Wednesday, August 11, 2010

Alhamdulillah...hehe :p

Pada malam pertama Ramadhan, Allah telah kurniakan rina ilmu yang berguna
hehe! semua orang tahu kecuali rina je kot :(

Begini ceritanya..*mode skema*
Semalam, rina agak semangat nak ber terawikh
biasalah, malam pertama... 
harap harap, malam seterusnya semangat itu kekal


tapi mak cakap, buat je lah dekat rumah..nanti letih nak kerja esok
rina pun ok je lah..


so lepas maghrib, mak dan abah pergi surau


rina pon solat maghrib di rumah


lepas tuuu


rina pon solat terawikh la dengan besungguh sungguh =_="
dalam pukul 8 lebih, mak balik rumah kejap untuk ambil wuduk dan ke tandas
Mak tanya, "Nak sembahyang Terawikh kat rumah ke surau?"

Rina pun cakap " Lia dah habis smayang terawikh :D"
*Lia adalah panggilan di rumah*

Mak tekejut "Eh? Lia, terawikh orang buat lepas Isya lahhh"

rina pon tekejut sekali "Yeke? dulu dekat MRSM Lia buat waktu pas maghrib kottt"
dengan yakin rina jawab
"Cuba tanya Makmi" Sambung rina
*Makmi, mak sedara ter alim hehe*

Tapi mak cakap, Makmi sure off HP waktu waktu ni
So, Mak call cousin rina yang agak alim, Izzudin
Dia cakap takde dalil pun yang cakap boleh solat Terawikh lepas Maghrib. RasulAllah buat lepas Isya.

Rina pon terus
T_______T"
"alaaaaa dah buat kusyuk kusyuk dah tadi...kira halal la kot..esokla baru buat lagiiii"

Cousin rina balas,
"Jangan berkira dengan Allah..nanti takut takut Allah berkira dengan kita di akhirat nanti"

Rina lagi sekali teros
T______________________________T
"Baiklah. sekarang jugak lia besedia untuk Terawikh lagi sekali"

Hehehe!

ye kawan kawan
saye memang cetek pengetahuan ye
jangan ketawa, tak baik, dosa tauu :p

tapi alhamdulillah, Allah tunjukkan ruang untuk rina belajar

Yey!

I make it!
Hopefully bulan ini penuh.
lama kot tak penuh. suka ponteng huhu!
Jom kita ramai ramai mempergunakan sebaiknya Hadiah Allah ini..Ramadhan~


Imam Ghazali pernah berkata "Jika kita meninggalkan sesuatu ibadah itu kerana kononnya taknak jadi riak, maka disitulah riak yg sebenarnya (perbuatan meninggalkan ibadah tadi).Oleh itu,jangan malu utk buat baik. Sebaliknya, malu lah untuk buat dosa"

Source : Pondok Cinta

11 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Sharinginfoz 11/8/10 9:38 AM  

apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan

UV Hampir 1,000

HaNTwO 11/8/10 12:00 PM  

kuang kuang kuang.... :p

cimon 11/8/10 3:26 PM  

sory, sy da ketawa td.

hehehe (^v^) *ketawa lg*

0-0

Selamat Bertarawikh

Rina (◕‿◕)✿ 11/8/10 4:00 PM  

hehe.xpe2.bulan puasa. sabar sebahagian dr iman kan :p

BUNGA 11/8/10 5:15 PM  

selamat berpuasa dan berterawikh rina..
mudah2an amalan kita diterima :)

iqbalsyarie 11/8/10 5:21 PM  

At least skrg Rina ada belajar sumthing kan?;)

Rina (◕‿◕)✿ 11/8/10 6:28 PM  

Bunga : terima kasih bunga :)

iqbal : yup. alhamdulillah :)

Che Armster 11/8/10 11:29 PM  

haha terlebih semangat ni Rina ni

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top