





 dalam RM15..kecik je

tapii tak perasan dalam dia ada table
Date | Name & Address






Hahah!

Lepas tu, rina terbaca pula review dari Mizaein

dia buat guestbook macam ni


wahhh bestnya siap ada gambar!!

so, rina terusss lah tanya Faiz, dia ada buat sewa kamera polaroid yang murah!
tapi rupanya, bukan lah semurah yang disangka wuwuwu
sewa murah, RM50 tapi film mahal..
dalam RM25 gakla untuk 10 shoot..

so, if beli 10 filem..dalam RM250 kena ada..

eh, tetiba teringat Gie ada!
yay Gie bagi pinjam free..
tapi still kena beli filem pulak..

selain tu, ada vendor yang menyediakan perkhidmatan membuat guestbook
cantik cantik!
antaranya ialah



siap ada mini signage


cantik sangat
tapi semuanya dalam RM300 *pitam*

dan lagi



waoww!!
lagi cantikkkk!

harga tak tahu sebab owner tak reply email lagi..
mungkin malas nak layan bride to be yang last minute macam rina =(

dan satu lagi



hwaoaoawhaow *over*
pun rina tak dapat reply lagi dari vendor tersebut..

sedihhh..
korang, kalau nak buat tempahan, PLEASE BUAT 2 BULAN BEFORE WEDDING
sebab mereka sangat laris, dan kebanyakannya part time, tak boleh ambil order banyak..


jadi, dalam banyak banyak idea..
rina sangat berkenan dengan idea kedua,
yang ambil gambar guna polaroid camera
macam lagi besttt lagi sentimental =)
(Update : Tetiba rasa malas..nak simple & save budget)

kalau korang budget lebih bolehlah tempah guestbook then beli polaroid camera juga hehe

ok, setel.
mari senaraikan barangan apa yang rina perlu untuk merealisasikannn impian ini!!! *semangat*

setakat 21 April, 9.44 pm (akan diupdate dari semasa ke semasa)

1) Meja Guestbook : Done. Dewan ada meja lebih.
2) Lapik Meja : Pending. Sedang mencari lapik meja yang sedia ada!
3) Guestbook : Pending. Nak DIY. Print kemudian binding. simple!
4) Polaroid Camera : Pending. Gie baru nak cari. if Gie takde, terpaksa sewa dari Faiz (Tetibe macam tanak)
5) Film : Pending. Nak beli dari faiz. 10 sudah. untuk 100 orang (sebab mahal)
6) Mangkuk kaca : Pending. Dah alang alang beli memo, guna jelah atau pun nak letak gula gula
7) Sticker Album : Pending. Lepas kahwin baru fikir.
8) Pen warna warni : Pending. Dah beli hari tu, pegi tinggal dalam kereta member pulak.
9) Tempat letak pen : Done. Ambil sedia ada di ofis.
10) Double Selotep : Pending. Untuk tampal gambar.
11) Sticker : Pending. Tak penting sangat
12) Frame : Done. ada 2. Untuk jadikan signage.
13) Hiasan : Pending. Tak penting pun.
14) Tong sampah : Pending. Nak letak bawah meja untung buang kertas tak jadi.
15) Soft Copy Layout Guestbook & Signage : Done. Ambil dari sini. hihi!
16) Jurukamera : Pending. Maybe cousin jadi mangsa. kamera perlu dijaga hehe!
17) Gula gula : Pending. lepas makan dapat gula gula pun best kan

itu je kot. ada apa apa lagi tertinggal tak??
perghhhh
nak buat guestbook corner pun banyak benda kena fikir!
sangat pening....

sekali lagi rina remind pada bride-to-be lain, please settle perkara remeh ni awal awal..
lain lah kalau korang ada wedding planner, so no need to worry =)

semoga perjalanan kita semua dipermudahkan...
ya Allah...permudahkan lah kami...semoga majlis kami nanti berjalan lancar dibawah rahmatMU..

thankyou for reading!



Read more...

Thursday, April 19, 2012

Battleship, milk teddy & dotdot

Semalam tengok battleship dengan murni. Best giler ok. Ade lawak, perang perang, hero hensem :p Sebelum tu sempat shopping purse milk teddy


Haha macam budak budak. Purse lama dah uzur sangat tapi takde duit nak beli purse branded. So beli milk teddy baru RM26 :) Lepas tu dah membazir beli dotdot. Mahal betul. Tapi nak buat cam cana, memang keperluan. Hee Apekah dotdot? Rahsia~ huihui. Ok bai. Eh sorry lately ni entry tah pape sebab busy sangat :( ok bai. - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, April 18, 2012

Idea : Baju Nikah Hana Fedora's sister


Assalammualaikum semua!

short entry againnn...busyyy tapi sempat nak pegi tengok wayang hihi
ada best friend forever turun KL..so nak bejumpa sekejap =)

cantikkan baju nikah ni? cam princess!




maybe labuhkan tudung lagi better hee




sooo beautifull...like princess..love the colour, the scarf!



adik beradik yang cantik.

nak baca lebih lanjut boleh klik SINI


Read more...

Tuesday, April 17, 2012

kepala serabut

Assalammualaikum..

assignment ada 4 yang tak siap lagi..
next week dah kena submit..

next month, 9 & 16 Mei dah final..

seminggu lepas last paper, kahwin, insyaAllah..
haha...
tension jap

harap semua berjalan lancar..
start esok dah tak boleh malas malas, 
perlu gunakan masa dengan sebaiknya..

oh, rina dah start buat event di facebook (sini)

nanti insyaAllah rina buat invitation rasmi di blog pula =)
tapi bukan malam ni sebab takde mood nak mengarang ayat hihi

emm ape lagi ye?

oh, program diet rina dah hancus..
berat naik balik (pernah turun ke?)
harap dengan kebizian ni dapat lah kurus haha harapan

lepas kahwin baru diet & exercise sama sama dengan husband ok tak?
cewahhh =P yeke exercise?? hihi

emm ape lagi ye?

persiapan kahwin ada yang dah siap tapi macam masih banyak belum selesai..
macam takde masa nak fikir =(

takpela..tawakal je..
janji selamat dinikahkan sudah mencukupi..

kepada rakan rakan yang membantu & bertanya dengan niat nak membantu..
rina sangat hargai =)

sangat rindu nak hang out dengan kawan kawan time study..
tapi masa tak mengizinkan...

ya Allah..permudahkan lah segalanya..
 


Read more...

Monday, April 16, 2012

@Nuffnang : No Buffered Earnings, no money

Sudah 2 bulan kot takde Buffered Earning (BE)?
bila takde BE ni..duit pun naik 20 sen je seminggu huhu

sedihla..visitors bukan berkurang dari dulu..tapi BE takde..
mengikut TEORI rina, sekarang ramaiii blogger famous amous pakai Nuffnang
so, blogger picisan macam rina ni..telah dilupakan..

jadi, mungkin rina akan bertukar ke company advertorial yang lain..
but..I do love Nuffnang..
ape ape pun..thank you so much Nuffnang!

bukan sahaja duit, tapi Nuffnang telah memberikan saya pengalaman yang terbaik sepanjang berblogging.

its ok...maybe it is the time for me to move on & try something new?? =)

Read more...

Sunday, April 15, 2012

Mari lah dengar ini cerita saya sangat gembira! *tangan didada mata keatas*

Yay korang!! Baju sanding saya baruuuu je beli kain!! Yuhuu! Jahit pun tak lagi!! Eh macam mana nak jahit?? Ukur pun tak lagi!! Nak jumpa pulak kena ikut time dia. Tu pun Nasib baik sms tanya. Huhu...Tak tahu nak bridezella ke tak? Lagi sebulan, emmmm lama lagi kottttttt. Pitam bangun balik pitam balik bangun pitam bangun terjun lombong. K bye! - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, April 14, 2012

8687

Alhamdulillah. At last, one of my wishlist fulfilled.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, April 13, 2012

Kedai Barang Perkahwinan Vivian, Chow Kit Murah

Assalammualaikum semua =)

Hari ni rina nak cerita tentang sebuah kedai yang menjual barangan perkahwinan murah.
sebenarnya banyakkk dah review blog tentang kedai ni.
berduyun review dari bloggers keluar hihi

oleh sebab sangat famous dengan  harga yang murah,
rina pun semangat lah ke sana untuk survey pada hari Rabu yang lepas
sebab esok rina nak ke Nilai, jadi perlu survey harga dulu, takut tertipu di Nilai nanti
hee, pengantin budget memang sebegini particular =P

okey berbalik kepada cerita kedai Vivian ni,
dia terletak di area Jalan Raja Bot, Chow Kit.

kalau korang naik kereta, korang google map @ Papago je
Wisma Tat Khalsa, Jalan Raja Bot

nampak bangunan putih bawah ni? ini lah Wisma Tat Khalsa


Boleh parking di Wisma ni, RM4 per entry

lepas tu jalan sikit sampai kedai makan..




Jalan sampai jumpa gerai murtabak bersebelahan dengan Balai Polis Raja Bot
Dalam 2 minit je jalan, kejap je



Then di sebelah kiri gerai murtabak ada lorong macam bawah ni


Jalan sampai kehujung, dan turun tangga kemudian belok kiri

terusss..sampai lah nampak sign board Kedai Vivian











kecik je rupanya kedai Vivian tapi semua ada

ni pekerja kedai sedang tunjuk dekat big boss bunga telor
bunga pahar siap dengan stand semua untuk jenis gantung gantung berbentuk rama rama
lepas tu di isi dengan potpourri instead of telur.
semua siap RM200 untuk 2 set




Kalau Goodie bag camni, 1000 pcs RM450


 ada yang 1000 pcs RM260 untuk size yang sama,
kain organza lebih mahal..

yang size kecil murah lagi, ada jenis kotak semua ada lahh..
tapi mak berkenan yang RM450, RM300 atau RM260 tu..

Bunga Manggar 3 paket RM10
ada jual batang sekali berapa ringgit tah..

lepas tu ada barang barang hantaran, dulang dulang..
tak silap, kalau beli dulang dan aksesori hantaran kat sini dapat freee deko!

bak kata orang lain, boleh tawar menawar..tapi ni belum tawar lagi..
belum keluarkan skill tawar tahap gaban lagi haha!

so adakah murah?
kita tunggu entry dari Nilai pula =D

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top