Monday, October 31, 2011
Fesyen perkahwinan berpurdah

Ni gambar yang rina ambil masa di pameran pengantin di SACC convention center, Shah alam. Tema pada hari itu ialah Arabian Night. Thats why pengantin berpurdah.
Cantik kan???
Personally, rina rasa sangat trend dan cantik. Macam gimik hehe!
Tapi kan, lebih elok if pakaian yang dipakai tu pun bersesuaian lah dengan imej berpurdah. Tak salah kalau rina cakap imej berpurdah menggambarkan imej Islam juga.
Sebab tu kita kena tahu apa tujuan kita berpurdah. Janganlah berpurdah sekadar tema apabila dengan berpurdah banyak hikmah yang kita peroleh. Contohnya tak mahu wajah kita yang dicantik ditatap oleh orang bukan muhrim sampai naik nafsu mereka.
Walaupun hanya sekejap tapi its good for practise :)
So for me, if nak berpurdah, pakaian perlu menutup aurat, longgar dan tidak jarang, bertudung labuh menutupi dada. Dan kasut bertutup serta berstokin.
It is just my 2 cents. :)
- Posted using BlogPress from my iPhone
Read more...
Sunday, October 30, 2011
Pernah tak kita khusyuk dalam solat?
Assalammualaikum..
pernah tak korang memikirkan sesuatu secara khusyuk sampai kan korang tak perasan dengan persekitaran yang sangat bising
walaupun orang panggil, korang tak dengar pun
seolah olah berada di alam lain.
pernah tak?
rina pernah..
macam selalu je..
time baca novel yang menarik, time tengok drama TV yang best,
terlalu khusyuk, sampai kan orang panggil pun tak perasan..
tapi pernah tak korang alami situasi yang sama ketika solat?
rina TAK pernah
T____T
sedih kan??
selama berpuluh tahun rina mengerjakan solat..
rina rasa rina tak pernah capai tahap kusyuk tu..
rina tiba tiba terfikir..
adakah rina solat sebab terpaksa kerana wajib?
adakah solat rina ni sekadar "rutin harian"?
dan yang paling penting..
adakah solat rina diterima Allah?
sia sia je rasa if rina lakukan solat tapi solat tu tak diterima Allah..
sia sia je kalau rina solat hari hari tapi hati rina tak dekat pun pada Allah..
sia sia sangat..
rasa takut..
btw, something to share about this matter~
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara; Bertaubat, Menyesali dosa yang telah dilakukan, Tidak tergila-gilakan dunia, Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya), Tinggalkan sifat berbangga, Tinggalkan sifat khianat dan menipu, Meninggalkan sifat dengki."Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sumber ILUVISLAM
Seringkali khusyuk di dalam solat ini dikaitkan dengan kisah Saidina Ali r.a ketika beliau terkena anak panah musuh. Beliau diriwayatkan mendirikan solat sunat dan ketika itulah anak panah tersebut dicabutkan dari kaki beliau tanpa ada rasa sakit sedikit pun. Khusyuk inilah yang kita jadikan panduan untuk kita capai hingga ke hari ini.
Namun kita jarang membaca kisah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w melakukan solatnya. Baginda sudah pasti adalah manusia yang paling khusyuk solatnya.
1. Ketika Nabi sedang menjadi imam solat, tiba-tiba baginda terdengar anak kecil menangis. Baginda mempercepatkan solatnya kerana bimbang terjadi sesuatu dengan anak itu.
2. Ketika sedang solat, Nabi melihat ada binatang berbisa yang menghampiri tempat solat baginda. Baginda menghentikan solat dan mengusir binatang berbisa tersebut dan kemudian mendirikan semula solat.
3. Pada suatu ketika, setelah selesai solat berjemaah, Nabi tidak berdoa sebagaimana biasanya, tetapi segera bergegas pulang. Ketika kembali ke masjid, baginda ditanya oleh sahabatnya mengapa baginda bergegas pulang. Baginda menjawab bahawa ketika solat, beliau ingat ada sedekah yang belum diberikan. Kerana itu beliau segera pulang dan memberikan sedekah yang telah dibahagikan itu.
Banyak lagi kisah solat Nabi yang diriwayatkan. Adakah semua ini menunjukkan Nabi tidak khusyuk di dalam solat? Nabi khusyuk di dalam solat. Namun Nabi juga peka dengan keadaan sekelilingnya.
Firman Allah S.W.T:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Surah Al-Baqarah:45-46)
Dari kedua ayat di atas dapat disimpulkan khusyuk sebenarnya bukanlah fokus atau konsentrasi menjadi perkara utama tetapi khusyuk itu adalah KEYAKINAN DAN KESEDARAN BAHAWA KITA SEDANG MENGHADAP ALLAH (“Living at the Present”). Di sinilah dua perkara utama akan wujud iaitu Ketuhanan dan Kehambaan. Apabila keyakinan ini dirasai, maka pastinya fokus, konsentrasi dan keasyikan itu hadir dengan sendiri. Saya beri jawapan kepada pelajar saya.
sumber : JANGAN BERSEDIH
Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
- Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
- Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
- Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
- Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
- Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
- Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
- Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
- Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
- Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
- Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
- Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
- Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
Sumber : ILUVISLAM
ada banyak lagi..
google je "KHUSYUK DALAM SOLAT"
insyaAllah banyak artikel menarik yang keluar..
maybe, dengan membaca, solat kita tak kan khusyuk gak..
tapi at least, kita berusaha..
kita tak bodoh sombong..dah lah tak tahu, lepas tu taknak ambil tahu *nauzubillah*
mari bersama sama berusaha bersungguh sungguh..
kematian tu datang tak kira bila..
malu lah nanti nak mengadap Allah, kalau sekali pun kita tak pernah khusyuk T__T
maybe kita boleh start dengan berwudhuk secara sempurna..masa kita basuh muka kita mohon pada Allah semoga pandangan kita diperlihara..masa kita basuh kaki, kita mohon pada Allah supaya setiap jejak kita, jejak ke arah kebaikan..etc.
sekian sesi muhasabah diri sendiri pada hari ini :)
Labels :
Muhasabah Diri
Saturday, October 29, 2011
Pameran pengantin malaysia di SACC mall :)

Dapat gambar free. Hehe best. Pergi dengan anak anak :p
- Posted using BlogPress from my iPhone Read more...
Labels :
Outing,
Wedding Preparation
Friday, October 28, 2011
Port Dickson :)
Assalammualaikum..
hari ni saya nak bebel cam entry semalam gak
takde ape yang best, tapi still nak tulis :p
pagi tadi saya ada kursus di Port Dickson
ni first time saya pergi kursus yang jauh sorang sorang
jauh ke?
hee..jauh lah bagi saya :p
saya selalu je pergi PD tapi saya tak pernah ambil port jalan nak ke sana.
so saya rasa takut nak pergi sendiri.
nasib baik pagi tadi, ofismate saya, Ain yang juga ada kursus di sana sudi konvoi dengan saya
tapi Ain bawah macam F1 dah, kancil saya sampai semput semput nak kejar hehe!
ape ape pun, alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik.
balik tu, saya terus ke UNITEN since malam ni ada kelas.
dalam pukul 2 petang dah sampai, so saya pikir pikir nak lepak mana.
ingat nak buat assignment dengan one of my classmate, tapi dia keluar lak
lepas tu decide nak lepak library je then tetiba teringat my FSIL (Future Sister In Law :p) saya, Ida
terus call dia, dan lepak rumah dia di UNITEN.
best gak ada FSIL kat Uniten ni hehe!
lepas ni, siapla dia jadi mangsa untuk teman saya selalu hihi :p
kesimpulannya hari ni penatt tapi saya enjoy~
dan yang paling penting
ESOK CUTI
yay!
Labels :
Stories
Thursday, October 27, 2011
Wordy Thursday
Assalammualaikum..
pagi pagi saya dah ke TNB KL Timur di Ulu Kelang.
saya cuba ikut google map & Papago, tapi saya tetap sesat.
perjalanan yang mengambil masa 1 jam tu memang mengecewakan saya apabila mendapat tahu rupanya meeting start pukul 10.
cis. masih ada 1 jam lebih.
sekembalinya ke kereta, saya mendapati kereta saya dipenuhi dengan habuk yang sangat banyak..
saya tak tahu dari mana datangnya.mungkin lori.
jadi saya ambil keputusan untuk mencuci kereta.
alang alang kereta dicuci, saya minta tukang cuci vacuum sekali kereta saya, dengan dalam bonet sekali.
selamba je saya alih barang yang banyak GILER dalam bonet letak tepi jalan.
ye. saya nampak sangat berusaha.
bepeluh peluh saya. dah lah berbaju kurung
lepas tu, tepat pukul 10 saya kembali ke tempat meeting.
dalam meeting saya tak dapat nak fokus.
sebab otak saya sangat letih.
semalam saya tidur pukul 4 pagi.
susah sangat nak tido.
saya syak, kopi mocha (BOSS) yang saya minum pada pukul 9 malam.
berkesan betul.
cubaan untuk tidur terganggu apabila bunyi mercun yang macam bom menggegarkan cecuping telinga saya tepat jam 12.30 malam
bunyi tersebut berlarutan selama 1 jam, sampai kan saya google "aduan rakyat"
ingatkan nak call polis, tapi sure nak kena isi borang aduan bagai lepas tu.
malas saya.
kesimpulannya otak saya letih.
bertambah letih memikirkan assignment yang perlu dihantar esok tak siap siap.
boleh je nak buat semalam, tapi semalam takde mood, time meeting tadi baru mood datang :p
so dengan pantas saya buat keputusan cuti separuh hari.
dan sekarang saya berada di rumah.
ingat nak buat assignment.
tapi mood tu dah hilang.
takpela. tido dulu.
zzz
Labels :
Stories
Wednesday, October 26, 2011
Idea : PINK combination wedding theme (GOLD, TAUPE, OLIVE, AQUA)
Assalammualaikum semua :D
rina rasa semua dah tahu my dream wedding mestilahh warna pink :)
tapi takkan pink je kan?
mesti ada color combination
maybe white-pink or black-pink
dan pink apa?
pink belacan? hot pink? blush pink?
so hari ni, rina nak wat kajian sikit *kajian kauu*
tentang pink color combination yang cunn
*ni semua pengaruh BBF yang selalu duk tanya color combination apa yang sesuai*
hihi
kalau rina, maybe takde tema tetap, asal ada pink kira baiklah :p <-- nampak sangat budget ciput hee
SHADES OF PINK
macam macam jenis pink ada tauu
dan semuanya cantikk di mata saya!
sangat cantik! WHY PEOPLE HATE PINK? oh..sangat tak paham *over*
eh? macam tak perlu combine with color lain pun? pink itself dah tersangat cantik. hee
tapi maybe combination color perlu.
nanti muntah darah saper yang allergic pink :p kuikui
lagipon, kalau tersangat pink, dah macam party untuk girlss only
kesian pasangan kita nanti, tak pasal pasal keluar suara awww aww
PINK + GOLD
combination yang nampak mewah~
PINK + TAUPE (or KHAKI or GREY)
rina rasa combination ni boleh memberi kelegaan kepada BRIDEGROOM to be hehe!
PINK + OLIVE (or GREEN)
sesuai bagi majlis yang berkonsepkan taman
bridesmaid pakai hijau, rumput hijau
tetiba pengantin pink
yes, itu yang kami mahu! (wakil kepada semua brides to be)
haha!
PINK + BLACK + WHITE
combination yang nampak elegant and stylish
nampak kemas je ;)
PINK + AQUA
2 favourite color masa kini
nampak ceria sangat ^o^
ok dah penat buat research :p
nak buat assignment pulak.sobsob.
nanti kalau rajin, nak buat Part 2 pulak :p
Sources:
& others! Thank you for the inspiration ^_^
Labels :
Idea,
Pink,
Wedding Theme
Indahkarya Production
UPDATE (2/12/2011) DAH CANCEL BOOKING - PLEASE READ THIS
Dulu rina ada tulis yang rina booked indahkarya untuk photography dan videography..kan? Susah nak letak link sebab update guna iphone hehe!
So tadi pergi ofis owner indahkarya iaitu syd. Syd macam baik..dan mudah dibawa bincang..so rina rasa yakin sikitla..
Harap semuanya berjalan lancar :)
Lepas tu pergi makan manhattan fish market..beli voucher dari groupon

Ergh..silap beli yang goreng semuanya..muak pulak..
Ingatkan nak g uniten siapkan assignment tapi rupanya library tutup hari ni huhu..terus malas..
Kena hantar by this friday..macam mana ni...
- Posted using BlogPress from my iPhone Read more...
Labels :
Indahkarya,
Vendor
Tuesday, October 25, 2011
Marathon giveaway malam ni :p
assalammualaikum.
kepada yang tak faham..giveaway ni macam contests yang dianjurkan para blogger untuk pembaca pembaca mereka..
dulu rina memang rajin join..
menang jugakla sekali dua hee
hadiah tak best pon, tapi bila menang macam eksaited :p
so first nak masuk
bagi saya blog yanmie dah cantik..simple dan mudah baca..
mungkin yanmie patut buat menu bar yang cun sikit :)
saje bagi lagi cantik blog yang sedia cantik~
Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal
sekian maseh~
Labels :
Contest
My another side income hehe!
Assalammualaikum semua :)
Yeah~! memang saya sedang berusaha cari side income..
mana mana peluang untuk dapatkan duit secara halal, I will try!
tapi tak nak MLM ok. harap maklum :p
so kali ni rina nak share tentang SAYS.my
sama concept macam Churpchurp :)
rina dah lama main Says.my ni tapi berhenti sekejap. now nak sambung balik.
bila nak sambung tengok tengok dah ada RM30++ dalam akaun.
lupa dah huhu
*klik untuk tumbesaran yang sihat*
rina yang buat poll ni dan pernah post tentangnya di SINI
dulu 500 lebih je vote
sekarang dah 1000 orang vote..
nuffnang jatuh no 2..
rina nak letak ads google, tapi rasanya jarang keluar untuk blog melayu..
ke macam mana?
oklah..itu je nak share :)
p/s : rina baru cash out RM101 dari Churpchurp. nanti bila cheque dah sampai, rina share ye :)
Labels :
ChurpChurp,
Nuffnang,
Youthsays
Monday, October 24, 2011
Letihnya..
Hari ni rina pose. Penat g site plus asik makan banyak je tetiba pose, badan tekejut hehe. So time nak balik tu memangla semangat. Orang 1st keluar building kot. Then tetiba after dah separuh pejalanan balik baru perasan iphone takde. Aisehh macam tertinggal kat opis. Terus pusing, nasib baik macam ada u turn. Jem jugakla..sampai balik opis dalam pukul 6. Nasib baik balik opis sebab iphone tertinggal dalam toilet. Huhu silly mistake!!! Sangat cuai!! Aiyoo rina huhu
So sekarang otw balik. Yup, sekarang ni

Hihi bai!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Read more...
Sunday, October 23, 2011
My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story
Salam semua ^__^
Rina nak masuk contest ni.
fuh debar debar :P *over*
lama giler tak masuk contest..dulu dulu selalu..
sekarang macam malas :p
tapi bila dengar tajuk contest ni, terus berkobar kobar nak masuk ^o^
harap sangat lah menang, kalau menang ni, sure melompat atas katil kihkih
eh, sujud syukur. ishh ish..rina ni :p
eh, sujud syukur. ishh ish..rina ni :p
contest ini ditaja oleh Non-Cinderella Story
Not Tales, Not fiction, It's my reality story
menarik okeh tagline cik lijah, the author of this blog :)
~*~*~*~*~*~*~
my dream veil is a silk chiffon veil
sesuai dengan baju nikah rina yang diperbuat dari chiffon juga
veil rina perlu sama warna dengan baju rina : off-white @ ivory
oleh sebab baju rina sangat kosong, rina nak veil rina menyerlah dan nampak penuh
dalam masa yang sama tak terlalu over dan glamor
rina mahu nampak ayu, suci dan cute (eh?) pada hari rina menjadi seorang isteri ^___^
selepas membuat kajian sehari suntuk (betul, tak tipu :p)
akhirnya rina dapat imagine macam mana veil idaman rina
the biggest inspiration is this veil that I found from FB Diyang Azura
sebenarnya, rina nak buat sebagai veil tunang dulu..tapi rasa membazir nak beli veil untuk tunang..
bagi rina veil ni sangat simple yet cute!
rina sangat suka dengan corak bunga timbul dan pearl di sekeliling veil
tapi rina nak veil tu panjang flowy sampai pinggang, bahagian tepi/depan sampai siku
exactly like this
one-tier
30" long by 45" wide.
Pencil edge (thin finished or hemmed edge that gives definition and a slight outline to the bridal veil)
Pencil edge (thin finished or hemmed edge that gives definition and a slight outline to the bridal veil)
contoh lain veil yang bercorakkan bunga timbul dan pearl
bunga timbul mungkin ialah patch lace atau sulam sulaman..
rina tak berapa pasti bagaimana mahu buat bunga timbul,
tapi rina ada terbaca dari Cik Puan Mimi tentang how to D.I.Y bunga organza
dan D.I.Y Tulle flowers from here
tapi rina ada terbaca dari Cik Puan Mimi tentang how to D.I.Y bunga organza
dan D.I.Y Tulle flowers from here
agak susah untuk tangan kayu macam rina nak buat T___T
cantik kan?
walaupun rina adalah failed dalam bab design ni, still rina ada cuba sketch veil idaman rina
hahah cantik kan? yes i know :p
welll, tangan kayu katakan T__T
welll, tangan kayu katakan T__T
senang ceritalahh rina nak macam ni
tapi off-white color dan panjang sampai pinggang.
hihi
The summary :
- Material : Silk Chiffon
- Color : Off-white @ Ivory
- Ukuran : 30" long by 45" wide
- Design : 1-tier, pencil edge, hujung macam flowy @ ombak
- Others detail : Bunga timbul & pearl
sekian terima kasih :D
harap para juri berpuas hati lah ye hehe..
akhir sekali, rina tag 3 orang bride to be :)
Gie
Ayun Ayunar
Scha
dan semua BBF yang dikasihi :)
Labels :
Contest,
Outfit nikah,
Veil,
Wedding Preparation
Koleksi Baju Songket untuk pengantin
Salam semua :)
hari ni rina nak share sikit hasil "Google" rina untuk baju songket for wedding :p
rina berangan nak pakai masa majlis bertandang di kampung En Tunang nanti
berangan je lahh..belum confirm hehe..
rasa macam sopan lepas tu macam sesuai jee..baru lah macam gadis melayu terakhir
hihi *koya*
jom kita sama sama survey!
rina suka kalau pakai songket, mesti warna warna gelap
baru macam menyerlah corak corak di songket tu
kalau nak pelik sikit, boleh tiru fesyen yang berwarna biru tu hehe..
rina suka color biru tu..lawa
warna hijau ni pon lawa kan?? nampak mewah..cantikk
yang ni pon cantik!
rina tak berapa suka sangat songket kaler purple. tapi baju dia ni sangat simple kan..
maroon ni pon cantik :)
dan lain lain kaler lagi
pemilihan warna mesti betul..yang sesuai dengan kedua dua belah pihak
janganla kita pentingkan diri..nanti kita nampak cun tapi suami kita dah macam pondan haha..
biar sama sama nampak raja sehari, baru lah secocok :)
rina suka kalau pakai songket, mesti warna warna gelap
baru macam menyerlah corak corak di songket tu
kalau nak pelik sikit, boleh tiru fesyen yang berwarna biru tu hehe..
rina suka color biru tu..lawa
warna hijau ni pon lawa kan?? nampak mewah..cantikk
yang ni pon cantik!
rina tak berapa suka sangat songket kaler purple. tapi baju dia ni sangat simple kan..
maroon ni pon cantik :)
dan lain lain kaler lagi
pemilihan warna mesti betul..yang sesuai dengan kedua dua belah pihak
janganla kita pentingkan diri..nanti kita nampak cun tapi suami kita dah macam pondan haha..
biar sama sama nampak raja sehari, baru lah secocok :)
p/s : semua gambar adalah dari Mr Google..sori lah kalau macam ada tercurik orang punya hihi
MAD Deal of the Day: RM40 instead of RM150 for Car Wash + Car Claying + Waxing + Vacuuming + Tyre Shining at Raydiance, Bandar Sunway. For ALL Cars.
macam berbaloi je? jom!
Read more...
macam berbaloi je? jom!
Labels :
Baju Pengantin,
Bertandang,
Idea,
Wedding Preparation
Saturday, October 22, 2011
Saturday is Study day

Rumah kami nanti insyaallah :)
Hari ni hari yang panjang. Pagi pagi lagi ada breakdown. Nasib baik dekat bangsar je.
Tapi rina dah plan nak stuy group dengan en tunang di uniten. Ktorang ada assignment yang perlu hantar nexweek. (ktorang sambung master part time sama sama)
So dalam pukul 11 lebih baru lahh rina gerak ke unitem. Sampai sana, pegi makan dulu.
Ajak adik en tunang, ida sekali. Ida study uniten jugak..tahun pertama dah :)
Lepas makan, rina ajak dia ke library sama, boleh dia tanya if ada yang tak faham hee bajet rina ingat lagi hoho
Then, after study en tunang ajak pegi tengok rumah kami yang under construction dengan ida sekali.
Lepas tu hantar rina ke rumah, sebelum tu pergi pasar malam.
Sekian
Hehe malas nak type. Nak pergi siap kan report tripping pulak..
Papepun.. Rasa hepi hari ni.. Harap ida suka la rina nak jadi kakak dia nanti, insyaallah..
Yay! Rina bakal ada 5 orang adik perempuan nanti!!! Thanks en tunang..sebab dia, rina dapat merasa ada family yang besar :D
- Posted using BlogPress from my iPhone
Be a part of Petronas Motorsports Carnival which is on in KLCC till this Sunday! And snap a pic of yourself with Lorenzo's #1 and Spies #11 bikes! Read more...
Labels :
Love
Suprise for him
Saje saje nak buat suprise :)

Haha..cartoon tu macam sesuai untuk en tunang hahahah :p
Kami dua dua kereta kancil. Plan nak beli sebuah kereta besar sikit. Boleh bawak jalan jauh esp balik kampung dia di kelantan.
Tapi tak tahu la duit cukup ke tak..huhu..
InsyaAllah, berusaha dan berdoa semoga dimurahkan rezeki..aminn
- Posted using BlogPress from my iPhone
Read more...
Labels :
Love
Friday, October 21, 2011
My Wedding Checklist Timeline
Assalammualaikum kawan kawan :)
rina rasa kann rina perlu buat timeline tau
sebabnya, En Tunang suka cakap "releklaa dulu.. kan lambat lagi"
cehh
rina lagi suka semua setel awal
lepas tu tinggal tunggu je
lagipun kami berdua belajar sambil bekerja
bila busy tu datang, memang sangat busy laa
tak sempat nak fikir ape ape
ok, here is the timeline (akan ditambah dari masa ke semasa)
November : Tempah Baju sanding & tandang + Setel tempah kad + Setel Pelamin & deco + Setel hal make up
December (exam) : DIY guestbook + Beli Barang hantaran + Setel design untuk DIY doorgift, guestbook, hand bouquet, hantaran, bilik pengantin
January : Hantar baju nikah + DIY Tudung, veil dan kasut
February : DIY hand Bouquet + Beli barang hantaran + DIY Doorgift
March : DIY Doorgift + DIY Penunjuk arah + DIY Tag pembantu
April (exam) : DIY doorgift + DIY Hantaran + Siapsiapkan kad kahwin + Setel bahagikan tugas
May : Invitation + Siapkan Legal documents + tok kadi dan tempat nikah + DIY Bilik Pengantin
huhu..sempat ke tak entah..
sebab tulahh kena buat dari awal supaya tak kelam kabut nanti
kan kan
ok kesian. eh sekian
P/s : Hujung minggu ni kalau dapat memanjakan diri dengan urut badan, scrub..takpon pergi spa..alangkah indahnya..
@
mana satu berbaloi? rasa nak yang bawah lahh!
ke dua dua? :p
Labels :
Timeline,
Wedding Preparation
Thursday, October 20, 2011
Pink Theme Inspiration | Part 2 : Wedding Cake
Bersambung lagi!
Wedding Cake pulak! tapi memang banyak je wedding cake lawa lawa kan sekarang ni?
harga pun, kalau RM100 dah boleh dapat yang cantik kot
tapi rina, dapat free sebab dah ada dalam package D'Ara Catering :)
so rina terima je corak kek nanti, janji pink :)
macam biasa, mari berangan bersama saya :D
dan paling rina suka yang ini!!
mesti menangis nangis kan time potong?
sebab tak sanggup haha..
Labels :
Idea,
Wedding,
Wedding Cake
Subscribe to:
Posts (Atom)