Thursday, October 27, 2011

Wordy Thursday

Assalammualaikum..

pagi pagi saya dah ke TNB KL Timur di Ulu Kelang.
saya cuba ikut google map & Papago, tapi saya tetap sesat.
perjalanan yang mengambil masa 1 jam tu memang mengecewakan saya apabila mendapat tahu rupanya meeting start pukul 10.
cis. masih ada 1 jam lebih.

sekembalinya ke kereta, saya mendapati kereta saya dipenuhi dengan habuk yang sangat banyak..
saya tak tahu dari mana datangnya.mungkin lori.

jadi saya ambil keputusan untuk mencuci kereta.
alang alang kereta dicuci, saya minta tukang cuci vacuum sekali kereta saya, dengan dalam bonet sekali.
selamba je saya alih barang yang banyak GILER dalam bonet letak tepi jalan.
ye. saya nampak sangat berusaha.
bepeluh peluh saya. dah lah berbaju kurung

lepas tu, tepat pukul 10 saya kembali ke tempat meeting.
dalam meeting saya tak dapat nak fokus.
sebab otak saya sangat letih.
semalam saya tidur pukul 4 pagi.
susah sangat nak tido.
saya syak, kopi mocha (BOSS) yang saya minum pada pukul 9 malam.
berkesan betul.
cubaan untuk tidur terganggu apabila bunyi mercun yang macam bom menggegarkan cecuping telinga saya tepat jam 12.30 malam
bunyi tersebut berlarutan selama 1 jam, sampai kan saya google "aduan rakyat"
ingatkan nak call polis, tapi sure nak kena isi borang aduan bagai lepas tu.
malas saya.

kesimpulannya otak saya letih.
bertambah letih memikirkan assignment yang perlu dihantar esok tak siap siap.
boleh je nak buat semalam, tapi semalam takde mood, time meeting tadi baru mood datang :p

so dengan pantas saya buat keputusan cuti separuh hari.
dan sekarang saya berada di rumah.
ingat nak buat assignment.
tapi mood tu dah hilang.

takpela. tido dulu.
zzz



3 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Asfiza 27/10/11 2:40 PM  

ciannya diaa....
tp jeles sbb dia dpt tidooo..:D

cik QT 27/10/11 3:29 PM  

tido..rest secukupnye..baru ad semangat nak buat keje nanti :D

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top