Thursday, September 30, 2010

Cikgu tanya, "Rina, kamu nak jadi apa bila besar nanti?"

Ketika tadika, rina jawab,
"Nak jadi macam cikgu,cikgu."

Masuk darjah 1, rina jawab,
"Nak jadi Jutawan, cikgu."

Setiap tahun, cita cita berubah,
"Nak jadi usahawan, cikgu"
"Nak jadi doktor, cikgu"
"Nak jadi wartawan, cikgu"
"Nak jadi perekacipta, cikgu"
"Nak jadi polis, cikgu"

Masuk form 1, pemikiran semakin matang dan sudah mula merencana masa hadapan,
"Nak jadi doktor, cikgu"

berlarutan sehingga form 4, mula ambil Biologi, dan terasa lemah dalam subjek tersebut,
"Nak jadi cikgu, cikgu. Saya mahu buka sebuah sekolah sendiri"

masuk form 5, terasa macam susah je cita cita tu hehe!
"Nak jadi pensyarah, cikgu. Ataupun, buka tadika sendiri. Ataupun doktor, sekiranya saya dapat A1 dalam Biologi"

Kemudian, result keluar.
Biologi menunjukkan result A2.

Mula ragu ragu dengan kebolehan diri untuk menjadi doktor.

Nak jadi cikgu, family tak kasi.
suruh jadi pensyarah at least.

entah macam mana.
atas nasihat dan peluang yang ada,

rina ambil engineering course.

so sekarang,
alhamdulillah
rina sudah berjaya menjadi Engineer

but..
do I really love to be an engineer?

T__T


sesi luahan di facebook hehehe :P



thanks everyone for the response!

saje simpan buat kenangan.
nanti after at least 7 years jadi engineer,
I will read this entry again and smile =)

kenapa 7 years?
sebab rina contract with TNB 7 tahun
^o^

assalammualaikum


Read more...

Wednesday, September 29, 2010

Pengsan, pitam dan sebagainya

TNB Kepong

taktau lah kenapa
tapi hari ini rina penattt sangat

rina puasa.
tapi before ni puasa takde pulak teruk macam ni.


pagi pagi ada talk tentang Oil Sampling
ada makan makan best
tapi rina puasa kan T__T
hihi

lama betul talk.
walaupun mengantuk, tapi rina cuba tumpukan perhatian lah

then, petang pergi PPU Salak South
ada demo tentang Oil Sampling.
sampai petang baru balik.

Kawan PEP 36 : Jue, Fahri dan Kirin

actually, bukan kerja unit rina pun.
tapi saja join.
tahun ni la kena grab all the opportunities kan? *semangat*

eh kat tingkat bawah sekali ada tempat bayar bil tau

hehe
sempat lagi rina amik gambar :P


Read more...

Tuesday, September 28, 2010

Tak nak kerja malam ...

Seawal 6.50 a.m rina dah bertolak dari rumah
takut takut jem teruk
tapi rupanya tak jem pun.
pukul 7.10 a.m da sampai TNB Kepong.

maybe terlalu awal?
tapi orang situ cakap, memang jalan rina tak jem,
yang the opposite way yang jem

fuh!
alhamdulillah..
ingatkan jem teruk..
esok rina nak try pergi pukul 7.15 plak..

harap harap tak jem jugak.

balik pon tak jem!

nasib baik.
baru berkira kira nak tukar kereta auto
hahaha
penat lahh kalau jem nak bawa manual kan??

*******************

sampai sampai sana, rina diperkenalkan dengan hampir semua staff
tiba tiba nampak kirin dan sorang budak PEP 36
kirin ialah student UNITEN sama macam rina dan join PEP 36

yey~ ada geng!
tapi diorang unit lain iaitu Maintenance.
rina, protection.

ada lagi 3 orang budak PEP 36 tapi tingkat lain means department lain.
best best!

*******************

tapi ada yang tak best.
sebab nanti rina kerja malam since shut down di KL hanya boleh dilakukan pada waktu malam
wuwuwu...

tak dapat nak bayangkan, dah mandi mandi, nak tido
tiba tiba ada call shutdown
oh, am I a doctor or what?
haha..

takpela..
rina cuba mengikhlaskan hati melakukan kerja ni..
ujian kecil dari Allah..

satu lagi tak best,
pergi site untuk belajar, tak boleh claim.
melainkan memang rina ditugaskan
T____T

dan lagi tak best,
rina tak dapat bilik, duduk cubical je
haha
gedik je nak bilik padahal baru masuk :p

*******************

ape ape pun rina bersyukur jugak lah
dapat unit yang memang akan banyak hands on dan banyak belajar..
memang fully technical.
hopefully I will do well..
dan harap minat tu akan datang..

dan paling rina bersyukur, semuanya baik baik..
as expected,
orang TNB sure baik baik..

^___^


oh satu lagi,
internet takde..
intranet je ada..

so..maybe aktiviti blogging menjadi semakin terhad..
but i'll try to update everyday
and blogwalking once in a while..

terima kasih kerana membaca

assalammualaikum
^o^



Read more...

SMS dengan buah hati

My buah hati yang paling sulung, kakak (Amirah) *6 y.o*


texting me using her mom's HP


Kakak : Cikliya ni kakak
Rina : Cik Liya sayang kakak
Kakak : Kakak pun sayang kakak dapat nambor 1 cikliya
Rina : Kakak pandai. Nanti Cik Liya bagi hadiah cantik.
Kakak : Kakak nak pawwepafgil
Rina : Ok. Nanti cik liya beli,



Pawwepafgil!


Read more...

Monday, September 27, 2010

Dari Jalan Klang Lama ke Wisma TNB, Kepong


View Larger Map


Dianggarkan oleh Google Map, 16.0 km selama 17 minutes perjalanan.
Tapi sure jem..

since ikut Jalan Syed Putra, Jalan Kuching.
so rina anggarkan
2 kali ganda masa perjalanan.
iaitu 34 minutes.

kerja masuk pukul 8 pagi.
Bersiap dan mandi 30 minutes.

sarapan, berjalan ke kereta, dan masa masa kecemasan he, 30 minutes.

so, rina perlu bangun paling lambat pukul 6.30 pagi.

sekian time kasih :p


Read more...

Half Day di hari pertama kerja~

Yey!
Dah boleh balik rumah hehe..

tadi rina report duty dekat HQ TNB di Jalan Timur, Petaling Jaya.
as expected, ada replacement..
TNB Jalan Timur tu untuk lapor diri je.

fuh!
memang berdebar debar lah kan..

tapi alhamdulillah
rina dapat TNB Kepong.
hehe

sebab tu rina tak nak bagitahu lagi since tak confirm tempat.
ada kawan dapat Ipoh, Seremban, Johor
tapi masing masing dekat dengan rumah la

PEP kali ni, placement banyak ikut alamat.

esok, rina baru dapat pergi ke stesen yang betul iaitu di TNB Kepong.
under Protection Unit.

tadi dah jumpa Mentor (Boss)
dia cakap, banyak kena kerja malam..
shut down kat KL hanya boleh dilakukan malam..

adoyai..

malam nak tidoo..
takmau keje..

T___T


Read more...

Sunday, September 26, 2010

Masih berhari raya hehe! Version Naza's and Azrie's House

Petang semalam, rina sempat pergi open house Naza dan Azrie.

Actually, Azrie tak buat pon open house,
tapi sebab rumah dia dekat dengan rumah Naza,
kitorang pun datang singgah.

Di rumah Naza

makan sate, lotong dengan pengat durian (pengat ek)
memang best
kenyanggg

cantik giler rumah Naza
rumah teres tapi family dia baru renovate
cantik kan??
hehehe..
*Naza, aku curik dari facebook :p*

Lepas tu bergambar dengan parent Naza
 Ayah Naza kan berminat nak jadikan rina menantu dia
HAHAH
*abes la naza, aku jadik kakak ipar kau! hihi*

korang tak percaya?

tengok gambar ni


tiba tiba rina duduk depan.
ayah dia suruh
hehhe..

ape ape pon, naza and family memang best.
walaupun kaya tapi humble dan tak sombong :)

lepas tu, kami pergi rumah azrie.
saja singgah since dah dekat

tapi best kat rumah azrie,
dapat main dengan cousins dia yang masih kecik

tengok azrie dan adah,
macam satu keluarga yang bahagia kan?
kuikui

budak kecik dua orang tu adalah kembar.
Edin dan Solehah
sangattt cute!

tapi kesian, ibu mereka baru meninggal dunia tahun ni..
sedihnya..
*rina nak jaga kan boleh tak azrie??*

selesai lah open house untuk semalam.
hari ni ada jiran buat tapi rina tak pergi kot.

nak rehat rehat di rumah untuk persediaan mental dan fizikal sebab esok dah nak lapor diri.
esok rina cerita, rina lapor diri di mana :p




Read more...

Saturday, September 25, 2010

GUA TAHU ITU SIAPA


Gua teka, Encik Hamzah bersama dengan Mak Long beliau yang sedang minum air sirap.

Sebab gua tengok Hamzah macam mau lari je.
Mesti Mak Long beliau tengah keudarakan soalan soalan panas yang menyebabkan beliau rasa nak blah dari situ secepat mungkin.

harap harap tekaan gua betul.
kalau tak betul pun, harap harap gua dapat lah domain

macam best jugak www.rinastories.com

kalau tak, kenny rogers pon jadiklah hehe..

gua nak tag 3 orang, tapi gua harap, yang baca ni masuk je contest ni ok??

(1) Shag
(2) Ryna
(3) Mieza



Read more...

Last day(s) - Orientation week for PEP 36

Entry before ni dah cerita tentang day 1, day 2, and day 3 of orientation week for PEP 36.

rina bagitau balik, PEP 36 stands for Program Eksekutif Pelatih Kumpulan 36 (TNB).
so, before jadi eksekutif TNB, setiap employee perlu menjalani program latihan ini selama setahun bermula dengan Orientation Week selama seminggu.


Dah selesai pon!

Hari keempat, rina macam dah lupa haha
tapi yang pasti hari keempat adalah hari paling bosan dalam sejarah.

ada talk tentang power plant
ini best sikit lah, speaker dia best

lepas tu talk tentang Perhubungan Perusahaan
 ini, rina susah nak concentrate hehe

lepas tu talk tentang hukuman dan undang undang di TNB
ponteng 2 hari tanpa makluman ialah salahlaku berat tau!
boleh dibuang kerja
takut takut 

last skali talk tentang emm...tentang...
ok dah lupa :p

tapi..
bila dah habiss je semua,

pihak HR cakap, mereka akan umumkan penempatan,
memang semua nervousss lah kan!

sorang sorang kene panggil ambil surat penempatan
ada yang melompat
ada yang muka macam nak nangis
hehe
lawak lawak

rina?
nanti rina cerita :p

*malam tu pergi tengok wayang Devil dengan kawan kawan*

dan hari terakhir pula,
semestinya lagi menarik la
tapi last last baru menarik
 
 *cuba teka mana rina??*

sebab first ada talk tentang Nuclear Technology in Malaysia
sebab hari keempat kan ada Talk tentang Power Plant
dan ramai yang berminat tentang Nuclear,
so pihak TNB panggil unit nuclear bagi talk
ini sangat bosan
since, rina tak minat pun pasal tu hehe

taktau la kenapa ada talk ni.
maybe nak ajar kami semua tentang pengurusan hutang ;p
tapi best jugakla since the speaker best

after solat jumaat dan lunch,
ada talk tentang mentor mentee.
menurut pihak HR, setiap eksekutif akan dapat seorang mentor.
mentor ni lah yang akan supervise kita.

lepas tu,
semua diminta berkumpul ikut division masing masing

pergi ke satu bilik, dan tanya sebarang kemusykilan

rina Distribution division~

kepada yang tak tahu, basically TNB ada 3 division untuk engineering ni lah
1-Generation
2-Transmission
3-Distribution

yang deal dengan masyarakat, ialah pihak Distribution.
which is me!

lepas berbincang semua,
pergi Open House ILSAS.

orientation week ni kan di ILSAS,
tiba tiba ada pulak open house,
ape lagi, serbuuu hehe

makan dengan banyaknya :P

malam tu pulak ada Dinner dengan VP HR.
makan lagi!
pon sedap.
ada udang butter, sambal sotong, ayam, rendang daging, puding dan sebagainya.

*masa dinner*

lepas makan, VP dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau.
beliau berkongsi bagaimana bagaimana dari seorang electrical engineer biasa, 
beliau berjaya menjadi seorang VP.
 
 *ni la VP HR, En. Mohd Razif. Gambar ni bukan time dinner la hehe*

memang best.
sejam setengah tak terasa pun masa berlalu.

ada satu kata kata yang memang rina akan ingat sampai bila bila,

"Just do the best, let Allah do the rest!"





Read more...

2 days without internet

macam 2 tahun!
terasa ketinggalan banyak perkara.

masuk blog setiap orang,
tiba tiba dah banyak giler update.

huhu!

alhamdulillah,
rina dah selesai pun minggu orientasi.

minggu depan mula lapor diri sebagai staff TNB.
di station mana?

nanti rina bagitau.
TUNGGU~

hehe..

cerita tentang day 4 and day 5 orientation week will be in the next entry.

sekarang baru sampai.
nak kemas barang.
basuh baju.
mandi.
tido.


Read more...

Thursday, September 23, 2010

Day 3 - Orientation Week

Sambung entry lepas tentang hari kedua Orientation Week for PEP 36.

rina bagitau balik, PEP 36 stands for Program Eksekutif Pelatih Kumpulan 36 (TNB).

Hari ketiga iaitu semalam, macam biasa..
ada talk dan talk dan talk
T___T

*Part makan paling best*

first session, talk about our Career Path in TNB.

untuk rina as an Electrical Engineer,
ada dua cabang untuk rina pergi.

satu ke Managerial Path, satu lagi ke Expertise Path.

So, kalau tak minat technical, pegi bahagian Managerial
kalau minat sangat technical, pergi bahagian Expertise.

dua dua ada peluang untuk naik pangkat dan berada di peringkat tertinggi dalam TNB.
best kan?

rina tak tahu lagi..
masih kabur..
takpe..
kerja dulu :)

Second session talk paling best.
masing masing segar je mata.
Q & A paling lama sekali!

tentang Gaji dan Cuti
hahaha!

TNB memang best.
banyak cuti dan elaun.
tapi of course tak se kaya IPP yang lain lah

rina rasa, rina boleh conclude something about TNB.

TNB ni maybe tak kaya..
tapi kalau berada di TNB, masing masing ibarat 1 family..
TNB memang mengambil berat tentang kebajikan pekerja pekerja nya
dan very sensitive tentang hal hal kekeluargaan dan keIslaman.


dan last session tentang ICT..
email, internet, etc.

ok fine.
facebook, ym semua kena block.

nasib baik Blog tak kene block.

tapi tapi, kawan cakap, shoutbox pon kene block.
so later, rina attack korang punya comment je lah ye :)

balik rumah, attack shoutbox pulak!

Ok. Bye!
nanti rina update tentang day 4 and day 5 pulak!

assalamualaikum
^___^

Read more...

Wednesday, September 22, 2010

Day 2 - Orientation Week

Cewah!
macam buat report pulak :p

Day 1 rina dah tulis di entry yang lepas di SINI

so, kali ni, rina nak tulis tentang hari kedua Orientation Week PEP 36..
iaitu semalam..
*sarah, elly, rina, Izamil, Atikah, Faizah*

tapi macam tak ingat pulak.
tak bawak balik notebook dan jadual :P

Basically, macam biasa. 
Talk jugak.

Mula mula tentang BEM.
camne nak register.
camne nak jadi Profesional Engineer (IR)

Rina nak share satu fact.
rugi kalau ada degree in Electrical Electronics or Communication
tapi kerja as an Electrical Engineer
(especially in TNB)

sebab nak dapatkan IR, engineer perlu ada experience selama 4 tahun yang related to the degree.

tapi nasib baik TNB sediakan kursus buat fresh graduates yang degree in Electronics.
ambil dalam 5 subjek, boleh convert to Electical.
tapi bukan double degree tau.

ape2 pun sedikit waste of time.
terpaksa take turn dengan senior untuk ambil kursus tersebut.
so maybe terlambat setahun dari yang lain.

ok.
selesai tentang BEM :p

cerita tentang talk ke dua iaitu Organisation Chart in TNB.
boring~
sebab banyak sangat charts
@__@

talk ketiga pula tentang OBM
ni best!
OBM stands for Outward Bound Malaysia

OBM ni lah camping yang rina pernah cerita before ni.
kalau ada yang baca lah :p

PEP sebelum sebelum ni, ada yang pergi sampai 24 hari, 2 minggu
tapi PEP rina pergi seminggu je
huhu..
sedih sedih..
hopefully still best lah

aktiviti yang akan dijalankan adalah suprise.
tapi ada sea and land activities.

tak sabar!!
lagi sebulan lagi :p

kena pegi lapor diri di station dulu :)

ok tu saje tentang hari kedua.

 *Hud, Hazman, Hilmi, Elly*

hari ke tiga di next entry!

Read more...

Yey boleh online dah!

semalam tak dapat online,
terasa bagaikan setahun tak online!

over tak? :p

malam ni rina update dan blogwalking lah~

see you later!

Read more...

Tuesday, September 21, 2010

Entry khas buat kaum Hawa

Khusus renungan buat kaum hawa....hayatilah...
Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka?

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai hawa,
tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah,
kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa,
Jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan hawa,
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga lebih bahagia.

Hawa,
ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Justeru itu tepuklah dada, tanyalah Iman, sama-sama kita muhasabah diri...Insya'ALLAH pasti ada jalan melalui kasih sayangNya...

*****************************************************************************

Entry ini di ambil dari blog Indahnya Kemanisan Iman
Terima kasih kepada penulis, Kak AisyaHumaira..
Semoga ada manfaat buat kita semua, InsyaAllah..


Read more...

Monday, September 20, 2010

Be the best among the best!

"Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Nama saya Rina *******. Boleh Panggil saya Rina. Graduated in Electrical Power Engineering in UNITEN. My expectation in TNB is to be the best among the best"

Haha, sesi pekenalan lah macam biasa.
tapi pelik, tiba tiba orang ketawa. 
Apsal tah?
Member bagitau sebab rina cakap macam orang nak bagi announcement.=_="
NERVOUS ok!


ada 131 orang pelatih untuk PEP 36 kali ini.
sikit je lah.
separuh lelaki, separuh perempuan.

Menurut HR, PEP 36 diambil among reserve from PEP 35, Scholar YTN and Top List of DeanList in UNITEN.

tadi macam semua orang pun bersemangat.
menyanyi lagu Korporat TNB pun kuat kuat.
hihi

taktau lah semangat tu sampai bila kan :p
biasa lah hari first :D

*sarah dan rina*

tapi yang pasti, rina macam suka pulak TNB ni.
terasa bersyukur sangat jadi Tajaan TNB.
tak perlu susah susah nak cari kerja.

Hoho..sepanjang jadi student tajaan TNB, ni pertama kali rasa bersyukur sangat.
terok terok. ish ish.
Alhamdulillah...

Rina dah tahu rina department mana.
dapat Distribution.
lokasi je belum tahu lagi.

perasaan?
biasa je.
tak tahu la rina suka Transmission ke Distribution ke

orang cakap, Transmission banyak belajar technical part
Distribution pulak, banyak deal dengan customers.

rina macam suka Distribution.
tak suka technical sangat.

tapi tapi
orang cakap Distribution pening kepala sikit, sebab handle manusia lagi susah.

so, rina berserah je lah.
yang penting dapat area KL, cukuplah.
*doakan rina dapat area KL ye...*

Tu je lah kot.
tadi banyak dengar taklimat dari HR dan orang tinggi TNB je.
*nama dan jawatan terlupa..tak tido k hehehe*
tapi semua best best dan happening.
lepas tu belajar nyanyi lagu korporat TNB.


*Put, Nasyitah, Sarah dan Rina*

and 1 important thing I learned from the talk,
"Niat dalam hati setiap kali pergi bekerja bahawa aku kerja kerana ianya satu Ibadah"

ok dah ngantuk.
makan 4 kali hari ni.
adoyai..
bila nak kurus macam ni?

Read more...

Pengguna Facebook sila ambil perhatian =)


Rina pernah buat entry tentang bahaya facebook di sini juga
tapi video tu dah tak boleh buka pulak..

kalau korang tak suka orang tag korang,
boleh belajar cara nak elakkan friends korang view gambar korang yang di tag oleh orang lain di SINI

album photo pon boleh buat privacy

Customize --> Only Me

senang..untuk tatapan sendiri je haha..

satu lagi, yang rina boleh simpulkan dari video di atas,
tak perlu cerita details tentang keburukan yang korang pernah lakukan kat orang lain

berdosa sebenarnya membuka aib diri..
kebaikan takpe, janji bukan niat untuk riak atau takbur..
tapi niat untuk mengajak yang lain melakukan kebaikan sama sama..
*correct me if I'm wrong*

blog pon sama lah konsep!
huhuhu
adeh...
nak kena filter gambar gambar dan cerita cerita lama di blog ni!

susahlah jadi orang suka bergambar ni hahaa



Read more...

Sunday, September 19, 2010

Program Eksekutif Pelatih 36 bermula esok~

ok.
tajuk panjang panjang bukan sengaja nak poyo.
cuma nak mengejar traffic blog.
nanti orang Google "Program Eksekutif Pelatih" keluar lah blog rina

hahaa
terus terang tak?

takut orang salah paham nanti cakap, "ekleh, eksited lebih minah ni!"
wuwu
not good not good

starting esok, rina akan tinggal di ILSAS, UNITEN selama 5 hari..
tak tahu lah dapat online ke tak..
tapi rina akan cari ruang untuk update blog everyday..
so no need to miss miss me ok?
*syok sendiri*

nak ulang alik hari hari rasa macam membazir minyak dan tol..
since ada tersedia tempat tinggal, why not rina tinggal je lah sana kan?
bukan tak biasa tinggal di asrama.
jimat pun jimat :D

sape sape nak ajak lepak tengok wayang bolehla roger rina ok? 
hihi
tengok wayang tak membazir :p
 
tolong doakan rina dipermudahkan segalanya ya..
sangat malas nervous!


Read more...

Saturday, September 18, 2010

Reunion kali ke-2 kelas 506..

Hari tu, 3 orang dapat je dapat datang (tak termasuk budak kelas lain)
hari ni tambah sorang lagi. jadi 4 orang

huhu...

kali ni terasa frust sikit sebab dah rancang awal awal..

Aina jadi organizer, dan rina tolong dia.
tapi nampaknya semua pun dengan hal masing masing.
sobsob..
takpelah..
next time, rina pulak ada hal masing masing jugak *sentap*
hihihi

so macam hari tu,
hari ni punya reunion pun dah macam double date =_=" adoyai~

lunch di Pizza Hut,
ingat nak buat kat Seoul Garden,
tapi sebab sikit je dapat join, malas nak buat tempat mahal mahal.


Aina dan fakhrul
Aizat dan budak gemuk
huu..nampak bulat lah bila rina pakai selendang kan??


lepas lunch, borak borak sikit,
bersurai
hahaha..

masing masing ada hal, so rina round Mid Valley sorang sorang
sobsob..

Read more...

Sangat Terkejut! - TTT telah kembali ke rahmatullah huuhuhu....

sangat terkejut bila baca blog Ai,
salah seorang blogger yang agak rapat dengan rina pada satu ketika dulu,


telah pun meninggalkan kita buat selama lama nya...
update : arwah menghidapi kanser serviks *sumber : facebook*

ya Allah...
sedihnya rasa..

ingat lagi, rina join Contest Blackberry dia..


dia beli baju dari rina, dan buat review tentang blogshop rina..

kami sempat berchatting di YM..



Al Fatihah buat arwah,
nama sebenar dia Nadia..(correct me if I'm wrong)

semoga arwah berada di kalangan mereka yang beriman..

tsk tsk..
dah dua orang kawan blogger meninggal dunia..

Kawan kawan..
ajal menjemput kita, tak kira masa..
sudahkah kita bersedia?

T__________T


*sejuk tangan ketika menaip*


P/s : kenal Shee tak? kawan baik TTT, blogger juga..kalau kenal, drop Azza a message pls


Read more...

Friday, September 17, 2010

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut

Raya Raya jugak..Muhasabah diri perlu diteruskan hehe...matang tak? matang tak? :p

Ni cerita yang rina pernah tulis di blog lama..besttt~

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama-sama sahabat-sahabatnya, Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan Ali k.w., bertamu ke rumah Ali k.w. Di rumah Ali k.w. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha., putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber’amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

‘Ali k.w. berkata, "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seseorang yang mendapat taufiq untuk ber’amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber’amal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat ‘amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Muhasabah diri, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus sahaja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita.


Read more...

Program menghabiskan duit

 sambungan dari entry lepas,

lepas tu, rina pergi SOGO plak
nak cari track suit.

best hari ni!
Jalan Tar lengang je~

tak sesak punn

and lucky me!
SOGO ada sale track suit!

ni yang berjaya rina beli


2 helai seluar dan sehelai baju Forest
seluar = RM 29.90
baju = RM 22

cantik kan??

lepas tu,
rina beli tudung raya :pp

dah lepas pun raya :p
tapi haritu tak sempat beli,
niat nak beli,
nak tak nak kena beli jugak walaupun raya dah lepas,

boleh tak macam tu? :D


Tudung Arabic Style : RM 15
macam lawak pun ada tudung ni.
tapi macam cantik jugak @_@
beli je lah satu.
tak kempunan sangat tengok orang lain pakai =)

shawl biasa : RM 8
huhu...
boleh dapat RM 5 patutnya..
penat cari, tapi takde. Ceit!

ini pulak kasut Crocs, tapi bukan brand Crocs.


brand ape tah.
ciplak je punn
RM12

pernah dengar kan, logo Crocs ada nama Allah??



klik SINI untuk maklumat lanjut.

sebab tu rina tak berani beli yang ada logo Crocs.
padahal, malam raya haritu, 
ada je yang jual 2 pasang, RM 15
huhu

akhir kata,  itu sajelah pembaziran yang rina berjaya lakukan :p

waaaa!
lagi 3 hari nak start training di ILSAS, UNITEN.

nervous,
malas,
semangat,
malas,
happy,
malas,

bercampur baur menjadi satu.



Read more...

Thursday, September 16, 2010

Hari ini saya dapat 1 lagi Buffered Earning!

Sebenarnya, plan hari ini, nak pergi beraya rumah kawan kawan di Melaka.
Tapi malangnya, tak ramai yang available.
tinggal rina dan epul je.

walaupun kami ni bestfren jugakla, tapi stil tak manis lah pergi Melaka berdua..
kan kan?
sorilah epul..tak dapat teman.
next time lah, kita serang Melaka ok? :D

soo
bila dah tak jadi,
rina pon ajakla bestfriend forever rina iaitu EMAK

ajak pergi Mydin dan Sogo~
Abah pon jadi dreba ikot.

nak beli barang barang keperluan untuk camping
camping apa?
nanti bila dah sampai masa,
rina cerita.
TUNGGU~~
poyo.
macam ada orang nak tunggu je =_="

Macam macam lah rina beli kat Mydin

stokin, 
lotion tangan UV protection hehe, 
antiperspirant Adidas action 3
kalau rina busok lagi taktaula haha,

sabun basuh baju,
ubat nyamuk takde asap yang macam ni

*google*

canggih kan?
macam mana dia boleh halau nyamuk ek??
tahan 30 hari pulak tu!

sabun,lilin,ubat gigi,bateri,torch light...

dan macam macam lagila

semangat tak?
hahaha
nak pegi 2 weeks kot.
mau tak culture shock nanti T__T

tapi, thanks to Imi, my senior di TNB,
banyak membantu,
bocorkan rahsia camping tu
camping apa?
nanti bila dah sampai masa,
rina cerita.
TUNGGU~~
hahaha
ada ciri ciri nak kena lempang tak? =D


lepas tu, rina pergi SOGO plak
nak cari track suit.

cerita tentang SOGO, rina cerita di next entry lah! heheh
 
eh. berbalik kepada tajuk entry,
alhamdulillah, hari ini rina dapat lagi satu Buffered Earning.
sum up to 3 Buffered Earnings
Yay!
thanks Nuffnang!
thanks advertisers!

and of course, thanks to Almighty Allah..
memurahkan rezeki rina..
Alhamdulillah..

^__^


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top