Thursday, July 01, 2010

Dah July babe!

Rasanya baru saja masuk tahun 2010.
baru sahaja rina berasamazam macammacam January lepas.
tapi rasanya, satu azam pun tak tercapai
rasanya rina masih rina yang lama.
langsung tiada perubahan atau kemajuan.

taknak.
rina taknak menyesal bila December 2010 menjelma.
menyesal kerana rina telah membazir masa setahun, langsung tak capai apaapa.

so rina nak review balik azamazam rina awal tahun lalu.
sepatutnya review awal June, tapi nak buat macam mana
kesedaran baru datang hari ni hehe!

rina copy paste semula semua asamasamazamazam rina dari entry ini


****************************************************
here goes my "azams"


The last moment in UNITEN...


InsyaAllah April 2010, rina akan tamat belajar di UNITEN setelah 5 tahun kat sini...
so..rina nak kumpul sebanyak mungkin kenangan manis bersama kawan-kawan yang rina sangat hargai..
they always make me happy, give me the courage to live when i felt like dying..
thank you guys..hanya Allah mampu balas..
nak hang out selalu dengan korang :)


and it is already the last semester, of course i aim for the best result..
hope i will do well for my exams and project 2. chaiyo!!


Review
Alhamdulillah, rasarasa,azam yang ni rina hampirr capai. 
Selalu jugak hangout dengan kawankawan di UNITEN, kan guys?
Result exams dan project 2 pun ok.
cuma yang tak tercapai, i didn't got the best result. But still capai target. Alhamdulillah ^_^

Rockin' the Working World~*

pastuu keje plakkk.
cewah.
da tua aku rupenye whahha :p
poyo je..

rina berazam nak menjadi pekerja malas contoh setiap bulan hahha :p

hm..rasa2 rina akan bekerja di TNB nanti as i'm scholar ytn holder.
tapi rina sedang berusaha mencari peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi lagi
pergh ayat karangan hihi

tapi yang pasti after habis study ni rina x nak rehat2..nak teruss carik keje before kene panggil..
xkesala keje ape2
nak gain experiences
and of course i need the money..
why i need money?
meh nak citer :p

Review

Eh ini pun macam tercapai gak sikit hehe!
TNB still belum panggil.
tapii, rina memang tak tunggutunggu dah.
Rina terus je kerja.
masuk kerja sekarang, dah 2 kerja rina rasa.
bila tah TNB nak panggil hhehe.

cuma, melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi je tak tercapai..
ada peluang.
YTN ada offer scholar for master.
tapi hanya di UNITEN sahaja.
sebab taknak study di UNITEN lagi atas sebabsebab peribadi
rina pun ambil keputusan untuk bekerja dulu :) 

Money money where are you?

Firsssttt sekali, rina nak bawak abah pergi mekah..
mak dah pegi..
abah je..tak cukup duet lagi..for some reasons..
tak dapat  ikut mak dulu..
so..rina harap sangat dapat hantar abah pergi haji.
kalau ada rezeki lebih, dapat pergi 1 family lagi bagus
ini akan didahului dari semua perkara..

lepas tu, rina lak nak mlancong ke luar negara.
mana2 lah yang dekat..jepun ke aussie ke..
nak pergi masa winter yey!
nak tengok salji!!!
kecewa haritu pergi pavillion. salji dia buih je.
cis. i ditipu. huh.

pastu nak beli kereta untuk parent.
nak belanja diorang jalan2 melancong tp dlm negara je hahaha. x logikla kalo nak g ovesea lagi. tu azam tahun 2011 kang hihi :p
pastu kalau duit terlebih, nak beli handphone baru,nak beli rumah,kereta,rantai,jam, banyaklahh nak list hahahaha
*macam gaji 8 juta je kan :p*

Review
Haha. ni memang takkk tercapai la kan.
gaji pun seciput cukupcukup nak bayar hutang je sob T_T
tapi, rina dah beli tiket untuk mak, abah dan rina sendiri ke Bandung.
Flight next year.
Hee..kire okla tu kan :p

Welcome the new me..

Of course semua orang pun nak berubah ke arah kebaikan..
tak terkecuali rina..


I want to be a better muslimah, daughter, student, friend pape jela to others.
macam last year,
rina berazam tak nak marah2. and i think i did it kot..80% atleast hehe
rina rasa, rina dapat bersabar dalam banyak perkara.
soo.tahun 2010..
rina nak berubah jadi lebih matang.
tak nak bersifat kebudak-budakan..
nak menjadi wanita.
ok wanita tau hahaha!


nanti bila rina walking to the working world, rina nak org pandang rina sebagai seorang pekerja yang well rounded. i want to give my 100%.
dan
harap semua orang suka berkawan dengan rina lah..


then i want to improve my appearance.
i want to reduce my weight!!
waa gmok da wehh
Rina nak capai target berat 40 kg! haha!
Rina sekarang tengah menjalani program diet.
jurulatih nya adalah rina sendiri :P
harap2 habis sem ni which is bulan 4 tahun hadapan,
dapat lah rina capai target.
tapi macam x sempat je haha.
soo.. by next year da capai lah
mestiii!

Review

Bersifat kewanitaan kah?
Hee..bolehla~~
di rumah dengan family still bebudak sikit, lagilagi bila layan anak sedara :p
di Ofis memang ayu sopan pendiam lahh. macam gadis idaman malaya k hehe.
rindunya nak HuhaHuha dengan kawankawan sebaya. sobs T_T

Pekerja well rounded kah?
Pekerja well rounded tulis blog waktu kerja tak? Heee =D

Improve my appearance kah?
40 kg? 1 kg pon tak turun, nak capai sampai 40 kg
memang harapan lah~~
aaaa! ni yang motivate balik ni!
mesti!!

 LOVE is CINTA 

rina nak belajar untuk cinta pada Allah, PesuruhNya, diri sendiri lebihh dari orang lain...
tentang cinta pada lelaki lain..
rina serahkan pada jodoh yang telah ditentukan..
rina berazam x nak couple dah..
seriously..rina serik..
serik untuk berpisah..
x mampu lagi rina nak menghadapi situasi tu lagi..
apparently.. i seem to be strong but inside, only Allah knows better..

Review

alhamdulillah, rina masih kekal dengan azam ini
untuk belajar cinta pada Allah dan PesuruhNya..
juga diri sendiri..
family tak dilupakan..
cinta yang lain, biar ia datang sendiri. yakin pada Allah


Stories of Rina remain forever..

and lastly..
Rina nak jadikan blog ni se famous Red Mummy!
hahaha!
hihi. act nak menjana pendapatn dari blog.
and of course rina nak mencatatkan segala perjalanan hidup rina di sini.
tanpa noktah.


Review

Ok fine, tak famous pon
tapi dapat ramaiiii kawan baru
lagi berbaloi!
best! hehe
duit pun dapat alhamdulillah
thanks Nuffnang =D

dann, rina masih di sini menulis.
mencatat segalanya tentang hidup yang indah ini
^__^


that's all azam rina..

rasarasa hampir 50 % tercapai lah!
yey. alhamdulillah.

jom teruskan perjuangan.

hidup ini indah bukan?
penuh dengan pilihan.
dan kita hanya perlu memilih yang terbaik.
yakinlah pada Allah.
insyaAllah kita takkan tersalah pilihan
^_^

Tata~*
Salam~*

6 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Cik Zeeyta 1/7/10 11:28 AM  

kejap jer nak pose :(

Unknown 1/7/10 12:05 PM  

Terasa sedih dan terharu membaca bab cinta tu...insyaAllah Allah makbulkan azam rina.

Latest post:Berapakah nilai cinta manusia?

ilyani 1/7/10 1:21 PM  

bagus3.. saya sendiri malas nak set azam dari mula.. sbb takut tak tercapai.. haih.

ok la tu.. dah byk yg tercapai :) insyallah.. all the best for everything ok.

2010 ni for me better than last year. walaupun masih stuck jadi student T_T tapi tak sabar tunggu nxt year, nak kerja balik.. hehe.. nak kumpul3 duit 8 juta cam rina jugak ;P

Mama Zharfan 1/7/10 2:40 PM  

hi dear :)

pls vote for my lil ariff
u need to write 'vote 02' at this link:
http://damiaqish.blogspot.com/2010/07/top-8-green-cutest-baby-cute-contest.html

myda 1/7/10 4:13 PM  

teruskan dear...
selagy mampu.....

Rina Lia (◕‿◕)✿ 2/7/10 9:19 AM  

cik azieta: nape masam, sonok la hehe :)

iqbal : aminnn :)

ily : uik. nexyear set azam tau! hehe. jom2 kumpol 8 juta! :D

mama zharfan : ok. nanti rina vote :)

myda : thanks myda :)

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top