Saturday, March 31, 2012

Saya dah beli asid folik hehe

Assalammualaikum semua

Oleh sebab semua geng Bride-to-be kecoh pasal kepentingan Asid folik ni, jadi terus saya take note LOL
tadi saya dah beli asid folik tadi. brand Appeton dekat Watson RM30 ada 90 biji
sebiji sehari. so cukup 3 bulan

asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Siapa yang masih tak tahu kepentingan asid folik boleh baca di sini

secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia..
selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu..

bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye
just persediaan je..

so kalau ditakdirkan rina mengandung pada bila bila masa, rahim rina dah bersedia dan baby rina berada dalam keadaan yang selamat

wahhhhhhhh!!!

malu pulak rasa hahahha kahwin pun tak lagi kann

mesti ada yang kutuk =P
ada rina kisah?
baby rina jugak, bukan baby diorang.

bahaya la zaman sekarang..makan merapu rapu..pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah..
lepas tu rina sibuk diet pulak tu..
so perlu ada suppliment untuk top-up mana yang tak cukup tu..

tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

macam rina, rina tak rancang apa apa
cepat atau lambat rina serahkan pada takdir Allah

sekian terima kasih =P

Read more...

Kasut baru lagi!




Yay! Sepasang en tunang belanja, lagi sepasang emak sponsor :)) agaknye diorang kesian tengok rina takde kasut hee. Happy! Thanks my lovesss. Oh ye, brand cikai je. For me, janji sedap pakai :) - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, March 30, 2012

Kasut baru




Itu je hee. Nite all! - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, March 27, 2012

Imaginasi rina dan nak share dengan semua

Assalammualaikum semua,

sebenarnya rina just nak share satu perkara penting yang dah lama terdetik dalam hati dan fikiran rina.
perkara ni mengundang rasa takut..rasa sangat takut dalam diri rina..

tapi biasalah..
sebagai manusia yang mudah alpa,
takut tu kejap je datang..lama lama, lupa balik

jadi, alang alang perkara ni berdetik balik dalam fikiran rina, baik rina share di sini

mesti korang pening, rina pun pening camne nak cerita =_="

ni hanya my thought..kalau pemikiran rina ni boleh membawa kepada kesesatan ke,
atau ada salah ke, sila lah betulkan

rina bukan pendakwah atau pelajar agama yang dah mendalami ilmu agama
rina hanya manusia yang jahat tapi try my best nak improve diri sendiri
tapi cepat alpa dengan hal dunia..=(

ok dah

cuba kita bayangkan,
kita dah mati, dan tiba lah hari amalan kita dihisab

lebih kurang macam exam, setiap amalan ada markah
kalau lulus dapat lah masuk syurga
kalau gagal masuklah kita ke neraka

kata kan markah nak lulus tu 50/100 markah
(amaran : ni contoh je!)

markah puasa 10 markah
kita dapat 8/10
sebab pernah mengumpat masa puasa

markah derma 10 markah
kita dapat 10/10
syabas! kita memang murah hati

markah taat pada ibubapa 10 markah
kita dapat 7/10
sebab masa zaman remaja, kita suka melawan cakap mereka

markah ke majlis ilmu
kita dapat 5/10
kita memang suka belajar, tapi kadang kadang niat belajar tu salah
bukan kerana Allah tapi kerana nak kerja bagus, gaji besar

markah menunaikan haji
kita dapay full 10/10
alhamdulillah, kita berjaya kumpulkan duit untuk tunaikan haji

so total dah 40/50

last sekali

markah penuh SOLAT iaitu sebanyak 50 markah!

kita dah sengih sengih

sebab macam confirm lulusss, lagi 10 markah je kot!
yelah, semenjak akhil baligh, kita tak pernah tinggal solat dengan sengaja!
kalau tinggal pun kita qada =)

happynya! dapat masuk syurgaa lah macam ni~

tapi tiba tiba
markah solat kita kena potong

potong 5 markah sebab kita suka lewat lewatkan solat

potong lagi 5 markah sebab kita ambil wudhu tak sempurna, basuh tak sampai ke siku pun!

potong 5 markah sebab aurat solat tak sempurna, telekung mahal kita jarang sangat, nampak tengkuk

potong 5 markah sebab pergerakan solat kita tak betul, 
masa takbir kita tak kepit ketiak, dah macam lelaki gayanya
rukuk pun macam nak tak nak

potong lagi 5 markah sebab rukun solat tak sempurna
rukuk dan sujud tanpa toma'ninah (berhenti sekejap), laju betul dah macam ayam patuk

potong 5 markah sebab al-fatihah yang kita baca dalam solat, tak dibaca dengan baik
ustaz Don ada ajar, tapi kita tak ikut pun, baca senafas macam keretapi

potong 5 markah lagii sebab kita pernah niat bersolat kerana nak menunjuk nunjuk

potong lagi 5 markah sebab kita pernah tertinggal solat sebab sibuk shoppingg
lepas tu qada, hahh memang tak diterima..

dan last sekali potong 5 markah lagi sebab kita solat tak kusyuk, 
telinga sibuk dengar member sebilik bergossip

45 potong!

tinggal 5 markah je untuk SOLAT!

markah penuh 45/50
FAILEDDDD

sedihnyaaa, mati mati ingat dapat ke syurga
tapi akhirnya masuk neraka!

sia sia solat penuh selama kita hidup
tapi hanya 5/50 jeeee diterima?
dah macam orang yang tak solat langsung!!!

************************

hahh itu laaah yang tiba tiba terlintas di fikiran rina..

takut nya rasa...
walaupun solat jarang tinggal, tapi serius rina rasa, tak pernah rina solat dengan kusyuk dan sempurna!
sedihnya...
penatnya solat dari kecik sampai sekarang tapi takde sekali pun diterima..

jadiii mulai hari ini,
marilahhh kita solat dengan bersunggguhhh sungguhhh

sungguh sungguh sangat sangat!!
try our besttt untuk solat sekusyuk kusyuknyaaa

jadi tak sia sia solat 5 kali sehari kita!

Read more...

Sunday, March 25, 2012

Short Review Wedding Erien & Hud




Rina pergi ke dua2 majlis nikah dan sanding erien dan hud =)
dorang ni one of my closest friends di UNITEN
sebenarnya start nak close masa sem sem terakhir hehe
tapi macam boleh ngam pulak! =)

and the wedding was absolutely beautiful!
perfect!
pengantin sendiri cantik dan hensem dengan baju yang sangat cantik!
pelamin memang gorgeous~! I love the solemnization dais so muchh, putih bersihhh
pelamin sanding pulang sangat sweettt ringkas tak serabut!

makanan sedapp untuk kedua dua majlis nyummm =)
doorgift ialah coklat yg sedapp, photographer from Ceritera Cinta yang sangat best
rina teruss message diorang mintak quotation hehe!
best pulak tengok dorang sangat bersemangat ambil gambar, siap jerit jerit bagi arahan~

photographer rina, tak tahu la best ke tak..dia macam tak famous sangat
tapi sebab bakal abang ipar yang sponsor (kawan dia)
so rina terima dengan hati terbuka hihi

tak apa lah, rina hanya buat sekadar termampu
tak dapat lah nak setanding dengan majlis kawan rina yang ini
tapi harapnya semeriah majlis mereka ^__^

berdebar okeh..
rina ingat lagi rina cakap dekat erien 
"erien, time erien kawin, maknanya lagi 2 bulan kita kawin, takutnya"
hahh
kira macam reminder laa
2 bulan lagi, tett tett =P

so saya sangat nervous..
rina harap semua berjalan seperti yang dirancang

kita hanya mampu merancang
tapi Allah yang menentukan..

semoga Allah permudahkan perjalanan kami.
Amin..


Read more...

Stress




Musim exam kembali lagi dan saya stress. Saya malas sangat nak study sebab sibuk nak kahwin haha. Dan saya tak faham pada mereka yang masih study degree tapi dah nak kahwin. Boleh fokus ke study? Saya ambil master dan saya tak bolehhh :P rasa nak rest 1 semester after kahwin hee.. Sekian sambung study zzzz - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, March 22, 2012

DIY : Bunga kertas atau Paper Flower

.tapi tak jadi..T___T


rina beli kertas dari Daiso, Sunway Pyramid.
konon nak buat bunga kertas sendiri dan jadikan bunga pahar atau hantaran
tapi tak mampu nak potong kertas bagai, jadi beli siap dari Daiso

rupanya susah jugak =(

orang lain buat cantik jeeee...

ni cik Anis buat


cantikkan???

nampak sangat tangan rina tangan kayu..apepon tak boleh~

siapa siapa yang teringin nak try jugak boleh belajar dari video ni..


rina dah give up hahaa...=P

selamat berjaya! ^___^


Read more...

Wednesday, March 21, 2012

Rezeki nak kahwin agaknya..boleh menang contest..syukur

Assalammualaikum semua,

terpanjang pulak tajuk hee
sebenarnya rina tengah malas nak update blog

tapi idea banyak cuma malas je
so ku gigihkan jua =P

nak cerita yang rina menang contest lagi..
alhamdulillah..

selama ni punya susah nak menang contest..tapi bila nak kahwin ni, banyak juga rina menang..
mungkin ini yang dikatakan rezeki nak kahwin =)

korang yang nak kahwin ni pun, rajin rajinla join contest, mana lah tahu ada rezeki kan? ^__^
yang penting usaha dan tawakal!

baru jap tadi rina dapat tahu rina menang contest by Pameran Pengantin Malaysia
rina buat entry Pengenalan, Penaja dan Penutup
akhirnya rina menang tempat ke -2 iaitu sewan baju Arma Abd Rahman Wedding Couture bernilai Rm5000

giler tak? tak kusangka dapat menyarungkan baju designer terkenal macam Arma??!
rasa nervous pulak..
sesuai ke baju Arma kat badan rina yang gemuk pendek ni?
sesuai ke nak pakai baju hebat di kenduri rina yang biasa biasa ni?
T__T

tapi en tunang cakap,
dah free ambik je, jangan banyak cakap..
hihi..

so kami terima dengan hati terbuka..
tak tahu nak buat baju ape..
maybe baju bertandang..
sebab bertandang buat di rumah pihak lelaki yang berada di Kelantan, jadi rina fikir nak ambil yang sopan dan simple jela =)

sebelum ni rina sewa dengan kak Fiza
maybe terpaksa cancel lah..
harap harap kak fiza faham..
rina rasa dia OK je, sebab dia memang SANGAT BAIK ye!
rina masih ambil pelamin dan make up dengan dia..
sape nak pakej murah tapi meletup, sila lah contact kak fiza ni. tau! =)

oh ye, rina nak senaraikan sikit ape contest (melibatkan wedding) yang rina telah menang

 Veil

Fresh Flower Handbouquet

Fresh Flower HandBouquet

Fresh Flower HandBouquet

Wedding Personalize Calendar

Doilies Brown Paper (50)

Fabric Corsages

Small Rice Cooker
by D'ara catering


 alhamdulillah..

walaupun maybe bagi sesetengah orang ini adalah benda remeh,kecik atau murah
tapi seriously for me it means a lot!
rina sangat bersyukur..

sangat berterima kasih kepada semua penaja penaja..
nanti after wedding for sure rina akan review satu satu =)

sebenarnya, ada lagi ramaiiiii Bride-to-be bloggers yang lebih besttt siap dapat tajaan dari pelbagai pihak!
dari diorang lah rina dapat semangattt untuk berblog kembali sambil menjana pendapatan dari Nuffnang 
dah cash out RM150 ++

tapi sekarang earning berhenti lak..kenapa ya Nuffnang?? =(

so next contest?
takde ke sapa sapa nak buat contest hadiahnya bunga telur? takpun honeymoon? takpun kek hantaran?
takpun photographer?
hihi..demand..

kepada bride-to-be yang sedang membaca, jangan lupa tau join contest banyak banyak..
mana tahu rezeki korang dapat menang 1 pun jadilah.. =)

terima kasih juga pada mereka yang memberi sokongan dan semangat pada rina (tibatiba)
okla, ayat dah tunggang langgang hehe..

wassalam..



Read more...

Monday, March 19, 2012

Perancangan hidup update ! hehe

Kita hanya mampu merancang
tetapi hanya ALLAH yang berhak tentukan =)

wajib bagi kita untuk merancang hidup ni supaya kehidupan kita tak sia sia

biar ada matlamat dan tujuan yang pasti
dan pastikan matlamat kita memberi manfaat untuk kita dan membantu kita mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat yang selama lama nya =)

tazkirah pendek dari hamba yang hina ini..hee

sebenarnya tadi rina teringat tentang perancangan yang rina buat pada 14 Januari 2011

pada ketika tu, rina masih single, belum tahu arah hidup..
masih lagi dalam mood bersedih sebab break up (bengom bila ingat)
tapi rina bernasib baik..sebab dapat fikir secara rasional..
kehidupan seorang wanita bukan terletak di tangan lelaki ye..
kehidupan kita terletak di tangan ALLAH..please trust HIM..dan serahkan diri kita padaNYA..

jadi waktu tu rina SANGAT bersemangat nak mulakan hidup baru yang lebih sempurna dari sebelumnya..
TANPA melupakan kenangan lalu
apa yang baik, rina jadikan teladan dan buruk rina jadikan sempadan..

so, kepada yang membaca ni..if anda SEDANG berkabung sebab putus cinta, SILA GO ON WITH YOUR LIFE! jangan mudah mengalah dan terlalu bersedih hanya sebab putus cinta =_=" please ok..
better sedih untuk Palestin yang merana, mak bapak diorang mati kena bom,
its reality..bukan rancangan TV =(
semoga Allah melindungi mereka di sana..

ok dah banyak bebel..padahal nak taip sikit je, tapi tiba tiba tangan ni laju je hahaha

14 JANUARI 2011 (sini)

2011 : Start buat Master sambil kerja
2012 : Ambil CP (Competence Person)
2013 : Kawin (hahaha) + Siap buat Master
2014 : Dapat anak sorang (hahaha lagi)
2015 : Ambil ujian IR. dan apply jadi Lecturer dan lagi sorang anak (hahaha sekali lagi)
2016 : jadi lecturer sambil membesarkan 2 orang anak yang comel =_="
2017 : same jugak
2018 : same jugak
2019 : Minta cuti tanpa gaji untuk buat Phd + dapat lagi sorang anak (yes da 3 hahah adoi)
2020 : Cuti lagi dan dapat sorang anak (4 cukuplahh..alhamdulillah hihihi berangan memang best)
2021 : Cuti lagi sambil membesarkan anak. eh? lama pulak nak cuti. berhenti je lah hehe
2022 : Kerja balik (jadi lecturer) dan habiskan Phd (hopefully dapat habiskan lebih awal)
2023 : Kerja seperti biasa
hahah!
dan rina nak update
19 Mac 2011
2011 : Start buat Master sambil kerja *DONE! nasib baik start buat MASTER..fikir lama betul hee*
2012 : Ambil CP (Competence Person) & LULUS..please + KAWIN :)
2013 : Siap buat Master + Dapat anak sorang
2014 : Dapat anak sorang lagi =P
2015 : Ambil ujian IR. dan apply jadi Lecturer dan lagi sorang anak (hahaha sekali lagi)
2016 : jadi lecturer sambil membesarkan 3 orang anak yang comel =_="
2017 : same jugak
2018 : same jugak
2019 : buat Phd + dapat lagi sorang anak (yes da 4 hahah adoi)
2020 : Phdi dan dapat sorang anak (5 cukuplahh..alhamdulillah hihihi berangan memang best)
2021 : Phd sambil membesarkan anak.
2022 : habiskan Phd (hopefully dapat habiskan lebih awal)
2023 : Jadi lecturer sambil online business =)
Dah umur 36 tahun masa ni =)
Maybe akan berhenti pada umur 50 tahun (2037) dan tumpu pada business pulak =)
masa tu anak sulung dah umur 24 tahun dan bongsu 17 tahun
insyaALLAH

sekali lagi kita perlu ingat..ape ape rancangan kita tak semua akan menjadi kenyataan
kerana ALLAH yang tentukan segalanya..
dan rancangan ALLAH semestinya lebih baik dan penuh hikmah =)
apa apa pun rina berdoa agar segalanya dipermudahkan dan kita sentiasa berada dalam golongan yang beriman..

amin..


ok dah setel angan angan saya yang tak habis habis ni.
anda pula bagaimana? =)



Read more...

Sunday, March 18, 2012

Gift for him







Hadiah untuk dia.
 Kek Pavlova beli ye..tak pandai nak buat..
memang taknak belajar buat..
sebab kalau pandai buat kek dah tentu rina akan buat dan makan sorang sorang sebiji tu. saya nafsu gajah k. Gajah pun makan tebu je hahah. 
Beg tu pulak rina bagi yang besar. 
Yang kecik dia punya yang lama.
 So nanti kalau pergi travel mana mana, rina akan bawa yang kecil, dia pula bawa yang besar
hehe sweet tak?
K nak tdo baii



Read more...

Happy Birthday to my heart, my fiancee, Zulhilmi Ramli




Istimewa buat En Tunang saya, Zulhilmi Ramli..

Alhamdulillah, dah 30 tahun
eh?
26 ke?
apsal macam 30???

hahaha!

ampunn =P
gurau je hihi..

Syukur pada Allah kerana mempertemukan awak dengan saya..
terima kasih buat umi yang melahirkan seorang lelaki yang sempurna di mata saya..
terima kasih abah kerana membesarkan awak jadi sebegini sihat hehe..
terima kasih adik beradik & family lain yang mengasihi awak tak berbelah bagi..

saya berdoa dan berharap agar saya dapat menjadi sebahagian dari mereka..
dapat menjaga awak, mengasihi awak dan mem'besar'kan awak  =P
menjadi isteri solehah yang menyenangkan hati awak..

semoga jodoh kita dipertemukan dan segala yang dirancang dipermudahkan..
juga, saya doakan awak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki, dijauhkan musibbah,
sentiasa berada di dalam golongan orang yang beriman,
dan segala impian dan doa awak diperkenankan..

AMIN..



Read more...

Saturday, March 17, 2012

Matta fair 2012 - Pakej Bali

Assalammualaikum korang =)

sebelum rina pergi tadi kan, rina macam dah berazam nak ambil gambar, ambil semua pamplet dan senaraikan di blog rina bagi rujukan semua

tapiiii bila sampai sana, fikiran terus serabut
terlebih eksaited tengok pakej lain banding Bali haha!

dan takde masa nak snap gambar pun =P

so sejujurnya takde ape rina nak cerita =(

apa apa pun ini adalah 1st time rina pergi matta fair!

advisable naik LRT ke sana sebab sangat sangat sesak!
tapi seriously worth it!

sebelum pergi better korang buat research terlebih dahulu
so boleh compare harga =)
tapi insyaAllah di Matta Fair lebih berbaloi!

rina beli ape?
ehem!
rahsia~ =P

diet hari ke 20 dah ok!
hari ni?? makan kuih masalodeh 2 + kebab kambing 1

itu je~

tata titi tutu
 

Read more...

Friday, March 16, 2012

Iphone Game : Draw Something

Yeah~ rina dah addicted to this game =)

simple tapi quite fun!
tegelak sorang sorang bila tengok orang lain lukis dan bila tengok orang teka lukisan kita haha!

en tunang pun main,

ni rina punya lukisan



dan ini lukisan en tunang




kalau korang hebat, sila lah teka! =P


Read more...

Thursday, March 15, 2012

Badan sangat letih

Tiba tiba rasa rina sangat push diri rina sampai dah macam exceed limit..dengan kerja yang kadang kadang perlu ke site malam, dengan master 2 subjek semester ni, dengan preparation kahwin, dengan boot camp 3 kali seminggu, dengan bisnes barangan bayi dan jubah..tambah dengan hal hal minor harian.. Rina rasa tak cukup rehat :( mungkin badan tak biasa lagi..actually rina memang nak tingkatkan stamina untuk menghadapi kehidupan lepas kahwin..nak masak, kemas rumah, jaga anak =p so tak nak jadi lembik sangat..sekian luahan malam ni..mengantuk..nak tidur..selamat malam dunia. Andai umur ku panjang, kita bertemu lagi =) - Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, March 14, 2012

Xcelerate Fit Boot Camp dan Day 16 & 17

Assalammualaikum ~

Semalam rina tak update blog pun..sebab SANGAT LETIH
maybe exercise hari isnin yang melampau kot
exercise ape? tunggu di hujung entry =P

so, i'll update briefly what I ate for today & yesterday.

yesterday

Pagi
Susu Anlene + Roti bakar kaya majerin sekeping

In between
Mihun goreng + ayam goreng + sambal paru =P + limau suam

Lunch
None

In between 
seketul ayam goreng kfc (rib part) dan 2 slices cheezy wedges nyumm haha

Dinner (8 pm)
Coslow & mash potato (KFC punya tu)

Today

Breakfast
Susu Anlene + Roti goreng telur 2 keping

In between
Pulut hijau + gula + Nescafe tarik

Lunch
None

In between
Kuih kacang 1 biji + cucur badak 1 biji

Dinner (8 pm)
biskut jacob 2 keping dan sedikit lauk

 
memang sangat sikit untuk alas perut,
malam ni rina nak ke site~



air for both day more than 2 litre

exercise pula..semalam takde
tapi hari ni exercise sejam.

ok, sekarang rina nak cerita rina exercise ape sebenarnya =)

Awal bulan haritu, ada voucher di MYDEAL berbunyi macam ni

87% OFF UNLIMITED 4-Weeks RAPID FAT BLAST Body Transformation Fit Camp
Programme @ Xcelerate Fit Camp for only RM58 instead of RM448!

murah tak??

rina terusss lah beli kan
lagi lagi tempatnya sangatt dekat dengan ofis rina dan memang pun jalan on the way balik.
iaitu di Sri Hartamas
ada lagi 2 tempat lain; Desa Park City & Damansara

boleh start bulan Mac, April, May atau June

rina pilih untuk start immediately on Mac which is last Monday.
schedule di Sri Hartamas - Monday, Wednesday & Friday at 6.30 - 7.30 pm
(tapi Friday rina gantikan dengan Saturday di Desa Park City sebab ada kelas malam tu)

sesiapa yang jauh nak balik, ade je surau di sekitar situ.
benda ni akan habis sharp on 7.30 pm, so insyaAllah solat terjaga =)

rina sorang sorang je pergi
ajak officemate semua takut cis..en tunang pulak jauh
so rina pun gigih la sorang sorang...mula mula takut jugak..

tapi after 2 days best pulak

kelas sangat happening..everyone is exciting!

plus ada Sofea Jane!


kurus yang cantik okeh!

ramai je yang kurus join, gemuk sikit je..
berisi pun ramai..

rina kes berisi la kot..

overall training memang letih giler..
ala ala macam The Biggest Loser hee
tapi takde pressure sangat lah

cuma sejam yang diperuntukkan SANGAT pack. ada 1 minit je kot masa minum air
sampai ada yang muntah muntah
rina belum lagi =P

Bagi rina Boot Camp camni memang best.
tak semestinya untuk kurus je, malah lebih kepada meningkatkan stamina & fitness level
muscle lebih kuat (jurulatih sangat berketul ketul okeh)

rasanya after sebulan pun nak sambung lagi hehe
tapi mahal sikit lah sobsob

sesiapa nak trial pun boleh
klik je SINI
try tengok best ke tak =)

okla tu je..
nak rest dah..
japgi nak ke site pula..
begini lah nasib..kerja engineer kihkih poyo =P

bai

 

Read more...

Monday, March 12, 2012

Cabaran diet 90 Hari - Day 15

Assalammualaikum semua =)

Tak payah korang nak cari sangat Day 12-14, memang takde hee =P

abaikan day 12-14 sebab tu cheat days rina, lama betulll cheat hikhik

so hari ni 15 sudah!
progress takde langsung, cuma kurang buncit tapi masih buncit sobs

Menu for today :

Pagi
Telur separuh masak 1 + susu anlene

In between 
Nasi lemak separuh + Ayam goreng crispy nyumm =P + teh o ais

Lunch 
Buah tembikai sikit + 2 cucur udang + popia goreng 1

In between 
Yee Mee  hot plate separuh + air limau suam

Dinner 
None

Air kosong : 1 liter ++

Exercise : Workout for 1 hour (I'll story later)

Aduss..rina dah berniat nak diet hari ni..
tapi hari ni sangat stress
and I tend to eat a lot when I'm stress =P


 


Read more...

Sunday, March 11, 2012

Short Review : Wedding Syafawati aka Capal (22 January 2012) di Kelab Golf Monterez Shah Alam

Assalammualaikum semua =)

panjang sikit tajuk sebab nak letak gak tempat wedding dilangsungkan =P

Ye saya tahu, agak lambat eh memangg lambat rina buat review hihi
tapi draft dah ada dengan gambar gambar..

after almost 2 months baru mood menulis tu datang =P (alasan)
hihi

kali ni wedding one of my besties, Nur Syafawati aka Capal nama manja haha..
kawan baik ketika study bersama di MRSM Kuala Klawang

Alhamdulillah...akhirnya dah pun kawin kawan aku sorang ni =')

Team merah putih kot
sampai sampai je nampak family Capal berpakaian seperti wanita UMNO hee

Pelamin yang sangat cantik

perarakan masuk pengantin
dua dua tinggi, sama cantik sama padan

dah macam Capal lagi tinggi pulak

baju Capal sangat gorgeous!

rina dan kawan kawan duduk paling depann sekali. bagi support sambil usya usya Capal hikhik
nampak tak table centrepiece tu?
lawa kann? bunga hidup diletakkan di dalam gelas jernih

ex- MRSM Kuala Klawang. dah tua semuanya haha

close up table centrepiece, rasa nak bawak balik hihi

kek Capal yang cantik sangat sangat! dengar cerita sedap, tak sempat rina nak rasa =P

Unik tau wedding di Kelab Golf Monterez Shah Alam ni.
dewan ni ada 2 tingkat. 

masuk masuk di ground floor ada dalam 10 buah meja yang menghadap padang golf. cantik!
di sini terletaknya meja buffet nombor 1 + meja dessert

naik tingkat atas, ada lagi dalam 8 meja dan juga meja beradab untuk pengantin
di sini terletaknnya meja buffet nombor 2

kemudian ada 1 pintu masuk ke dalam sebuah dewan kecil
ada lagi dalam 8 meja dan pelamin!
depan pelamin ada macam kerusi yang disediakan untuk tetamu duduk untuk tengok Pelamin

maknanya ada 3 ruangan berlainan.
pelikkan? tapi best pulak tengok

ni ruangan ketiga di mana terletaknya pelamin, nampak tak pintu masuk?

ni ruangan kedua, tu dekat sana ada meja beradab dan tempat artis(to-be) menyanyi

pintu gerbang nak masuk ruangan ke tiga (terletaknya pelamin)

kawasan meja beradab

kacau pengantin makan hee

ni ruangan pertama di tingkat bawah, meja buffet besar sikit sebab sekali dengan dessert

pemandangan dari tingkat atas

tangga nak naik tengok pelamin

pemandangan indah padang golf sambil menikmati dessert (bubur kacang, jeruk, kuih dsb)

dapat bunga telur sebab tepung tawar

doorgift pun dapat telur. siap dengan sarang sekali hehe! kreatif


Best kan? Nampak mewah, maybe agak mahal belanja.
rina tak tanya pulak

yang penting tetamu puas hati, pengantin pun happy!

sekian =)


Read more...

Short Review : Wedding Haliza 10 Mac 2012

Assalammualaikum,

semalam rina ke wedding Haliza, one of the B2B Bloggers,
nak buat short review hee

tudungku tak semenggah but the bride was beautiful :)



pelamin yang indah



suasana dewan dan si dia



door gift!



lain lain tunggu lah dari Haliza sendiri ya!

Congrates Haliza, terima kasih kerana jemput!
^____^



Read more...

Saturday, March 10, 2012

Our Future Baitul Mawaddah | Part 4 : Idea design tangga untuk rumah 2 tingkat

Assalammualaikum semua =)

Hari ini rina pergi 2 rumah orang kahwin. 1 di Ampang, kenduri kahwin Haliza, my facebook friend hehe..B2B 2012 geng =)
1 lagi kawan en tunang, di Bukit jelutong
agak penat sebab jem, walaupun tak bawa kereta tapi rasa penat over dari yang bawa kereta hihi

takde mood nak cerita pasal kahwin
malasss, tak tau nape =P

tengah semangat pasal rumah je..
En tunang siap beli software untuk renovate dan hias rumah lagi
semangat yang tak boleh blah

kitorang dah decide untuk membuat pinjaman nak renovate rumah
adeh..banyak betul berhutang
tapi macam penting kan untuk jangka masa panjang...

takkan nak renovate masa barang dah penuh..
memang lah tak kan renovate

so, make it short, selain dapur, rina nak renovate tangga kami =)

ini rupa asal tangga rumah kami,

*refer here*

ciri ciri tangga idaman :

1) Selamat untuk kanak kanak dan orang tua
2) Tak mahu lubang lubang, dari bawah nampak spender =P
3) Ada bilik stor di bawah tangga
4) Simple je
5) Bila jalan tak nak berbunyi "kreuk, kreuk"

after do some googling,
dapatlahh beberapa idea yang macam boleh pakai =)

exactly as my imagination !!

huwaaa sweetnya! tapi untuk tangga rendah ni

good idea! letak wallpaper dan lampu di dinding tangga nampak cantikk

simple tapi macam bahaya sikit kot, lubang too big for children

menarik! dah macam almarii =) 

creative! tapi jenuh nak tarik hihi

ni pon cantikk, macam sangat menggunakan ruang yang ada sebaiknya hahah

memang selamat hihi tapi pelik sangat pulak

semak camni..dari ruang tamu nampak baju begantung gantung, apekah?

wahhh lawaaa sangat kan?? tapi tak sesuai untuk berada di ruang tamu..sure akan nampak sepah

 loveeee this idea so much!

 maybe I will go for this design! dah jatuh hati <3




 okeyh tu je hihi

oh, diari diet rina?
 semalam makan macam biasa, dan tak makan malam
tapi hari ni makan makanan tak sihat walaupun kuantiti sedikit..
lepas tu baru je ratah ayam goreng ni hee

sekian bai~

 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top