Saturday, August 21, 2010

Manusia, insafnya hanya seketika cuma macam rina wuwu..

ini adalah entry insaf dari rina..
lebih kepada muhasabah diri sendiri..

Biar pun tak rapat, tapi peristiwa pemergian arwah Khairina semalam benar benar membuka mata rina, membuka hati rina yang sedang leka dengan nikmat dunia..

rina bagaikan tersedar..hidup ini hanya sementara
bila bila sahaja kematian akan datang menjemput rina..

menggeletar tangan bila mendapat tahu, kawan rina meninggal ketika mahu ke kerja..
pagi tu, memang slow rina bawa kereta..
terasa takut.

rina taknak mati lagi ya Allah..
rina banyak dosa..
amalan rina masih tak cukup..
tolonglah jangan cabut nyawa rina lagi..

tapi ajal dah ditentukan..
andai saat itu rina bertemu ajal, rina tetap akan mati
janji Allah itu pasti
setiap yang hidup pasti akan mati, tiada yang terkecuali..

balik dari kerja, rina buka facebook..
tersentap seketika apabila melihat status ramai kawan kawan yang berbunyi
"kawan saya, rina meninggal semalam"
lebih kurang lah. apa ayatnya tak penting.

yang buat rina tersentap, nama "Rina" yang terpampang di situ..
ye..Khairina Badron juga di panggil Rina sebagai singkatan..

tapi macam rina yang meninggal pulak
T___T

tapi apa apa pun, rina yang ini tak setanding Khairina Badron..
peribadi arwah sangat jauh berbeza dengan rina..

pemakaiannya melambangkan muslimah yang sejati..
pertuturannya sentiasa dijaga..
perlakuannya sopan dan disenangi..

*yang bertudung biru*


sayangnya Allah pada dia memang tak dapat disangkal lagi..
diambil nyawa nya pada usia yang muda kerana Allah takut dia terleka dengan Duniawi..
bukan bulan bulan biasa..tapi bulan Ramadhan..
dan juga bukan hari hari biasa..tapi hari Jumaat..

ya Allah..sejuk tangan rina ketika menaip ni..

semalam, rina bermuhasabah diri dengan rakan baik rina, Aini..
Aini mahu berubah..rina bila lagi?

semoga kekuatan itu hadir.
semoga rina sedar, mungkin esok rina mati
mungkin bukan esok, mungkin malam ni..
mungkin bukan malam ni, mungkin selepas ini..

Wallahhualam..



6 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Wan_hazel 21/8/10 1:20 PM  

salam rina..

ajal maut semua ditangn Tuhan..wan pun belum tentu pjg amal wan..byk dose ..yep..betul kate rina..tak nak mati dulu...wan takut,,,

Aidi-Safuan 21/8/10 3:25 PM  

pandai gak ko sentap rupanya rina. nampak baik jer selalu.

al-fatihah....

HaN WarreN 21/8/10 3:56 PM  

moga kita semua berada didalam golongan yang dirahmati olehNYA..xde manusia yang sempurna kat dunia ni...kita buka maksum yang bebas daripada segala dosa...kdg2 dlm kebaikan yang kita buat mungkin ade kejahatan yang kita buat tanpa sedar...

(huhuhu tetiba hantwo nak tukar nama jadi hanafi balik)

Rina Lia (◕‿◕)✿ 21/8/10 3:58 PM  

wan : smoge kte smua dipnjangkan umur

aidi : tersentap dlm konteks ayat diatas ialah terkezutt la haha..alfatihah...

hantwo : hihi..hanafi souns better ^_^

azzey 22/8/10 12:55 PM  

Rina: yg penting niat utk berubah tu dh ada....tgl teruskan shj.....pelan2 ye.....Alllah tau apa yg ada dlm hati kita.....

Rina Lia (◕‿◕)✿ 22/8/10 5:38 PM  

azzey : terima kasih azzey..insyaAllah..rina akan cuba perbaiki diri :)

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top